Home Novel Seram/Misteri Dik Nak Cerita Hantu Tak
Dik Nak Cerita Hantu Tak
Ebriza Aminnudin
7/4/2017 09:29:27
12,089
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab Cincin

“Lepaskan aku! Jangan kurung aku di dalam cincin ni. Lepaskan aku!” Jerit makhluk halus itu.

“Kau akan kubuang di lautan dalam. Jangan ganggu anak cucu Adam lagi. Itu perjanjian kau dengan aku,” ujar ustaz itu sebelum membaca sesuatu dan membuang cincin permata delima itu ke dalam lautan yang luas.

10 tahun berlalu ...

Maira bermain di gigi air sambil mengorek siput. Itulah hobi Maira ketika masa lapang. Maira akan ditemani sahabatnya Anis untuk aktiviti petang atau masa terluang mereka. Asyik sekali mereka mengutip siput sehingga tidak sedar hari sudah pun beransur Maghrib.

“Maira, jomlah balik. Dah banyak siput kita kutip ni. Esok kita datang semula untuk kutip siput lagi.” Anis mengajak Maira pulang. Tidak terlarat pula dia hendak mengangkat siput-siput di dalam baldi yang dibawa jika terlalu banyak mereka kutip.

“Sekejaplah Anis. Siput kat hari ni besar-besar. Tak pernah lagi saya tengok siput sebesar ni.” Maira semakin ralit mengutip sehingga tangannya terpegang sesuatu yang tertanam di dasa pasir laut. Dia ingatkan siput yang besar lagi lalu dia mengorek dalam sedikit untuk mengeluarkan siput itu tetapi tidak disangkanya yang didapatinya adalah sebentuk cincin yang tersimpan di dalam sebuah kotak diikat dengan kain kuning. Maira bersorak gembira dengan penemuan itu.

“Cantiknya cincin ni. Emas pula tu. Rezeki aku,” lalu Maira terus membuka kotak yang menyimpan cincin emas dan disarung ke jarinya.

“Maira, tak habis lagi ke?” Anis sudah malas hendak menunggu kerana dia harus pulang sebelum azan Maghrib berkumandang.

“Jom balik. Aku dah selesai.” Maira cukup girang dengan penemuan yang tidak disangka-sangkanya. Nasib baiklah dia pulang lewat sedikit dari kebiasaan. Jika tidak, pasti dia tidak akan jumpa dengan cincin yang amat cantik itu.

“Seronok saja? Ada apa-apa yang saya tak tahu ke?” tanya Anis.

“Tak adalah. Cuma seronok dapat kutip siput yang sangat besar saiznya. Jaranglah nak dapat siput saiz gergasi macam ni.” Maira menjelaskan tanpa memberitahu perkara sebenar.

Anis hanya mengangguk kepala kerana apa yang dikatakan Maira itu ada benarnya.

Sejak cincin misteri yang dijumpainya di pantai, Maira menjadi cukup leka. Dia tidak lagi bersolat mahupun peduli tentang persekolahannya mahupun keluarganya. Apabila ditegur, pasti Maira akan meradang dan memarahi semua orang.

Pada suatu hari, Maira memukul adiknya tanpa belas kasihan sedangkan suatu ketika dahulu adiknya itulah yang cukup Maira sayang. Dia tidak pernah pukul mahupun jentik pada adiknya itu.

“Kakak ni kenapa, selalu pukul adik?,” Maini menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Maira, dia sudah tidak hortmatkan kau lagi. Pukul dia secukupnya.

Kedengaran satu suara yang sering mempengaruhi mindanya seingga Maira telah dikawal oleh suara itu sepenuhnya. Maira hanya mengangguk-anggukkan kepala lalu tanpa banyak bersuara dia terus memukul Maini sehingga lembik.

“Maira! Apa yang Maira dah buat pada Maini? Dia tak pernah kacau Maira pun. Dia hanya bertanya saja.” Puan Marhani terus memeluk Maini.

“Dia biadap! Dia tak hormatkan Maira. Memang itu yang harus dia dapat.” Maira seakan kerasukkan dan ingin memukul Maini lagi tetapi telah dihalang oleh Encik Marzuki.

“Maira cukup! Jangan biadap sangat. Maira nak adik mati ke hah?” Encik Marzuki sudah tidak tahan lagi dengan sikap Maira.

Sesiapa yang halang kau, harus mati. Maira bunuh bapa kau. Dia sudah tidak sayangkan kau lagi.

Suara itu masih lagi menguasai Maira sehingga Maira hilang pertimbangan dan mengambil pisau terus tikam Encik Marzuki sebelum dia ketawa mengilai-ilai.

Encik Marzuki menjerit sambil memegang perutnya.

“Maira dah gila ke hah tikam ayah macam ni?” jerit Encik Marzuki.

“Orang yang tak suka Maira, harus mati!” Maira ketawa lagi.

Terkejut Puan Marhani melihat wajah Maira yang tidak serupa manusia lagi. Wajahnya cengkung seakan tengkorak. Matanya pula hampir terkeluar dan tubuh badan Maira semakin kurus.

“Maira, apa dah jadi dengan Maira ni?” Puan Marhani ingin menghampiri Maira tetapi seakan ada kuasa yang menghalangnya.

“Ha ha ha .... Maira bukan kepunyaan kamu lagi setelah dia membebaskan aku dari terus terkurung di dalam cincin yang dipakainya. Kini aku akan ambil alih tubuh Maira. Tubuh dia hanya milik aku,” tiba-tiba muncul makhluk yang cukup mengerikan memegang tubuh Maira yang semakin tidak bermaya.

“Kembalikan kakak aku,” jerit Maini.

“Kakak kau milik aku!” Makhluk itu terus menyedut darah Maira dan juga nyawa milik gadis itu sehingga kering sebelum dia mengambil alih tubuh Maira.

Setelah proses pengambil alih tubuh Maira selesai, makhluk itu menghilang bersama cincin yang dipakai Maira. Tiada lagi kelihatan Maira di dalam rumah itu buat selama-lamanya.

“Kembalikan kakak aku makhluk hodoh!” jerit Maini tetapi hanya hilaian ketawa sahaja yang kedengaran di corong telinga mereka.

Itulah bahana mengambil sesuatu yang bukan hak kita.

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.