Acha
dipaksa untuk berjalan daripada belakang oleh Khairin manakala Husna hanya
mampu berserah ketika lehernya dipeluk dari belakang oleh Khairin sambil sebiji
batu sebesar penumbuk seorang lelaki diacukan di kepala Husna.
“Jalan
ke kiri!” arah Khairin dari belakang.
Acha
terpaksa akur. Kalau dia tersilap langkah, Khairin pasti akan mengapa-apakan
Husna. Lama juga kaki Acha melangkah menurut segala arahan daripada Khairin
sehinggalah mereka tiba di sebuah kawasan di dalam muzium itu. Serta-merta kaki
Acha terus berhenti, tanpa arahan daripada Khairin.
“Kenapa
berhenti?” tempik Khairin dari belakang.
“Itu…
ada telur!” gumam Acha sambil menundingkan jarinya ke arah beberapa biji teluryang bersisik aneh dan berwarna hijauyang
terletak di dalam sesuatu yang kelihatan sepertisarang.
“Telur?”
gumam Khairin tidak percaya. Dia merenung telur itu dari jauh. Kemudian, dia
memaksa Husna untuk berjalan sambil dia berada di belakang Husna.
“Dinosaur
ni… kenapa mereka tinggalkan telur mereka kat sini?” tanya Khairin.
Perhatian
Khairin teralih pada telur tadi. Dia leka sebentar dan kesempatan itu diambil
oleh Husna. Tiba-tiba sahaja Husna menyiku tulang rusuk Khairin membuatkan
Khairin terlepas rangkulannya. Husna mengambil kesempatan itu dengan cuba melarikan
diri, tetapi rambutnya sempat ditarik oleh Khairin.
“Kau
nak lari mana?” tempik Khairin yang bertukar berang.
Tangan
Khairin sedang memegang erat dagu Husna. Air mata sudah mengalir di wajah Husna
dan Khairin, seperti orang gila pada waktu itu. Mata hitam Husna direnung
tajam. Seolah-olah ada dendam antara Khairin dan Husna.
“Aku
tak akan bunuh kau… tetapi aku akan buat kau diburu maut,” gumam Khairin lalu
menarik rambut Husna, dan mengheret gadis itu di atas lantai. “Biar kau mati
dalam ketakutan!”
“Jangan
Khairin! Sakit sangat!” teriak Husna.
“Khairin!
Hentikanlah!” teriak Acha merayu.
Namun,
jeritan Husna dan Acha tidak sedikitpun diendahkan oleh Khairin. Khairin terus
mengheret Husna hinggalah mereka dekat dengan sarang dinosaur.
“Nampak
benda tu?” tanya Khairin namun Husna masih teresak-esak menangis, tidak
menjawab langsung soalan Khairin.
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Husna.
“Aku
tanya jawab!” Khairin menghentak kepala Husna di lantai lalu dia kembali
bertanya.
“Nampak
telur tu?” tanya Khairin.
“Nam..
pak…” gumam Husna.
Khairin
tersenyum sinis bila soalan dia dijawab. Jejaka itu mengambil sebiji telur lalu
memukul telur itu sehingga pecah di badan Husna. Habis tubuh Husna basah akibat
cecair putih dan kuning yang keluar dari telur itu.Bau yang busuk pula tersebar daripada cecair yang
melekit itu.
“Sekarang,
aku tinggalkan kau dengan si Acha itu di sini. Larilah ke mana pun, dan pemilik
telur ini akan mencari kau. Bau telurnya ada dengan kau,” kata Khairin sambil
terbahak-bahak ketawa.
Sejurus
kemudian, Khairin melarikan diri daripada situ, meninggalkan Husna dan Acha.
Acha pantas menghampiri Husna lalu membantu Husna untuk berdiri. Husna
terhincut-hincut berjalan.
“Kita
kena cari Fiq cepat!” kata Acha.
Sedari
tadi, Acha tidak sedap hati, seolah-olah sesuatu yang buruk bakal menimpa Afiq.
Ya
ALLAH, kau selamatkanlah Afiq, getus hati kecil Acha lalu beredar dari situ.
***
“Sekurang-kurangnya
aku tak perlu bunuh diaorang,” gumam Khairin yang sedang berehat di satu
koridor. Khairin mengesat
peluh yang mengalir di dahinya dengan baju-T hijau yang dipakainya.
“Echad,
hutang nyawa aku dengan kau dah terbalas. Tolong jangan kacau aku…” ujar
Khairin lagi.
Khairin mahu bangkit beredar
daripada situ namun hasratnya mati apabila mendengar satu bunyi nyaring dari
kejauhan. Kemudian, senyuman terukir di wajah Khairin. Dinosaur pemilik telur
yang dipecahkannya itu pasti sudah mula dikuasai perasaan marah melihat telur
yang ditatangnya itu pecah. Pasti mereka mahu membalas dendam dengan mencari
Husna.
“Selamat
tinggal Husna,” tutur Khairin lalu berjalan tenang mahu meninggalkan muzium
lama itu.
Namun,
langkahnya mati tiba-tiba seekor Velociraptor muncul tepat di hadapan matanya.
Tak mungkin, getus hati Khairin. Khairin mula berpatah balik dan… seekor
Velociraptor muncul di arah yang bertentangan.
“Bunyi
tadi… cis! Aku tertipu. Mereka buat bunyi seperti mereka masih jauh. Padahal
mereka dah dekat dan bunyi tadi berjaya menipu aku dan membuat aku leka,” ujar
Khairin sendirian ketika dirinya diapit dari segala arah kawanan Velociraptor.
Velociraptor
tadi merenung tajam ke arah Khairin. Kemudian, seekor Velociraptor yang
bertindak seperti ketua di antara dinosaur yang lain berbunyi nyaring,
mengarahkan anak buahnya untuk menyerang Khairin.
Ketika
itu, Khairin baru tersedar bahawa terdapat sedikit kesan lendir telur tadi
melekat di seluar jeansnya. Seekor Velociraptor melompat di udara lalu
membenamkan kuku kakinya yang tajam itu di kepala Khairin. Bersepai kepala
Khairin seperti ditembak oleh pistol. Darah merah kelihatan meleleh daripada
lubang hidung dan telinga Khairin. Sesaat sahaja yang diperlukan oleh
Velociraptor tadi untuk mencabut nyawa Khairin.
***
Husnatidak punya kekuatan
lagi untuk berdiri. Kakinya yang luka serta kepalanya yang masih berdarah itu
membuatkan Husna tidak dapat meneruskan langkah.Husna sedang duduk di satu koridor muzium itu,
keletihan.
“Tinggalkan
akak kat sini,” tutur Husna sambil memegang kakinya.
Acha
menggelengkan kepalanya.
“Kakak
kena bertahan! Kapten Azrin mesti tengah tunggu kakak!” Acha memberi semangat
sambil membangkitkan nama pemilik hati Husna Mukhtar, Kapten Azrin Fakhri.
Husna
tersenyum mendengarkan nama Azrin.
“Kirim
salam kat dia kalau Acha jumpa dia nanti. Cakap kat dia yang kakak sayangkan
dia…”
Kata-kata
Husna terhenti apabila kedengaran bunyi nyaring Velociraptor dari jauh.
“Mereka
tengah cari kakak. Bau telur tu melekat pada badan kakak,” tutur Husna. “Pergi
Acha… selamatkan diri!”
Acha
menggelengkan kepalanya buat kali kedua. Dia tiba-tiba mengepit lengan Husna
lalu memaksa Husna untuk berdiri. Kemudian, Acha menundukkan dirinya.
“Saya
akan gendong akak pergi dari sini,” kata Acha nekad.
“Nanti
kakak akan lambatkan Acha…”
“Lebih
baik kita mati mencuba daripada mati sia-sia,” pintas Acha membuatkan Husna
terdiam.
“Terima
kasih Acha,” ucap Husna lalu meletakkan kedua-dua tapak tangannya di atas bahu
Acha.
***
“Dengar
tak bunyi tu?” ujar Naim sebaik sahaja bunyi nyaringseperti sesuatu sedang berkomunikasi bersahut-sahutan
di sekeliling mereka.
Afiq
mengangguk. Afiq faham
apa yang dimaksudkan oleh Naim meskipun dia kehilangan ingatannya.Naim
sudah menjelaskan segala-galanya
kepada Afiq apa yang sedang berlaku daripada A sampai Z.
“Ada
dinosaur dalam muzium ini,” tutur Ummu.
“Kemungkinan besar ianya datang daripada Velociraptor.
Mereka mmpunyai IQ tersendiri dan antara spesis dinosaur yang mempunyai bahasa
komunikasi tersendiri.”
“Mereka
boleh bercakap?” tanya Ummu.
Naim
mengangguk sambil membetulkan kaca matanya.
“Velociraptor,
antara dinosaur yang paling bijak yang pernah dunia lihat. IQ mereka melebihi budak berumur 12 tahun,”
tambah Dr Izwan pula, tidak
mahu kalah dengan Naim.
“Kalau
macam tu kita kena cepat cari…” Afiq terdiam. Dia tidak dapat menyambung ayat
tadi kerana dia terlupa nama dua orang gadis yang harus dicari oleh mereka.
“Husna
dengan Acha,” sambung Ummu.
“Kita
kena cepat cari mereka berdua,” kata Afiq menyambung kembali ayatnya yang
tergantung. Agak sukar untuk dia mengingat nama mereka yang ada di situ.
Sungguh, tiada satu pun wajah di situ yang melekat di kepalanya.
***
Echad
sedang berdiri di hadapan Acha yang sedang mengendong Husna. Mata Echad tajam
merenung Acha sambil di tangan kanan, kelihatan sepucuk pistol yang bila-bila
masa sahaja bakal membaham Acha.
“Selamat
bertemu kembali Aisyah Mazyadi,” tutur Echad.
“Echad…”
gumam Acha. Langkah kakinya serta-merta mati.
“Aku
ada soalan untuk kau,” tutur Echad.
“Er…
soalan apa?” tanya Acha.
“Kau
tahu rancangan Melur untuk kenakan aku dengan Razan?”
Acha
diam. Dia lantas tenggelam dalam memori lama.
Kampus
Universiti Tun Dr Mahathir
Beberapa
bulan yang lalu…
Aisyah
Mazyadi menggelengkan kepalanya berulang kali. Dia membantah rancangan yang
disuarakan oleh Melur itu. Acha terus bangkit daripada kerusi di perpustakaan
itu lalu berdiri membelakangi Melur.
“Dengarlah
dulu apa yang aku nak cakap…” rayu Melur sambil memegang lengan sahabatnya itu.
“Kau
nak gunakan si Echad tu?” tanya Acha.
“A’a.
Budak pandai macam dia. Top 5 Universiti Tun Dr Mahathir punya student. Kalau tak ada Naim dengan Ummu, dia dah boleh jadi
yang terpandai! Dia boleh tolong kita banyak punyalah!” Melur mempertahankan
rancangannya. Acha terdiam lalu memikirkan sesuatu.
“Pastikan
dia tolong aku sekali,” kata Acha.
Melur
hampir melompat apabila Acha akhirnya melahirkan kata putusnya. Pantas tubuh
Acha dipeluk oleh Melur. Namun, riak wajah Acha masih terpamer rasa bersalah
mahu mengenakan Echad.
“Betul
ke apa yang kita nak buat ni?” tanya Acha sekali lagi, mahu menyedapkan
hatinya.
“Percayalah
pada aku. Kita akan dapat banyak manfaat nanti. Razan pun tak kisah nak tolong
kita,” kata Melur lagi yang kelihatan sangat teruja.
“Macam
mana kita berdua nak rapat dengan dia?” tanya Acha.
“Itu
serahkan pada aku,” jawab Melur sambil mengenyitkan matanya.
***
Melur
sedang duduk di sudut katilnya sambil menangis teresak-esak. Tapak tangannya
sedang menyentuh perutnya. Pintu bilik Melur diketuk dari luar. Namun, Melur
tidak sedikitpun menyahut jerita Acha yang memanggil dirinya.
“Mungkinkah
ini balasan yang tuhan berikan pada aku selepas apa yang aku lakukan pada
Echad?” gumam Melur sendirian.
Pintu
biliknya terbuka juga akhirnya. Kelihatan Acha menyerbu masuk.
“Kau
ni kenapa?” tanya Acha lalu duduk di sebelah Melur.
Melur
hanya menggelengkan kepalanya.
“Rasa
bersalah lepas kau dump Echad macam
tu jer?” sindir Acha.
“Ya,
memang aku akui salah aku. Aku ambil kesempatan terhadap dia, beri dia harapan
palsu. Tapi, aku menangis bukan sebab dia,” tutur Melur sambil mengesat air
matanya.
“Habis
tu, kenapa kau menangis?” tanya Acha.
“Aku
mengandung…”
Riak
wajah tenang Acha tadi lantas berubah. Dia merenung tidak percaya sahabatnya
itu.
“Astagfirullahazim…
macam mana boleh jadi macam tu?” Acha kelihatan bersitighfar berulang kali
sambil mengurut dadanya.
“Razan...
dia yang buat aku macam ni,” gumam Melur perlahan.
“Macam
mana kau boleh terlanjur dengan dia ni? Kau tak ingat ALLAH ke? Tak ingat mak
bapak kau?”
Acha
menghamburkan kata-kata itu tanpa berlapik lagi. Baginya, Melur sudah jauh
terbabas dari landasan Islam. Inilah akibatnya bila Melur berkawan dengan geng
Razan. Melur larut dengan nama dan populariti yang dikecapinya bila bersama
dengan kumpulan Razan. Satu universiti kenal siapa Razan, anak ahli perniagaan
terkenal itu. Ahli kumpulannya pula daripada golongan elit di universiti. Bila anak kampung seperti Melur
mendapat peluang, dia menerima satu kejutan budaya. Akibatnya…
“Razan
suruh aku gugurkan,” sambung Melur selepas melihat Acha hilang kata-kata.
“Jangan
jadi bodoh! Kau dah lakukan satu dosa besar iaitu BERZINA! Dan sekarang kau nak
buat satu lagi dosa besar? Dosa MEMBUNUH!” Acha sudah hilang sabar dengan
Melur.
Melur
terdiam.
“Sekarang
ni aku nak buat apa?” tanya Melur.
“Jaga
anugerah daripada ALLAH yang berada di dalam perut kau. Kau tak keseorangan
Melur. Kau ada aku. Walaupun apa yang berlaku, aku tetap disisi kau.”
“Janji?”
tutur Melur.
Kali
ini, barulah senyuman terukir di wajah Acha. Huluran jari kelingking daripada
Melur disambut oleh Acha.
“Aku
janji yang aku akan tetap bersama kau, senang atau susah,” tutur Acha. Lantas,
tubuhnya dirangkul oleh Melur lalu didakap erat. Rambut Melur yang lurus itu
dibelai oleh Acha.
Hari Ini...
“Maafkan
aku Melur sebab tak dapat tunaikan janji aku. Aku tak bersama kau ketika saat susah
dulu,” ujar Acha tiba-tiba sambil merenung tajam Echad yang sedang berdiri di
hadapannya.
“Kalau
aku tanya, kenalah jawab!” tempik Echad bengang.
“Ya,
aku tahu rancangan mereka berdua,” balas Acha sambil erat memegang lengan Husna
yang tidak mampu berdiri itu.
“Dan
kau tidak terdetik pun mahu hentikan mereka berdua?” tanya Echad sambil
tersenyum sinis.
“Sumpah
Echad. Aku rasa bersalah buat kau macam tu. Tapi…”
“Tapi
apa?” pintas Echad.
“Kami
rasa bersalah sangat-sangat. Melur nak bagitahu kau pasal benda tu, tapi Razan
ugut dia,” kata Acha cuba mempertahankan dirinya dan arwah Melur.
“Budak
Razan tu ugut apa?”
“Razan
ugut nak dedahkan yang Melur mengandung!”
“Perempuan
sundal… aku tahu dia mengandungkan anak luar nikah Razan. Sebab itu, aku bunuh
dia,” ujar Echad lagi, seolah-olah sedang bercakap dengan dirinya. Riak wajah
Echad pula tidak dapat dibaca. Sekejap dia sedih, sekejap dia ketawa sendirian.
“Kau
pulak… mengandungkan anak siapa?”
Pertanyaan
yang dilontarkan oleh Echad itu membuatkan kalimah istigfar meluncur keluar
dari lidah Acha.
“Apa
perasaan kau bila berkawan dengan sundal…” Echad terhenti seketika. Kemudian,
dia menjerit lagi. “Jangan panggil Melur aku sundal!”
Ketika
itu, Acha dan Husna saling berkongsi renungan. Echad memang dah gila.
“Nanti…
bila aku dah hantar kau ke neraka, kirim salam aku pada Melur ya?” Echad
bersuara lagi. Kali ini dengan mata pistol dihalakan ke arah Acha dan Husna.
“Echad…”
“Acha,
tolong cakap yang aku masih mencintai dia. Setulus hati aku…” Ketika Echad
sedang kusyuk menyusun ayat, entah dari mana seorang lelaki menerkam tubuh
Echad membuatkan Echad terjatuh di atas lantai. Pistol Echad tercampak jauh.
“Kau
nak buat apa, hah?” tempikAfiq
lalu menghadiahkan tumbukan tepat di pipi Echad.
Pistol tadi pantas diambil oleh Naim lantas diacukan ke arah Echad yang sedang bergelut
dengan Afiq yang berbalut kepala itu.
“Aku
nak bunuh korang. Sesiapa yang menyaksikan aku jadi pembunuh tidak boleh terus
hidup,” kata Echad lemah selepas wajahnya ditumbuk berulang kali olehDr Izwan.
“Tak
cukup dengan satu dosa membunuh yang kau buat?” tanya Afiq tiba-tiba yang sedang dipapah oleh Ummu. Kepalanya
masih tersisa pening meski tidak seperti ketika dia bangun tidur tadi.
“Tuhan
dah lama tinggalkan aku. Peduli apa aku pasal dosa!” Satu lagi tumbukan hinggap
di pipi Echad.
“Tuhan
berikan kau ujian sikit, dan kau dah jadi begini? Echad! ALLAH tidak pernah
tinggalkan umatnya. ALLAH sentiasa bersama umatnya yang turut mahu bersamanya.
Tanya diri kau Echad, selama kau meminta dari TUHAN, pernahkah kau tunaikan apa
yang TUHAN minta daripada kau?”
Echad
terdiam. Wajah Afiq
ditatap oleh Echad. Inikah Afiq yang dia kenal dulu?
“Cukuplah
dengan satu dosa yang kau lakukan. Aku tak nak tengok seorang kawan yang aku
kenal, buat semua ini. Cukuplah nyawa mereka yang kau bunuh!” kata pula Acha.
“Aku
kawan kau?” tanya Echad tidak percaya.
“Kau
tetap kawan aku walaupun
aku tak ingat apa-apa,” tutur Afiqpulayang kemudian
membuatkan Echad menangis teresak-esak seperti bayi yang kehilangan susu.
“Orang
pertama yang memanggil aku sebagai kawan…”
Wajah
Echad sekadar direnung oleh Afiq. Afiq bangun perlahan-lahan. Acha tidak dapat
menahan sebak. Air matanya tumpah jua.
Ya,
Acha mengaku bahawa dia telah menggunakan Echad untuk kepentingan dia. Dan dia
terpaksa juga mengaku Echad pada hari ini ialah raksasa yang mereka, mahasiswa
UTDM sendiri bina hasil daripada buli dan pulau hanya kerana Echad berbeza
dengan mereka.
“Echad…
kau tetap kawan aku,” tutur Acha tiba-tiba sambil menghulurkan tangan ke arah
Echad.
Namun,
belum sempat Echad mahu membalas huluran tangan Acha tiba-tiba sahaja Dr Izwan
menepis tangan Acha. Wajah Acha tajam direnung oleh Dr Izwan. Kemudian, Dr
Izwan menghampiri Echad yang terlentang di atas lantai lalu meletakkan lututnya
di atas peha Echad untuk menghalang Echad daripada bergerak.
“Kenapa?”
tanya Acha bingung.
“Dia
tetap seorang pembunuh walaupun kamu semua menganggap dia sebagai seorang
kawan. Aku
tak nak nanti dia jadi gila lagi, masa tu habislah! Naim, bawak tali yang kita
ambil masa jumpa Ummu dulu!” Naim mengangguk lalu membuka beg galasnya dan
mencampakkan seutas tali kepada Dr Izwan.
“Aku
percayakan Echad!” Afiq meninggikan suaranya.
Namun,
Dr Izwan tidak mempedulikan Afiq, sebaliknya dia menolak tubuh Echad
membelakanginya lalu tangannya menarik tangan Echad ke belakang lalu
mengikatnya dengan tali. Anehnya, Echad tidak meronta walau sedikit pun.
“Aku
percayakan dia!”
Dr
Izwan bangkit lalu menggengamkan koler baju Afiq.
“Dengar
sini budak! Aku tahu kau mungkin menghargai apa yang bernama persahabatan,
tetapi percayalah kepercayaan kau tak berguna di sini. Persahabatan tidak akan
membawa kau ke mana pada saat ini dan orang gila macam dia, perlu di kawal! Lagi pun kau tak ada sebarang memori mengenai lelaki
di hadapan kau! Jangan nak bajet hero!”
Naim
mengangguk setuju. Afiq tergamam.
Echad pula masih kaku di atas lantai.
“Kau
ialah main of faith, tapi aku ialah man of science!” tutur Dr Izwan lagi.
Tiba-tiba
baju Afiq ditarik oleh Ummu. Afiq yang sedang bertengkar dengan Dr Izwan itu
menepis. Namun, Ummu menarik baju Afiq buat kali kedua. Kali ini Afiq menoleh
dengan wajah yang membengis.
“Ada
apa?” tanya Afiq dalam nada suara yang agak tinggi membuatkan riak wajah Ummu
berubah serta merta.
“Errr…
dinosaur!” tutur Ummu sambil menundingkan jarinya ke arah kawanan Velcoiraptor
yang muncul dari hujung koridor. Afiq menoleh pantas. Serta-merta, wajah Afiq
bertukar pucat.
Echad
mendongak melihat beberapa ekor Velociraptor sedang melangkah ke arah mereka
sambil membuat bunyi nyaring dengan mulut mereka. Ketika itu, mereka berdua
serentak menoleh belakang. Kelihatan beberapa ekor Velociraptor muncul lagi,
tetapi kali ini dari arah yang bertentangan.
“Kita
dah terkepung…” tutur Dr Izwan.
Echad
cuba bangkit namun tak terdaya.
“Aku
tahu jalan lain untuk keluar dari sini!” tutur Echad tiba-tiba.
“Mana?”
tanya Naim.
“Tapi,
sebelum tu tolong lepaskan aku!” kata Echad. Afiq menghampiri Echad yang
terbaring itu namun bahunya disentuh oleh Dr Izwan. Jelingan daripada Dr Izwan
seperti memberi amaran kepada Afiq apa yang dilakukan olehnya bakal mengundang
bahawa.
“Aku
percayakan sahabat aku.
Ingat, kau ialah man of science. Aku
ialah man of faith,” gumam Afiq lalu
menepis tangan Dr Izwan.
Afiq
kemudian meleraikan tali yang mengikat tangan Echad.
“Mana
jalan keluar?” tanya Afiq.
“Terima
kasih,” ucap Echad. “Fiq, kau nampak tingkap tu. Lompat di tingkap itu.Di luar ada beberapa
buah jip lama milik pembina muzium ini. Jip itu masih boleh digunakan dan jip
itulah yang membawa aku dan ahli kumpulan aku ke sini. Gunakan jip itu untuk
pergi dari sini! Nah, ini
kuncinya!”
“Kau
kena ikut aku!” kata Afiq sambil sempat menjeling ke arah Velociraptor.
Echad
menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Biar
aku yang jadi pengumpan kepada mereka sementara kau tinggalkan tempat ini
dengan ahli kumpulan kau. Mungkin ini satu-satunya cara untuk aku cuci dosa
aku!” Echad berkeras.
Afiq
tiba-tiba merangkul tubuh Echad lalu sempat membisikkan sesuatu.
“Maafkan
kami. Kau jadi begini pun sebab kami dulu…”
Echad
mengangguk sambil tersenyum.
“Semoga
kau mampu keluar dari sini. Dan… semoga Ummu menjadi milik kau,” bisik Echad
lagi.
“Pergi…”
Echad menggumam lagi.
Afiq
mengangguk lalu melompat keluar ke tingkap sementara Echad menjerit-jerit
mencabar kawanan Velociraptor di dalam sana. Mujurlah mereka berada di tingkat
paling bawah muzium itu. Tubuh Afiq dipenuhi serpihan kaca yang pecah.
“Seorang
demi seorang,” teriak Afiq memberi arahan.
Ummu
memanjat ruang tingkap lalu berjaya keluar. Afiq memapah Ummu yang luka di peha
akibat ditikam oleh pisau
Echad. Acha turut sama. Namun, ketika Husna cuba untuk keluar, sesuatu yang
buruk berlaku. Hujung kasutnya tiba-tiba ditarik oleh seekor Velociraptor.
“Lepaskan
aku!” teriak Husna sambil menendang-nendang kepala Velocraptor.
Ketika
itu, Dr Izwan muncul sambil menghayunkan sebatang besi yang tepat mengenai
kepala Velociraptor. Husna berjaya menyelamatkan dirinya.
“Naim!
Giliran kau!” teriak Dr Izwan.
Naim
membetulkan kaca matanya lalu mengangguk.Naimberundur beberapa tapak
ke belakang, mencari jarak untuk terus melompat melalui tingkap yang terbuka
luas itu. Dan… seekor Velociraptor melompat ke arahnya sambil mengacukan kuku yang
bertindak sebagai taji di kaki.
“Naim!”
teriak Afiq memberi amaran kepada Naim.
Bam!
Seseorang tiba-tiba menolak Naim ke tepi... darah membuak-buak
keluar dari mulutnya. Taji Velociraptor menikam tepat dadanya. Ketika itu,
kedengaran raungan kemenangan Velociraptor lalu kepala Echad yang terkulai layu
dimamah oleh Velociraptor.
“Echad…”
gumam Naim yang tergamam melihat apa yang berlaku. Naim sedang terbaring di
atas lantai.
Naim
cuba untuk bangun tetapi kakinya pula yang terseliuh. Mungkin ketika tubuhnya
ditolak oleh Echad. Afiq menggelengkan kepalanya melihat Naim. Pantas Afiq
melompat masuk ke dalam muzium itu.
“Fiq!
Jangan!” panggil Ummu dan Acha serentak ketika Afiq cuba menjadi hero.
“Cepat!”
Afiq memeluk lengan Naim lalu membantu Naim untuk berdiri. Kemudian, mereka
sama-sama berlari ke arah tingkap lalu Afiq membantu Naim untuk berdiri
sementara Dr Izwan terus menerus menghayunkan besi untuk menghalang seekor
Velociraptor pun mendekati mereka.
“Izwan!
Naik sekarang!” arah Afiq.
Dr
Izwan mengangguk. Sebelum itu, dia melemparkan besi tadi ke arah kawanan
Velociraptor lalu memanjat keluar.
“Nampak
tak jip kat sana?” kata Afiq.
“Ada
dua jip,” gumam Naim.
“Aku,
Ummu dan Acha naik jip yang itu.
Izwan, bawa Naim dengan Husna naik jip yang lain,” arah Afiq tergesa-gesa
sambil sempat melontarkan jelingan ke arah Velociraptor yang cuba memuatkan
diri mereka memasuki ruang tingkap yang kecil itu.