Home Novel Thriller/Aksi The Lost World
Bab 12: Memori
Amirul Hafeez sekadar berdiri sambil memerhatikan sekumpulan anak muda yang seusia dengannya sedang mengangkat beberapa batang kayu yang kemudian disusun kemas di sebuah kawasan yang sangat dekat dengan batu-batu yang sudha lama bersemadi di tepi pantai itu. Kelihatannya seperti sekumpulan manusia yang dikenali oleh Hafeez sebagai mahasiswa Universiti Tun Mahathir itu sedang membina titi, untuk pergi dari pulau itu.

“Azrin!” panggil Hafeez sambil menoleh belakang.

Kelihatan ahli kumpulannya yang lain masih belum tiba di pantai itu. Langkah kaki Hafeez lebih laju apabila bau laut mula menusuk hidungnya saat dia dan ahli kumpulannya sedang meneroka setiap inci pulau itu untuk mencari jalan pulang. Hafeez kelihatan teruja apabila bau laut mula menusuk hidungnya. Hafeez sukakan laut!

“Laju sangat kau berjalan tadi,” kata Azrin yang agak termengah-mengah keluar daripada semak hutan di belakang mereka. Namun, seperti Hafeez, langkah kaki Azrin turut mati apabila pemandangan beberapa orang manusia sedang membina rakit sedang terpapar di hadapan matanya. Tidak lama kemudian, mereka disertai oleh Taufiq, Yasmin dan Piqah.

“Apa diaorang buat tu?” tanya Taufiq mengecilkan matanya, bagi mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

“Kena tanya diaorang kalau kita nak tahu,” kata Yasmin.

“Jom?” ajak Hafeez.

Azrin mengangguk. Dia mengetuai yang lainnya. Mereka mendekati kumpulan manusia itu. Ada empat orang di situ. 3 lelaki dan seorang perempuan kesemuanya. Kumpulan tadi yang sedang berehat selepas lama berehat di bawah pokok kelapa yang melindungi mereka dari cahaya matahari lantas berdiri.

“Assalamualaikum!” laung Azrin dari jauh ketika dia mengetuai kumpulannya mendekati sekumpulan mahasiswa Universiti Tun Dr Mahathir itu. Salam yang dilontarkan oleh Azrin tidak berjawab, sebaliknya mereka sekadar diperhatikan dari jauh, seolah-olah mereka adalah makhluk yang menakutkan di mata kumpulan tadi.

“Kamu siapa?” tanya seorang budak lelaki yang berbadan gempal di antara mereka.

“Kapten Azrin Fakhri. Juruterbang pesawat yang terhempas bulan lepas tu,” tutur Azrin.

Jawapan yang keluar dari mulut Kapten Azrin mengundang bisikan di antara mereka. Seketika, mereka sekadar melemparkan pandangan dan jelingan sebelum lelaki gempal yang bertanyakan soalan kepada Azrin menghampiri Azrin.

“Kenapa pesawat kita terhempas? Kenapa kami tak nampak sebarang tanda pasukan penyelamat akan tiba?” tanya lelaki gempal itu.

“Pasal pesawat terhempas, aku tak ada jawapan yang benar-benar kukuh untuk menjawabnya. Masa aku pandu, enjin tiba-tiba hilang kawalan masa melintasi pulau ni. Mungkin kita melalui kawasan yang magnetiknya sangat tinggi macam Bermuda Triangle,” jelas Azrin. “Tentang kenapa kita tak diselamatkan, aku pun mencari jawapan yang sama dengan kau juga.”

Lelaki gempal tadi terdiam sebelum tersenyum. Terus tapak tangan Azrin dicapainya.

“Panggil aku Bob! Perempuan ni Idayu. Lelaki cina ni nama dia Hong dan lelaki india ni pulak Siva namanya,” tutur Bob memperkenalkan ahli kumpulannya kepada Azrin.

“Kau bukan budak UTDM ke?” tanya Hafeez yang membisu daripada tadi.

Bob mengangguk.

“Kami pelajar UTDM jugak,” jawab Bob. Kemudian, pandangan Bob melekat pada Taufiq yang sedang berdiri di sebelah Hafeez.

“Sekejap… aku kenal kau!” tutur Bob yang kelihatan teruja. Jari telunjuknya dihalakan ke arah Taufiq yang sudah mula tersenyum itu.

Akhirnya ada juga yang kenal aku, getus hati Taufiq.

“Macam mana kau kenal aku?” tanya Taufiq, memancing Bob.

“Aku undi kau masa PR Kampus tahun lepas. Aku cukup suka dengar ucapan kau. Serupa macam Soekarno. Kau memang seorang pemidato yang hebat,” puji Bob jujur. Taufiq sudah mula menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal menerima pujian yang dihamburkan ole Bob tanpa segan silu.

“Dah mula dah…” ujar Piqah tiba-tiba.

“Tak boleh kena puji sikit,” tutur Yasmin mengejek.

***

Seorang lelaki yang rambutnya sudah hampir menutup telinganya, berjambang halus di sekeliling dagu dan pipinya sedang berdiri di tepi batu-batuan yang mendiami tepi pantai yang sangat luas itu. Kemeja yang sekadar disraung sepert kjaket di tubuhnya yang sasa itu berkibar dimainkan oleh sang angin. Butang-butang yang sepatutnya tersarung pada tubuhnya sekadar dibiarkan bebas. Dia sedang memegang sebatang jorang yang dihasilkan menggunakan kayu dan segala alatan yang dijumpai di dalam pesawat tempoh hari. Kelihatannya Siaful seperti sedang bergelut untuk menaikkan jorannya.

“Saiful!” laung satu suara jauh di belakang jejaka tinggi lampai itu. Kelihatannya rambut dan jambang lelaki itu semakin panjang dan lebat sejak sebulan lepas mereka terperangkap di atas pulau itu.

“Hakiman!” panggil Saiful ke arah seorang lelaki yang sekadar duduk bersandarkan sebongkah batu besar sambil membaca sebuah buku agama. Hakiman yang berkaca-mata dan berambut pendek yang disikat tepi serta memakai baju hitam yang tertulis ‘I’am Muslim’ Mendongak apabila namanya dipanggil oleh Saiful.

“Ya Saiful?” balas Hakiman.

“Aku rasa aku kena terjun ke dalam air ni untuk dapatkan ikan ni. Kalau sesuatu terjadi pada aku, aku nak ak turun dan selamatkan aku?” teriak Saiful dari jauh.

“Baik!” jawab Hakiman sepatah.

Serentak itu, Saiful mencampakkan jorannya ke tepi lalu membuat terjunan ke dalam air laut yang agak dalam itu. Bunyi air berkocak memenuhi pantai itu manakala tubuh Saiful terus tenggelam. Cik Mia sekadar memerhati dengan perasaan resah. Lama juga Saiful berada di dalam air laut sehinggakan Cik Mia sudah mula mengarahkan Hakiman untuk turut terjun ke dalam air mencari Saiful. Namun, Hakiman sekadar tersenyum dan memerhati dari atas batu. Seketika, tiada apa yang berlaku sehinggalah Saiful muncul ke permukaan sambil memeluk seekor ikan yang saiznya separuh badan Saiful. Kelihatan kesan gigitan di dada Saiful dan darah sedang membuak-buak keluar dari luka gigitan itu lalu menukarkan air laut menjadi merah di sekitar tubuh Saiful.

“Saiful!” panggil Cik Mia lalu menyelimuti Saiful ketika jejaka itu sedang melangkah ke arah pantai.

Serentak itu, muncul dari kawasan hutan tebal di belakang pantai itu, seorang gadis yang memakai seluar jeans ketat dan baju singlet hijau yang menampakkan susuk tubuhnya yang persis seorang model itu. Gadis itu sedang menggerutu sambil menggaru-garu lengan dan tangannya.

“Aku benci tempat ni! Banyak sangat nyamuk!” gumam Nazura ketika melangkah ke arah Saiful.

“Kau pergi mana?” tanya Saiful lemah tatkala dia mengheret ikan gergasi yang masih mengibas-ngibaskan ekornya itu.

“Kau lama sangat tangkap ikan tu. Aku dah lapar, jadi aku pergi cari makanan dan aku jumpa pisang ni,” balas Nazura sambil menunjukkan setandan buah pisang kepada Saiful.

***

Azrin mengerutkan dahinya tatkala Bob sedang kusyuk menceritakan rancangannya untuk berambus dari pulau neraka itu. Taufiq di sebelah Azrin pula sekadar berpeluk tubuh. Selepas Bob habis bercerita, Azrin kelihatan membisikkan sesuatu di telinga Taufiq.

“Kenapa Taufiq?” tanya Bob.

“Kau betul ke nak buat rakit dan belayar keluar dari pulau ni?” tanya Taufiq.

Bob menganguk penuh teruja.

“Aku bukannya nak tunjuk pandai Bob. Tapi, dengar sini…”

Bob mengangguk sambil memasang telinga.

“Rakit yang kau buat ni tak akan mampu bertahan lama. Tambahan pula kita mungkin terhempas di Laut Cina Selatan. Antara lautan yang bergelora di dunia.Tiada seorang pun antara kita yang mempunyai ilmu pelayaran. Kita mungkin akan mati di tengah lautan sana…”

Belum sempat Taufiq mahu menghabiskan buah fikirannya, Bob tiba-tiba menggelengkan kepalanya.

“Dengar sini… aku ingat kau ni pandai, tapi bodoh!”Nada suara Bob tiba-tiba bertukar tinggi sambil bersulamkan bahasa kesat membuatkan Azrin dan Taufiq saling berkongsi pandanganm

“Kayu yang aku ambil adalah daripada jenis yang kalis air dan selalu akan digunakan dalam proses membuat rakit. Akar kayu yang aku guna untuk mengikat kayu aku pula merupakan daripada jenis yang paling kukuh di dunia. Dan… sampai bila kita nak duduk dalam comfort zonekita? Aku lebih rela mati lemas kat tengah laut sana daripada diri aku dibaham dinosaur yang menghuni pulau ni!”

Kemudian, Bob memberi isyarat kepada Siva, Fong dan Idayu meninggalkan kumpulan Azrin di situ.

“Dan jangan harap nak tidur dalam pondok yang kami buat tu. Cari jer mana-mana pokok…” Bob tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila Hafeez tiba melayangkan sebuah penumbuk membuatkan Bob tersungkur di atas tanah.

“Kami tak akan tolong kau kalau…”Belum sempat Hafeez mahu menghabiskan kata-katanya, Yasmin terus meluru ke arah Hafeez lalu memukul bahagian tertentu di leher Hafeez membuatkan jejaka berambut perang itu pengsan.

“Maafkan dia. Dia ni panas baran sikit,” tutur Yasmin sambil menundukkan kepalanya, meminta maaf seperti orang Jepun dan Korea.

***

Saiful sedang bersandar pada bongkah batu sambil memegang dadanya yang terasa sakit itu. Kelibata beberapa gigi sebesar jari manusia sedang terbenam di dadanya, mujurlah tidak dalam. Cik Mia sedang mencuci luka yang kelihatan pada dada Saiful. Peti kecemasan cemas yang dibawa ke mana sahaja oleh Hakiman ke mana sahaja di dalam beg galas itu sedang digunakan untuk mencuci luka Saiful. Berkerut dahi Saiful menahan kesakitan tatkala kapas putih itu menyentuh luka yang masih belum berhenti mengalirkan darah.

“Teruknya luka kamu ni Saiful,” gumam Cik Mia sambil menggelengkan kepalanya. Nazura pula sekadar memerhati dari jauh, konon ngeri dengan darah manakala Hakiman sekadar memapar wajah kosong melihat adegan romantic antara pensyarahnya dan lelaki berwajah pucat itu.

“Cik Mia… sikit jer luka ni,” gumam Saiful sambil tersenyum.

Cik Mia menggelengkan kepalanya. Ya, bagi Saiful memang luka itu tidak membawa apa-apa makna. Tetapi lain buat mereka. Kalau darah yang mengalir itu tidak dihentikan, kemungkinan sesuatu yang buruk akan berlaku jangkitan mungkin berlaku pada luka di dada Saiful.

“Cik Mia cabut gigi ikan tu… Saiful jangan menjerit ya?” tutur Cik Mia.

Saiful menggelengkan kepalanya. Cik Mia menarik nafas dalam-dalam sambil memegang gigi ikan tadi yang terbenam jauh dalam dada Saiful. Dengan kiraan angka satu sampai tiga, Cik Mia mencabut gigi tadi.

“Arghhh!” teriak Saiful kesakitan.

Suaranya memenuhi pantai. Darah merah membuak-buak keluar dari lubang kecil yang kelihatan akibat daripada gigi ikan tadi. Matanya terbuntang luas sebelum tiba-tiba bertukar kuyu. Nazura memalingkan wajahnya serentak dengan jeritan Saiful bergema di udara.

“Saiful!” panggilHakiman yang kelihatan risau dengan keadaan Saiful.

“Tak apa. Dia nak berehat tu. Gigitan ikan tadi memangdalam,”gumam Cik Mia lalu mencuci luka di dada Saiful dengan penuh setia. “Biarkan dia tidur…”

***

“Kita kalau dah masuk tempat orang, kita kena buat macam tetamu,” gumam Yasmin tidak puas hati dengan Hafeez.

“Itu bukannya cara kita. Tak bertamadun kalau semua benda kita nak selesaikan dengan penumbuk,”kataAzrin pula.

Hafeez muncung seribu apabila ditegur dari segenap arah. Bagi Hafeez, apa yang dilakukannya tadi memang tak salah. Dia berharap dengan tumbukannya itu mampu menyedarkan Bob. Tetapi, Hafeez tidak menyangka apa yang dilakukannya mendatangkan perasaan kurang senang pada ahli kumpulannya.

“Hafeez…” panggil Piqah tiba-tiba.

“Apa?” jawab Hafeez dingin ketika mereka sedang menyusuri pantai yang kelihatan putih dan tidak terusik. Air laut yang sepatutnya menjadi biru itu bertukar menjadi jingga disuluh oleh matahari yang sedang terbenam di hujung horizon. Mereka sekadar mengikuti langkah kaki Azrin mencari tempat untuk bermalam.

“Orang macam kaulah yang menjadi penyebab kepada peperangan. Kau fikir dengan kekerasan, segalanya akan selesai walhal orang macam kau tak terfikir akibat selepas kekerasan itu digunakan. Pasti akan ada sesuatu yang hilang,” gumam Piqah tiba-tiba membuatkan Hafeez tersentak. Dia tidak terus berang tetapi merenung tidak percaya wajah Piqah.

“Kau memang suka berfalsafah ke?”

Piqah tidak menjawab sebaliknya merengus kasar disindir oleh Hafeez.

“Arghhh!” bunyi jeritan seseorangtiba-tiba memenuhi pantai itu membuatkan perbualan ahli kumpullan itu terus terhenti.

“Hantu ke yang menjerit tu?” soal Hafeez celupar yang kemudiannya menerima hadiah cubitan keras di lengannya daripada Yasmin.

“Kau kalau tak cari pasal dan buat orang marah dalam sehari tak boleh ke ?” tanya Yasmin bengang.

“Kenapa?” soalHafeez sambil memegang bahagian yang dicubit.

“Mulut jangan celupar.Kita berada di tempat orang Hafeez. Lagi-lagi kita sedang berada di pantai dan aku nak kau jaga mulut kau,” ujar Yasmin lagi.

“Dah-dah korang semua. Aku nak kita cari punca jeritan tadi. Aku yakin ada orang dalam bahaya,” jelas Azrin.

“Tapi aku takut hantu,” gumam Hafeez sambil menundukkan wajahnya.

***

Saiful Hawiz cuba bangkit namun Cik Mia menegah Saiful untuk bergerak.

“Saya perlu siang ikan tu…”

“Aku ada, boleh buat,” kata Hakiman malas sambil mengesat peluh yang mengalir di kepalanya.Pda sata itu, Nazura pula sedang cuba menghidupkan api daripada kayu api yang dikumpulkan oleh Saiful dan Hakiman pada pagi tadi.

“Kiman! Aku tak boleh nak hidupkan api!” kata Nazura sambil mencampakkan sebatang kayu kecil jauh daripadanya.

“Kau boleh siang ikan tak?” tanya Hakiman.

“Geli aku,” tutur Nazura membuatkan Hakiman mengeluhberang.

Tiba-tiba sahaja jejaka itu bangkit lalu meninggalkan mereka di situ. Sungguh, hidup di atas pulau itu dengan perempuan yang menjengkelkan seperti Nazura lebih mencabar daripada diburu oleh pemangsa hebat dari zaman silam seperti dinosaur.

“Hakiman, balik sini!” teriak Saiful lemah tatkala Hakiman semakin jauh meninggalkannya.

Saiful mahu bangkit tetapi Cik Miamenegah jejaka itu yang baru sahaja dibalut dadanya akibat daripada luka digigit oleh ikan gergasi itu.

“Tapi Hakiman…” gumam Saiful.

“Biar Cik Mia yang pujuk dia,” tutur Cik Mia sambil menepuk belakang Saiful.

***

Langkah kaki Hakiman yang sudah melangkah semakin jauh dengan tempat mereka bermalam mula mati apabila sesuatu yang tidak dijangka sedang tersergam indah disinari oleh cahaya matahari.Sebuah banggunan setinggi dua tingkat sedang berdiri megah di hadapannya sambil beberapa buah jip tertulis Dino Park sedang terdampar tanpa pemandu. Bangunan itu dibina tepat pada laluan masuk antara muara sungai yang mengalir di pulau misteri dan laut yang terbentang luas.

“Hakiman… maafkan Nazura. Cik Mia tahu…” Seperti Hakiman, Cik Mia turut hilang kata-kata selepas melihat sesuatu sedang tersergam di hadapan matanya.

“Macam manajeti nini boleh ada kat pulau yang macam ni?” tanya Cik Mia dengan mulut yang hampir terlopong.

“Cik Mia, apakah saya sedang bermimpi?” tanya Hakiman sambil menampar pipinya.

Kelihatan Nazura muncul dari belakang sambil memapah Saiful. Seperti Cik Mia dan Hakiman, mereka juga dilanda kejutan. Jeti yang terbiar itu ditatap penuh minat oleh mereka. Terdapat beberapa buah bot yang tidak digunakan sekadar terapung di tepi jeti.

“Kita kena masuk dalam tempat ni!” kata Saiful membuatkan Hakiman menoleh tidak percaya.

“Masuk?” soal Hakiman dengan mata yang terbeliak.

Saiful mengangguk.

“Aku takut yang…”

“Kalau kita takut, sampai bila pun kita akan terperangkap kat sini. Aku percaya ada jawapan buat kita kenapa kita tak diselamatkan… kenapa pulau ini sangat pelik dan… bagaimana untuk kita keluar dari sini,” gumam Saiful.

“Tapi, keadaan awak,” tanya Nazura yang sedang memegang lengan sasa Saiful.

“Aku pernah kena lebih teruk daripada ni,” kata Saiful.

“Tapi, perlu kita masuk pada waktu maghrib ni?” tanya Hakiman.

“Lebih cepat lebih baik.”

***

Jeti Dino adalah sebuah jeti yang dibina berdekatan dengan muara sungai, dan sangat berdekatan dengan pantai. Terdapat lapangan kosong bertar yang dibina berhadapan debgan Jeti Dino. Mungkin suatu masa dahulu, di situ pernah bersemadi kenderaaan yang akan membawa para pengunjung pulau aneh itu ke tempat bermalam mereka. Terdapat deretan kedai makanan ringan pelbagai jenama seperti McDonal, Nandos, KFC dan Burger King mengapit pintu masuk ke dalam jeti itu.

“Ada jip,” gumam Saiful tatkala menghampiri sebuah jip yang tersidai di sudut lapangan di hadapan jeti lama itu.

“Boleh hidup tak?” tanya Hakiman.

“Kunci tak ada kat aku,” balas Saiful.

Hakiman mengeluh kecewa.

“Siapalah yang buat macam ni ya kat dalam hutan yang dipenuhi makhluk pelik macam dinosaur ini?” kata Nazura sambil memegang erat lengan Cik Mia, memerhati sahaja jeti yang separuh bahagian berada di darat manakala hampir dua pertiga lagi dibina terapung di atas air.

“Aku rasa jawapan kita terperangkap kat dalam ini terletak dalam jeti ini,” gumam Saiful tiba-tiba ketika turun daripada jip yang tak dapat dihidupkan itu. “Jom semua. Lagi cepat kita masuk, lagi cepat kita keluar. Entah benda apa yang ada kat dalam banggunan ni.”

Serentak itu, bulu roma Nazura berdiri tiba-tiba. Dia terus belari mendekati Saiful yang sudah melangkah dahulu antara mereka.

“Aku nak kau lindungi aku kalau ada apa-apa terjadi kat aku,” kata Nazura.

Saiful sekadar meneruskan langkah kakinya tanpa sedikitpun bersuara tatkala Nazura bertanya. Pintu kayu yang kelihatan lusuh itu ditolak oleh Saiful perlahan, lantas menghasilkan bunyi keriut yang memanjang.

“Seramnya…” gumam Nazura. Keadaan di dalam jeti itu gelap gulita. Mujurlah lampu suluh yang dijumpai di bangkai pesawat tempoh hari oleh Saiful menjadi penyuluh mereka.

“Bismilah…” gumam Saiful tatkala tapak kakinya memasuki kawasan jeti itu yang kemudian diikuti oleh Hakiman dan Cik Mia di belakang.

***

Suasana di dalam Jeti Dino sangat sunyi sepi, tambah-tambah lagi ketika waktu senja seperti itu. Saiful kelihatan berani melangkah dan menyuluh ke pelbagai arah di dalam Jeti Dino. Pelbagai kedai cenderamata dan makan mengapit mereka dari arah kanan dan koridor. Saiful sempat menyuluh papan tanda yang tergantung di siling jeti itu. Ada yang mengarah ke arah tempat menunggu feri, dan ada papan tanda yang menunjuk arah ke surau dan tandas.

Saiful kemudian melalukan pusingan, mengikut gerak hati ke arah kawasan tempat jeti menunggu jeti. Barangkali ada sesuatu yang boleh dijumpai oleh mereka di sana. Namun, sebaik sahaja mereka tiba, tiada langsung kelibat feri seperti mana yang diharapkan. Sekadar tempat duduk kosong manakala di kawasan air pula adalah beberapa bot yang sudah terbalik.

Kemudian, Saiful membawa diri sambil diekori oleh ahli kumpulannya ke arah tempat tadi. Dia membawa langkah kakinya menyusuri koridor yang masih belum dijejak di balik kegelapan. Semakin jauh mereka meneroka ke dalam kegelapan, hidung mereka dapat menangkap bau busuk yang meloyakan tekak. Tiba-tiba langkah kaki Saiful berhenti membuatkan Nazura terlanggar belakang tubuh Saiful. Kdengaran suara rungutan Nazura yang terjatuh itu.

“Ada apa Saiful?” tanya Hakiman menegur.

“Kesan darah…” gumam Saiful sambil menyuluh ke arah kesan seperti manusia diheret oleh sesuatu. Panjang kesan darah itu yang menghala ke arah kegelapan yang berleluasa di hadapan Saiful.

“Astagfirullah…” tutur Hakiman sambil memalingkan wajahnya.

“Aku takutlah Saiful…” luah Nazura tiba-tiba namun tak diendahkan oleh Saiful pun.

Saiful yang dari tadi melutut untuk mengamati kesan darah di lantai itu bangkit tiba-tiba sambil mencari Hakiman.

“Kesan darah ni masih baru bro. Ada seseorang bersama kita di dalam jeti ini. Aku nak ikut kesan darah ni,” kata Saiful membuatkan riak wajah Hakiman bertukar pucat.

“Kau biar betul! Tapi benda ini bukan sesuatu yang boleh dibuat main! Manalah tahu ada dinosaur ke?”

Saiful menggelengkan kepalanya.

“Ini kerja manusia, bukan dinosaur. Mereka tak sebijak itu untuk mengheret seseorang,” kata Saiful.

Hakiman sekadar mengangkat bahunya. Dengan berat hati, lelaki berkaca mata itu terpaksa mengatur langkah kakinya mengekori Saiful dari belakang. Sempat juga Hakiman menoleh ke arah Cik Mia untuk mendapatkan kepastian. Namun, Cik Mia yang mengerti renungan mata Hakiman sekadar tersneyum seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada Hakiman bahawa dia sangat mempercayai Saiful Hawiz.

Seperti biasa, langkah kaki mereka sekali lagi terhenti. Kali ini, ianya diiringi oleh jeritan kecil daripada Nazura yang spontan menekapkan wajahnya di bahu Saiful tatkala sebuah jasad yang berlumuran darah dengena leher yang hampir terkulai sedang tergantung di hadapannya.

“Echad…” gumam Cik Mia tidak percaya melihat apa yang berlaku di hadapan matanya. Air matanya menitik tanpa sedar manakala Hakiman pula sudah muntah-muntah di satu sudut ruangan di dalam jeti itu.

“Hakiman, tolong aku turunkan mayat Echad!” arah Saiful.

“Tapi… aku fobia dengan darah,” gumam Hakiman yang masih belum berhenti muntah. Saiful menggelengkan kepalanya mendengarkan jawapan daripada Hakiman itu. Mayat Echad yang kepalanya hampir terkulai dari leher, dengan lubang kecil di tempurung kepalanya diturunkan dengan susah payah oleh Saiful seorang. Habis kemeja hitam Saidul penuh dengan kesan darah Echad.

“Siapalah yang buat macam ni kat kau Echad?” tutur Saiful sendirian tatkala tapak tangannya cuba menutup biji mata Echad yang terbuntang luas itu.

“Echad yang buat diri dia macam tu,” kata satu suara yang tiba-tiba muncul di belakang mereka. Saiful lantas menoleh belakang dan kelihatan seorang lelaki yang bertopeng putih, berseluar jeans hitam lusuh sedang melangkah sambil memegang sesuatu di dalam genggaman.

“Siapa kau?” tanya Saiful.

“Sahabat lama kau…” balas Qarin pendek.

Saiful lantas berdiri sambil merenung tajam ke arah susuk tubuh Qarin yang setinggi bahunya itu.

“Apa yang kau nak daripada kami?” soal Saiful lagi.

“Sekadar berjumpa dengan sahabat lama aku,” kata Qarin.

“Sahabat lama?” tanya Saiful dengan kening yang terangkat di udara.

Qarin sekadar mengangguk. Dia kemudian berundur beberapa tapak ke belakang dan tiba-tiba, Qarin melemparkan sesuatu yang sudah digenggamnya sejak tadi. Saiful berundur beberapa tapak ke belakang apabila sesuatu yang menyerupai bom tangan itu bergolek di tapak kakinya sebelum mengeluarkan asap tebal yang memenuhi keadaan di sekeliling Saiful.

“Benda apa ni?” Kedengaran suara Nazura merungut sambil mengipas-ngipaskan tangannya menghalau asap itu.

“Bom tangan yang digunakan oleh Soviet dahulu untuk menyeksa tawanan perang mereka dengan mengembalikan ingatan paling ngeri manusia. Selamat tinggal sahabat,” ucap Qarin. Serentak itu juga, Saiful, Cik Mia, Hakiman dan Nazura rebah di lantai.

***

Saiful Hawiz terpisat-pisat membuka matanya. Dia tidak lagi berada di dalam Jeti Dino, sebaliknya dia sedang berada di sebuah bilik yang bersepah dengan barang permainan. Jejaka tinggi lampai itu cuba bangun, namun kepalanya masih tersisa rasa pening. Seketika, Saiful sekadar melemparkan pandanganya mengamati keadaan bilik itu. Terdapat sebuah katil bayi yang dibarisi dengan kayu-kayu yang menghalang sang bayi dari jatuh. Terdapat patung Ultraman yang dibuat daripada plastic tertenggek di sudut katil bayi itu.

Pintu bilik itu tiba-tiba berkuak membuatkan Saiful terkejut. Sepasang suami isteri sedang berdiri di muka pintu, merenung kosong ke arah susuk tubuh Saiful yang sedang terbaring lemah di atas lantai. Kemunculan pasangan itu membuatkan Saiful ditarik semula ke dalam realiti.

“Saya boleh jelaskan macam mana saya boleh berada di sini…” ujar Saiful yang tergagap-gagap. Namun, pasangan suami isteri itu tidak langsung mengendahkan kehadiran Saiful di situ sebaliknya si isteri yang sedang mendukubng bayi comel di tangannya membaringkan bayi yang sedang nyenyak tidur itu di dalam katil.

“Comelkan dia ni sayang?” tanya si isteri sambil menatap penuh sayang bayi comel yang dipakaikan baju dan seluar putih. Puting merah jambu yang mempunyai lukisan gajah sedang kusyuk dihisapnya dalam lena.

“Tengoklah anak siapa. Saiful anak ayahkan?”

Sebaik sahaja ucapan itu terbit dari mulut si lelaki, jari-jemarinya terus menggigil aneh. Dia tidak percaya menyaksikan peristiwa yang sedang dipamerkan di hadapan matanya. Pasangan suami isteri yang sedang bermain dengan bayi kecil itu adalah ibu dan ayahnya, yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini. Perlahan-lahan, Saiful mengatur langkahnya cuba mendekati pasangan suami isteri itu.

“Mak dan ayah… macam mana mak dan ayah boleh…”

Saiful cuba menyentuh kedua orang tuanya namun semuanya telus. Seperti biasa, susuk tubuh Saiful langsung tidak kelihatan di pandangan mata kedua-dua orang tua Saiful, dan Saiful pula seperti sednag hidup dalam memorinya.

***

Bunyi bingit muzik yang berkumandang dengan suara ketawa manusia itu terus membuatkan mata Hakiman terbuntang luas. Kepalanya terasa pening-pening lalat, sebelum dia mendapatkan keseimbangan. Seketika, dia melihat sekelilingnya sebelum menyaksikan bahawa dirinya sedang berdiri di tengah-tengah lautan manusia yang sedang terkinja-kinja melompat, sambil membiarkan diri larut dalam bunyi muzik yang melalaikan. Sungguh, lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan di dalam kelab malam itu.

“Astagfirullah…” gumam Hakiman sambil melarikan pandangannya apabila seorang gadis cina yang berpakaian sekadar berbikini bunga-bunga dan berseluar jeans pendek atas paras lutut melintas di hadapannya.

Ya, Hakiman harus meninggalkan kawasan itu. Tempat itu juga bukan tempat yang kena dengan jiwanya. Muzik yang melalaikan, tariannya yang memalukan, pergaulan tanpa batasan dan yang paling penting, tempat itu juga pastinya menghidangkan air kencing syaitan sebagai minuman utama membasahkan tekak. Nauzubilahiminzalik…

Baru sahaja Hakiman mahu mengatur langkah meninggalkan kelab malam itu, tiba-tiba suara seseorang melaungkan namanya membuatkan langkah kakinya itu terus mati. Hakiman mendongak dan kelihatan lautan manusia di dalam kelab malam itu teralih perhatian pada sebuah susuk yang sedang melangkah sambil diapit oleh seorang gadis yang berpakian baju lengan panjang yang sangat ketat dan seluar jeans pendek di atas paras lutut. Lelaki itu ula lengkap berpakaian seluar jeans hitam, baju T putih yang disarungkan jaket kulit hitam dan rambut panjang yang diikat ke belakang. Beberapa orang manusia juga mengiringi langkah kaki lelaki berjaket hitam itu.

“Hakiman… diaorang semua nantikan kehadiran kau,” bisik seorang lelaki pada lelaki yang berjaket hitam itu.

“Mestilah, setan paling besar kat sini sangat diperlukan untuk parti kita malam ni,” ucap lelaki itu sambil mengetatkan pelukan pada gadis itu. “Suhaila, malam ini kita berseronok lagi.”

Serentak itu, Hakiman terlutut sambil menatap tidak percaya apa yang sedang dipaparkan di hadapan matanya itu. Tanpa disedari oleh Hakiman, air matanya tumpah tiba-tiba menyaksikan memori lama dalam hidupnya yang seboleh-bolehnya mahu dipadamkan oleh Hakiman.

***

Gadis yang berambut lurus hitam sehingga paras pinggang itu sedang terpingga-pingga memerhatikan keadaan di rumah teres dua tingkat itu. Amani Nazura tidak mengetahui entah bagaimana dia boleh berada di situ, dan ruang tamu di dalam rumah itu entah kenapa begitu dekat dengan dirinya meski ingatannya tak dap mengecam keadaan di situ.

Amani Nazura sekadar memerhati bagaimana perabot antic yang tersusun banyak di kawasan ruang tamu itu. Cantik dan pastinya mahal. Keadaan di ruang tamu itu agak sunyi, seolah-olah penghuni rumah teres itu sudahpun meninggalkan kawasan itu dalam tempoh yang agak lama.

Tiba-tiba, kesunyian itu dicemari oleh tangisan seorang anak kecil. Nazura yang baru sahaja mahu duduk di atas sebuah sofa yang tersedia di ruang tam uterus mematikan niatnya sambil memasang telinga.

“Kamu ni tak boleh duduk diam ke hah? Sama menyusahkan macam bapa kamu!”

Suara seorang wanita menengking seseorang bergema di sekeliling rumah itu membuatkan riak wajah Nazura berubah. Dia kenal benar suara wanita itu.

“Nazura! Kau ini saling tak tumpah macam ayah kau! Selalu menyusahkan mama!”

Ya Mama… nama itu memang sangat meninggalkan kesan di hati gadis itu. Air matanya terus tumpah mendengarkan tengkingan demi tengkingan yang sedang dihamburkan oleh manusia bernama mama itu.

Bukan salah aku mama bila papa pergi…

***

Cik Mia, seorang wanita yang mempunyai ketinggian sederhana itu kelihatan bingung apabila dia tiba-tiba boleh berdiri di sebuah bilik yang agak bersepah keadaanya itu. Terdapat sebuah alat sembahyang cina yang sedang tergantung di atas dinding di sebelah sebuah katil yang bersepah cadar dan selimutnya. Sepasang pedang samurai yang tergantung kemas di satu sudut dinding yang lain pula sudah cukup menaikkan bulu roma Cik Mia.

“Bilik ini…” gumam Cik Mia apabila ingatannya mula kembali. Ya, wanita itu pernah suatu masa dahulu berada dalam bilik ini, terperangkap kerana menjadi mangsa seseorang yang pernah dicintainya sepenuh hatinya. Sungguh, rasa kepercayaan dibalas dengan sebuah pengkhiantan merupakan rasa yang sangat sakit sekali.

Tak akanlah…

Bam! Pintu masuk ke bilik itu terbuka tiba-tiba, memunculkan satu susuk tubuh manusia yang sangat dikenali oleh Cik Mia. Seorang lelaki buncit, berkemeja yang terdapat lukisan naga dan berambut botak tengah sedang tersengih bodoh. Pantas tapak tangan Cik Mia memeluk tubuhnya. Memori hitamnya terus terbang kembali.

“Jangan buat apa-apa kat aku!” Cik Mia memberi amaran, namun kehadiran Cik Mia disitu seolah-olah tidak disedari langsung oleh lelaki buncit itu.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sedang memegang erat tangan seorang wanita yang kelihatan bingung dan takut-takut apabila di bawa lelaki yang tidak kurang tampan itu ke tempat yang agak asing dengan dirinya.

“Ada apa ni awak?” tanya wanita yang berambut lurus yang diikat ekor kuda itu. Baju kurung hijau yang bercorak batik moden membaluti tubuh kurus dan langsingnya itu.

“Mia diam boleh tak? Awak ikut aje saya. Saya ada benda nak selesaikan kat sini,” balas lelaki yang bermisai itu.

Cik Mia yang sedang menatap adegan di hadapan matanya benar-benar terpempan dengan apa yang sedang dihidangkan itu. Dia berundur beberapa tapak ke belakang kerana babak itu pernah berlaku suatu masa dahulu dalam lipatan hidupnya.

“Ya ALLAH, benda apa yang sedang berlaku ni?” gumam Cik Mia tidak percaya.

Cik Mia sedang melihat dirinya berdiri di satu sudut bilik itu sementara seorang lelaki yang Cik Mia kenal sebagai bekas tunangnya sedang berurusan dengan lelaki cina buncit. Selepas berbual untuk beberapa ketika, lelaki bermisai itu mengangguk setuju sambil sempat membisikkan sesuatu di telinga lelaki cina buncit itu.

“Awak… dah habis ke?” tanya Cik Mia.

Bekas tunang Cik Mia mengangguk. Ketika Cik Mia mahu mengekori tunangnya meninggalkan bilik itu, tiba-tiba seseorang merangkul tubuhnya dari belakang membuatkan Cik Mia spontan menjerit.

“Apa ni?” teriak Cik Mia sekuat hatinya. “Joe! Tolong saya!”

Joe yang sedang meninggalkan rumah itu sekadar tersenyum tatkala menyaksikan Cik Mia sedang bergelut dengan lelaki cina itu. Tunangnya yang sedang diapa-apakan itu tidak langsung eindahkan. Cik Mia pula ketika sekadar menyaksikan dengan hati yang berkecai.

“Amoi, youpunya tunang sudah jual you sama saya. Youtak boleh buat apa-apa pun,” kata lelaki tua itu lalu menolak tubuh Cik Mia ke atas katil.

“Tolong jangan apa-apa kan saya!” teriak Cik Mia sambil berundur merapati dinding tatkala lelaki cina gemuk itu sedang membuka seluar baju kemeja hitamnya. Air mata sudah basah menuruni pipi Cik Mia.

“Amoi, you duduk diam-diam sudahlah. You tak dapat lari punya. Anak buah saya semua sedang berjaga di tempat ini. Ini petaling street. Sarang saya amoi… tiada siapa yang berani datang sini,” kata lelaki tua itu lalu mencampakkan kemeja hitamnya ke arah wajah Cik Mia.

Serentak itu juga, pintu bilik itu terbuka membuatkan lelaki cina gemuk tu menoleh belakang. Seorang lelaki tinggi lampai sedang berdiri dalam keadaan tangan yang berlumuran darah. Beberapa orang anak buah lelaki cina buncit itu terbaring lemah di ruang tamu habis dikerjakan oleh lelaki tinggi.

Saiful Hawiz…

“Chan, tolong lepaskan dia.” Tenang sahaja suara Saiful.

“Macam mana kau masuk sini?” gumam Chan tergagap-gagap melihat Saiful sedang berdiri di hadapan matanya. Wajah Saiful lebam sambil beberapa kesan calar kelihatan pada badannya yang tak berbaju itu. Kelihatan tubuh sasanya yang berotot itu. Cuma tapak tangan Saiful berlumuran darah.

“Aku Saiful Hawiz. Anak buah kau bukan lawan aku, Chan,” gumam Saiful.

“Kurang ajar kau!” teriak Chan cuba untuk melayangkan tumbukan ke arah wajah Saiful namun sekadar dielak dengan senang oleh Saiful. Kemudian, sekali hayunan kaki sahaja membuatkan Chan terpelanting ke sudut bilik itu tidak sedarkan diri.

“Saiful Hawiz. Tangan awak cedera,” kata Cik Mia tatkala Saiful sedang menghampiri dirinya.

“Demi Cik Mia, saya sanggup mati.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.