Sebuah tanah
lapang yang terbentuk di tengah-tengah hutan tebal itu kelihatan dipenuhi
dengan lautan manusia. Beberapa ungun api kelihatan terpasang, menyebarkan asap
yang berkepul-kepul ke udara. Bunyi yang agak bising kedengaran memenuhi
kawasan tanah lapang itu. Sebuah bangkai pesawat yang kini terbelah dua, sedang
terdampar tidak bernyawa. Bahagian ekornya sudah hilang entah ke mana.
Dari jauh, kelihatan Ummu
Habibah sedang dipapah oleh Hafeez. Sejak kemalangan pesawat tempoh hari,
kakinya terasa sakit kerana tersepit di kerusi yang rosak. Mujurlah Sarjan Azmi
dan Hafeez telah menolongnya.
“Terima
kasih Hafeez...”
“Kan
saya suruh awak panggil saya Feez. Cukup,” tutur Hafeez pantas. Ummu tersenyum.
Ummu
melihat kelilingnya. Terdapat ratusan manusia yang selamat daripada nahas
pesawat yang terhempas sedang berkumpul bersama. Ada para keluarga, ada siswa
dan siswi Universiti Tun Dr Mahathir dan kelihatan beberapa orang yang memilih
untuk menyendiri.
“Mana
Zaff?” tanya Ummu yang sedang duduk berhampiran dengan unggun api yang
dihidupkan oleh Sarjan Azmi. Hafeez yang termenung panjang menoleh, memandang
wajah ayu milik Ummu.
“Tadi
dia ada, tak tahu mana hilang,” jawab Hafeez malas. Amirul Hafeez, mengambil
satu cekak dalam poket seluar jeansnya lalu meletakkan di rambut panjangnya
itu. Dia rimas rambut itu menghalang pandangan mata, tambah-tambah lagi untuk
menatap wajah si pujaan hati, Ummu.
“Awak
rasa Afiq selamat ke?” tanya Ummu lagi. Dia risau akan keselamatan dua orang
sahabatnya, yang tidak pernah lekang di sisinya, iaitu Afiq dan Zaff.
“InsyaALLAH,”
jawab Hafeez dengan senyuman padahal dalam hatinya, beratus-ratus sumpah
seranah sudah dihamburkan. Siapa tidak kenal Afiq dan Zaff, dua orang jejaka
itu pernah bertumbuk dengannya.
“Kenapa
awak baik dengan Zaff? Dan... Afiq si trouble
maker tu?”
“Tengku Nizarif?”
tanya Ummu. “AfiqZaki?”
Hafeez
mengangguk. Ummu sekadar tersenyum mengulit kembali kenangan lama yang masih
tersimpan rapi. Kisah bagaimana mereka
bertiga boleh terjalin satu ikatan yang sangat kuat sehingga bergelar sahabat.
Kisah bagaimana mereka bertiga boleh
diibaratkan seperti belangkas.
“Awak
tak kenal mereka macam saya kenal mereka,” kata Ummu pendek.
“Kalau
macam tu, sila kenalkan abang Zaff dan Afiq kepada saya. Mungkin lepas ni, saya
boleh jadi sahabat mereka juga,” kata Hafeez, dalam nada sinis.
Ummu
mengangguk.
Imbas Kembali…
Afiq
sedang duduk sambil berpeluk tubuh, mendengarkan taklimat daripada ketua
mereka. Dia telah menyertai sebuah perkhemahan yang dianjurkan oleh Universiti
Tun Dr Mahathir untuk memanjat Gunung Ledang.
“Kita
mempunyai tujuh checkpoint. Gunung ledang pula mempunyai ketinggian lebih 1276
meter. Di setiap checkpoint, kita akan berehat di sana,” tutur lelaki yang
memperkenalkan dirinya sebagai renjer hutan yang akan membawa para pendaki yang
terdiri daripada siswa dan siswi Universiti Tun Dr Mahathir.
“Kenapalah
aku tawarkan diri aku untuk join
benda mengarut ni,” rungut Afiq sambil menggelengkan kepalanya.
Ummu
yang sedang duduk di sebelahnya tiba-tiba menepuk belakang Afiq membuatkan Afiq
terkejut. Pantas Afiq menoleh memandang wajah Ummu yang tersenyum riang itu.
“Kau
dah janji dengan aku yang kau akan join
pendakian ni kalau aku join kumpulan
assignment kau. Jadi, inilah janji kau,” kata Ummu sambil menunjukkan isyarat peace dengan jarinya. Dia tersenyum lagi
membuatkan wajah monyok terpapar di wajah Afiq.
“Dahlah
tu Fiq. Aku ada kat sini bro.
Sekurang-kurangnya kau ada teman untuk daki Gunung Ledang tu,” tutur Zaff
sambil menepuk lembut bahu Afiq. Afiq sekadar mengangguk lalu bangkit malas,
untuk menyertai pendakian itu.
Kedengaran
Hazira Gaddafi sedang bercakap telefon dengan ayahnya. Dari pendengaran Afiq,
jelas bahawa Tan Sri Gaddafi tidak berkenan dengan tindakan Hazira untuk
menyertai pendakian itu. Kemudian, pandangan Afiq ditalakan ke arah Syed
Nabil yang sedang kusyuk merakam suasana
peserta. Nabil sedang mengacau Acha yang merupakan orang yang paling teruja
dalam pendakian itu.
“Makin
lama, makin aku tak suka dengan perangai si Nabil tu. Asyik dengan kamera video
dia jer,” gumam Zaff sambil menjuihkan bibirnya ke arah Nabil yang ketawa
melihat reaksi Acha yang memarahi dirinya.
“Biarkanlah
dia. Syed Nabil dan kamera video, memang
tak dapat dipisahkan,” kata Afiq yang sebenarnya terhibur melihat telatah Nabil
dan kamera videonya.
Mereka
memulakan pendakian untuk ke checkpoint pertama di Bukit Semput. Pada asalnya,
mereka harus mendaki 700 anak tangga menurut renjer yang bertugas. Selepas itu,
barulah jalan tanah menanti mereka. Lama juga mereka mendaki sehingga sampai ke
Bukit Semput, yang merupakan checkpoint pertama.
“Semput
aku,” kata Afiq yang tersenyum.Afiq
duduk sambil
mengambil sebotol air mineral yang dihulurkan oleh Zaff.
“Kan
saya dah cakap memang best mendaki gunung ni,” tutur Ummu.
Afiq
sekadar tersenyum. Kepenatan sudah menjalar dalam tubuhnya.Afiqsekadar melihat dari
jauh seorang gadis yang dikenalinya sebagai Piqah sedang berbual dengan
rakannya yang bernama Yasmin. Kemudian, pandangan Afiq ditalakan Nabil yang
masih gagah merakam suasana sekeliling. Hazira Gaddafi bersendirian di satu
sudut sambil melihat suasana sekeliling. Gadis itu tidak pernah mempunyai
rakan. Lama juga dia memerhatikan rakan-rakannya.
“Bro,
jom?” ajak Zaff yang bangkit sambil menepuk belakang Afiq. Afiq bangkit, dan
mereka bakal meneruskan perjalanan ke checkpoint seterusnya. Afiq sempat
membasahkan rambutnya. Ummu kelihatan tidak berkenan dengan Afiq melakukan
perbuatan itu. Menurut Ummu, wajah Afiq akan tumbuh panau.
“Kau
takut yang muka aku akan tumbuh panau, dan tak handsome lagi? Lepas tu kau dah
tak boleh suka kat aku?” usik Afiq. Merah wajah Ummu menerima usikan, lantas
cubitan keras hinggap di perut Afiq.
“Sakitlah...”
rungut Afiq. Zaff pula ketawa besar.
“Mulut
tu jaga boleh tak?” marah Ummu sambil meninggalkan Afiq yang terpingga-pingga
dengan Zaff. Gadis itu mendahului mereka di hadapan. Ketika itu, Nabil
menghampiri Ummu untuk merakam segala tindak-tanduk Ummu.
“Dan...
Nabil dah jumpa mangsanya!” tutur Zaff sambil melihat Ummu sekadar tersengih
apabila lensa kamera Nabil sedang asyik merakam tindak tanduknya.
“Biarlah
Nabil tu...” kata Afiq.
“Okey,”
jawab Zaff pendek.
Namun,
dari pandangan Zaff, dia jelas cemburu perhatian yang diberikan oleh para
lelaki di Universiti Tun Dr Mahathir kepada Ummu. Siapa yang tak kenal Ummu.
Antara wanita yang menjadi rebutan para jejaka, daripada si kasanova Amirul
Hafeez sehinggalah si gila kuasa seperti Taufiq Ariffin, semuanya menaruh
harapan kepada Ummu.
“Kenapa
dia asyik marah kat aku bila aku bergurau pasal cinta dengan dia?” tanya Afiq
sambil menolong Zaff untuk memanjat tanah yang agak curam. Zaff terdiam,
sebaliknya merenung Ummu yang sedang berbual dengan Hafeez di hadapan sana
dengan Afiq, sahabat hidup sematinya itu.
“Cinta
pada Ummu adalah benda yang sangat berharga. Hati dia adalah benda yang paling
mahal di dunia,” tutur Zaff yang kemudiannya membuatkan Afiq tergamam. Dia pula
yang merenung Ummu yang sedang berbual dengan Hafeez dan wajah Zaff silih
berganti.
Zaff
sukakan Ummu, getus hati kecil Afiq. Tiba-tiba ada satu perasaan menyelinap
masuk dalam dirinya. Afiq pantas menghalau perasaan itu. Dan...
“Kau
boleh jalan cepat tak?” marah Acha tiba-tiba ketika melihat Afiq yang masih
tercegat berdiri. Zaff pulak sudah jauh ke hadapan. Acha yang mahu melalui
laluan itu terpaksa berhenti kerana Afiq berada di situ.
“Okey-okey.
Janganlah marah,” kata Afiq sambil melajukan langkah kakinya, meninggalkan
Acha, gadis bertudung itu di belakang, merenung penuh marah ke arah Afiq.
Sehingga hari ini, Afiq tidak mengetahui punca Acha membenci dirinya. Orang
cuma berkata puncanya kerana Afiq yang nakal itu.
***
Kabus
tebal sedang menyelubungi kawasan hutan. Ummu yang mahu mara ke hadapan
tiba-tiba dicapai pergelangan tangannya oleh Afiq. Hanya mereka bertiga sahaja
yang berada dalam lingkaran kabus itu. Rakan-rakan mereka sudah tidak
kelihatan.
“Kenapa?”
tanya Ummu.
“Kau
tak rasa pelik ke Zaff?”
“Kita
dah jauh terpisah dengan rakan-rakan kita. Kita sebenarnya sedang berada dalam
lingkaran yang sama,” gumam Zaff sambil melihat sekelilingnya. Kabus putih
sahaja.
“Kau
jangan nak bergurau...” Pantas tangan Afiq mencari mulut Ummu. Serentak itu,
bunyi hilaian tawa bergema di keliling mereka. Zaff pantas mengeluarkan parang
yang dari tadi terikat di tepi pinggangnya lalu bersedia.
“Apa
tu?” bisik Ummu sambil memegang erat lengan Afiq. Tangan Afiq tidak lagi
menekap mulutnya.
“Kami
tak ganggu korang! Jangan ganggu kami!” teriak Zaff berani.
“Pontianak,”
bisik Afiq yang kemudiannya mendapat cubitan keras daripada Ummu.
Namun,
tempikan Zaff langsung tidak menghalau kabus putih dan hilaian tawa perempuan
itu.
“Kita
berdua azan!” cadang Afiq. Zaff mengangguk setuju.
“Satu...
dua... tiga!” tutur mereka berdua serentak.
Laungan
azan daripada dua orang anak muda itu bergema ke sekeliling hutan di kaki
Gunung Ledang itu. Merdu sahaja membuatkan Ummu merenung tidak percaya dua
orang sahabatnya. Walaupun perangai mereka berdua gila-gila, tetapi dua orang
jejaka ternyata berisi.
Habis
sahaja azan dilaungkan, kelihatan kabus sudah mula hilang. Dan... Ummu hampir
sahaja menjerit apabila melihatsebuah
sarang lebah terjatuh di hadapan mereka. Afiq dan Zaff
saling berkongsi pandangan.
“Lari!”
teriak Zaff yang merupakan orang pertama yang membuka langkah seribu. Afiq
kelihatan menyusul diikuti oleh Ummu. Lama mereka berlari mencari sungai
sehinggalah... Afiq menoleh ke belakang. Kelihatan Ummu sedang terbaring sambil
memegang kakinya yang terseliuh.
“Pergi!
Tinggalkan aku kat sini!” tempik Ummu menyuruh Afiq berlalu pergi. Afiq kesima.
Dia melihat kiri dan kanannya. Zaff sudah jauh meninggalkannya manakala Ummu
sedang
terbaring. Jika dia pergi menyelamatkan Ummu, kemungkinan besar dirinya akan
disengat, tetapi, sesuatu buruk mungkin akan terjadi kepada Ummu.
“Naik
kat belakang aku,” ujar Afiq sambil duduk bercangkung, menanti Ummu untuk
memanjat belakang tubuhnya.
“Tapi...”
“Darurat!”
pintas Afiq. Ummu tidak berfikir panjang lalu meletakkan tangannya di bahu
Afiq. Kemudian, Afiq mengendongnya di belakang lalu memecut laju.
“Kenapa
kau sanggup buat macam ni kat aku?” tanya Ummu ketika Afiq
“Sebab
kau tersangat istimewa dalam hidup aku!”
Ummu
tergamam.
***
“Afiq
buat macam tu untuk awak?” tanya Hafeez tidak percaya.
“Sungguhpun
dia suka buat kacau, nakal, pemalas... tetapi dia seorang yang berani mati demi
rakan-rakannya. Dia mementingkan persahabatan lebih dari segala-galanya,” balas
Ummu.
Riak wajah Hafeez tidak dapat dibaca usai sahaja Ummu
bercerita.Hafeez kemudiannya
meminta diri untuk beredar, meninggalkan Ummu tersenyum seorang diri,
mengenangkan kembali kenangan lama.
“Ummu,
senyum!” kata satu suara yang kemudian mematikan lamunan Ummu. Nabil sedang
merakam wajahnya.
***
Tengku Nizarif
sedang duduk sambil memeluk gitar kesayangannya. Dia dikelilingi oleh ramai
siswi dari Universiti Tun Dr Mahathir. Semuanya menanti penuh sabar untuk
mendengarkan Zaff menyanyikan lagu. Mereka semua tahu suara yang dimiliki oleh
Zaff mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Cuma, Ummu sahaja tidak menyertai
kumpulan manusia itu. Dia sekadar merenung dari jauh sambil ditemani oleh
Hafeez.
“Menyampah
betul,” gumam Ummu yang sedang dibakar oleh api cemburu.
“Awak,
betul ke kita orang dengar awak dengan Ummu?” tanya seorang gadis yang sedang
duduk di sebelah Zaff yang sedang memebelk gitar kesayangannya di atas sebatang
kayu balak mati.
“Sekejap,
saya jawab dalam lagu,” tutur Zaff.
“Yeay!
Zaff dah nak nyanyi lagu!” tutur satu suara perempuan yang lain pula. Penangan
jejaka setampan Zaff itu benar-benar rmenggigit kejantanan Hafeez yang sebelum
ini gah dengan gelaran kasanova nombor satu Universiti Tun Dr Mahathir.
Siapa
bilang aku seperti dia
Siapa
bilang aku cintai dia
Sesungguhnya
aku tidak benar-benar cinta
Kerna
kau tidak seputih Melati
Semua
yang berkumpul di keliling Zaff sudah bertepuk tangan teruja. Suara serak-serak
basah Zaff memang mencairkan. Lelaki itu pula terlentok dalam lirik lagu yang
dinyanyikan itu. Matanya terpejam menghayati lagu.
Kalau
ada hitam pasti ada putih
Jika
hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak
usah kau lanjutkan untuk berbagi kasih
Kerna
kau tak seperti Melati
“Gediknya
perempuan-perempuan tu,” gumam Ummu sambil bersandar di pokok. Hafeez pula
mengangguk setuju. Namun jauh di sudut Hafeez, Hafeez tahu bahawa ungkapan Ummu
itu kerana cemburu Ummu melihat Zaff diapit oleh perempuan.
Tiba-tiba
sahaja Zaff bangkit dari tempat duduknya, bergerak ke arah Ummu yang
terpingga-pingga apabila Zaff membawa orang ramai ke tempat Ummu. Hafeez yang
mahu mencelah itu pun tidak dapat pergi ke mana-mana. Suara Zaff telah menjadi
hiburan seketika orang yang terperangkap di lantai hutan itu untuk melupakan
seketika realiti yang pahit.
Putih-putih
Melati
Merah-merah
Delima
Siapa
yang baikhatipasti
kuterima
Zaff
sempat menghadiahkan kenyitan matanya kepada Ummu, seolah-olah lagu yang
dinyanyikan itu ditujukan oleh untuk Ummu. Seolah-olah menggambarkan keinginan
Zaff untuk menerima Ummu dalam hidupnya.
“Nyanyi
ramai-ramai dengan saya!” ajak Zaff.
“Kenapa
kau buat macam ni?” tanya Ummu.
“Kerana
kau melati hidupku,” bisik Zaff ketika melintasi Ummu membuatkan wajah Ummu
merona merah.
Kerana kau melati hidupku...
Zaff
berlalu dengan selamba sambil membawa para pendengar lagunya. Ummu sekadar
memerhati dari jauh.
***
“Ummu,
saya tengah buat rakaman sebelum kita pergi dari sini. Kapten Azrin sedang
menghubungi pihak berkuasa. InsyaALLAH, dalam masa terdekat, kita akan berjaya
keluar dari sini,” tutur Nabil ketika duduk di sebelah Ummu.
“Awak
nak saya cakap apa?” tanya Ummu.
“Apa-apa
aje ucapan awak. Untuk sesiapa sahaja ataupun awak nak ceritakan pengalaman
awak kat sini,” kata Nabil sambil kusyuk menghalakan lensa kameranya merakam
Ummu yang mengikat ekor kuda rambut ikalnya.
“Kepada
Fiq,
kau kat mana? Aku dah mula rindukan kau. Lama kau menghilang. Macam mana ya
keadaan kau kat luar sana? Aku seorang diri kat sini.” Ummu melontarkan
pandangannya ke arah Zaff yang sedang kusyuk berbual dengan beberapa orang
gadis.
“Kalau
kau ada kat sini, kau tak akan biarkan aku sedih?” Air mata Ummu sudah
mengalir. Nabil pula kelihatan gelabah apabila dia tidak menyangka
permintaannya itu membuatkan naluri Ummu tersentuh.
“Aku
rindukan kau, sahabat...” gumam Ummu buat kali terakhir sebelum tapak tangannya
menyentuh kamera Nabil. “Jangan rakam aku menangis. Pergi...” Nabil mengangguk
sebelum membawa diri.
Ummu
menyendiri sambil memerhatikan api yang terpancar daripada unggun yang
dihidupkan sedang galakterbakar.
Seeorang lelaki mengambil tempat duduk di sebelah
Ummu. Siapa tidak kenal
lelaki itu. Dia merupakan jejaka yang Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Dr
Mahathir.
“Saya
nampak awak menangis tadi,” gumam Taufiq.
Ummu
menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Taufiq sempat menyerahkan sekeping
kain putih.
“Lap
air mata awak. Jangan bersedih
lagi,” tutur Taufiq. Ummu mengangguk. Dia
mengambil kain putih yang diberikan oleh Taufiq lalu mengekap sisa air mata
yang masih berbekas di wajah ayunya itu.
“Kenapa
awak menangis?” tanya Taufiq.
“Saya
rindukan kawan saya,” jawab Ummu jujur.
“Afiq,
si trouble maker tu?” tanya Taufiq.
“Kalau
awak datang sini, nak kutuk kawan saya, lebih baik awak pergi,” kata Ummu
berang.
“Itu
yang semua orang panggil,” kata Taufiq cuba mempertahankan dirinya.
“Encik
Taufiq Ariffin, untuk pengetahuan awak, si trouble
maker itulah yang banyak selamatkan nyawa saya. Budak Afiq yang awak dan
semua orang bencikan itulah orang yang paling menghargai apa yang dipanggil
sebagai persahabatan!” Ummu mencampakkan sapu tangan putih Taufiq ke tanah membuatkan Taufiq tergamam.
Tiba-tiba
dari kejauhan, seorang lelaki sedang berlari sambil membawa unggun api yang
menerangi kegelapan malam. Riak wajah lelaki itu penuh ketakutan. Peluh jantan
membasahi
baju-T dan pipinya.
“Lari!
Ada dinosaur!” teriak Sarjan Azmi memberi arahan. Ummu dan Taufiq lantas
bangun. Kawanan Velociraptor sedang mara ke kawasan bangkai pesawat itu.
Dari kejauhan kelihatan kawanan
dinosaur yang berwarna coklat, sambil di badannya bersalut belang kekuningan. Kepalanya
saling tak tumpah seperti kepala seekor biawak manakala saiz dinosaur itu pula
setinggi bahu manusia. Di kakinya tersemat taji tajam yang bertindak sebagai
senjata utama pemangsa terhebat dalam sejarah itu. Kawanan Velociraptor sedang
mengejar Sarjan Azmi dari belakang.
“Macam mana… benda tu boleh wujud?”
tutur Taufiq tergagap-gagap sambil melihat beberapa ekor dinosaur sedang
mengejar Sarjan Azmi dari belakang. Bunyi teriakan memenuhi seisi kem itu.
Beberapa orang penumpang pesawat menjadi mangsa kawanan velociraptor yang
menyerang mereka. Kelihatan dari jauh, seorang lelaki sedang berlari ke arah
Ummu sambil menggalas gitar tongnya di badan.
“Zaff...”
tutur Ummu tidak percaya apabila Zaff membawa Ummu masuk ke dalam bangkai
pesawat.
“Kenapa
kau buat macam ni kat aku?” tanya Ummu.
“Sebab
awak melati dalam hidup saya,” tutur Zaff sambil memaparkan senyuman manisnya.
Lesung pipit jelas kelihatan. Tiada lagi aku kau yang biasanya
terbit dari bibir mereka berdua.
“Kita
naik ke tempat tinggal para pekerja kabin ya?” kata Zaff.
Zaff memimpin Ummu untuk memanjat tangga pesawat.
Kemudian, Zaff terus menarik Ummu meredah koridor pesawat.Mereka
tiba di sebuah tempat yang kelihatan seperti tempat tidur para pramugari dan pramugara
peswat itu.
“Awak
sorok kat bawah katil ni dulu...” suruh Zaff.
“Kau
nak ke mana?” tanya Ummu ketika Zaff mahu meninggalkannya di situ.
“Jadi
hero,” jawab Zaff pendek sebelum mengenyitkan matanya.