Pesawat
Boeing 777-300ER
yang dibawa oleh Kapten Azrin Fakhri, selaku juruterbang mereka sedang terbang
meluncur langit Laut China Selatan, merentasi laut yang memisahkan Malaysia dan
Kepulauan Borneo itu, daripada Pulau Eurasia untuk ke Pulau Langkawi.
Kadang-kala pesawat itu memasuki kawasan awan lalu bergegar.
“Saya
Kapten Azrin melaporkan bahawa pesawat ini sedang terbang 35 000 kaki di udara.
Setakat ini, cuaca agak tenang dan penerbangan ini sedang berjalan dengan lancar,” tenang sahaja suara jejaka itu.
Dia menoleh kepada rakannya, Bao Chung yang sedang tenang mengawal
pesawat itu.
Ketika
itu, Husna Mukhtar, teman wanitanya sedang menolak troli,membawa semuajenis
makanan yang disediakan oleh Malaysia Airlines. Husna kelihatan jelita dalam
pakaian baju kebaya biru yang
merupakan pakaian asasi untuk
semua pramugari Malaysia Airlines. Husna
tunduk, untuk mengambil sesuatu di troli yang ditolaknya lalu memberikan Afiq
makanan untuk menu
penerbangan hari itu.Sebuah bekas putih yang mengandungi Nasi Lemak dan
Telur Mata Kerbau dan juga air kopi tersedia untuk Afiq.
Husna
berlalu pergi ke arah tempat duduk Saiful.Ummu sedang merenung tajam Afiq yang sedang lahap
menghabiskan Nasi Lemak yang diberikan oleh Husna tadi. Comot mulut jejaka itu
menghabiskan makanan.
“Kau
ni kenapa? Geli tau orang tengok!” Ummu mula membebel. Afiq menoleh ke arah
Ummu yang sedang berpeluk tubuh, sambil diapit oleh Afiq dan Zaff di kanan
serta kirinya.
“Aku
lapar sangat...” tutur Afiq.
Ummu
menggelengkan kepalanya.
Ummu kemudiannya mengeluarkan sehelai tisu kepada Afiq.
“Lap
mulut kau, banyak nasi melekat kat situ,” ujar Ummu.
“Terima
kasih.” Afiq mengambil tisu itu, mengelap acuh tak acuh mulutnya lalu kembali
menghabiskan makanannya. Zaff tersengih bodoh melihat tingkah sahabatnya .Zaff sudah kenal sikap Afiq
dan dia kelihatan tidak mempunyai masalah dengan perangai Afiq. Baginya,
kehadiran Afiq sebenarnya menghalau semua kebosanan dan kesedihan. Afiq adalah
pelangi yang menceriakan suasana hidup Zaff.
Kelihatan
Nabil sedang menghampiri mereka, sambil di tangannya terdakap kemas sebuah
kamera video. Di mana sahaja Nabil berada, dia pasti akan bersama dengan kamera
video kesayangannya.
“Ummu,
kamera video saya ni dah lama rindukan awak. Dia nak awak senyum kat dia,”
tutur Nabil sambil membongkokkan sedikit badannya.
“Er...”
tutur Ummu yang sudah hilang kata-kata. Ummu sekadar mengherotkan sedikit mulutnya,
sambil melambai ke arah kamera video Nabil.
Nabil
berundur beberapa langkah ke belakang untuk mengambil posisi yang sesuai.
Akhirnya, Nabil terlanggar Husna yang sedang membancuh kopi panas untuk Cik
Mia. Kopi tadi tertumpah di atas baju kurung hijau Cik Mia. Nabil pantas menoleh
ke arah Husna dan Cik Mia
sebelum melarikan diri.
“Awak,
jangan lupa untuk merindui saya tau. Saya kena pergi dulu,” ucap Nabil sambil
mengenyitkan matanya, lalu berlari meninggalkan Husna yang tertunduk-tunduk
meminta maaf.
“Maafkan
saya... maafkan saya... saya cuai sangat tadi,” ucap Husna sambil mencuci kesan
kotoran dengan beberapa keping tisu.
“Tak
apa. Saya tak kisah. Saya tahu awak tak sengaja.” Cik Mia sekadar tersenyum.
Seorang
lelaki yang berkaca mata, berambut seputih uban, berwajah cengkung tiba-tiba
bersuara. Dia duduk di kerusi di sebelah tempat duduk Afiq, di pisahkan hanya
dengan laluan pejalan kaki. Lelaki beruban itu kelihatan tidak dapat bertahan
dengan bunyi bising yang dihasilkan oleh Afiq.
“Boleh
tak kamu semua diam?”
ujar Naim sambil tangannya masih ligat menari di atas papan kekunci komputer
ribanya. “Daripada tadi tak habis-habis bising. So childish...”
“Kau
Ahmad Naim kan?” tanya Ummu tiba-tiba. Sedikit pun gadis itu tidak terasa
dengan teguran Naim itu.
Naim
membetulkan kaca matanya, sambil menoleh ke arah Ummu.
“Ya
aku Ahmad Naim, budak lelaki yang genius tu.” Perkataan itu selamba sahaja
meluncur dari mulut Naim. Dia tersenyum sinis apabila dirinya menjadi perhatian
gadis secantik Ummu.
“Kau
yang score 4 flat dalam dua semester
berturut-turut tu kan?” tanya Afiq yang kelihatan berminat untuk menyertai
perbualan Ummu dan Naim.
“Pembetulan,
tiga semester berturut-turut, dan bakal mengulanginya semester ni,” gumam
Naim.
“Kau
tengah buat apa tu Naim?” Zaff melontarkan pertanyaan.
“Tengah
edit software. Aku rasa kau tak perlu tanya, kau tak tahu apa pun aku buat ni,”
gumam Naim membuatkan Zaff merenung dengan penuh tanda tanya. Baginya Naim
merupakan seorang jejaka yang pelik.
“Peliknya...”
ucap Zaff perlahan.
“Tak,”
kata Afiq tiba-tiba sambil menggelengkan kepalanya. “Ada yang lagi pelik dalam
kampus kita kita.”
“Siapa?”
tanya Ummu dan Zaff serentak.
“Saiful
Hawiz.”
Serentak
itu, pandangan mereka bertiga ditalakan ke arah seorang lelaki yang sedang
bermain dengan duit syiling. Saiful Hawiz sedang duduk sambil bersilang kaki.
Dua orang penumpang pesawat di sebelahnya seboleh mungkin mahu duduk jauh
daripada Saiful Hawiz. Aura yang mengelilingi Saiful Hawiz sudah cukup menakutkan.
“Saiful
Hawiz, jejaka yang menumbangkan 40 orang ahli kongsi gelap cina di Petaling
Street,” gumam Ummu perlahan.
Kisah Saiful Hawiz berjaya
menundukkan 40 orang ahli kongsi gelap cina di Petaling Street memang sedang
bertiup kencang di sekitar universiti. Ada versi yang menceritakan bahawa Saiful
menyelesaikan mereka semua tanpa bersenjata, ada pula yang mengatakan bahawa Saiful
menyerang mereka dengan pedang Samurai.
Saiful
Hawiz sedang bermain dengan duit syilingnya, dilambungkan ke udara lalu
membiarkan duit syiling itu mendarat di atas jarinya.
Bosannya Ya ALLAH... berikan aku cabaran
baru dalam hidup ini.
Sebaik
sahaja hati Saiful Hawiz bergetus
sebegitu, pesawat yang dinaiki oleh mereka bergegar aneh. Husna yang sedang
menolak troli terjatuh di atas riba seorang lelaki.
“Awak
tak apa-apa?” tutur Dr Izwan sambil membantu Husna untuk kembali berdiri.
“Untung
lelaki tu... ada perempuan cantik macam Husna jatuh kat atas peha dia,” rungut
Afiq sambil merenung penuh makna adegan romantis Husna dan Dr Izwan. Ummu pula
tiba-tiba mencubit lengan
Afiq.
Namun,
belum sempat Afiq mengaduh
kesakitan,pesawat yang dinaiki oleh mereka
bergegar lagi. Spontan tangan Afiq dicapai oleh Ummu. Nabil yang sedang
berkeliaran dengan kamera videonya jugamati langkah kakinya.
“Kenapa
ni?” gumam Zaff sambil melihat tingkapnya. Dia terkejut melihat langit sedang gelap padahal baru
beberapa minit tadi, matahari sedang terik memancarkan cahanya.
Dan...
pesawat itu tiba-tiba menjunam. Nabil tercampak terkena siling pesawat. Husna yang sudah kembali berdiri jatuh terjelopok, namun Dr Izwan sempat menangkap tubuh Husna, Kelihatan lelaki yang
memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan Azmi menarik tali pinggang kaledar, lalu
berlari ke arah kopkit.
Erat
tangan Afiq dan Zaff dipegang oleh Ummu yang sudah memejamkan mata. Afiq dan
Zaff hanya saling berkongsi pandangan. Pesawat itu terus menjunam jatuh,
menyembah bumi.
“Ya
ALLAH, kau selamatkanlah kami...” tutur Afiq perlahan. Ummu di sebelahnya yang
mendengar doa Afiq, mengangguk sakan. Gegaran yang dasyat berlaku di sekeling mereka. Jantung pula seperti
mahu tercabut, seolah-olah seperti Malaikat Maut sedang mengintai di tingkap
pesawat. Jeritan “ALLAHUAKHBAR” pula bergema daripada kopkit, datang daripada
Kapten Azrin Fakhri.
Ketika
itu, hanya seorang sahaja yang tersenyum tatkala panik melanda.
Saiful
Hawiz...
***
Pangkalan Mawar Merah di Pulau Eurasia
penuh dengan lautan manusia. Pangkalan tentera yang terletak di tepi pantai
Eurasia itu kelihatan menyambut beberapa buah helikopter dan botyang
membawa anggota tentera dan penyelamat yang bertungkus-lumus mencari mangsa
nahas pesawat Boeing 777-300ER
Malaysian Airlines yang hilang
di Laut Cina Selatan, selepas berlepas dari Eurasia.
Seorang
wanita cina yang dalam lingkunngan umur 30-an sedang berdiri sambil memegang mikrofon yang terdapat lambang TV3 padanya. Helikopter yang mendarat
di belakang wanita itu membuatkan rambut hitam lurusnya yang cantik itu
mengerbang dimainkan oleh sang angin. Namun, itu tidak cukup untuk membuatkan
Pang Chin Fei berhenti daripada melakukan tugasnya.
Kelihatan
seorang lelaki yang beruniform tentera, yang dikenali oleh Pang Chin Fei
sebagai Datuk Seri Hidayat, Menteri Pertahanan Malaysia keluar dari helikopter itu bersama seorang
lelaki yang kelihatan lebih tua dari Datuk Hidayat. Siapa tidak kenal lelaki
yang melangkah penuh karisma itu,beliauialah Datuk Seri Shahrin Ruslan, perdana
menteri Malaysia. Dua
orang penting Malaysia ini telah turun padang. Lautan media yang berkampung di situ menyerbu ke arah Datuk Seri Shahrin Ruslan. Kelihatan Pang
Chin Fei memberi arahan kepada jurukameranya untuk mengekori dirinya menemu
bual Datuk Seri Shahrin Ruslan.
“Selamat
sejahtera Datuk Seri,”
Pang Chin Fei menghulurkan mikrofonnya, menanti untuk disambut oleh Datuk Seri
Shahrin . “Apa komen Datuk Seri mengenai tragedi ini?
Datuk
Seri Shahrin mengangguk memahami soalan
yang dilontarkan kepadanya.Beliau
memandang kamera yang sedang merakam wajahnya. Riak
wajah sedih jelas terukir pada wajah tuanya.
“Saya
mewakili rakyat Malaysia mengucapkan simpati kepada keluarga mangsa nahas
tragedi. Sesungguhnya apa yang berlaku ini merupakan satu yang tidak dijangka. Saya sudah kerahkan
seberapa banyak yang boleh anggota tentera, polis dan bomba untuk operasi
menyelamat ini. Kepada semua, marilah kita panjatkan doa kita kepada ALLAH
S.W.T supaya ditemui pesawat
yang hilang itu dan mereka yang berada di dalamnya.
Saya juga difahamkan terdapat sebilangan kecil mahasiswa daripada Universiti
Tun Dr Mahathir, Eurasia di dalamnya. Moga-moga pewaris negara seperti mereka
ini selamat hendaknya. Amin,” tutur Datuk Seri Shahrin dengan riak wajah sedih.
Datuk Seri Hidayat di sebelahnya hanya mengangguk.
“Apa pendapat Datuk Seri mengenai
dakwaan bahawa pesawat tersebut dirampas oleh pengganas?” tanya Pang Chin fei.
“Beberapa kemungkinan diambil kira
oleh kami bagi menyiasat habis di sebalik kehilangan pesawat ini. Kami berjanji
yang kami akan menyelesaikan kes kehilangan ini secepat mungkin.” Pang Chin Fei
mengangguk ketika mendengarkan penjelasan Datuk Seri Shahrin.
Skrin
kembali ke
balai berita. Kelihatan dua orang manusia sedang duduk sambil merenung serius
kamera di hadapan mereka. Mereka berdua bercakap untuk beberapa ketika sebelum
skrin beralih arah.
Kali
ini Pang Chin Fei sedang berdiri di sebelah seorangwanita tua yang sudah beruban rambutnya. Mata wanita itu merah seperti baru sahaja menangisi
seseorang.
“Kali
ini, saya bersama dengan seorang makcik yang juga kehilangan cucunya dalam
nahas dan tragedi ini. Sehingga hari
ini, selepas 3 hari nahas
kehilangan Boeing 777-300ER mengejutkan kita,
dia
masih setia menanti cucunya yang bernama Saiful Hawiz. Boleh makcik ceritakan
serba sedikit tentang Saiful Hawiz?”
Wanita
tua itu mengeluarkan sehelai tisu lalu mengelap kelopak matanya. Air matanya
bergenang sebaik sahaja menyebut nama Saiful Hawiz.
“Saiful
Hawiz, mak dan ayah dia meninggal ketika umur dia 4 tahun, dalam nahas yang
sama.Makcik takut giliran
dia pula. Makcik dah tak ada sesiapa lagi di dunia selain Awiz. Dia
satu-satunya cucu mak
cik. Kepada semua yang tengah mencari Saiful,
tolonglah kembalikan Saiful kepada makcik. Makcik... sayangkan dia!”
Pada
detik 7.7.2007, Malaysia menyaksikan nahas pesawat yang paling misteri dalam sejarah mereka. Pesawat Boeing 777-300 ER, penerbangan MH707, yang
dinaiki oleh 347 orang masih
menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Mereka langsung tidak ditemui. Dunia
kemudiannya menggelar tragedi ini sebagai Tragedi 7.