Home Novel Thriller/Aksi The Lost World
Bab 10: Amnesia

Ummu hanya mampu menyandarkan belakang tubuhnya di dinding ruangan yang dipercayai menyimpan patung-patung dinosaur yang mungkin akan dijual kepada pengunjung muzium itu. Ummu tidak ingat bagaimana dia boleh sampai ke situ, kerana dirinya dipengsankan oleh Echad.

Sedar-sedar sahaja, dirinya dalam keadaan berikat tangan dan kaki. Mulutnya pula disumbat dengan beberapa gumpalan kain bagi mengelakkan dirinya daripada mengeluarkan sepatah suara pun.

Ingatan Ummu ketika itu beralih pada Afiq dan Zaff, sahabat baiknya itu. Dua orang lelaki yang menurut Echad sanggup bergadai nyawa demi melihat dirinya kekal hidup di atas pulau itu. Benarkah kenyataan Echad itu?

Lantas, Ummu tenggelam dalam memori lama.


Beberapa bulan lepas…

Cik Mia sedang berceloteh mengenai subjek yang diajarnya, Introduction To Psychology, satu-satunya kelas yang menggabungkan pelajar daripada jurusan yang berbeza. Daripada tadi, Afiq tidak pernah berhenti melemparkan jelingan ke arah Ummu yang sedang duduk di sebelahnya. Kemudian Afiq mengalihkan perhatiannya ke arah Zaff.

“Esok hari jadi Ummu,” bisik Afiq ketika Ummu sedang kusyuk menyalin nota yang dikongsikan oleh Cik Mia melalui slideshow powerpoint.

“Kau dah sediakan hadiah ke?” tanya Zaff.

“Tak perlu hadiah. Aku akan buat dia menangis,” balas Afiq sambil tersenyum.

“Menangis?” tanya Zaff sambil terangkat keningnya.

“Kita buat surprise untuk dia,” ujar Afiq.

“Kau dah rancang segala-galanya ke?” tanya Zaff.

“Dah tentu bro. Someone special liker her deserve more than this,” kata Afiq.

“Kelas dah boleh bersurai,” tutur Cik Mia lalu menamatkan kuliahnya pada hari itu. Apa lagi, seperti biasa, Afiq merupakan orang pertama yang mencapai beg lalu tergesa-gesa meninggalkan kelas.

“Kenapa dengan dia? Selalu dia akan tunggu kita,” tanya Ummu ketika menyimpan buku notanya dan bekas alatan tulis ke dalam beg galas yang berlambang Dora The Explorer.

“Entah,” jawab Zaff sambil mengangkat bahunya, berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

***

Afiq sedang berdiri sambil berpeluk tubuh. Dia sedang memerhatikan beberapa keping kek yang mungkin akan dibelinya. Zaff sekadar menguap di sebelah Afiq, melihat betapa tekunnya Afiq.

“Ummu suka warna unggu dengan merah kan Zaff?” tanya Afiq. Zaff mengangguk.

“Ummu suka tengok kartun Dora kan?” tanya Afiq lagi.

“Ya. Dia selitkan gambar Dora The Explorer dalam beg duit dia. Dia pergi kelas pun bawa beg Dora The Explorer,” kata Zaff lagi.

“Aku ada idea,” tutur Afiq sambil tersenyum.

“Idea apa?” tanya Zaff ingin tahu.

“Adalah.”

***

Kelas Cik Mia pada hari itu penuh walaupun Cik Mia masih belum kelihatan. Aisyah Mazyadi, wakil kelas berkenaan baru sahaja mendapat panggilan telefon daripada Cik Mia bahawa dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Pulau Eurasia. Afiq tersenyum puas. Seakan-akan TUHAN sedang merestui segala tindakannya.

Afiq mencapai telefon bimbitnya, lalu menghubungi seseorang. Sambil itu, matanya tidak pernah lekang dari menatap Ummu yang sedang asyik membelek nota-nota yang diberi oleh Cik Mia. Ummu memang rajin. Masakan dia antara top 3 pelajar terbaik Universiti Tun Dr Mahathir Mohammad, cuma ketinggalan di belakang si genius Ahmad Naim dan Echad.

Selepas memastikan segalanya berjalan lancar, Afiq menghadiahkan kenyitan pada Zaff, menanti Zaff untuk menjalankan peranannya pula. Zaff pantas menghilang dari pandangan Afiq. Selajur Afiq menepuk tangannya, mencuri perhatian seluruh kelas.

“Kawan-kawan semua,” suara Afiq bergema di hadapan kelas lantas membuatkan seisi kelas terus senyap.

“Hari ini ialah tanggal 13 March 2007, dan untuk pengetahuan kalian, detik ini merupakan detik lahirnya seorang rakan saya yang sangat saya sayang. Sahabat baik saya yang sentiasa ada di sisi saya. Ummu Habibah , selamat hari jadi,” tutur Afiq tiba-tiba membuatkan Ummu benar-benar tergamam. Spontan gadis itu bangkit dari tempat duduknya.

“Sama-sama kita menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi Ummu’ dengan saya,” kata Zaff yang muncul tiba-tiba dari luar sambil membawa sekeping kek yang diletakkan di atas sebuah pinggan. Terdapat 18 batang lilin yang dipacakkan di atas kek tersebut, menandakan detik itu, umur Ummu mencecah 18 tahun. Gambar kartun Dora The Explorer juga terlukis kemas di atas kek itu. 

Tiba-tiba sahaja Ummu terus meninggalkan kelas itu membuatkan Afiq dan Zaff terpingga-pingga. Afiq dan Zaff saling berkongsi pandangan. Kemudian, tanpa disuruh, langkah kaki mereka melangkah keluar dari kelas untuk mencari Ummu.

***

Kelihatan Ummu sedang duduk berpeluk tubuh di tepi tangga. Gadis itu sedang menangis teresak-esak. Lantas senyuman kelihatan menguntum di wajah Afiq dan Zaff sebaik sahaja melihat Ummu.

“Ummu,” tutur Afiq lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Ummu. Zaff pula duduk di bahagian sisi Ummu yang lain. Kelihatan Afiq dan Zaff mengapit Ummu.

“Tinggalkan aku seorang diri,” pinta Ummu sambil cuba melindungi wajahnya dengan rambut lurusnya itu.

“Kenapa kau nangis?” tanya Zaff yang tidak mengendahkan permintaan Ummu.

Ummu tidak terus menjawab sebaliknya mengesat air matanya.

“Terima kasih korang…” tutur Ummu. “Aku tak sangka yang korang sanggup buat macam ni kat aku. Terima kasih banyak-banyak.”

“Ummu, kalau demi kau, aku dengan Zaff sanggup mati.”

Ummu tersenyum mendengarkan ungkapan daripada mulut Afiq itu.

“Ada-ada ajelah kau ni Fiq.”


Hari ini... 

Husna sedang melangkah sambil matanya tajam memerhati keliling. Echad sekadar melangkah perlahan di belakangnya. Tangan Echad sedang mengusap-ngusap pisau yang disisip di bawah baju Echad. Bila- bila masa sahaja pisau itu akan dibenamkan di dalam tubuh Husna.

“Echad…” panggil Husna tiba-tiba membuatkan Echad tersentak. Tangannya lantas dilarikan daripada memegang pisau yang telah meragut banyak nyawa di atas pulau itu.

“Ya?” ujar Echad cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

“Echad sayangkan Melur?” tanya Husna tiba-tiba.

Langkah kaki Echad terus mati selepas mendengarkan pertanyaan Husna itu.

“Kenapa tanya?”

Husna tersenyum.

“Acha dah cerita semuanya kat Husna. Echad sangat mencintai Melur. Echad sanggup buat apa sahaja untuk Melur. Dan Husna sangat berterima kasih yang Echad masih hidup. Husna yakin yang Echad sangat merindui Melur. Kalau diizinkan tuhan, Husna yakin yang Echad sanggup berkorban demi Melur,” tutur Husna tiba-tiba, lalu mengukirkan senyuman menawannya.

Apa yang dituturkan oleh Husna membuatkan Echad tergamam. Meski kata yang lahir dari mulut Husna itu lembut untuk ditelan, tetapi buat Echad, ianya umpama sebuah tamparan yang telah menarik dirinya ke dalam realiti.Ungkapan membuatkan dirinya tersedar dari kegilaan yang tiba-tiba melanda. Lutut Echad terasa begitu lemah untuk menampung berat badannya pada saat itu. Tiba-tiba sahaja Echad melutut di lantai lalu menangis teresak-esak.

“Kenapa ni Echad?” tanya Husna.

“Kau dah salah sangka. Aku bukannya sebaik seperti mana yang kau cakapkan. Aku… aku yang bunuh Melur!” Echad membuat pengakuan membuatkan riak wajah Husna berubah serta-merta. Perlahan-lahan, langkah kaki Husna berundur ke belakang.

“Echad tak bergurau kan?” soal Husna.

“Lebih baik kau pergi selamatkan diri kau sebelum aku… jadi gila balik!” tempik Echad sambil menghalau Husna.

“Tapi…” gumam Husna.

“PERGI!” Suara Echad bertambah kuat.

***

Naim dan Dr Izwan sedang berdiri di hadapan sebuah kedai yang kelihatan lusuh dari luar. Dari luar, kelihatan sebuah papan tanda yang hampir sahaja tercabut dari tempat asalnya.

“Sourvenir Shop…” gumam Naim sambil membaca tulisan di papan tanda tadi.

“Jadi, kita dah jumpa tempat yang kita cari ya?” soal Dr Izwan. Naim mengangguk.

“Jadi, terbuktilah tempat ini dahulu merupakan tempat kunjungan pelancong,” ujar Naim yang masih mampu menyembunyikan perasaan terujanya di sebalik nada suara tenangnya.

Naim menjadi orang pertama yang memulas tombol pintu kedai cenderamata. Bunyi keriut aneh memenuhi tempat itu ketika pintu tersebut di buka. Kelihatan meja juruwang yang berhabuk berdekatan dengan pintu masuk.

Naim memerhatikan keadaan kedai itu. Terdapat banyak rak yang dipenuhi oleh anak patung daripada pelbagai species dinosaur. Terdapat juga ruangan yang menempatkan baju-baju yang dibalut oleh plastik yang masih belum terusik.

“Tak ada apa-apa pun,” kata Dr Izwan.

“Okey,” jawab Naim yang mahu melangkah pergi dari situ. Namun, langkah kakinya mati apabila mendengarkan bunyi sesuatu.

“Dengar tak?” tanya Naim.

Dr Izwan turut mendengar bunyi itu. Seperti bunyi sesuatu ditendang berulang kali. Selepas beberapa ketika, Naim berlari ke arah punca bunyi itu. Kelihatan Ummu sedang menendang dinding menggunakan kakinya.

“Bukak cepat!” arah Naim.

Selepas semua ikatan tali dan kain dileraikan oleh Naim, pantas Ummu bangkit. Namun Ummu rebah kerana sakit pehanya ditikam oleh Echad masih berbekas. Dr Izwan menyedari luka di peha Ummu.

“Parah luka kau ni, Ummu. Siapa yang buat kau macam ni?”

“Echad! Dia yang bunuh Melur dan semua yang lain. Dan, dia ugut nak tebas kepala Afiq dengan Zaff!” kata Ummu dengan riak wajah yang penuh resah.“Dan Naim serta Abang Izwan, terima kasih banyak-banyak sebab selamatkan Ummu.”

“Abang Izwan?” tanya Dr Izwan ketika Ummu buat pertama kalinya membahaskan dirinya sebagai abang.

“Ya, Abang Izwan. Abang boleh tolong Ummu cari Fiq? Budak lelaki tu tak boleh diharap walaupun seminit pun,” tutur Ummu.

“Okey-okey. Abang janji yang abang akan cari dia dengan Ummu,” tutur Dr Izwan sambil mengukirkan sebuah senyuman. “Tapi sebelum tu, kita kena cari jalan untuk hentikan pendarahan kat peha Ummu ni.”

***

Afiq dan Acha memilih sebuah koridor yang kelihatan paling gelap antara semua. Acha menegah Afiq tetapi Afiq telah berkeras kerana menurut Afiq, pemikiran Ummu agak sukar untuk dibaca. Kemungkinan besar, Ummu telah memilih laluan yang paling terpemcil dan tersembunyi di dalam muzium itu.

“Awak tak kenal Ummu ni macam mana. Kadang-kadang, benda yang kita tak terfikirkan, benda itulah yang di buat. Mungkin dia nak bersendirian, tanpa kita menjumpainya.”

Afiq kelihatan begitu bersungguh-sungguh menerangkan perihal Ummu kepada Acha. Wajah Acha yang pada asalnya ceria dapat menemani Afiq mencari Ummu dan Melur bertukar muram apabila daripada tadi, mulut Afiq asyik petah menceritakan semua kisah mengenai Ummu.

“Saya ingat lagi masa dia menyorok daripada Zaff. Merajuk sebab apa entah… dan dia…” Afiq terus menceritakan pasal si Ummu. Ummu yang lembut, tetapi boleh jadi garang pada satu masa. Ummu yang sempurna… Ummu yang mempunyai raut wajah yang tenang dan Ummu yang segalanya-galanya buat Afiq, yang pada hawa telinga Acha, sudah cukup untuk membakar cemburu.

“Boleh tak kalau kita tak cakap pasal Ummu?” pinta Acha tiba-tiba.

Afiq terdiam. Kemudian, Afiq kembali tersenyum.

“Habis tu kita nak cakap pasal apa?” tanya Afiq.

“Pasal awak… atau saya?” tutur Acha sambil menundukkan wajahnya. Segan apabila meminta dirinya menjadi topik perbualan antara dia dan Afiq.

“Nak cakap pasal Aisyah Mazyadi ya?”

Acha mengangguk sambil tersenyum.

“Hmmm… betul jugak. Yalah, kita bukannya banyak bercakap kat kampus dulu. Acha sombong sangat dengan Fiq,” ujar Afiq.

“Acha tak sombonglah!” bantah Acha sambil bercekak pinggang.

“Habis tu, kenapa Acha asyik marah Fiq jer dulu?”

Acha terdiam. Sekali lagi dia tertunduk, cuba melindungi wajahnya yang sedang merona merah itu. Sungguh, dia seringkali mencari gaduh dengan Afiq kerana acap kali jejaka yang berambut kusut itu berdiri di hadapannya, dia akan rasa tak keruan. Untuk menghalang perasaan itu daripada terus menghantuinya, dia akan menjadikan Afiq mangsa herdikan, sindirian dan perliannya. Maafkan Acha, getus hati Acha tatkala memori lama kembali mengulit.

Bunyi tepukan berbunyi dari belakang. Pantas Afiq dan Acha menoleh belakang. Kelihatan seorang lelaki yang berpakaian kemeja berbunga-bunga, dengan seluar jeans lusuh sedang melangkah ke arah mereka.

“Husna!” panggil Afiq dan Acha serentak.

Lelaki tadi dikenali oleh mereka sebagai Khairin. Seorang siswa yang menuntut di universiti yang sama dengan mereka. Dan yang paling mengejutkan ialah, Khairin sedang mengheret Husna yang tidak sedarkan diri di atas lantai, seolah-olah Husna itu hanyalah anak patung.

“Khairin! Apa yang kau buat?” teriak Acha tidak percaya melihat Khairin melakukan perkara itu.

“Acha… kau masih hidup?” tanya Khairin tidak percaya melihat gadis yang sedang kusyuk berbual dengan Afiq merupakan Acha.

“Aku masih bernafas lagi Khairin. Dan apa yang kau buat dengan Kak Husna?” tanya Acha. Afiq di sebelahnya sudah menggengam penumbuk melihatkan Husna diperlakukan seperti binatang oleh Khairin.

Khairin kemudian menggelengkan kepalanya. Lalu senyuman sinis kelihatan terukir pada seraut wajah tampannya itu.

“Hutang nyawa… aku berhutang nyawa dengan seseorang…”

“Khairin. Mana Melur?” tanya Acha.

“Dia dah lama mati…”

Acha tidak percaya mendengarkan jawapan daripada Khairin itu. Spontan dia melutut di atas lantai. Air matanya bercucuran jatuh membasahi pipinya. Tidak mungkin Melur mati, kata Acha cuba menyakinkan dirinya.

“Kau tipu aku kan Khairin?’

Khairin menggelengkan kepalanya, serius.

“Kau yang bunuh dia kan?” teriak Acha tiba-tiba, naik gila apabila diberitahu bahawa Melur sudah lama pergi, meninggalkannya di atas dunia.

“Bukan aku! Tapi, aku terpaksa bunuh korang. Macam yang aku buat pada Husna…” tutur Khairin tiba-tiba.

Namun, pengakuan terbaru daripada Khairin membuatkan riak wajah Afiq lantas berubah. Afiq yang daripada tadi sedang menahan amarahnya, cuba menyuntik sabar di dalam hatinya sudah hilang kawalan. Pantas dia melayangkan tumbukan lalu hinggap di pipi Khairin. Apa lagi, Khairin jatuh terperosok di atas lantai.

Afiq tidak berhenti di situ, dia melangkah ke arah Khairin yang sedang mengerang kesakitan di atas lantai. Dia duduk di atas tubuh Khairin lalu menghadiahkan beberapa tumbukan lagi namun Khairin hanya tersenyum menerima semua tumbukan Afiq, seolah-olah tiada rasa sakit pun dirasainya. Tingkah Khairin itu benar-benar telah membakar baran Afiq.

“Lepas ni, aku akan sentuh Ummu pulak!”

“Kau… akan aku… bunuh!” tutur Afiq setiap patah perkataan sambil tangannya tidak habis-habis dihayunkan ke arah wajah Khairin. Dalam beberapa minit sahaja, beberapa batang gigi Khairin sudah tercabut. Darah meleleh dari hidung dan mulut manakala mata kiri Khairin sudah layu dan lebam akibat dimamah penumbuk Afiq.

“Fiq! Hentikan!” tutur Husna yang tiba-tiba membuka matanya.

Penumbuk yang mahu dihayunkan oleh Afiq terhenti tatkala suara Husna menyapa cuping telinganya.

“Jangan apa-apakan dia. Dia tak salah. Dia cuma tersepit dalam masalah. Bukan dia yang bunuh Melur dan dia cuma pengsankan Husna. Yang bunuh Melur ialah Echad!”

“Echad paksa aku apa-apakan korang!” tutur Khairin tiba-tiba membuatkan penumbuk Afiq layu.

“Jadi… Echad ialah dalangnya?” tutur Acha yang masih terlutut itu.

“Ya,” jawab Khairin pendek. “Bukan Melur seorang sahaja yang menjadi mangsa. Razan juga mati di tangan dia.”

“Tapi kenapa Echad sanggup bunuh Melur? Bukan ke Echad terlalu memuja Melur?” tanya Acha.

Ketika Afiq sedang leka merenung Husna, tangan Khairin mencapaisebatang kayuyang tidak jauh dari tangannya lalu memukul kepala Afiq dengankayuitu. Pandangan mata Afiq mula berpinar. Dunia di keliling Afiq terasa berpusing buat seketika dan… Afiq rebah di atas lantai. Cuping telinga Afiq sempat menangkap jeritan Acha dan Husna.

“Aku akan bayar hutang nyawa aku dengan Echad. Aku akan bawa mereka berdua jumpa Echad. Selamat tinggal Afiq.”

***

Echad masih sedang duduk sambil memeluk tubuhnya. Dia memilih untuk bersendirian di dalam Kedai Cenderamata yang pernah menempatkan Ummu yang diculiknya. Air mata jelas sedang bergulung dari kelopak matanya.

“Betul ke apa yang aku lakukan?” gumam Echad, sendirian.

Tiba-tiba, kedengaran derap tapak kaki sedang menghampiri Echad. Pantas Echad mengesat air mata yang sedang mengalir dan… lelaki bertopeng yang bernama Qarin itu menghampiri Echad lalu duduk bercangkung di hadapan Echad.

“Selamat bertemu kembali sahabat,” tutur Qarin sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Echad, namun Echad sekadar merenung tapak tangan Qarin.

“Apa lagi yang kau nak daripada aku?” tanya Echad.

“Tak nak apa-apa. Sekadar jumpa sahabat lama,” tutur Qarin lalu duduk di sebelah Echad.

“Bila kau jadi sahabat aku?” tanya Echad.

“Sejak kau buat perbuatan terkutuk itu. Siapa yang melakukan perbuatan syaitan itu, adalah sahabat aku,” tutur Qarin.

“Aku terpaksa…”

“Terpaksa atau tidak, matlamat tidak pernah menghalalkan cara, sahabat. Kau tetap melakukan salah satu daripada dosa besar! Kau cuba jadi malaikat maut, cuba jadi tuhan. Apa hak kau untuk mencabut nyawa manusia?” Echad terdiam.

“Sekarang, aku nak buat apa?” tanya Echad.

“Jangan berhenti daripada membunuh mereka yang tahu rahsia kau. Kalau mereka mampu keluar daripada pulau ini, cuba kau fikirkan apa yang akan mereka lakukan? Pastinya memastikan kau diheret ke tali gantung!” Qarin terus menyuntik hasutan, cuba menarik Echad kembali ke dalam kegilaan. 

“Tapi bagaimana ? Aku tak sekuat yang mereka…”

“Nah, ambil ni,” tutur Qarin lalu menghulurkan sepucuk pistol yang daripada jenis M1911.

“Pistol?” tanya Echad.

Qarin mengangguk.

“Mana kau dapat benda ni?” tanya Echad.

“Kau tak perlu tahu. Yang penting, kau boleh gunakan benda ini untuk hapuskan mereka,” ujar Qarin lagi. Echad terdiam, seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Kemudian, senyuman terukir di wajah Echad.

“Sekali kau membunuh, kau kena terus membunuh,” bisik Qarin lagi.

Echad pantas bangkit. Pistol tadi erat digenggam oleh Echad.. Pandangannya ditala ke arah tingkap. Kata-kata hasutan Qarin tadi mula menyelinap masuk ke dalamsaraf dan uratnya, lalu terpasuk kejahatan.

“Afiq, ujian seterusnya sedang menanti kau,” gumam Qarin. Di sebalik topeng putihnya itu, terukir sebuah senyuman yang mengandungi seribu sinis. “Aku mahu lihat bagaimana kau menangani benda ini.”

***

“Fiq! Bangun!” panggil satu suara yang menyapa cuping telinga Afiq. Pipi Afiq pula ditepuk oleh tangan halus dan lembut itu.

Maka, terpisat-pisat Afiq membuka matanya. Pandangan pertama yang menjamah matanya satu wajah yang sangat ayu. Kelihatan senyuman terukir di wajah ayu itu. Terserlah lesung pipit yang membuatkan dada Afiq tiba-tiba menggila.Nmaun, Afiq mula menyedari sesuatu.

“Siapa awak?” tanya Afiq sambil memegang kepalanya yang masih terasa pening.

“Ini aku Ummu!”

Afiq mengerutkan dahinya. Afiq tidak pernah mengenali mana-mana wanita yang bernama Ummu. Kepalanya terasa sakit tiba-tiba membuatkan tangan Afiq naik spontan lalu menyentuh dahinya.

“Siapa saya? Awak kenal siapa saya?”

Ketika itu, Afiq mula menyedari bahawa dirinya tidak mengingati walau secebis memori. Minda Afiq terasa kosong saat itu. Pandangannya kemudian ditalakan ke arah seorang lelaki yang berambut putih dan berwajah cengkung, yang berada di sebelah Ummu. Afiq juga merenung seorang lelaki yang berambut pendek dan berkaca mata, yang kelihatan lebih tua daripada Ummu dan lelaki berambut putih itu.

“Kamu berdua ni siapa?” tanya Afiq.

Ummu hampir menangis melihat perubahan mendadak daripada Afiq. Masakan Afiq tidak mengenali dirinya? Mustahil! Dia ialah Ummu Habibah sahabat yang tidak pernah renggang daripada Afiq. Dia juga mengenali Afiq sejak kecil lagi. Ummu Habibah ialah sahabat yang menjadi tempat Afiq berkongsi suka dan duga. Dan… pertanyaan Afiq mengenai siapakah dirinya betul-betul mengguris hatinya. 

“Sampai hati kau… kalau nak bergurau pun..” Ummu tidak dapat menahan sebak. Tangan Ummu kelihatan menggigil. Lantas, Ummu cuba untuk bangkit dan serta-merta tangan Afiq mencapai pergelengan tangan Ummu.

“Serius… saya tak ingat siapa awak… saya tak ingat siapa diri saya. Tapi, saya tak tahu kenapa bila saya lihat wajah awak tadi, ada sesuatu yang luar biasa mengalir dalam diri saya. Saya tak tahu apa tu.. dan awak… maafkan saya sebab tak ingat siapa awak… dan diri saya,” gumam Afiq sambil mengukirkan senyumannya.

Naim kelihatan membisikkan sesuatu di telinga Dr Izwan. Kemudian, Naim menghampiri Ummu lalu membisikkan benda yang sama. Riak wajah Ummu benar-benar berubah mendengarkan bisikan Naim.

“Dia amnesia,” ujar Dr Izwan.

“Aku hilang ingatan?” tanya Afiq sambil memegang dahinya.

Dr Izwan kelihatan mengeluarkan lampu suluh dari beg galasnya lalu menyuluh ke arah mata Afiq. Seketika, Dr Izwan memeriksa luka di kepala Afiq yang sudah berhenti berdarah itu dan berbalut itu. Kemudian, Dr Izwan mengangguk.

“Kepala dia tak teruk sangat, melalui pengamatan aku. Mungkin gegaran yang berlaku menyebabkan Afiq mengalami amnesia. Aku harap dan yakin bahawa ianya bukan amnesia kekal.”

“Siapa nama saya?” tanya Afiq selepas mendengarkan penjelasan daripada Dr Izwan.

“Nama awak ialah Muhammad Afiq bin Zaki. Tapi kita panggil awak Fiq,” kata Ummu sambil mengalirkan air matanya.

“Nama awak pulak?” tanya Afiq.

“Ummu Habibah. Awak panggil saya Ummu. Konon saya ni perempuan melayu terakhir yang awak kenal,” tutur Ummu yang sudah mula teresak-esak menangis melihat keadaan Afiq.

“Boleh tak perempuan melayu terakhir saya tak menangis?” tutur Afiq lalu mengesat air mata Ummu tiba-tiba.

“Fiq…”

“Selamat berkenalan cik Ummu. Senyumlah sikit.”

Ummu mengangguk sambil mengukirkan senyumannya. Dia masih tersedu-sedan tetapi tangisannya sudah berjaya dikawalnya. Air mata pula masih mengalir dari kelopak mata itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.