Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 20 - Part1&2

Hadif Fayyadh sedang memikirkan cara untuk Qisha Delisa sendiri yang menceritakan kisah silamnya sendiri tetapi dia yakin yang gadis itu tidak akan memberitahunya. Jadi, dia ingin lupakan kisah silam Qisha Delisa. Dia hanya mahu gembira bersama gadis itu.

“Hadif, kita nak ke mana ni?” soal Qisha Delisa. Tangannya terus ditarik dan menuju ke bilik tidur mereka.

“Ke mana lagi. Tidur la.” Sengaja Hadif Fayyadh berkata begitu. Dia ada agenda lain untuk isterinya.

“Tidur? Kenapa tak cakap awal-awal. Kau tidur dulu. Aku tak mengantuk la.” Kata Qisha Delisa. Kepalanya sarat memikirkan sama ada Wan Firaz ceritakan hal sebenar atau tidak.

“Kau kena teman aku tidur. Meh!” Tarik Hadif Fayyadh ke katil. Mereka berbaring bersama. Itu sahaja yang Hadif Fayyadh mahukan.

Qisha Delisa hanya membiarkan tubuhnya di peluk suami. Otaknya ligat berputar pada peristiwa yang membuat dia benar-benar menyesal.

Qisha Delisa dan Wan Firaz sudah bernikah atas sebab permintaan Dato Darwish. Itu pun secara senyap-senyap sahaja. Qisha Delisa terpaksa menerima ini semua.

“Akhirnya Miss Delicious abang ni dah jadi Mrs.Delicious abang. Sweetnya...” Pantas Wan Firaz memeluk tubuh Qisha Delisa.

Qisha Delisa tersenyum tawar. Perkahwinan ini berlaku terlalu cepat.

Baru beberapa jam mereka berkahwin.

“Qisha tak ada baju lain ke nak pakai?” soal Wan Firaz.

“Kenapa dengan baju Qisha, abang?” soal Qisha Delisa pula. Dia melihat bajunya. Hanya Tshirt yang sedikit longgar dan kain batik.

“Cuba sayang pakai yang seksi sikit. Baru sedap mata abang memandang.” Wan Firaz berkata.

“Tak biasa la.” Tolak Qisha Delisa.

“Kalau sayang nak tahu, lelaki suka perempuan seksi tau. Tapi kalau boleh, abang nak sayang seksi untuk abang seorang je...” pinta Wan Firaz dengan pandangan yang tajam ke arah Qisha Delisa.

Qisha Delisa menelan liur. Takut sungguh dia dengan pandangan suami sendiri. Bukan menikam kalbu tetapi pandangan yang penuh dengan nafsu.

“Macam ni seksi apa...”

“Ala, abang suka baju yang seksi...” Qisha Delisa menjarakkan diri tetapi tubuhnya di tarik oleh Wan Firaz. Hidung itu suka benar bermain di pipinya. Cukup membuat dia rasa geli tetapi ditahan sahaja.

“Thank Qisha...” bisik Wan Firaz.

“Thank untuk apa?” Qisha Delisa memandang wajah Wan Firaz.

“Sebab kahwin dengan abang. Abang nak Qisha selalu di sisi abang.”

“Insya-Allah, kalau abang tak buat hal.” Qisha Delisa ketawa kecil. Kata-kata itu hanya gurauan sahaja baginya. Sikapnya yang suka bergurau itu sebenarnya tidak digemari oleh Wan Firaz. Wan Firaz tidak suka bergurau.

Tiba-tiba wajah Wan Firaz serius.

“Kenapa ni?” Soalnya.

“Tak ada apa-apa. Jom!” Wan Firaz telah mengambil mahkota kesucian Qisha Delisa dengan secara halal. Tiada dosa yang Qisha Delisa lakukan.

Keesokan Qisha Delisa tersedar. Dia pelik kerana Wan Firaz tiada di sisinya. Puas di hubunginya tetapi tiada. Kebetulan ketika itu dia berada di sebuah villa yang dia sendiri tidak pasti di mana. Wan Firaz yang membawanya selepas majlis akad nikah yang dibuat secara kecil-kecilan.

Selepas selesai mandi dan berpakaian, dia keluar dari villa tersebut. Kelihatan ada jiran di kawasan itu.

Qisha Delisa hanya tersenyum pada pemuda itu tetapi pemuda itu menghampirinya pula. Perasaan risau mula menerjah. Tambahan pula Wan Firaz tiada.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam...” Qisha Delisa terpaksa melayannya.

“Baru pindah sini ke?”

“Tak la. Datang sini untuk beberapa hari sahaja.” Qisha Delisa tersenyum.

“Oh! Nama saya Ahmad. Awak?” soalnya lagi.

“Nama saya Qisha.”

“Cantik nama tu?”

Qisha Delisa ketawa kecil. Tak pernah orang memuji namanya begitu.

“Mana ada... Biasa sahaja.”

Belum sempat mereka berdua berbual lebih lanjut, sebuah kereta masuk di perkarangan rumah itu.

“Abang...” panggil Qisha Delisa. Dia rasa syukur sebab suaminya pulang tepat pada masanya.

Wajah Wan Firaz serius.

“Siapa ni sayang?”

“Jiran kita, Ahmad namanya.” Jelas Qisha Delisa.

“Hai bro. Aku tinggal di rumah tu je.” Sapa mesra Ahmad.

“Okey. Jom sayang! Masuk!” dingin Wan Firaz. Dia menarik tangan Qisha Delisa dan tidak mempedulikan Ahmad.

Ahmad rasa pelik.

“Perempuan secantik Qisha ni kahwin dengan lelaki yang dingin macam ni. Tak kan bahagia la...” kata Ahmad tetapi mampu didengari oleh Wan Firaz walaupun dia tidak memandang Ahmad lagi.

Pintu di tutup rapat oleh Wan Firaz.

“Kenapa kau keluar tanpa izin?” Wan Firaz mula mengamuk. Api cemburunya membara dalam hati. Dia memang tak boleh melihat Qisha Delisa bersama lelaki lain. Dulu tak apa. Tapi sekarang perempuan ini miliknya.

“Apa abang cakap ni? Qisha tak ke mana pun. Depan rumah tu je?” Qisha Delisa tidak mengerti mengapa Wan Firaz tiba-tiba mahu marah.

“Aku tak suka kau bercakap dengan lelaki lain! Aku nampak kau cakap lagi! Nahas kau!” jerit Wan Firaz lalu menarik tangan Qisha Delisa ke bilik utama.

“Kau duduk sini!” katanya lagi lalu mengunci pintu tersebut dari luar.

“Abang! Kenapa ni?” tanya Qisha Delisa sambil cuba memulas tombol pintu. “Kenapa kunci Qisha kat sini! Abang!” panggilnya lagi.

Air matanya mengalir kerana sedih dengan sikap lelaki itu.

Dia dikurung sehingga malam. Tidak di beri makan dan minum. Perut yang rasa lapar di tahan. Tekak yang rasa dahaga cuba dibasahi dengan liur. Perit yang dirasai. Sejak pukul 8 pagi tadi sehingga 10 malam masih tiada tanda yang Wan Firaz mahu membuka pintu tersebut. Dia benar-benar terseksa.

Berbaring tubuhnya di atas katil dengan linangan air mata. Apakah nasib dirinya? Disebabkan terlalu penat dan tiada tenaga, akhirnya dia terlelap.

Dia tersedar apabila terasa tubuhnya dipeluk dan dicium.

“Abang!” panggilnya lemah.

“Abang rindu pada sayang. Abang nak sayang malam ni.” Rayu Wan Diraz.

“Qisha tak nak abang. Qisha lapar.” Kata Qisha Delisa dengan lemahnya.

Wan Firaz terus mengamuk apabila mendengar ayat Qisha Delisa. Qisha tak nak abang. Qisha tak nak abang. Kata-kata itu terus kedengaran di telinganya.

“Kenapa? Kau nak jantan sebelah tu layan kau!” Wan Firaz mula angin.

“Apa abang cakap ni? Abang kurung Qisha. Tak bagi Qisha makan atau minum. Mana Qisha ada tenaga.” Qisha Delisa cuba memberitahu apa yang dia rasa.

“Kau diam! Aku cakap! Aku nak kau layan aku malam ni! Kau tak boleh lawan cakap aku!” Wan Firaz mula gila. Dia mencium dan koyakkan baju Qisha Delisa. Dia tidak peduli apa yang isterinya cakap. Nafsunya harus dipenuhi.

Qisha Delisa tidak mampu melawan. Hanya air mata yang mengalir. Kesal dengan perkahwinan yang baru berusia dua hari itu.

Pagi itu, Wan Firaz hilang lagi. Setelah apa yang dia mahukan, isterinya akan ditinggalkan. Kesempatan ini, Qisha Delisa memakai pakaian dan menuju ke dapur. Dia mahu mengisi perutnya. Hampa! Tiada apa-apa di dapur.

Lantas dia keluar dari rumah itu, dari jauh dia nampak Ahmad sedang bersarapan di halaman rumahnya. Kakinya berat mahu menuju ke situ. Bimbang Wan Firaz akan pulang.

“Lapar...” Mula 8 pagi semalam sehingga jam 9 pagi hari ini, sudah 24 jam dia tidak menjamah apa-apa malah tenaganya dipergunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.

Dia campak tepi Wan Firaz. Dia campak rasa malunya. Dia terus menuju ke rumah Ahmad.

“Assalamualaikum...” perlahan suara Qisha Delisa. Dia benar-benar lemah. Dia hanya perlu makan sahaja.

“Waalaikumusalam. Qisha, kenapa muka awak pucat sangat ni?” soal Ahmad dengan cemas. “Awak duduk dulu.”

“Sayang, ambilkan air milo untuk jiran kita.” Panggil Ahmad.

“Baiklah abang!” Isteri Ahmad, Mila menyahut panggilan suaminya. Dia hadir bersama air milo panas dan roti.

Qisha Delisa rasa lega sebab Ahmad sudah berkahwin.

“Saya Mila.”

“Saya Qisha...” Mereka berdua bersalaman. “Jemput makan ya? Saya nak pergi ambil mee goreng kat dalam kejap.” Mila masuk semula ke dalam rumahnya.

Qisha Delisa begitu terliur melihat roti sandwich yang sudah dibuat itu. Baru sahaja tangannya ingin mencapai ada nama yang diseru. Semestinya namanya.

“Qisha!”

Wajah serius Wan Firaz terukir.

Qisha Delisa terkejut dengan kehadiran Wan Firaz. Pantas dia menghampiri lelaki itu dan berpaut di lengan itu.

“Abang...”

Wan Firaz mengamuk melihat Qisha Delisa bersama lelaki lain. Dia yakin lelaki itu yang cuba menggoda Qisha Delisa. Dia meleraikan pegangan Qisha Delisa dengan kasar sehingga seluruh tubuh gadis itu terus terlayak ke belakang.

Qisha Delisa hampir-hampir terjatuh.

“Abang...” Dia terjerit kecil. Hampir menangis di buatnya kerana dia dapat menjangka apa yang akan berlaku. Dia datang ke sini pun sebab Wan Firaz tidak menyediakan makanan untuknya.

Wan Firaz tidak mempedulikan jeritan Qisha Delisa. “Kau tak tahu ke kau tu milik aku?” jerkahnya ke arah Qisha Delisa. Matanya merenung tajam.

Qisha Delisa menundukkan kepala.

Wan Firaz memandang ke arah lelaki itu pula. “Lelaki bangsat!” kasarnya. Selamba kau mahu merampas benda yang dah memang milik aku. Dia hilang sabar. Terus dia berjalan ke arah lelaki itu pula.

“Wan, kau dah salah faham ni... Aku...” Ahmad cuba menjelaskan sesuatu. Dia kenal lelaki itu melalui isterinya.

Buku lima Wan Firaz hinggap tepat di atas hidung lelaki itu. Kesabarannya sudah kemuncak. Dia hilang segala pertimbangan.

Ahmad pula tidak bersedia langsung menyebabkan dia tidak sempat mengelak.

Bukk!

“Firaz!” panggil seseorang dari satu sudut.

Wan Firaz memandang ke arah suara tu.

“Mila?” Hati Wan Firaz gementar.

“Berani kau pukul laki aku! Aku tidak akan teragak-agak cakap pada Julia yang kau ada perempuan lain.” Ugut Mila.

“Mila, apa kau cakap ni? Ju dah tau pasal Qisha la.” Wan Firaz mula rasa tidak sedap hati. Dia harus meninggalkan tempat ini segera.

Wan Firaz terus menarik tangan Qisha Delisa dan masuk ke Villa tersebut.

“Kemas pakaian kau! Kita balik!”

“Kenapa?”

“Aku kata kemas! Kemaslah! Jangan banyak soal!” Wan Firaz mengamuk lagi.

Dengan tenaga yang masih bersisa itu, Qisha Delisa mengemas pakaiannya. Mereka terus menuju ke tempat Wan Firaz dan Julia tinggal bersama. Dia akan jadikan Qisha Delisa orang gaji di situ. Jadi, Julia tidak akan mengeskinya.

Sebaik sahaja sampai, Qisha Delisa suruh tinggal di bilik orang gaji. Dia dikerah membuat kerja rumah oleh Wan Firaz.

Wan Firaz mahu Julia melihat Qisha Delisa sebagai seorang gaji dan tanpa sebarang keistimewaan padanya.

Qisha Delisa terpaksa bekerja dan kini sudah dua bulan dia bekerja. Hanya di beri air dan roti sahaja untuk dirinya. Itu atas arahan Wan Firaz.

“Abang, saya ni isteri abang. Kenapa buat Qisha macam ni?”

“Ini balasan untuk kau sebab kau bercakap dengan jantan lain!” jerkah Wan Firaz.

“Aku tak bersalah!” geram Qisha Delisa.

Pang!

“Jangan sesekali kurang ajar dengan aku!” Wan Firaz terus tinggal Qisha Delisa setelah nafsunya dipuaskan dengan tubuh isterinya yang sentiasa membuat dirinya tergoda.

Selepas Wan Firaz pergi, Julia pula muncul.

“Perempuan yang amat kasihan. Isteri tetapi di layan macam orang gaji. Kasihan sungguh madu aku ini.” Julia berkata.

Julia, isteri pertama Wan Firaz. Dia tahu segala-galanya dari mulut Wan Firaz sendiri. Sakitnya hati ini ditipu.

Sejak itu dia sering didera oleh Julia jika Wan Firaz tiada di rumah. Zahir dan batinnya terseksa. Zahirnya di seksa oleh Julia dan batinnya pula lelaki durjana itu, Wan Firaz.

Qisha Delisa tidak dapat bertahan lagi. Dengan bantu Kak Mah, dia dapat menghubungi Qaseh. Qaseh akan membantunya melarikan diri dari situ. Ya! Aku perlu lari dari situ.

“Kak Mah! Kak Mah!” teriak Wan Firaz memanggil pembantu rumahnya.

Kak Mah baru sahaja selesai menghidangkan makanan.

“Ada apa, tuan?” Takut-takut Kak Mah mahu bertanya. Tambahan pula, Wan Firaz memegang sepucuk pistol. Cukup menakutkan hati tuanya.

“Kak Mah nampak Qisha tadi lari ikut mana?” soal Wan Firaz dengan muka marah. Dia tidak akan lepaskan Qisha. Jika Qisha tak ada disisinya. Lebih baik Qisha mati.

“Err... ke belakang tuan? Dia lari dengan seorang gadis,” jelas Kak Mah. Cemas!

Wan Firaz berdengus marah. Dia tahu gadis yang dimaksdukan oleh Kak Mah itu ialah Qaseh, sahabat baik Qisha Delisa.

“Sudahlah tu, tuan. Kasihan Qisha.” Kak Mah tiba-tiba berani bersuara.

“Kasihan?” Wan Firaz langsung tidak kasihan.

“Kasihan Qisha. Setiap hari berkurung di rumah ini. Dia buat banyak kerja tetapi hanya di beri makan roti dan air sahaja. Puan Julia pun ada dera Qisha. Tuan tak boleh buat...”

“Kak Mah!” jerkah Wan Firaz tiba-tiba.

Kata-kata Kak Mah terhenti. Dia segera berpaling dan terkocoh-kocoh menuju ke dapur.

Pantas Julia bergegas mendapatkan Wan Firaz. Riak wajahnya cemas dan kurang senang.

“Sabar abang. Jangan dengar cakap Kak Mah. Qisha sengaja mahu cari jantan lain.” Hasut Julia.

Wan Firaz menjegilkan matanya. Kata-kata Julia benar-benar mencabar kesabarannya.

“Aku ni tak cukup untuk dia sampai nak cari jantan lain!” marah mengusai Wan Firaz.

“Abang dah cukup sempurna bagi Ju tetapi Qisha, Ju tak tahu...” batu api Julia makin menjadi-jadi.

“Kau diam, Ju!” makin membara api kemarahannya.

“Ju tak boleh diam! Ju ni isteri abang. Abang asyik ayik mahukan Qisha je. Asyik Qisha, Qisha, Qisha...” luah Julia.

“Hei, perempuan! Kau ni dah kenapa?” Wan Firaz mencebir.

“Ju sakit hati, abang! Sakit sangat! Dah lama Ju pendam rasa sakit ni! Ju benci betina tu!” Julia menjerit secara tib-tiba. Tanpa disangka-sangka, dia menerkam ke arah Wan Firaz. Dia cuba merampas pistol daripada tangan lelaki itu.

“Ju!” cemas. Dia bergelut dengan Julia.

Pang!

Tangan Wan Firaz hinggap di pipi Julia. Kuat!

“Kalau kau buat macam ni lagi. Aku ceraikan kau!” Kuasa berada di tangan Wan Firaz. Dia meninggalkan Julia yang masih terkejut. Dia mahu mengejar Qisha Delisa.

Dua bulan mereka berkahwin, hanya Qisha Delisa yang berjaya membuat hatinya puas walaupun Qisha Delisa hanya kaku tiap kali dia menyentuh gadis itu. Kecantikan Qisha Delisa sudah mengatasi segala-galanya. Mana mungkin dia lepaskan Qisha.

Akhirnya, Qisha Delisa menangis mengenangkan perjalanan kehidupan dua bulan perkahwinannya dengan Wan Firaz. Sungguh terseksa! Sungguh perit! Isteri tetapi tidak dilayan seperti selayaknya. Aku benci Wan Firaz!

Dia memeluk tubuh Hadif Fayyadh. Lelaki ini penyelamat. Lelaki ini pelindungnya. Walaupun kami sudah bersama dan Hadif Fayyadh tahu yang dia tiada dara lagi, lelaki itu tenang dan tidak membencinya. Dia bersyukur.

Hadif Fayyadh pula yang terlalu mengantuk hanya membalas pelukan isterinya. Tidurnya lena malam itu.


P/s : dapat juga update bab baru...baru je sampi rumah di selangor...terus update...pasti ada yang menunggunya...terima kasih....itulah kisah silam Qisha yang Hadif tak tahu....hanya Qisha, qaseh dan wan firaz je yang tahu...apakah yang terjadi jika hadif yang tahu hal sebenar??? marahkah dia?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.