Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 21 - Part 1

Qaseh duduk bersama Shahril. Teringat kisah lama Qisha Delisa membuat hatinya di pagut rasa sayu. Gadis itu terlalu banyak dugaan hidupnya. Dia sentiasa mendoakan untuk sahabatnya itu.

“Termenung apa tu, sayang?” sapa Shahril. Sehingga kehadirannya pun si isteri masih tidak perasan.

“Teringat kali pertama kita berjumpa.” Qaseh tersenyum. Memandang suaminya dengan penuh kasih sayang.

“Oh, masa tu ada orang jahat kejar awak kan? Nasib baik saya jadi penyelamat awak.” Shahril rasa bangga.

Qaseh tersenyum hambar. Orang jahat yang dimaksudkan oleh Shahril ialah Wan Firaz. Fikirannya terus teringat peristiwa itu.

“Qaseh, cepat hidupkan kereta tu? Cepat!” Dari jauh Qisha Delisa melihat kelibat Wan Firaz mencarinya. Lelaki itu terus menaiki kereta dan menuju entah ke mana.

“Macam ni Qisha, kita cari kereta lain. Tumpanglah sesiapa pun.” Cadang Qaseh di saat akhir. Mereka turun dari kereta dan berlari ke luar. Mahu mencari kenderaan yang sudi menumpangkan mereka.

Sedang mereka berjalan, Qaseh dan Qisha Delisa ternampak sebuah kereta berlanggar dengan kereta.

“Itu Wan Firaz...” Qisha Delisa terkejut. Lelaki itu kemalangan.

“Qisha, mari kita pergi!” Entah kenapa Qaseh menjadi manusia yang tidak keperimanusiaan. Mungkin kerana Wan Firaz bukan lelaki yang baik untuk dibantu.

“Tapi...”

“Qisha, tak kan kau nak selamatkan lelaki yang dah seksa kau tu.” Soal Qaseh. Dalam situasi cemas itu dia sendiri tidak dapat berfikir dengan baik.

“Aku tak risaukan dia tapi aku risaukan kereta lagi satu. Aku mesti tolong dia.” Qisha Delisa terus berlari ke arah kereta yang dilanggar oleh Wan Firaz.

Ada dua orang lelaki. Di tempat pemandu ada seorang lelaki tua dan di tempat penumpang sebelah pemandu, ada seorang lelaki yang kepalanya berlumuran darah.

“Qisha!” Panggil Qaseh apabila Qisha Delisa menghampiri kereta itu.

“Ya Allah, ada orang masih hidup! Cepat kita tolong.” Kata Qisha Delisa. Dia rasa bersyukur. Wan Firaz memang tak betul! Gila! Geramnya.

“Qisha, bahaya kau tolong dia. Biar orang lelaki yang buat.” Qaseh berkata. Dia risau tengok sahabatnya itu. Kurus kering tapi mahu mengangkat tubuh lelaki yang lebih besar daripadanya.

“Tak boleh! Aku kena selamatkan dia. Kalau tak sempat macam mana...” Qisha Delisa tetap mahu membantu mangsa tersebut.

Mujur mangsa tersebut masih boleh bergerak dan menanggalkan tali pinggang keledarnya. Ini memudahkan Qisha Delisa menarik tubuh lelaki itu keluar dari kereta.

Selepas tubuhnya di tarik oleh Qisha Delisa, wajah lelaki itu terkejut.

“Kau tak kan apa-apa!” soalnya. Risau semakin menebal.

“Qisha, cepatlah!” Qaseh masih mahu meninggalkan tempat itu. Dia ternampak Wan Firaz meninggalkan keretanya sendiri di situ.

Selepas mengeluarkan lelaki tua itu, Qisha Delisa dan Qaseh terus mencari kereta untuk ditumpang.

“Cik boleh tolong saya tak?” Qaseh cemas. Dia memilih kereta yang sedang bergerak perlahan akibat kemalangan yang berlaku.

“Kenapa cik?” lelaki itu berkata. Inilah saat kali pertama Qaseh bertemu Shahril.

Shahril merenung gadis di hadapannya. Bertudung labuh dan berbaju muslimah. Sangat sopan. Yang seorang lagi, berbaju kurung pink tetapi rambut pendek. Dia kurang suka perempuan seperti itu.

“Ada orang jahat kejar kami. Tolong hantar kami ke balai...”

“Ye ke? Naik-naik. Saya akan bawa awak ke balai polis.”

Mereka tiba di balai polis tetapi Qaseh dan Qisha Delisa sudah merancang sesuatu. Dia menghubungi Wan Firaz. Mereka yakin yang lelaki itu akan pulang ke rumah.

“Hello...”

“Wan Firaz. Aku Qisha. Aku sekarang berada di depan balai polis.”

“So?” Sakit hati Wan Firaz. Qisha Delisa berjaya tinggalkan dia.

“Kalau kau tak ceraikan aku dengan cara baik, aku akan buat laporan polis mengenai penyeksaan kau terhadap aku. Aku ada rakam segala kejahatan kau dan kemalangan sebentar tadi.”

What?” Wan Firaz tidak menyangka yang Qisha Delisa akan bertindak sedemikian. Ini membuatkan dia terpaksa akur. “Aku tak terlibat pun dengan kemalangan tu...”

“Kau jangan nak tipu. Aku nampak kau sedang baca SMS dan bila kau pandang depan, kau terlanggar kereta orang lain. Kecuaian kau boleh dihukum.”

“Kau tak ada bukti.” Wan Firaz cuba bertahan.

“Walaupun kau cabut nombor plat kereta tapi masih ada telefon bimbit kau dalam kereta. Kereta kau tak meletup pun. Yang meletup kereta lagi satu. Ceraikan aku sekarang juga!” Itu sahaja jalan untuk ia lepaskan diri dari cengkaman Wan Firaz.

“Baiklah! Tapi kau jangan ingat kau dah lepas dari aku. Aku akan cari kau walau di mana kau berada!” Amarannya untuk kali terakhir.

Wan Firaz terpaksa menceraikan Qisha Delisa dan mereka bertemu di mahkamah.

“Qaseh, terima kasih. Aku gembira sekarang ni.” Qisha Delisa rasa bebas hidupnya.

“Sama-sama.”

“Kau jangan ingat kau dah lepas Qisha. Aku akan kacau kau dan ganggu kau hingga ke lubang cacing!” Wan Firaz melafazkan kata-kata yang sama tetapi sikit pun Qisha Delisa tidak takut.

“Kau diam!” Qisha Delisa menarik tangan Qaseh dan meninggalkan Wan Firaz.

Sejak itu mereka berpindah jauh. Tanpa membawa apa-apa. Cuma pakaian sahaja.

“Termenung ingatkan abang macam tu sekali...” Shahril menegur isterinya apabila isterinya terkaku sendirian.

“Abang...” Qaseh tersedar dari ingatan lalu. Cukup perit untuk Qisha Delisa meneruskan hidupnya kembali.

“Ya sayang...”

“Maaf. Jom tidur. Dah lewat ni...”

“Okey, jom!”

*****

Qisha Delisa bangun dari tidur. Dia masih memikirkan rahsia apa yang ingin Wan Firaz katakan pada Hadif Fayyadh. Ada ke perkara yang mampu buat Hadif marah dan bencikan aku? Buntu Qisha Delisa memikirkannya.

Termenung pula buah hati aku ni. Hadif Fayyadh menghampiri Qisha Delisa yang merenung kosong skrin tv yang gelap itu.

“Ada cerita best ke?” soal Hadif Fayyadh sambil duduk di sebelah Qisha Delisa.

Qisha Delisa memandang sekilas suaminya. Perli aku la tu. Tahulah tv tu tak terpasang pun. “Best! Tajuknya lari dalam kegelapan.” Layannya.

“Lari dalam kegelapan? Patutlah hitam sahaja dari tadi.” Hadif Fayyadh makin kuat mengusik.

Qisha Delisa malas mahu melayannya.

Kelihatan Hadif Fayyadh meninggalkannya sendirian. Dia biarkan sahaja. Beberapa minit kemudian, Hadif Fayyadh hadir dengan pakaian lain.

“Qisha, jom sarapan...” Hadif Fayyadh baru sahaja lepas mandi.

Wanginya... Qisha Delisa hanya memandang suaminya.

“Hari ni kita nak pergi mana pula?”

“Ada la... Rahsia.”

Hadif Fayyadh sentiasa penuh dengan kejutan. Beberapa seketika...

“Tempat apa ni?” Dahi Qisha Delisa berkerut. Pelik sangat ni...


p/s:Maaf lambat update...baru sahaja pindah rumah semalam...barang masih bersepah...ini yang sempat saya taip....harap berpuas hati dan terhibur... SELAMAT HARI RAYA....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.