Wan
Firaz rasa puas hati kalau dapat sakitkan Hadif Fayyadh. Lelaki itu sudah
merampas Qisha Delisa daripadanya. Dia rasa dia patut mengajar lelaki itu. Muka
merah Hadif Fayyadh menahan marah begitu menarik minatnya.
Dia
tersenyum.
“Hey,
apa yang buat you gembira sangat ni?” soal Lynn. Dia menghampiri lelaki yang
baru sahaja di kenalinya.
Wan
Firaz memandang Lynn. Dia tidak menyangka gadis ini begitu mudah untuk ditipu.
Begitu mudah dia dapat memiliki mahkota kesuciannya tetapi dia tidak ingat apa
yang berlaku semalam. Pelik! Lepas sahaja minum air, dia terus rasa macam
berkhayal dan apabila tersedar, Lynn tidur sebelahnya.
“Mestilah
I gembira. I dapat buat orang I benci sakit hati. Padam muka dia!” Wan Firaz
ketawa dengan kuat.
“I
rasa you patut kenalkan I pada diorang,” cadang Lynn. Siapa yang dibenci oleh
lelaki ini? Dia ingin tahu pula
“Kenapa?”
Wan Firaz rasa pelik kerana Lynn mahu mengenali Hadif Fayyadh.
“Manalah
I tahu boleh goda dia kalau dia suami orang. I boleh bantu you untuk buat di
dibenci lagi.” Lynn memberi cadangan. Dia tersenyum lebar sambil meneguk air.
“Bagus
idea you. I akan kenalkan you pada dia nanti. Dia tengah hot sekarang ni. So, I
tak nak kacau dia.” Wan Firaz rasa senang hati.
“Jom,
I belanja you makan kali ini.” Ajak Lynn.
“Okey
juga. Lepas itu I nak makan you pula.” Wan Firaz perlu puaskan nafsu
serakahnya.
“Nampaknya
tak dapat you makan I. I baru sahaja bendera merah. Lain kali ya?” Lynn
memandang dengan pandangan yang menggoda.
“Okey.
I tunggu you...”
******
Hadif
Fayyadh pulang ke rumahnya dengan wajah yang sangat merah. Dia benar-benar
marah dengan kata-kata Wan Firaz. Apa yang yang terjadi sebenarnya? Adakah aku
perlu percaya kata-kata mamat menyampah tu...
Dia
merenung wajah Qisha Delisa yang masih tidur itu. Demam isterinya belum kebas.
Tidak!
Aku dah tiada mood nak teruskan bulan madu ini. Aku kena balik juga malam ni.
Hadif
Fayyadh terus membeli tiket pulang secara online.
“Hadif,
kenapa tiba-tiba ni?” soal Qisha Delisa. Dia sedar sahaja, semua beg pakaian
sudah siap berkemas.
Aku
tahulah aku demam tapi tak kan suruh balik terus. Biar betul si Hadif ni...
Qisha Delisa sedikit keliru.
“Kita
balik...” Hadif Fayyadh menghidupkan enjin kereta dan menuju ke lapangan
terbang.
Qisha
Delisa rasa pelik.
Keesokan
harinya.
Qisha
Delisa mencari kelibat suaminya. Sejak sampai di rumah ini, lelaki itu
menghilang. Malam tadi pun Hadif Fayyadh tidak masuk ke bilik mereka.
Mana
Hadif tidur? Aku sedar pagi tadi tengok-tengok tak ada kat sebelah? Memang pelik.
Kenapa ya? Dia sendiri tiada jawapannya.
Belum
sempat Qisha Delisa memulas tombol pintu bilik, telefon bimbitnya berbunyi.
“Nombor
Wan Firaz ni?” Dia cukup mengenali nombor bekas suaminya itu.
Macam
mana dia tahu nombor telefon aku ni? Nombor ni hanya ahli keluarga dah Qaseh je
yang tahu. Qisha Delisa makin buntu.
Segera
dia menjawab panggilan tersebut.
“Kau
nak apa lagi ni?” marah Qisha Delisa.
“Aku
nak kau la Qisha!” Wan Firaz tersenyum lebar. Suka benar dia mendengar suara
marah Qisha Delisa. Kedengaran manja sangat.
“Itu
tak mungkin berlaku. Mana kau dapat nombor telefon aku ni?”
“Aku
ambil senyap-senyap dalam telefon ayah kau.”
“Ayah?”
Qisha Delisa tersentap. Sudah beberapa hari dia tidak berjumpa dengan Dato
Darwish. Dia cuba untuk menghubungi Dato Darwish tetapi tidak dapat.
“Sayang
tak tahu ke apa yang berlaku pada ayah kesayangan Qisha tu?” Wan Firaz tahu
yang Qisha Delisa sangat sayang pada Dato Darwish. Dia yakin hal ini mampu
menarik minat Qisha Delisa.
“Apa
dah berlaku pada ayah? Baik kau cakap!” Qisha Delisa tidak dapat bersabar. Dia
benar-benar rindu pada ayah. Dia mahu melihat raup wajah yang sentiasa nampak
terseksa sejak kemaafan diterimanya.
“Kalau
nak tahu, kau kena belanja aku makan. Jangan risau. Kita pergi tempat yang
terbuka. So, kau tak perlu takut. Kita makan berdua. Itu je aku minta.” Wan
Firaz yakin yang Qisha Delisa akan bersetuju. Dia tersenyum lebar.
Tuttttt...
Talian
diputuskan.
“Tak
guna kau, Qisha!” Hati Wan Firaz sakit.
Qisha
Delisa pantas padamkan telefon bimbitnya. Dia jadi takut apabila mendengar
perkataan berdua. Dia tidak akan sesekali berdua-duaan dengan Wan Firaz. Dia
takut! Tiba-tiba dia ternampak kelibat Hadif Fayyadh.
“Hadif,
kau nak ke mana?” soal Qisha Delisa apabila melihat Hadif Fayyadh lengkap
berpakaian pejabat.
“Aku
nak ke pejabat la..” Sikit pun Hadif Fayyadh tidak memandang wajah Qisha
Delisa. Semalam pun dia tidur di bilik tetamu.
“Bukankah
ada cuti dua hari lagi?” Qisha Delisa mengira hari dalam fikirannya.
“Aku
ada urusan penting ni. Aku pergi dulu.” Hadif Fayyadh melangkah ke pintu.
“Hadif...”
panggil Qisha Delisa.
“Apa
dia? Aku dah lambat ni!” Kasar Hadif Fayyadh.
Pantas
tangan Hadif Fayyadh diraih oleh Qisha Delisa. Dicium tangan itu. Rasa hatinya
tenang sangat. Saat Qisha Delisa mendongak memandang wajah suaminya. Pandangan
mata mereka bertaup tetapi cuma seketika, Hadif Fayyadh melarikan pandangan
matanya.
Hadif
Fayyadh menarik tangannya dan meninggalkan Qisha Delisa di depan pintu itu. Dia
masuk ke dalam kereta dan memecut pergi dari situ.
Dia
memandu laju. Fikiran memikirkan Qisha Delisa. Qisha cinta pertamanya. Kasih
dan sayangnya hanya untuknya tetapi tergamak dia melakukan semua itu.
Qisha,
kenapa buat abang macam ni. Hati abang sakit mendengar apa yang Wan Firaz
katakan. Kata-kata itu terlalu sukar untuk abang terima dan terus terima Qisha
seadanya. Kenapa Qisha biarkan lelaki itu melakukannya. Kenapa Qisha?
Rintih
hati Hadif Fayyadh. Pilu hatinya mengenangkan orang yang dicintai itu.
Qisha
Delisa rasa kecewa. Tidak suka dengan sikap dingin suaminya itu.
Pada
mulanya dia tidak kisah yang Hadif Fayyadh mahu balik awal dari Langkawi tetapi
lain pula yang jadi. Hadif Fayyadh tidak lagi bercakap dengannya. Malah tidak
memandangnya langsung. Kalau bercakap pun, beberapa patah perkataan sahaja.
Macam tadi.
Hati
Qisha Delisa sunyi sangat. Sudah beberapa hari Hadif Fayyadh begitu. Bila hati
dah mula berpaut, begini pula layanan Hadif Fayyadh terhadapnya.
Pagi
ini, Hadif Fayyadh melakukan perkara yang sama.
“Nak
ke mana tu?”
“Kerja!”
Hadif Fayyadh sedang mengikat tali lehernya.
“Kerja?
Berpada-pada la nak tipu aku. Hari ni hari ahad.” Sakit hati Qisha Delisa
dengan sikap Hadif Fayyadh ini.
“Kenapa
dengan kau ni, Hadif?” soal Qisha Delisa lagi. “Kau ada masalah ke?”
“Kau
diam...” perlahan suara Hadif Fayyadh.
“Aku
tak boleh diam. Mana game love yang kau janjikan pada aku?” Persoalan itu
timbul apabila Wan Firaz berani mengganggunya baru-baru ini. Dia benar-benar
tidak faham. “Wan Firaz ada call aku berkali-kali dua hari lepas. Kau tahu tak
aku takut! Aku takut, Hadif.” Hampir air matanya mahu menitis.
Hadif
Fayyadh mendiam membisu.
“Mana
Hadif Fayyadh yang selalu ada untuk lindungi aku. Mana game love kita, Hadif? Mana?”
Soal Qisha Delisa.
Sayu
hatinya. Bagi dirinya, game love merapatkan lagi hubungannya dengan Hadif
Fayyadh. Dia rasa selamat dan selesa serta bahagia.
Hadif
Fayyadh berpaling daripada melihat wajah
Qisha Delisa.
“Game
love is over.” Dia mengalah dan
terus keluar dari bilik tersebut.
p/s: kenapa Hadif jadi macam ni? cian Qisha. apa yang Wan Firaz dah cakap ni...ish geram pula... Qisha mesti sedih mendengarnya..... sambung pada masa akan datang pula...terima kasih masih setia mengikuti enovel ini...harap sudi komen ye...