“Kau ni...”
“Hadif, terima kasih
tau...” ucap Qisha Delisa. Betul kata Qaseh malam tu.
“Qisha, kau kena cari
lelaki yang sayang kau, bukan kau sayang dia tapi dia tak sayang kau. Aku rasa
Hadif tu memang dah padan sangat dengan kau...” terngiang-ngiang suara Qaseh.
“Tiba-tiba ucap
terima kasih ni?”
“Saje...”
“Kalau kau nak terima
kasih sangat, jadi isteri aku dulu. Tapi kau kemalangan ni, terpaksa cancel
majlis kita hari khamis ni.”
“No! Jangan!”
terkejut Qisha Delisa dengan kata-kata Hadif Fayyadh. Dia nak juga kahwin
dengan Hadif Fayyadh masa tu.
“Kau cedera teruk
la...”
“Ala, aku kahwin
bukan buat apa. Duduk je kan?” soal Qisha Delisa.
“Memanglah duduk je,
tapi malam kau kena layan suami pula...” Hadif Fayyadh buat muka nakal.
“Itu kita tangguh
tahun depan....”
“Ish, kau ni! Mana
boleh tangguh malam pertama. Malam pertama mesti di buat masa hari pertama....”
“Kalau macam tu kita
buat malam ke 100?” Qisha Delisa membuat lawak. Padahal hatinya berdebar kencang.
Dia takut untuk melalui malam tersebut.
“Okey. Macam ni...
Malam tu kita tangguh sampai kau dah sembuh ye?”
“Memahami betul bakal
suami aku ni. Ini yang sayang lebih!” Qisha tersenyum manis. Sempat tangannya
yang tidak berbalut itu menarik pipi Hadif Fayyadh.
“Apa main tarik-tarik
ni? Kang aku tarik kau dalam pelukan aku, baru tau...” Hadif Fayyadh tidak suka
Qisha Delisa menyentuhnya. Bimbang dia yang tidak dapat mengawal dirinya untuk
menyentuh gadis itu.
“Sentuh sikit pun nak
marah...” Qisha Delisa ketawa kecil. Hatinya tenang...
Tanpa mereka berdua
sedari, ada mata yang memerhati mereka.
Wan Firaz menumbuk
strengnya. Mendengar khabar Qisha Delisa kemalangan, dia segera ke hospital
tetapi Hadif Fayyadh yang tiba dahulu.
Lelaki ni memang
selalu kacau aku dengan Qisha. Aku tak boleh biarkan dia lama-lama. Makin lama
aku tengok dia, makin aku rasa nak bunuh-bunuh!
Wan Firaz terus
menekan minyak dan memandu dengan laju.
*****
Dari jauh Hadif
Fayyadh melihat Qisha Delisa termenung. Sejak gadis itu bersetuju mahu
berkahwin dengannya, kerap sungguh datang ke rumahnya. Malah boleh bermalam di
rumah. Nasib baik Datin Marissa tidak kisah. Tambahan pula Qisha baru keluar
dari hospital petang tadi.
“Qisha...” panggil Hadif
Fayyadh dengan penuh kelembutan.
“Hadif!” Qisha Delisa
terkejut. Dia teringat akan pertemuannya dengan Wan Firaz baru-baru ini.
“Malam ini kita akan
bernikah...” Hadif Fayyadh ingatkan Qisha Delisa.
“Ya...” Syukur
wajahnya tidak ada yang calar. Cuma balutan di tangan sudah dibuka. Cuma di
kaki sahaja belum.
“Aku harap kau terima
perkahwinan kita dengan rela hati. Bukan kerana game love...” Hadif Fayyadh
harap sangat Qisha Delisa menerimanya sebagai suami dalam erti sebenar.
“Game love, Hadif...
Game love. Bila dah game over, masa tu baru aku terima kau sebagai suami aku
yang sebenar...”
Hadif Fayyadh
mengutuk dalam hati. Menyesal aku wujudkan game love ni. Tak pasal-pasal jadi
macam ni. Tapi kerana game love Qisha setuju nak kahwin dengan aku.
“Qisha, aku nak jadi
suami kau...”
“Ya, kau akan jadi
suami aku...”
“Tapi dalam hati
kau...”
“Hati aku kosong,
Hadif. Tak ada sesiapa dalam hati ini.”
“Wan Firaz?”
“Kenapa kau sebut
namanya...” Qisha Delisa melenting tiba-tiba. Dia rasa nak marah.
“Dia kan bekas
kekasih kau. Tiada perasaan sayang pada dia walaupun sebesar zarah?” soal Hadif
Fayyadh untuk menguji Qisha Delisa.
“Hadif, kau jangan
salah faham. Aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan.” Qisha Delisa bangun dan
melangkah perlahan kerana kakinya masih sakit.
“Qisha...”
“Hadif, aku kahwin
dengan sebab aku percaya kau akan melindungi aku dari lelaki yang berniat jahat
pada aku. Itu je...” Harapan Qisha Delisa begitu tinggi terhadap Hadif Fayyadh.
“Melindungi kau?
Pasti aku akan melakukannya...”
Qisha Delisa terus
berlalu pergi.
*****
Dato Darwish tidak
sempat mahu pulang ke rumah untuk menukar pakaiannya. Terlalu banyak kerjanya
di pejabat pada hari ini.
“Dah pukul 8 malam.
Aku tak sembahyang Maghrib lagi ni... Kejap lagi aku nak ke majlis kahwin
Qisha.” Segera Dato Darwish ke surau berhampiran. Menunaikan solat Maghrib.
Memang dulu dia banyak meninggalkan solatnya tetapi kini dia insaf. Dirinya
terlalu banyak dosa. Dosa terhadap anak perempuannya, Qisha Delisa dan isteri
tersayang, Qizaha.
Selepas berniat.
“Allahuakhbar!”
Bukk!
Ada seseorang telah
memukul belakang Dato Darwish. Dia pengsan.
*****
Qisha Delisa gelisah
menanti Dato Darwish datang. Lepas Isyak, majlis akad nikah akan dijalankan.
“Mana ayah ni? Aku
call tapi tak dijawabnya...” makin gelisah. Dia menanti dengan sabat di bilik.
“Qisha, mana ayah Qisha?”
Soal Datin Marissa. Walaupun tak ramai tetamu yang datang, majlis ini harus
diteruskan.
“Tahniah!” Wan Firaz
ucapkan pada Hadif Fayyadh. Tahniah kau tak kahwin dengan Qisha!
“Terima kasih. Terima
kasih juga sudi datang. Sekarang kami tengah tunggu ayah Qisha datang...” Hadif
Fayyadh tersenyum. Tidak sabar untuk memiliki Qisha.
“Kalau ayah Qisha tak
datang, majlis tetap diteruskan ke?” Sengaja Wan Firaz bertanya.
“Tak. Qisha mahukan
ayahnya juga yang jadi wali...”
“Tak apa ke? Ramai
tetamu yang datang ni.”
“Kami dah buat
persediaan jika ayahnya tidak datang....”
“Persediaan apa?” Wan
Firaz ingin tahu.
“Ayah Qisha sudah
beritahu kami, jika dia tidak hadir, dia sudah minta diwalikan oleh wali hakim.
Jadi tak ada masalah. Tapi Qisha tak tahu hal ini.”
Tanpa pengetahuan
sesiapa, semalam, Dato Malik dan Hadif Fayyadh pergi berjumpa dengan Dato
Darwish sendiri. Mujur Dato Darwish seorang yang peramah. Dilayan kami dengan
baik.
“Hadif, Qisha panggil
sekejap...” Datin Marissa menghampiri anaknya.
“Baiklah mama. Minta
diri ya....” Hadif Fayyadh terus meninggalkan Wan Firaz.
Wan Firaz
meramas-ramas tangannya. Dia benar-benar geram. Dia ingat rancangannya akan
berjalan dengan lancar tetapi majlis ini tetap berjalan tanpa Dato Darwish.
Tiada cara lain untuk
menghalang perkahwinan mereka ini?
“Qisha...” panggil Hadif
Fayyadh.
“Ayah aku tak datang
lagi.”
“Aku rasa dia tak
datang la. Jadi kita nikah diwalikan wali hakim je...”
“Tapi...”
“Bersiap je ye...”
“Baiklah...”
p/s: siapalah yang pukul dato darwish ni? dugaan betul si qisha ni nak kahwin...jadi ke Qisha kahwin malam tu??? tunggu bab 9 hihihi