Mengingati
seseorang yang kita benci tetapi perasaan sayang itu masih ada, sangat
menyakitkan hati.
Air
mata Qisha Delisa mengalir. Dia bencikan lelaki itu. Kisah silamnya membuatkan
dia bersikap sebegini.
Dia
mahu salahkan siapa jika dia jadi begini? Lupa agama dan maruah diri? Sebab
maruah aku dipijak-pijak tanpa belas kasihan oleh lelaki itu. Kau yang salah!
Kau penyebab aku jadi perempuan tidak baik ini! Kau penyebabnya! Aku benci kau!
Pang!
Dia
tercampak pasu kristal ke dinding kerana terlalu geram. Aku benci kau! Jangan
pernah kau muncul dalam hidup aku lagi. Jika kau muncul, aku tak akan
teragak-agak untuk membuat kau
terseksa... Lebih terseksa dari apa yang aku rasa.
Akhirnya
matanya semakin kuyu dan layu. Kepenatan melayan telatah Hadif Fayyadh
membuatkan dia cepat terlena.
“Sampai
hati Qisha buat abang macam ni... Abang tak bersalah.” Seorang lelaki merayu
pada Qisha Delisa.
“Padam
muka kau! Berani kau lukakan hati aku. Kini kau rasakan kesakitan hati aku
ini!” Qisha Delisa sedang memegang parang. Mahu dipotong satu persatu tubuh
badan yang telah menghancurkan dirinya.
“Kring!
Kring! Kring!” ada bunyi telefon.
“Aku
dah nak potong kau pun, masih ada hati nak jawab telefon...” marah Qisha
Delisa.
“Bukan
telefon abang tapi telefon sayang...” tiba-tiba lelaki yang merayu-rayu tadi
bertukar wajah. Wajahnya sangat ceria dan dia cuba mengampiri Qisha Delisa.
“Jangan
dekat dengan aku! Jangan! Jangan!”
“Ya
Allah!” Nama suci itu yang disebutnya. “Rupanya aku mimpi...” Tanpa Qisha
sedari, dia tetap takut pada lelaki itu. Dapatkah dia membenci sepenuhnya pada
lelaki yang pernah bertakta dalam hatinya?
“Siapa
pula call aku pagi buta ni?” Segera dia menjawab panggilan tersebut yang sudah
berbunyi masuk ke tiga kali.
“Hello...”
“Wei!
Cepatlah turun! Aku tak sabar nak tengok kau ni?” kata Hadif Fayyadh dengan
suara yang begitu bersemangat. Manalah tahu Qisha keluar dengan baju tidur yang
seksi macam hari tu. Tak sabar nak tengok.
“Bagi
aku satu jam. Nak bersiap!” kata Qisha Delisa selamba.
“Satu
jam? Lamanya. Mati kering aku kat sini!” Hadif Fayyadh tidak berpuas hati. Dia
rasa geram dengan sikap gadis itu.
“Kau
nak aku teman kau atau tak ni?” soal Qisha Delisa dengan suara yang manja. Sengaja
dia berkata begitu.
“Main
ugut-ugut manja pula! Bagi penampar kan! Yelah. Aku tunggu kat luar rumah kau
ni...” Hadif Fayyadh mengalah. Kalau dia tak jadi pergi, parah plan aku nanti. Sabar
ye Hadif...
“Tau
takut!” Qisha Delisa tersenyum. Dia bersiap ala kadar sahaja. Bukannya ke mana,
ke rumah Datin Marissa je.
Pagi
itu, dia mengenakan seluar jeans ketat berwarna hitam dan t-shirt berwarna
merah. Kecantikannya begitu terserlah dengan warna kulitnya putih bersih itu. Rambutnya
pula dibiar lepas selepas di sikat kemas.
“Sorry
lambat...” kata Qisha Delisa sambil membuka pintu belah penumpang.
“Lambat
dua jam... Gila!” marah Hadif Fayyadh. Lama gila aku tunggu minah ni...
“Gila
ye?” Qisha Delisa tutup pintu kereta milik Hadif Fayyadh dan berjalan masuk ke
dalam rumah.
“Qisha!”
tersentak Hadif Fayyadh lalu memanggil gadis itu. Pantas juga dia keluar dari
kereta dan mencapai lengan Qisha Delisa.
“Lepaslah!”
geram Qisha Delisa.
“Okey!
Okey! Sorry, my dear. Jom! Nanti lambat pula.” Hadif Fayyadh tarik lengan Qisha
Delisa dan membuka pintu belah penumpang. “Jemput masuk tuan puteri...” manis
sekali kata-katanya.
“Terima
kasih, hamba saya...” kasar Qisha Delisa.
“Hamba
pun hamba la. Janji tuan puteri sudi mengikut patik ke pondok patik yang hina
itu. Ibunda hamba sudah lama menanti.”
“Baiklah...”
Qisha Delisa rasa gembira dapat tundukkan seorang lagi lelaki.
“Assalamualaikum...”
Hadif Fayyadh memberi salam sebaik sahaja tiba di rumahnya.
“Waalaikumusalam...
Mana Qisha?” soal Datin Marissa. Dapat berjumpa dengan Qisha Delisa memang rasa
seronok. Dia tahu yang gadis ini selalu melarikan diri tiap kali terserempak
dengannya. Hal ini berlaku kerana dia sudah mengetahui kisah silam Qisha Delisa
secara tidak sengaja. Perbualan gadis itu ditelefon suatu masa dahulu
membuatkan dia tahu segalanya.
“Ini
Qishanya...”
“Mak
cik...” Qisha tersengih. Malas dia mahu memanggil datin atau permintaan orang
tua ini sendiri, mama. Oh, tidak!
P/s: maaf pendek-pendek saya update...idea pun tersekat-sekat...harap boleh bersabar dan jangan geram-geram yer....saya akan cuba buat yang lebih baik...insya allah... semoga terhibur membacanya....