Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 7 - Part 1

Qisha Delisa pulang ke rumah yang sudah hampir empat hari ditinggalkannya. Perlahan-lahan dia membuka pintu. Rindunya pada katil aku warna kuning itu.

Segera dia ke biliknya dan terus melayankan tubuhnya atas katil yang empuk itu. Dia memejamkan matanya. Sungguh selesa.

Tiba-tiba dia rasa ada tangan yang melingkari pinggangnya. Dia terkejut.

“Hai Mrs.Delicious. Buat abang geram je nak makan. Sedap sangat!” Wan Firaz ada di atas katil yang sama.

“Apa kau buat kat sini?” Qisha Delisa rasa dia tak perlu membahasakan diri Wan Firaz itu abang lagi memandangkan mereka memang tak ada apa-apa lagi hubungan.

“Kasarnya sayang...” Wan Firaz menarik Qisha Delisa dalam pelukannya.

“Macam mana kau masuk rumah aku! Tak guna!” Qisha Delisa meronta-ronta.

“Masuk ikut pintu la. Sayang ni tak berubah. Ada ke letak kunci rumah bawah pasu bunga. Mestilah abang tahu...”

Mata Qisha Delisa terbeliak. Dia memang nak ubah sikapnya itu tetapi tak dapat.

“Lepaslah!” marah Qisha Delisa.

Disebabkan Qisha Delisa banyak sangat meronta, Wan Firaz menukarkan posisi gadis itu dibawah dan dia di atas.

Tangan gadis itu dicengkam naik ke atas. Kini, sukar baginya untuk meronta.

“Gila! Kau gila!”

“Ya! Aku gilakan kau! Tiga tahun aku cari kau! Tiga tahun sayangku!” geram Wan Firaz.

“Kau tak guna! Lepaskan aku!”

Wan Firaz tersenyum manis. Lantas dia benamkan wajahnya di leher Qisha Delisa.

Qisha Delisa terkejut. Dia menjerit. “Lepaskan aku!”

“Sayang... Macam tak biasa je. Dulu kan kita selalu buat. Itu yang buat abang rindukan sayang...”

“Itu dulu!”

“Dulu dan sekarang sama sahaja. Mrs.Delicous abang ni tetap cantik dan makin menggoda.” Wan Firaz terus berkata-kata.

Qisha Delisa tidak tahu bagai mana cara untuk lepaskan diri. Dia benar-benar terperangkap di sini.

“Sayang ke mana? Sejak semalam abang tunggu...” Wan Firaz membiarkan hidungnya bermain di pipi Qisha Delisa.

“Kau tanyalah bini kau tu! Dia dah buat apa kat aku!” geram Qisha Delisa. Menegak bulu romanya dengan tindakan Wan Firaz yang tidak bertamadun itu.

“Farisya? Dia buat apa?” Perbuatan Wan Firaz terhenti.

“Dia panggil geng dia dan belasah aku!”

“Belasah!” Serentak itu Wan Firaz mengoyakkan lengan bajunya. Ada kesan lebam di situ. Selamba juga dia mengoyakkan kain yang dipakai oleh Qisha Delisa. Ada kesan luka dan lebam di kaki dan paha.

“Tak guna punya Farisya.” Wan Firaz bangun. Dia rasa ada benda hendak di selesaikan dengan Farisya.

Pantas Qisha Delisa membalutkan tubuhnya dengan selimut.

“Sayang jangan takut... Abang keluar sekejap ye...” Wan Fariz mencium rambut Qisha Delisa dan terus keluar dari rumahnya.

Dengan tenaga yang masih bersisa, Qisha Delisa mengambil jaket labuh dan memakainya. Dia segera memandu dan menuju ke rumah Qaseh. Kebetulan Qaseh pulang semalam dari Brunei.

“Qaseh! Qaseh!” Air mata Qisha Delisa mengalir.

Shahril yang berada di ruang tamu terkejut dengan jeritan Qisha Delisa.

“Kau tak payahlah nak jerit-jerit depan rumah aku ni. Malam-malam buta macam ni...” geram Shahril. Lantas dia membuka pintu.

“Qaseh...” panggil Qisha Delisa lemah.

“Qisha!” Shahril cemas melihat kain dan rambut Qisha Delisa yang tidak terurus. Tambahan pula gadis itu rebah depan pintunya.

“Sayang! Sayang!” jerit Shahril. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan.

“Apa dia abang...” Qaseh sedang sibuk memasak di dapur. “Qisha!” tersentak dia melihat tubuh kawannya bersandar di dinding rumah.

“Abang kenapa ni?”

“Tak tahu...”

“Abang angkat Qisha pergi bilik tamu...”

“Tapi...” Shahril tak pernah pegang perempuan lain selain isterinya.

“Angkat je. Ini kan kecemasan. Tak kan la abang nak Qaseh yang angkat...” geram juga pada suaminya yang malu tak kena tempat.

“Baiklah sayang...” Shahril mengangkat tubuh Qisha Delisa dan menuju ke bilik tamu. Di letak perlahan atas katil.

“Abang keluar dulu ye....” arah Qaseh yang membawa segelas air.

“Baiklah!” Shahril hanya mengikutnya.

“Qisha... Qisha...” Panggil Qaseh perlahan.

“Qaseh!” pantas tangan Qisha Delisa memeluk sahabat baiknya itu.

“Sabar Qisha. Kau minum air ni dulu. Semoga kau tenang.” Pinta Qaseh. Qisha Delisa hanya mengikut sahaja,

“Apa dah jadi ni Qisha? Kau okey tak ni?” risau tengok keadaan sahabatnya ini.

“Abang Wan...”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia nak rogol aku Qaseh. Dia hampir nak menodai aku!” air mata Qisha Delisa mengalir.

“Kita kena report polis ni...”

“Aku takut Qaseh. Aku takut!”

“Dah! Jangan takut! Aku ada...” Qaseh menepuk belakang Qisha Delisa. “Kau tidur dulu. Rehat ye. Esok kita cerita lagi.”

“Terima kasih Qaseh...”

“Sama-sama...”

Keesokkan harinya, Qisha Delisa bangun dengan badan yang terasa sakit. Dia sedikit tenang.

“Qisha, minum air ni....”

“Thank Qaseh....” Qisha Delisa meneguk air tersebut.

“Qaseh, kalau dia datang lagi kacau aku macam mana? Siapa nak selamatkan aku...” Qisha Delisa keliru.

“Qisha...” Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Qaseh, aku tinggal dengan kau je...”

“Tak boleh Qisha. Shahril awal-awal dia dah cakap, dia tak suka orang luar datang duduk sekali dengan dia...”

“Tapi kau satu-satunya kawan yang aku ada...” Kecewa hatinya mendengar kata Qaseh. Dia faham yang Qaseh sudah berkahwin. Mengikut kata suami adalah wajib.

“Shahril cadangkan pada aku, kau kahwin la! Insya-Allah, suami kau akan lindungi kau...” nasihat Qaseh.

“Kahwin? Dengan siapa?”

“Kan kau ada beritahu aku yang Hadif nak kahwin dengan kau.”

“Hadif?”

“Ya Hadif. Aku rasa dia sesuai dengan kau. Walaupun dia seorang yang kuat memaksa tetapi aku tengok dia jaga kau betul-betul berdasarkan cerita kau masa kau masuk hospital.”

Qisha Delisa terdiam. Dia akui itu semua...

“Tapi...”

“Terserah pada kau Qisha. Aku hanya mampu memberi cadangan. Kau yang akan buat keputusan tu. Sama ada kau nak abang Wan terus ganggu kau atau terikat dengan seseorang yang akan melindungi kau. Setahu aku, Datin Marissa pun suka kan kau. Jadi tak banyak masalah jika kau kahwin dengan Hadif...”

“Aku...”

“Kau fikirlah Qisha. Nanti keluar makan ye. Aku dah sediakan sarapan.”

“Terima kasih Qaseh...”


P/s: janganlah amalkan tinggalkan kunci rumah dalam kasut ke? bawah pasu ke? kalau orang tahu tabiat kita ni...habis la....dulu keluarga saya suka amalkan tinggal kunci dalam kasut kat luar rumah hihihihi tapi sekarang tak la....bahaya tau...ingat tu...

Previous: Bab 6 - Part 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.