“Ayah, kad pengenalan jangan lupa. Hah! Surat temu
janji pun jangan lupa… Lagi…” kata Qisha Delisa sambil mengintai keluar rumah.
Terbeliak matanya melihat seseorang. Hatinya berdebar-debar.Apa aku nak buat ni? Qisha Delisa gelabah. Kejap dia
duduk. Kejap dia berdiri. Kejap lagi dia berjalan segenap ruang tamu itu. Apa
aku nak buat ni?
“Qisha, kenapa ni? Kalut je ayah tengok?” soal Dato
Darwish. Tadi bukan main kecoh lagi. Ini diam membisu pula. Sepatah haram tidak
bercakap.
“Ayah, tolong Qisha?” mohon Qisha Delisa. Dia
menggenggam tangan ayah tercintanya.
“Untuk anak ayah, semuanya boleh. Apa dia sayang?”
Dato Darwish tersenyum. Dia amat gembira jika dapat membantu Qisha Delisa.
“Ayah, kat luar sana bekas suami Qisha tengah tunggu.
Qisha tak tahu nak buat apa?” Qisha Delisa buntu.
“Siapa? Wan Firaz?” soal Dato Darwish. Kalau Wan Firaz
yang datang menyibuk kat sini. Memang aku akan maki hamun lelaki itu. Dia tidak
menyangka yang dia kahwinkan Qisha dengan lelaki yang kaki dera, kaki pukul,
kaki perempuan dan segala kaki untuk Wan Firaz.
“Bukan ayah…” Wajah Qisha Delisa sayu. Dia tidak kuat
untuk menghadapi Hadif Fayyadh. Bimbang hatinya cair dengan layanan. Tambahan
pula, Hadif Fayyadh kembali semula untuk merebut hatinya. Dia tak nak begitu
mudah untuk dia menerima lelaki itu kembali. Tak nak!
“Oh, Hadif! Qisha kan rindukan dia?” soal Dato Darwish
lagi. Anaknya kalut seperti ini kerana kehadiran Hadif Fayyadh depan rumahnya.
Qisha, ayah yakin yang kamu ni cintakan Hadif tapi menidakkan perasaan itu.
“Ayah… Ayah jangan lupa dia dah ceraikan Qisha…” Qisha
Delisa ingatkan Dato Darwish mengenai apa yang Hadif Fayyadh lakukan padanya.
“Memang dia ceraikan Qisha, tapi semua itu berlaku
kerana Wan Firaz kan? Dahlah. Ayah dah lambat nak pergi temu janji dengan
doktor. Mana teksi ni?”
Qisha Delisa menepuk dahinya. Dia lupa mahu
menghubungi teksi kerana melihat kehadiran Hadif Fayyadh di depan rumahnya.
“Ya Allah! Qisha lupalah nak call, ayah!”
“Maknanya, Qisha nak Hadif hantarkan kan? Biar ayah
yang cakapkan.” Dato Darwish melangkah ke arah pintu rumah mereka.
Pantas Qisha Delisa menghalang Dato Darwish. Apa kena
dengan ayah ni? Macam nak satukan aku dengan Hadif sahaja. Aku tak nak. Tak nak
buat masa ni… Biarlah setahun ke? Dua tahun lagi baru bersama. Itu pun kalau
Wan Firaz tak kacau aku…
“Jangan ayah!”
“Kenapanya?” Dato Darwish merenung wajah Qisha Delisa.
Bersungguh benar menghalangnya.
“Tak ada apa-apa. Tak baik susahkan orang ayah. Biar
kita susah tapi jangan sesekali susahkan orang lain.” Nasihat Qisha Delisa.
Pandai sungguh aku bagi nasihat. Nasihat pula bapak sendiri. Tak kena masa
betul la.
“Okey. Kalau macam tu, kita naik bas sahaja la. Ayah
dah lambat. Minggu lepas ayah kena marah dengan doktor sebab datang lambat.”
Dato Darwish dimarahi kerana datang lambat. Ketika itu, mereka terlepas bas dan
terpaksa naik teksi. Teksi pula lambat.
“Ayah, kalau kereta saya tak rosak, tak payah nak buat
macam ni lagi.” Qisha Delisa berkata. Tanpa Dato Darwish sedari, kereta Myvi
milik Qisha Delisa telah dijual. Demi membayar wang pendahuluan rumah sewa dan
membeli mesin jahit. Duit selebihnya di simpan untuk waktu-waktu kecemasan.
“Ye lah. Jom!”
Mereka berdua keluar dari rumah tersebut. Qisha Delisa
akan memastikan pintu rumah dikunci dengan baik. Bimbang juga jika pencuri
masuk. Paling bahaya jika pencuri masuk rumah yang tak ada apa-apa. Mungkin
disebabkan terlalu bengang atau marah kerana mereka tidak dapat mencuri
apa-apa, pasti nyawa manusia menjadi taruhan. Dia tidak mahu itu yang menimpa
dia dan Dato Darwish. Selalu dia berdoa.
Hadif Fayyadh yang menyedari Qisha Delisa dan Dato
Darwish baru keluar dari rumah, segera berdiri tegak daripada bersandar pada
kereta. Dia mahu memohon maaf pada Qisha Delisa tentang kelanjurannya. Benarlah
kata pepatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur lagi, tetapi terlajak kata,
badan binasa.
Dia membantu Dato Darwish membuka pintu pagar dan
menutupnya semula. Selepas itu dia bersalaman dengan Dato Darwish.
“Assalamualaikum, Dato…”
“Waalaikumusalam. Tak payah berdato-dato. Panggil je
ayah. Sempat dato Darwish menjeling ke arah Qisha Delisa yang mula tidak selesa
itu. Mahu memandang pun tidak mahu.
“Ayah…” Hadif Fayyadh tersenyum. “Ayah nak ke mana?
Mari saya hantarkan…” Ramah Hadif Fayyadh. Dia hanya memandang sekilas pada
Qisha Delisa.
Gadis itu hanya mengenakan sepasang baju kurung lusuh
dan tudung bawal yang sesuai. Sungguh ayu. Jika Qisha Delisa, memang nampak
cantik. Setiap wanita yang dilahirkan, apabila pakai tudung dan menutup aurat
dengan sempurna. Insya-Allah, kecantikan itu akan terserlah dengan sendirinya.
“Ayah nak ke hospital. Qisha ni, lupa nak telefon
teksi. Entah apa yang diingatnya. Jadi, kami nak naik bas kat hujung jalan tu.”
Jelas Dato Darwish. Dia mahu satukan Qisha Delisa dan Hadif Fayyadh semula.
“Kalau macam tu, biar saya yang hantar ayah. Ayah
cakap je akak nak pergi mana, Hadif akan bawa. Ayah bagi tahu sahaja. Hadif tak
kisah? Tapi kalau minta saya bawa ke hujung dunia, saya tak tahu la dunia ni
ada penghujung atau tak…” Hadif Fayyadh membuat lawak.
“Hahahaha… Lawak la kamu ni, Hadif. Ayah pun tak tahu
hujung dunia kat mana. Okey. Jomlah! Ayah dah lambat ni! Ini alamatnya.” Sempat
Dato Darwish memberi surat temu janjinya yang ada tertulis alamatnya di situ.
Qisha Delisa menarik keras tangan Dato Darwish tetapi
ayahnya itu tidak mengerti. Mereka masih di luar kereta Hadif Fayyadh.
“Ayah, apa khabar?” ramah Hadif Fayyadh. Tak nak naik
kereta aku pun tak apa, aku masih boleh ramah. Dia melihat alamat klinik itu
dan dia tahu klinik yang di maksudkan itu. Itu klinik sahabatnya. Jadi tiada
masalah.
“Khabar baik. Kamu, Dato Malik dan Datin sihat?” Soal
Dato Darwish. Rindu pula pada kawan-kawan lama. Apa khabar? Cucu dah berapa?
Eh, lupa pula! Dia akan ada seorang anak je, si Hadif ni. Macam mana nak ada
cucu. Ala aku pun tak ada cucu. Biarlah dulu.
Qisha Delisa yang mendengar perbualan mereka berdua
mula menjadi bosan. Dia memang tidak akan layan Hadif Fayyadh dengan baik. Dia
masih sakit hati. Walaupun dia cintakan Hadif Fayyadh tetapi untuk menyerah,
itu tidak mungkin.
“Dahlah ayah. Nanti ayah lambat pula.” Dia menyampuk
perbualan mereka. Dia menarik tangan Dato Darwish agar berjalan menuju ke
perhentian bas.
“Ha’ah la! Ayah dah lambat. Hadif hantarkan ayah ye?”
pinta Dato Darwish. Dia akan mencari kebahagiaan untuk anaknya. Jika Qisha
Delisa bahagia di samping Hadif Fayyadh, dia akan usaha untuk menyatukan mereka
berdua semula.
“Tak payah! Kami boleh naik bas.” Halang Qisha Delisa
cepat-cepat. Dia tidak akan membenarkan Hadif Fayyadh menabur budi pada keluarganya.
Tidak akan! Kerana budi, aku kena kahwin dengan dia? Tak nak! Tak Nak!
Dato Darwish hanya mengeluh. Anaknya benar-benar
degil. Tak boleh mahu salahkan sesiapa sebab sikap degil itu diwarisi oleh
sikapnya sendiri.
“Qisha, aku hantar kau…” Hadif Fayyadh berkata lembut.
Dia merenung wajah Qisha Delisa.
“Aku tak nak. Kau jangan kacau aku boleh tak?” Geram
Qisha Delisa. “Mari ayah!” Dia menarik tangan Dato Darwish.
“Ayah, masuklah ayah.” Hadif Fayyadh juga tidak mahu
mengalah. Kini tangan kanan Dato Darwish dipegang oleh Qisha Delisa. Tangan
kiri pula dipegang oleh Hadif Fayyadh.
“Ayah ikut Qisha!”
“Ayah, Hadif akan hantar ayah!”
Dato Darwish pening kepala.
“Qisha, mulai sekarang aku dah jadi anak angkat ayah
kau. Biarlah aku nak hantar dia pergi hospital.” Ujar Hadif Fayyadh.
“Sesedap hati kau buat pengumuman nak jadikan ayah aku
ni ayah angkat kau. Aku tak nak! Aku tak izinkan. Ayah, tak payah ada anak angkat
macam ni. Menyusahkan diri je.” Pangkah Qisha Delisa. Sikit pun tidak mengalah.
“Eh, biarlah. Ayah tak payah minta izin dia pun. Ayah
boleh anggap Hadif ni macam anak sendiri. Jangan risau. Hadif tak berkira pun
dengan ayah.” Hadif Fayyadh memujuk Dato Darwish.
Qisha Delisa rasa geram.
“Kau kan dah ada ayah sendiri. Yang sibuk dengan ayah
orang lain itu fasal apa?” Makin membara Qisha Delisa menahan rasa hatinya.
“Biarlah!”
“Sudah!” Jerit Dato Darwish. “Sakit tangan ayah tau!”
Serentak Hadif Fayyadh dan Qisha Delisa melepaskan
pegangannya. Qisha Delisa rasa bersalah kerana dia telah menyakitkan
pergelangan ayahnya. Hadif Fayyadh lagilah rasa bersalah. Siap tinggalkan kesan
lagi.
“Macam ni la. Hadif hantar ayah. Qisha pula, jangan
nak marah Hadif. Ayah dah lambat ni. Jom!” arah Dato Darwish.
Akhirnya mereka berdua terdiam. Qisha Delisa paksakan
diri masuk ke dalam kereta Hadif Fayyadh dengan duduk di bahagian belakang.
Dato Darwish duduk di depan bersama Hadif Fayyadh.
Hadif Fayyadh tersenyum dalam hatinya. Dia bersyukur
kerana Qisha Delisa sudi naik keretanya.
Qisha, tunggu aku tawan hati kau. Dan masa tu, aku tak
kan lepaskan kau walaupun apa saja kesalahan yang kau lakukan. Tidak akan
sesekali aku biarkan kau jauh!
p/s: Berjaya ke Hadif ni tawan hati Qisha tapi bapak qisha macam dah bagi lampu hijau supaya Hadif mengorat anaknya...huhuh tunggu sambungannya lagi...ada dua bab lagi... bab 26 dan 27...lepas tu final update..