Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 18 - Part 2

Tiba-tiba bunyi kereta yang kuat memecut. Kereta tersebut melalui kawasan rumah sewa mereka berdua.

Mereka berdua tersedar.

“Siapalah bawa kereta macam tak belajar sivik?” kata Hadif Fayyadh sambil melepaskan pegangan tangannya. Dia memberi lalu pada Qisha Delisa untuk duduk di bahagian penumpang.

“Entahlah!” Qisha Delisa pun tidak tahu. Tiba-tiba bawa kereta memecut seperti itu. Memang tak belajar sivik ke?

“Okey, hari ini banyak aktiviti kasih sayang.”

“Maksud kau?”

“Hari ni aku cadang nak pergi naik kereta kabel, pergi tengok lautan, pergi borong coklat. Mama dah kirim tu.” Jelas Hadif Fayyadh sambil meneruskan pemanduannya.

“Coklat? Mama pun masih makan coklat?” Qisha Delisa sedikit tersentak.

“Mama, kalau coklat Langkawi dia makan. Yang paling mama suka coklat....”

“Coklat apa?”

“Coklat..... Nanti aku tunjuk.” Hadif Fayyadh ceria. Dia suka kalau berjaya mengusik isterinya itu. Wajah itu pasti akan kemerahan menahan malu.

“Ish!” Hanya itu yang keluar dari mulut Qisha Delisa.

Selepas makan mereka pergi ke akurium. Di situ banyak ikan besar. Beberapa jenis penguin dan sebelahnya tempat shopping coklat.

“Aku tengok sana sekejap ye...” kata Qisha Delisa dan dia hilang sekelip mata.

Hadif Fayyadh hanya mampu menggelengkan kepala. Dia menunggu sahaja di luar.

*****

Hadif Fayyadh memegang kepalanya. Kisah silam Qisha Delisa membuat hatinya sakit. Tak sanggup dia membayangkan bertapa terseksanya gadis itu apabila bersama Wan Firaz. Lelaki ini memang mementingkan diri sendiri.

“Kau binatang!” marahnya.

“Aku binatang? Kau patutnya bertuah, dapat merasa bekas aku. Tapi sekarang ni aku nak bekas aku balik. Aku sayang Qisha!” Wan Firaz mula gila.

Hatinya sakit melihat adengan romantik mereka pagi tadi. Dia yang memecut kereta dengan laju di depan rumah mereka tadi. Geram!

Makin geram apabila melihat muka Hadif Fayyadh yang dapat menyentuh segalanya milik Qisha Delisa.

“Qisha dah jadi milik aku yang sah! Padam muka kau!”

Hadif Fayyadh berkata begitu sambil mengepal tangannya kuat. Bila-bila masa sahaja penumbuknya akan hinggap ke muka Wan Firaz.

Kau ingat muka geram kau tu tak mampu aku tumbuk. Aku pun dah lama geram dengan kau! Ikut aku sampai ke Langkawi! Kau ingat aku ni apa! Bisik hati Hadif Fayyadh.

“Kalau kau rasa dengan penumbuk kau tu dapat tewaskan aku? Dalam mimpi je!” Bergema ketawa Wan Firaz. Dia melihat tangan Hadif Fayyadh yang seperti ingin menumbuknya tetapi dia yakin Hadif Fayyadh tak kan berani mahu menumbuknya.

Bukk!

Serentak itu Hadif Fayyadh menumbuk di rahang Wan Firaz disusuli pula dengan lagi satu tumbukan di perut.

Wan Firaz menyeringai menahan sakit.

Geram dan marah pada Wan Firaz begitu membara. Tergamak lelaki itu memperlakukan isterinya seperti binatang. Mujur Qisha Delisa tiada di sini. Dia akan berbincang dengan Qisha Delisa apabila pulang nanti.

Tumbukan pertama membuat Wan Firaz tergamam. Tumbukan ke dua pula membuatkan lelaki itu seriau tetapi ayunan ke tiga membuatkan Qisha Delisa harus bertindak pantas.

Mujur Qisha Delisa lalu di situ dan ternampak adengan pergaduhan mereka. Apa dah jadi ni?

Kalau dibiarkan Hadif Fayyadh terus menumbuk, boleh mati Wan Firaz dengan setiap pukulan itu.

“Hadif!” Qisha Delisa memegang lengan suaminya. “Hentikan Hadif!” Mereka berdua saling merenung antara satu sama lain. Hanya renungan mata sahaja yang berkata-kata.

Hadif Fayyadh bertenang. Kalau Qisha Delisa tidak menghalangnya, pasti tumbukan ini masih hinggap di mana-mana anggota badan Wan Firaz tanpa belas kasihan lagi.

“Kau jangan ganggu isteri aku lagi! Jom balik!” Dia tarik tangan Qisha Delisa.

Qisha Delisa hanya mengikut apabila Hadif Fayyadh mengheretnya pergi.

“Aku tak kan berhenti selagi Qisha tak jadi milik aku semula!” jerit Wan Firaz memenuhi segenap ruang.

Langkah Hadif Fayyadh terhenti. Hatinya kembali sakit. Rasa mahu menyambung kembali menumbuk lelaki itu.

“Sudahlah, Hadif!” giliran Qisha Delisa pula mengheret tangan suaminya. Tangan itu diheret oleh Qisha Delisa.

“Biar Qisha yang pandu.” Sepatutnya mereka berdua akan pergi naik kereta kabel sekarang. Jadi Qisha Delisa teruskan pemanduannya yang mengambil masa sejam.

Selepas membeli tiket. Mereka berdua naik bersama. Hanya mereka berdua. Mujur pekerja di situ memahami dengan pandangan Qisha Delisa.

Semasa kereta Kabel itu bergerak, Qisha Delisa memeluk lengan Hadif Fayyadh. Gegaran permulaannya agak kuat. Membuat hatinya berdebar. Selepas kereta kabel itu bergerak perlahan barulah dia lepaskan lengan suami.

“Qisha!” panggil Hadif Fayyadh.

“Ya...” Qisha Delisa memandang Hadif Fayyadh. Lantas dahinya dicium oleh suaminya. Dia terkaku.

“Apa ni, Hadif?” Entah mengapa perasaan gementar terasa dalam diri Qisha Delisa. Dia memandang ke luar. Pemandangan yang cukup indah.

Tiba-tiba dia teringat akan Wan Firaz. Dia masih tidak mengerti dan tidak tahu sebab apa mereka berdua bergaduh.

“Kenapa kau tumbuk Wan Firaz?” soal Qisha Delisa tiba-tiba.

“Kenapa? Tak boleh ke? Kau masih sayangkan dia ke?” geram pula Hadif Fayyadh mendengar soalan Qisha Delisa.

“Sayang apanya? Aku tengok muka dia terus trauma. Kau agak-agak la nak cakap yang aku sayang dia...” Qisha Delisa angin satu badan.

“Tapi dulu kau sayangkan dia kan? Kau cintakan dia separuh mati kan? Sampai sanggup gadaikan maruah kau pada yang tak pernah halal untuk dia sentuh kau kan?” Sayu hati Hadif Fayyadh saat berkata begitu. Pandangan matanya juga ke luar. Melihat pemandangan Langkawi supaya hatinya dapat bertenang tetapi ternyata tidak menenangkan.

“Apa kau cakap ni?” Tiba-tiba Qisha Delisa berdiri tegak.

Kebetulan ketika Qisha Delisa berdiri, kereta kabel itu berada di pertengahan dan pergerakannya agak kasar membuatkan badannya jadi tidak seimbang. Serentak itu dia jatuh atas badan Hadif Fayyadh yang ingin selamatkan isterinya.

“Aduh!” Hadif Fayyadh mengaduh. Sakit tubuh badannya. Mujur kereta kabel itu kuat untuk menampung berat gegaran mereka.

“Hadif! Aku minta maaf!” Qisha Delisa kasihan melihat wajah berkerut Hadif Fayyadh.

“Tak payahlah! Kau memang suka tengok aku sakit kan? Tadi dahlah bertumbuk dengan bekas buah hati kau. Ini pula kena penyek dengan kau. Patah tulang aku.” Hadif Fayyadh sengaja kata begitu. Dia mahu melihat mimik muka Qisha Delisa.

“Berapa kali aku nak cakap. Jangan cakap yang Wan Firaz tu ada kaitan dengan aku. Aku tak suka!” marah Qisha Delisa. “Kalau betullah sangat aku ni salah. Okey Fine!”

“What Fine?” Hadif Fayyadh tidak faham.

“Fine! Malam ni aku urut kau! Puas hati!” Qisha Delisa berkata sambil memandang tempat lain. Tidak sempat Hadif Fayyadh bersuara, mereka sudah sampai di puncak. Mereka berdua diminta turun sekejap untuk menikmati pemandangan yang indah di situ.

“Ini tempat Shah Rukh Khan berlakon tau...” kata Hadif Fayyadh. Sebenarnya hatinya benar-benar gembira kalau Qisha Delisa sudi mahu mengurutnya tetapi...

“Cerita Done...”

“Done ke Dhoom?” Hadif Fayyadh mengelirukan Qisha Delisa.

“Entah la. Aku pun bukan minat sangat. Jom ambik gambar.” Ajak Qisha Delisa. Tiada satu pun gambar sejak mereka sampai di sini. Asyik gaduh sahaja.

“Boleh peluklah ni?” soal Hadif Fayyadh teragak-agak.

“Peluklah! Nanti mama tengok gambar kita tak mesra, dia fikir apa pula...” Qisha Delisa tidak kisah. Dia juga ingin rasa bahagia walaupun seketika.

Pantas Hadif Fayyadh berdiri di belakang Qisha Delisa dan memeluk pinggang isterinya menggunakan tangan kiri dan tangan kanannya menekan punat camera.

Qisha Delisa yang tersentak dengan tindakan Hadif Fayyadh memandang tepat ke wajah lelaki itu.

Itulah rupa gambar mereka.

“Sweetnya... Kau asyik nak pandang aku je.” Hadif Fayyadh mula perasaan. Qisha Delisa pula malas mahu melayan.

p/s: walaupun Hadif tersenyum depan Qisha tetapi hatinya penat dan sedih apabila terkenangkan kisah silam gadis itu...apa kisah silamnya??tunggu bab 20...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.