Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 12 - Part 1

Qisha Delisa makan dengan begitu selera. Dia hampir lupa pada Hadif Fayyadh yang sedang memandangnya.

“Kau ni makan macam kau ni berbadan dua. Kau mengandung ke?” Hadif Fayyadh bertanya. Dia memanjangkan badannya sedikit ke depan lalu berbisik. “Aku tak sentuh kau lagi, tak kan mengandung pula...”

Pantas cubitan tangan Qisha Delisa melekat di lengan Hadif Fayyadh.

“Aduh! Sakitnya!” aduh Hadif Fayyadh. Dia mengosok-gosok bekas cubitan isterinya itu.

“Itu untuk orang yang tak reti jaga mulut. Main lepas je cakap.” Geram Qisha Delisa. Aku makan banyak pun salah ke? Dah makan ni sedap, aku makan la lebih sikit.

“Gurau je...” akhirnya Hadif Fayyadh tersenyum.

Dari jauh sempat Wan Firaz menjeling pasangan itu. Hatinya makin sakit melihat kemesraan Hadif Fayyadh dan Qisha Delisa. Kadang-kadang mereka ketawa. Walaupun butir bicaranya dia tidak dapat mendengar tetapi dari gerak mulut dan senyuman itu menandakan mereka sedang bahagia.

Selepas makan makanan utama, mereka berdua menunggu pencucui mulut pula.

“Aduh!” tiba-tiba Qisha Delisa rasa mahu membuang air kecil.

“Kenapa ni Qisha?” risau Hadif Fayyadh. Siapa tak sayang bini oi? Mesti sayang walaupun degil!

“Aku rasa mahu ke tandas. Nak buat yang kecil ni...” Qisha Delisa tersenyum malu.

“Itulah! Air kau bedal sampai dua gelas. Tangki kau dah penuh. Tandas kat sebelah sana tau.” Tunjuk Hadif Fayyadh. Kasihan pula melihat wajah kerut Qisha Delisa.

“Thank..” Qisha Delisa bangun.

“Nak aku teman ke?” gedik Hadif Fayyadh.

“Gedik!” Qisha Delisa berkata. Dia senang hati dengn gurauan Hadif Fayyadh.

Wan Firaz tersenyum melihat Qisha Delisa bangun. Inilah peluang.

“Maaf, saya ke tandas sekejap.” Dia berdiri. Dia yakin yang Hadif Fayyadh tidak perasan dengan ketiadaannya di meja makan sebab lelaki itu leka menjawab panggilan.

Dia cukup bertuah kerana restoran itu hanya menyediakan satu tandas sahaja. Lelaki dan perempuan boleh menggunakan tandas tersebut.

Qisha Delisa menarik nafas lega. Selepas menilik muka di cermin, dia membuka pintu tandas. Dia terkejut dengan kehadiran seseorang.

“Kau...” hanya itu yang meniti di bibirnya.

Wan Firaz mendekati Qisha Delisa dan gadis itu mengudur ke belakang sehingga terduduk atas mangkuk tandas. Dia menutup pintu tandas dan menguncinya.

“Kau buat apa ni!” Qisha Delisa bertanya dengan beraninya. Walaupun dia rasa takut tetapi dia kena berani. Dia tak boleh nampak lemah dia hadapan lelaki durjana ini.

“Aku buat apa? Sayang ni, lawak la... Tanya soalan yang sayang dah tahu jawapannya.” Wan Firaz menarik tangan Qisha Delisa agak tubuh itu bergerak dan rapat dengannya. Dia peluk pinggang Qisha Delisa.

“Lepaskan la...” Tangan Qisha Delisa meronta-ronta. Mereka bercakap dalam nada berbisik.

“Qisha, abang rindu sangat pada sayang. Cantik sayang bertudung.” Puji Wan Firaz. Pipi gadis itu menjadi mangsanya.

Ya Allah, siapa yang akan selamatkan aku dari lelaki perosak ini? Doa Qisha Delisa dalam hati.

*****

Hadif Fayyadh tersenyum mendengar bebelan Datin Marissa. Bebelan mengenai keluar rumah tanpa memberitahunya.

“Mama, Hadif minta maaf ye. Saja Hadif nak bawa Qisha naik motor kesayangan Hadif ni...” pinta Hadif Fayyadh.

“Yelah! Mama faham. Nanti malam balik tau...”

“Baiklah mama...”

“Okey. Mama pergi dulu. Assalamualaikum...”

“Waalaikumusalam...” jawab Hadif Fayyadh. Lantas telefon bimbitnya di letakkan atas meja.

“Mana Qisha? Lama betul pergi tandas.” Risau Hadif Fayyadh.

Tiba-tiba pandangannya jatuh pada tempat duduk Wan Firaz. Lelaki itu tiada. Macam-macam andaian yang timbul di kepalanya. Pantas dia menuju ke tandas.

Ada dua tandas. Satu lagi pintu tertutup. Mungkin yang ini.

“Qisha!” Panggil Hadif Fayyadh.

“Ala, penyibuk ni dah datang. Baru nak bermanja dengan sayang....” Wan Firaz berbisik perlahan.

“Kau jangan cakap pada dia yang aku ada kat sini...”

“Qisha!” panggil Hadif Fayyadh lagi.

“Hadif! Sorry, sakit perut la pula.” Kata Qisha Delisa dari dalam tandas.

Pipinya dicium lagi oleh Wan Firaz lalu dia dilepaskan. Lelaki itu berdiri belakang pintu.

Pantas Qisha Delisa membuka pintu tersebut.

“Qisha, muka kau pucat ni?” soal Hadif Fayyadh. Dia memeluk bagu Qisha Delisa.

Memang pucat! Jumpa makhluk yang menakutkan tadi.

“Sakit perutlah. Terima kasih datang jengguk...” Qisha Delisa rasa lega sebab Hadif Fayyadh datang ke tandas itu mencarinya. Tangannya memeluk pinggang Hadif Fayyadh.

“Mestilah! Kau kan isteri aku!” Hadif Fayyadh pelik dengan kata-kata Qisha Delisa. “Wan Firaz tak kacau ke?” soalnya pula.

“Kenapa kau tanya macam tu?”

“Sebab aku tengok dia tak ada kat meja dia.”

“Ye ke? Tak ada la. Kan Qisha kat dalam tandas je,” bohong Qisha Delisa.

“Okey la kalau macam tu. Boleh makan lagi tak ni?”

“Dah buang semua. So, perut ni dah kosong semula!” Qisha Delisa tersenyum tawar. Dia mahu makan dan makan sahaja.

Tiba-tiba ada seorang pelayan hadir membawa dua pinggan yang ada sepotong kek coklat.

“Maaf, rasanya saya tak order kek ni?” Hadif Fayyadh rasa pelik.

“Pelanggan meja sana, belanja encik makan.” Tunjuk pelayan tersebut.

Dari jauh Hadif Fayyadh dan Qisha Delisa dapat melihat senyuman Wan Firaz.

Wan Firaz tahu. Jika Qisha Delisa tertekan atau ada masalah, dia hanya akan makan. Jadi, dia mahu menambah menu gadis itu sahaja.

“Terima kasih!” ucap Hadif Fayyadh.

“Aku tak nak makan yang dia bagi...” Qisha Delisa menolak. Semua berkaitan dengan Wan Firaz dia tidak suka.

“Tapi kek ni sedap!” jujur Hadif Fayyadh.

“Betul ke?” Qisha Delisa menelan liur. Dia pun suka kek coklat.

“Jangan bimbang. Kek ni selamat. Kau makan je.” Pujuk Hadif Fayyadh.

“Kalau macam tu, aku nak makan yang dalam pinggang kau punya.” Qisha Delisa rasa, baik dia makan apa yang dimakan oleh suaminya.

“Jadi, kau nak aku suap la ni?”

Qisha Delisa angguk.

“Nah!” Hadif Fayyadh suakan sudu ke mulut Qisha Delisa.

“Memang sedap!” Mereka berdua tersenyum bahagia.

Makin sakit hati pula Wan Firaz melihat adengan suapan itu. Menyesal dia belanja kek. Yang makan hati, hanyalah dirinya.

Mereka berdua terlebih dahulu keluar dari restoran tersebut.

“Kita nak ke mana pula?” soal Qisha Delisa.

“Balik! Mama ada call tadi. Dia minta kita balik awal.” Jelas Hadif Fayyadh.

“Okey je. Tapi kau jangan la bawa motor ni laju-laju. Aku rasa aku boleh muntah semua yang aku makan tadi.”pinta Qisha Delisa.

“Qisha, macam ni la. Kau pejam je mata dan peluk aku. Aku yakin kau tak kan rasa takut atau pening.” Hadif Fayyadh cuba menyakinkan Qisha Delisa.

“Okey. Aku try.”

Mereka hanya membisu di sepanjang perjalanan.

Dalam diam, Qisha Delisa teringat kata-kata Qaseh.

“Qisha, apabila perubahan membawa kepada kebaikan, ketenangan menjadi teman. Dia penghapus resah dan pengukuh keyakinan. Jadi, aku rasa Hadif boleh bantu kau untuk mendapatkan ketenangan itu..”

“Hadif...” perlahan Qisha Delisa menyebut nama suaminya. “Hadif...” panggilnya lagi lembut dan perlahan.

Hadif Fayyadh pula tidak dapat mendengarnya kerana bunyi angin yang kuat.

“Hadif...” Hati Qisha Delisa makin tenang. Akhinya dia terlena di belakang suaminya.

“Qisha, kita dah sampai. Bangun sayang...” kejut Hadif Fayyadh dengan penuh kelembutan.

Qisha Delisa tersedar. “Nak tidur lagi!” lantas dia mengeratkan lagi pelukkannya di pinggang Hadif Fayyadh. Dia rasa selesa begitu.

“Qisha, tidur atas katil. Bukannya peluk aku!” Geram Hadif Fayyadh. Badannya mahu kejang di buatnya.

“Biarlah!”

“Qisha... Hadif! Dah balik pun!” Datin Marissa muncul.

Pantas Qisha Delisa turun dari motor. Malu sebab Datin Marissa melihat mereka berdua.

“Mama....” Qisha Delisa bersalaman dengan Datin Marissa.

“Pergi mana tadi? Mama risau tau...”

“Pergi honeymoon...” gurau Qisha Delisa.

“Qisha...” geram Datin Marissa. “Sudahlah! Mari Qisha, mama nak ajak Qisha berenang...”

“Berenang?” Qisha Delisa terkesima seketika.


p/s: awatlah datin ni ajak qisha berenang? apa dah jadi ni? mesti si hadif ni menyibuk nanti. apa yang jadi ye??? hihihi

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.