Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 10 - Part 1

Wan Firaz dengan perasaan yang sangat marah. Qisha Delisa benar-benar tidak mahu bersamanya. Malah berkahwin dengan lelaki lain.

Dia melangkah masuk banglo yang sunyi itu. Ketika dia sampai di bilik Farisya, gadis itu baru sahaja habis bercakap di telefon. Muka Farisya merah.

“Balik pun! Kenapa kau tak halang perkahwinan dia? Apa guna kau ke situ? Buat sakit hati je.” Farisya terusan membebel.

“Kau tahu nak marah aku je. Kau tu ada buat apa-apa nak dapatkan buah hati kau...?” Wan Firaz marah. Ingat kau je yang tahu marah.

“Patutnya kau guna masa silam Qisha untuk mengikat kau dengan dia. Kau tak nak?”

“Benda tu? Qisha pernah tidur dengan aku? Benda tu hanya terjadi lepas mereka bersatu. Mungkin malam ni. Aku rasa Hadif mesti marah...”Wan Firaz dapat rasakan yang Qisha akan diceraikan malam ini.

“Tapi Qisha tak kan biarkan perkara ini berlaku. Dia mesti usaha mengelak dari Hadif...”

“Tapi aku rasa tak lama...” Wan Firaz yakin. “Qisha seorang yang mudah dipujuk dan suka dibelai.” Dia kenal sangat Qisha Delisa. Sekali lelaki itu dapat buat dia disayangi, pasti Qisha akan melekat dengan lelaki itu macam aku dulu. Dulu! Sekarang ni Qisha dah benci kat aku. Susahlah!

“Kalau macam tu kita tunggu aje la.” Farisya memakai anting-anting di telinganya. Dia mahu keluar. Tekanan yang dihadapi ini harus dibuang dengan segera.

“Kau nak ke mana?”

“Ke luar la! Tak larat aku nak duduk rumah aje...” Farisya mencapai beg tangannya. Dia membelakangi Wan Firaz.

Tiba-tiba Farisya mendengar pintu biliknya ditutup kuat. Pantas dia berpaling.

“Firaz, bukan sekarang. Aku tak ada mood...” Farisya menghampiri Wan Firaz. Dia mahu keluar dari bilik tersebut. Tangannya pantas memegang tombol pintu tetapi pada masa yang sama tangan Wan Firaz memegang tangannya. Kuat membuatkan pegangannya pada tombol terlepas.

“Tapi aku tengah ada mood ni. Kau tak boleh keluar dari sini selagi tak layan aku...” Wan Firaz terus memeluk Farisya dari belakang.

“Jangan macam ni. Aku tak nak...” Tolak Farisya. Nafsu Wan Firaz sangat buas. Dia tak sanggup. Suaminya itu terlalu kasar. Dia tak rela.

“Aku peduli apa... Kalau dulu Qisha boleh tahan dengan aku, tak kan kau tak boleh tahan...” marah Wan Firaz apabila permintaannya di tolak mentah-mentah. Rambut Farisya yang sudah disanggul tinggi itu ditarik kasar. Terlepas ikatan rambut Farisya.

Qisha pun tak tahan. Entah-entah sebab tak tahan la dia tinggalkan kau... Kata hati Farisya. Tidak berani mahu meluahkan kata-kata itu pada Wan Firaz.

“Please, Firaz... Please.... Bukan malam ni...”

“Sekarang Qisha tengah layan lelaki lain!” Wan Firaz dapat membayangkan wajah Qisha Delisa yang menggoda itu sedang berpelukan mesra dengan Hadif Fayyadh. Ia cukup membuat hatinya sakit.

“Jadi kenapa?”

“Jadi aku pun nak rasa layanan dari seorang isteri...” Wan Firaz menarik kasar tubuh Farisya ke katil.

Tiada apa yang dapat Farisya lakukan. Dia tidak berdaya untuk menolak jika Wan Firaz mahukannya.

*****

Qisha Delisa tersedar dari tidurnya. Mengejut! Matanya terbeliak. Mimpi ngeri itu datang lagi. Pantas dia membalas pelukan yang dirasa kemas di tubuhnya.

“Eh...” Dia terkaku tiba-tiba. Otaknya cuba imbas apa yang berlaku semalam...

“Qisha cintakan.... abang...” suara itu terngiang-ngiang di pendengarannya.

Selambanya aku katakan. Abang... Memang seronok dapat panggil suami dengan panggilan itu tetapi ada je yang tak suka dipanggil begitu. Tak semua manusia sama...”

Kejap! Matanya memandang Hadif Fayyadh yang tidak bergerak itu. Tidur mati kot.

Hadif peluk aku? Dan aku... Aku pun sedang peluk dia...?

Qisha Delisa keliru. Pantas dia memejam semula matanya. Mana tahu ini semua mimpi ke dua selepas mimpi ngeri tadi.

Dia pun membuka matanya semula. Bukan mimpi... Kena test ni. Tarik pipi. Kalau tak sakit, aku mimpi. Kalau sakit... Maknanya aku tak mimpi dan aku dalam dunia realiti. Aku kena terima kenyatan yang aku dan Hadif sedang berpelukan.

Perlahan-lahan dia menarik pipi.

“Auch!!!” Hadif Fayyadh terkejut. Pipinya merah. Benar-benar sakit.

“Tak mimpi...” Qisha Delisa makin yakin dengan apa yang dirasai.

“Apa ni Qisha? Main cubit-cubit pipi aku di pagi-pagi hari ni...” marah Hadif Fayyadh. Tidurnya benar-benar lena. Lena bertemankan Qisha Delisa. Rasa malas sangat mahu tersedar tetapi pipi yang dicubit kuat terpaksa dicelikkan mata ini.

“Qisha cuma nak test yang ini mimpi atau tak?” Qisha Delisa tersenyum. Pipi Hadif Fayyadh benar-benar lembut. Sedap je cubit.

“Qisha ingat pipi suami awak ni benda testing ke? Bahan uji kaji ke?” marah Hadif Fayyadh yang masih bersisa.

“Itu pun nak marah. Kalau nak marah, tak payah peluk la...” Qisha Delisa bangun. Dia pun baru bangun tidur. Sensitif betul kalau orang marah-marah dirinya yang baru bangun tidur.

Hadif Fayyadh terkesima seketika. Dia baru perasan keadaan mereka berdua. Pantas dia ketatkan pelukannya.

“Kejap! Kejap!” pinta Hadif Fayyadh.

“Apa dia?” nada Qisha Delisa sedikit kasar.

“Tunggulah kejap lagi. Baru bangun...”

“Tak nak!”

“Please...” rayu Hadif Fayyadh.

Qisha Delisa mendengus geram tetapi dia biarkan mereka begitu.

“Qisha...”

“Ya...”

“Kejap lagi kita akan bincang pasal game love tu...” Sebenarnya, sudah lama dia menyimpan dokumen yang tercatat mengenai game love tetapi dia biarkan sahaja. Semalam dia sudah bertanya pada Qisha Delisa berkahwin atas dasar apa....

Jawapan daripada Qisha Delisa amat menyakitkan hatinya tetapi dia tetap syukur yang perkahwinannya berjalan lancar. Qisha Delisa sudah sah menjadi isterinya.

“Game love...” Qisha Delisa mengulangi kata-kata Hadif Fayyadh. Sebenarnya dia suka jadi isteri Hadif Fayyadh. Rasa disayangi. Dimanjai. Semalam tidur pun ada orang tolong kipaskan. Tak pernah dia dapat layan istimewa daripada seseorang.

“Kenapa? Nada suara tu macam nak tarik diri je?” soal Hadif Fayyadh. Dia berharap sangat gadis itu menjawap ya.

Ya... Nak je jawab macam tu tetapi tiba-tiba Puan Ego datang dalam hati. Susahlah macam ni. Qisha Delisa merenung Hadif Fayyadh. “Teruskan sahaja, Hadif...”

Suasana yang sedikit gelap itu menyembunyikan segala raup wajah yang sedih. Tiada sesiapa dapat membaca isi hati sendiri.

Tiba-tiba lampu terpasang.

“Dah ada elektrik!” Qisha Delisa gembira. “Saya pergi mandi dulu!” Dia terus bangun dan menuju ke bilik air.

Hadif Fayyadh hanya mampu menggelengkan kepala.


p/s: idea semakin kurang....oh idea....datang padaku sekarang juga... gurauan atau arahan? ini arahan......hihihihihi

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.