Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 19 - Part 1

Bab 19

Selepas naik kereta kabel, mereka berdua pergi makan malam dan terus balik. Hadif Fayyadh rasa tubuhnya sangat sakit. Mungkin bertumbuk dengan Wan Firaz dan jatuh kerana menyelamat Qisha Delisa dalam kereta kabel tadi.

“Penatlah!” Sebaik sahaja Hadif Fayyadh masuk ke dalam rumah, dia terus baring atas sofa. Dia benar-benar penat. Makan malam pun bungkus. Dia tidak lalu nak makan lagi.

“Kau rehatlah! Aku nak pergi mandi kejap,” Qisha Delisa meletakkan makanan di atas meja makan.

“Apa motif kau cakap dengan aku yang kau nak pergi mandi? Kau nak ajak aku sekali ke?” kata Hadif Fayyadh dengan mata terpejam. Tak mampu lagi mahu mencelikkan mata.

“Apa?” Qisha Delisa tersentak. Langkahnya terhenti. “Tak ada maknanya. Selama ini pun aku mandi seorang je. Relaks je.”

“Mana tahu ada hantu...” Hadif Fayyadh ketawa kecil.

Hati Qisha Delisa berdebar. Selama ini pun dia pun jenis yang penakut dengan makhluk-mahklum seperti itu tetapi inikan rumah sewa. Baru sahaja tinggal kat sini. Akhirnya dia duduk tepi sofa tempat Hadif Fayyadh berbaring.

Hadif Fayyadh yang rasa pelik kerana Qisha Delisa tidak membalas kata-katanya membuka matanya. Terbeliak matanya!

“Hey, kau buat apa kat sini?” terkejutnya.

“Aku takutlah.” Qisha Delisa mengalah awal-awal. Jangan nak ambil risiko.

“Kalau kau takut, kau tak mandilah. Macam tu?” Hilang semua penat Hadif Fayyadh melihat Qisha Delisa duduk elok di tepi sofanya.

“Aku...” Qisha Delisa hilang kata.

“Atau kau nak aku teman?”

“Boleh ke?” Qisha Delisa tersengih.

Hadif Fayyadh tersenyum lebar.

Kenapalah si Hadif ni tak tempah hotel je? Tempah rumah ni buat apa? Kang aku dah terperangkap dalam situasi yang Hadif wujudkan. Aku rasa aku layan je.

“Gosok kuat sikit, sayang oi!” arah Hadif Fayyadh.

“Yelah! Aku gosoklah ni. Atau kau nak aku sental dengan berus jamban ni.” Geram Qisha Delisa. Dia hanya menggunakan tuala kecil untuk mengosok belakang suaminya. “Banyaknya daki kau ni!”

“Mestilah banyak. Aku simpan untuk bini aku. Boleh dia gosok tiap-tiap hari.” Hadif Fayyadh makin lebar tersenyum. Seronok ada yang gosok belakangnya.

Qisha Delisa hanya menggelengkan kepala. “Tak senonoh!” Dia menjirus air di belakang suaminya.

“Biarlah. Aku terima isteri aku seadanya dan sepatutnya isteri aku terima aku seadanya juga.” Penuh dalam kata-kata Hadif Fayyadh.

“Aku pun terima kau seadanya...”

“Kalau kau terima aku seadanya, mesti kau dah setuju dengan game love yang ke tiga tu.” Hadif Fayyadh berkata. Dia rasa masa inilah yang sesuai.

“Aku...” Qisha Delisa buntu. Dia bukan tidak mahu bersetuju. Dia takut yang dia akan teringat segala peristiwa bersama Wan Firaz.

“Dahlah Qisha. Tak payah paksa diri kau untuk suka aku...” Hadif Fayyadh kecewa. Dia bangun dan menuju ke pintu bilik air yang memang sengaja di buka.

“Kau mandilah. Aku tunggu kat katil tu je. Aku tak intai. Biar je pintu ni terbuka kalau kau takut sangat.” Hadif Fayyadh melangkah keluar.

“Hadif...” Qisha Delisa mencapai tangan Hadif Fayyadh. Mata mereka saling bertentangan.

Aku tidak mahu pelindung aku meninggalkan aku. Aku tak nak keseorangan macam Wan Firaz selalu buat pada aku. Selepas apa yang dia dapat dari aku, dia terus tinggalkan aku keseorangan.

“Ya...”

“Maaf...” Qisha Delisa menutup pintu bilik air itu sebagai tanda dia menerima kehadiran Hadif Fayyadh untuk saat ini.

“Qisha...” Hati Hadif Fayyadh gembira dan bahagia.

******

Qisha Delisa tersedar dari tidurnya. Dia mimpikan Wan Firaz. Dia tengok Hadif Fayyadh tiada di sisinya.

Hadif pun macam Wan Firaz? Tinggalkan aku setelah dapat apa yang dia mahu. Air matanya hampir menitis.

“Qisha, awalnya kau bangun.”

“Kau ke mana?” Tidak jadi air mata Qisha Delisa mengalir.

“Aku ke dapur sekejap. Lapar.” Hadif Fayyadh tersenyum.

Qisha Delisa hanya melihat. Memang dia akui yang Hadif Fayyadh memang suka tersenyum. Asyik tersenyum sahaja.

“Dah makan?”

“Belum...”

“Kenapa tak makan?”

“Aku rasa aku patut ajak kau sekali. Kang kau tak makan juga malam tadi. Nasi yang kita bungkus pun masih elok. Tak basi pun.” Jelas Hadif Fayyadh.

Qisha Delisa tersenyum pula.

“Jangan senyum macam tu Qisha...” pinta Hadif Fayyadh.

“Kenapa?”

“Nanti aku tak nak makan nasi, aku nak makan kau untuk kali ke dua.” Makin lebar senyuman Hadif Fayyadh.

“Kau ni, Hadif!” geram Qisha Delisa. Dia rasa malu. Hadif Fayyadh memang berbeza dengan Wan Firaz. Dia seorang yang lemah lembut.

“Gurau je la. Kau pakai baju dulu. Aku pergi hidang kat dapur.”

“Okey.”

Hadif Fayyadh berlalu pergi.

Qisha Delisa memakai baju. Tiba-tiba telefon bimbit Hadif Fayyadh yang berada di meja mekap berbunyi. Segera dia hampiri.

“Wan Firaz?”

Dia jawab.

“Kau ingat dengan penumbuk kau tu, aku akan putus asa untuk memiliki Qisha. Kau masih tak tahu satu lagi rahsia tentang Qisha. Rahsia ini akan membuat kau benci pada dia. Benci seumur hidup. Aku sengaja tak beritahu kau tadi. Kalau aku beritahu kau, tentu kau tak nak tengok muka Qisha pun. Jijik!”

Hati Qisha Delisa berdebar. Rahsia apa ni? Aku tak ada rahsia apa-apa pun. Hatinya tidak tenang.

“Rahsia apa ni?” soalnya. Dia tidak dapat menahan diri untuk tahu.

“Oh, Qisha sayang yang jawab! I miss you. Kau takut aku beritahu laki kesayangan kau pasal kau?”

“Kau nak cakap apa ni?” geram Qisha Delisa. Suaranya tegas.

“Aku cuma nak kau kembali pada aku semula.”

“Aku dah cakap. Aku benci kau! Aku tak kan kembali semula pada kau! Kau kejam! Kau buat aku jatuh cinta pada kau. Lepas tu kau paksa aku ikut telunjuk kau!” marah Qisha Delisa meluak-luak.

“Itu dulu. Sekarang aku nak simpan kau dalam rumah aku. Aku tak kan benarkan lelaki lain tengok kau lagi.”

“Kau ingat aku patung.”

“Patung kesayangan aku!” makin kuat Wan Firaz mengusik.

“Gila! Kau...” belum sempat Qisha Delisa memaki hamun Wan Firaz, telefon bimbit di tangannya sudah bertukar tangan.

Hadif Fayyadh menekan butang tamat. Wajahnya serius.

“Hadif...”

“Aku dah cakap. Kau tak perlu jawab panggilan dari mamat sewel tu. Kau dah langgar game love yang pertama.” Suara Hadif Fayyadh serius.

“Aku...”

“Sekarang aku nak kau pergi makan sekarang dengan aku.” Arah Hadif Fayyadh.

Qisha Delisa merenung wajah suaminya. Masih serius. Akhirnya dia mengeluh. “Yelah!”


p/s: dah berlaku ke game love ketiga? macam tak percaya. dalam sweet2 n tanpa sedar, dah berlaku hihihi ehem ehem kita sambung bab seterusnya....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.