BAB 15
Hadif Fayyadh dan
Qisha Delisa berjalan beriringan untuk mencari sebuah kedai menjual nombor
telefon. Sempat Hadif Fayyadh menjeling tangan Qisha Delisa yang
terhayung-hayung. Kalau dapat pegang, memang bahagia. Tiba-tiba senyuman dia
menjadi lebar. Sebelum dia berenang pagi tadi, dia dah uruskan semua lengkap.
“Ini untuk kau!” Hadif
Fayyadh menghulurkan kertas A4 yang sudah berlipat-lipat itu.
“Kertas apa ni?”
Qisha mengambilnya. Perlahan dia membuka lipatan kertas tersebut. Biji matanya
mengecil sedikit.
GAME LOVE 2 :
Berpegangan tangan
tiap kali keluar. Tidak kira apa yang dirasai saat itu. Marah? Sedih? Gembira?
Berpegangan tangan perlu dilakukan.
Berkerut dahi Qisha
Delisa.
“Macam tak ada kaitan
dengan Wan Firaz pun....?” mukanya tiada perasaan.
“Eh, ada la!” jawab Hadif
Fayyadh.” Cuba kau fikir betul-betul. Bila kita keluar sahaja, mesti
terserempak dengan Wan Firaz. Melalui game love ni, kita akan terselamat. Dia
mungkin memerhati kita dari jauh. Mana la kita tahu. Kalaulah dia tahu yang kau
ni hanya berpura-pura, kau dapat bayangkan apa dia akan buat pada kau?” suara Hadif
Fayyadh serius. Lagaknya seperti menceritakan sebuah kisah yang sangat seram.
Qisha Delisa
berfikir. Dia menelan liur. Pantas tangannya mencapai tangan Hadif Fayyadh. Dia
rela. Dia akan selalu pegang tangan itu tiap kali keluar dari rumah.
“Kau dapat
bayangkan?” soal Hadif Fayyadh sambil membalas genggam tangan isterinya.
Qisha Delisa
mengangguk kepala. Dia menyimpn kertas itu untuk di masukkan dalam fail.
Hadif Fayyadh
tersenyum. Qisha, kau ni comel betul!
“Jom kita pergi kedai
telefon tu.” Kini mereka berdua berada di shopping Mall.
“Okey.” Qisha Delisa
rasa bahagia. Dia tersenyum.
Mereka berdua duduk
di kerusi yang ada sambil memerhati nombor telefon yang ada.
“Nak celcom atau maxis?”
soal Hadif Fayyadh.
“Nak Digi, boleh tak?”
jawab Qisha Delisa.
“Tak payahlah. Aku guna
Maxis. Jadi kau pun kena guna Maxis. Murah sikit. Kau biasa guna bill atau
topup je?” soal Hadif Fayyadh lagi.
“Aku biasa topup je.”
“Topup? Kau guna bill
la senang. Kalau ada kecemasan kan susah. Nak pergi beli topup pula. Jangan risau,
aku bayarkan tiap-tiap bulan tapi kau jangan nak bergayut dengan orang lain
pula.” Amaran Hadif Fayyadh.
Apa kena dengan si
Hadif ni? Dia tanya aku tapi dia yang buat keputusan. Aku sekeh baru kau tau. Geram
Qisha Delisa dalam hati.
“Okey! Beli nombor
ini... 0171985055.” Hadif Fayyadh tersenyum.
“Nombor ni peliklah.”
“Apa yang peliknya. Aku
dilahirkan pada 01. Bulan 7, tahun 1985 dan yang belakang ni pula tarikh lahir
kau. Lahir pada 05. Bulan 5. Sesuai la tu.”
“Aku nak yang ini. Ini
tarikh lahir aku...” Qisha Delisa tunjuk nombor lain.
“Tak boleh! Tauke,
saya mahu yang ini.” Hadif Fayyadh terus berkata pada tauke Cina di kedai itu.
“IC?” Hadif Fayyadh
hulurkan tangannya.
“Kejap!” Qisha Delisa
mencari kad pengenalannya. “Nah!” Dia menghulurkan pada Hadif Fayyadh.
Sempat Hadif Fayyadh
melihat kad pengenalan Qisha Delisa. Hatinya tersentak. “Ini muka umur berapa?”
“Lainkan muka aku?
Pucat sikit! Masa ni aku baru lepas dari selamatkan orang yang kemalangan.
Ngeri kemalangan dia. Aku yang tengok ni, sampai pucat muka. Lagi pun ini kali
pertama aku potong rambut pendek... Macam... Ni...” tiba-tiba hati Qisha Delisa
jadi sayu. Ketika itu juga dia sedang melarikan diri dari Wan Firaz. Dia
terpaksa korbankan rambut kesayangannya demi penyamaran yang lelaki itu tidak
akan berjumpa dengannya.
“Apa?” hati Hadif
Fayyadh masih berdebar. Dia jadi ingat kembali apabila melihat gambar di kad
pengenalan Qisha Delisa. Semasa dia jumpa dengan Farisya, ingatannya
samar-samar tetapi kini ia jelas dalam kotak fikirannya.
“Kenapa kau terkejut
sangat ni?”
“Tak ada apa-apa. Ini
Tauke...” Kad pengenalan diberikan pada Tauke Cina itu. Selepas daftar dan Hadif
Fayyadh belikan Qisha Delisa telefon baru, mereka berjalan bersama sambil
berpegangan tangan.
“Aku tak puas hati
la! Aku nak beli telefon yang mahal,
tapi kau belikan aku yang cikai ni. Rm60 je. Aku mampulah nak beli yang mahal.”
Qisha Delisa membebel. Dia meluahkan apa yang dirasanya.
“Masalahnya, telefon
kau yang lagi satu dah cukup mahal dan canggih. Nanti kau tukar la sim. Yang cikai
ni nanti bagi aku.” Jelas Hadif Fayyadh. Asyik membebel. Dia mahu termenung pun
tak lepas sebab terpaksa mendengar syarahan percuma gadis ini.
“Ye lah!” Qisha
Delisa mengalah. Dia melihat apa lagi yang ada dalam beg kertas tersebut. Beli telefon
cikai pun dapat macam-macam ye?
“Qisha!” pantas Hadif
Fayyadh menarik tubuh isterinya supaya bersandar di dinding di satu sudut. Dia
merapatkan mukanya dengan Qisha Delisa.
“Kenapa...” belum
sempat Qisha Delisa bercakap hingga habis, jari Hadif Fayyadh bergerak ke
bibirnya. Maknanya dia suruh diam.
Selepas beberapa
minit, Hadif Fayyadh menarik tangan Qisha Delisa ke tempat letak kereta.
“Kau dah kenapa ni? Macam
nampak hantu je? Tapi hantu, siang hari ni mana nak muncul.” Bebel Qisha
Delisa. Dia memang tak puas hati dengan Hadif Fayyadh. Asyik nak kena ikut
arahannya sahaja.
“Aku nampak Wan
Firaz. Kau nak jumpa dengan dia ke?” jelas Hadif Fayyadh sambil teruskan
pemanduannya.
“Tak nak! Tak nak!”
Qisha Delisa menggelengkan kepala.
“Dah lama aku nak
tanya kau soalan ni. Kenapa kau takut sangat dengan dia? Apa yang dia dah buat
pada kau sampai kau takut macam ni?” soal Hadif Fayyadh. Dia rasa pelik.
Qisha Delisa
tersentak dengan pertanyaan Hadif Fayyadh. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Yang
pasti kisah silamnya bersama lelaki itu tidak boleh Hadif Fayyadh tahu.
“Kan aku ada cakap
sebelum ni. Dia teman lelaki aku. Bekas kekasih aku. Dia duakan aku. Aku benci
sangat dia. Aku tak nak jumpa dia. Tambahan pula dia nak kat aku semula. Lagilah
aku takut.” Nada suara Qisha Delisa kurang menyakinkan.
“Dia seksa kau ke?”
teka Hadif Fayyadh.
“Seksa? Mestilah dia
seksa hati dan perasaan aku...” Qisha Delisa mula menggelabah.
“Seksa fizikal kau
sekali?” duga Hadif Fayyadh lagi.
“Mana ada. Cukuplah Hadif! Kau nak bawa aku pergi mana?” Cepat-cepat
Qisha Delisa menukar topik.
Mereka berdua tiba di
sebuah rumah banglo.
“Rumah siapa ni?”
“Inilah rumah arwah
atok dan nenek. Waktu begini nenek tidur. Jom jumpa nenek dulu.” Ajak Hadif
Fayyadh.
“Ini ke gambar atok
kau?” soal Qisha Delisa. Dia seperti pernah tengok muka warga emas itu.
“Ya. Aku tahu
kemalangan itu disengajakan. Tetapi aku ingat satu perkara yang selalu atok
cakap pada aku dari aku kecil sehingga nyawa terakhirnya.” Wajah Hadif Fayyadh
sedih.
“Apa dia?”
“When someone does
something to hurt you, make a promise to yourself and to Allah S.W.T that you
will never do the some thing to anyone else...” tiba-tiba air mata Hadif Fayyadh.
Betapa dia rindukan atok, Tok Sulaiman.
“Sabarlah...” pujuk
Qisha Delisa. Dia menarik tangan Hadif Fayyadh supaya duduk di sofa yang ada. Dia
menepuk belakang Hadif Fayyadh.
“Masa tu kan...” Hadif
Fayyadh mula bercerita.
“Atok, jangan pandu
laju macam tu.” Hadif Fayyadh marah Tok Sulaiman. Ini kali pertama lelaki itu
memandu.
“Jangan risau. Atok
ada lesen la.” Tok Sulaiman tersenyum.
Tiba-tiba ada sebuah
kereta dari belakang. Dia membawa kereta itu laju sangat. Malang tidak berbau. Kereta
mereka berdua berlanggar.
Bang!
Bunyi perlanggaran
kuat sekali. Tubuh Tok Sulaiman berdarah dalam sekelip mata kerana hentakan
yang kuat ke stereng kereta.
Hadif Fayyadh juga
terhantuk tetapi tidak kuat mana kerana tali pinggang kelendar yang dipakainya.
Jika tidak, pasti tubuhnya sudah tercampak ke depan dan jatuh ke dalam gaung.
Matanya sedikit kabur.
“Atok!” panggil Hadif
Fayyadh lemah. Tok Sulaiman tidak sedarkan diri.
p/s: kasihan Hadif....sedih..tapi atok dia pandai speaking....hihih tunggu sambungannya lagi...