“Apa kena dengan
Hadif ni? Pelik betul!” Qisha Delisa
tidak mahu mempedulikan Hadif Fayyadh. Dia terusan menatap kertas itu.
“Game Love yang
pertama baru sahaja bermula....” Dia tersenyum.
Dia membaca dokumen
itu.
GAME LOVE 1
Gangguan melalui
telefon.
Qisha Delisa membuat
muka. Dia rasa sedikit geram.
“Itu je ke nak
ditulisnya. Itu je?” Qisha Delisa rasa tidak puas hati. Segera dia keluar dari
bilik itu untuk mencari Hadif Fayyadh.
*****
Wan Firaz pergi
kerja. Dia merupakan pembantu Dato Darwish di samping menjadi menantu lelaki
tua itu.
“Oi, Firaz! Kau tak
tahu ke yang Dato Darwish masuk hospital pagi tadi? Soal Amir yang merupakan
setiausahanya. Dia lebih senang bekerjasama dengan lelaki.
“Ye ke? Hospital
mana? Aku nak pergi melawat. Tak ada orang pun beritahu aku apa yang berlaku. Nampak
sangat aku bukan menantu kesayangan mereka...” Wan Firaz pura-pura sedih.
“Nanti aku beritahu
kau. Kau ada meeting dengan Encik Hadif.”
“Bukan dia yang
kahwin semalam?”
“Memang dia kahwin
semalam. Aku Cuma nak cakap yang meeting tu batal. Minggu depan baru ada
meeting tu. Jadi hari ni kau free.” Kata Amir.
“Okey, kalau tak ada
apa-apa lagi, kau boleh keluar.”
“Okey bos!”
Wan Firaz berfikir
sesuatu.
“Apa yang aku boleh
buat? Aku mesej Qisha pagi tadi tetapi tak ada respons langsung. Marah tak ada?
Apa-apa pun tak ada... Dia campak telefon dia jauh-jauh ke? Sebab dia dah
bahagia dengan Hadif. Dia tak layan telefon dah?” Dia rasa sakit hati.
“Macam tu sekali kau
layan aku ye Qisha. Macam ni la... Kau bahagia la dulu. Aku akan pastikan kau
jadi milik aku juga. Kalau aku tak dapat kau secara kasar, aku guna cara paling
halus sampai kau melutut kat kaki aku...” Wan Firaz tersenyum.
*****
“Hadif!” panggil
Qisha Delisa apabila melihat Hadif Fayyadh naik ke atas motor Kawasaki warna
putihnya. “Awak nak ke mana?”
Hatinya tidak tenang.
“Mulai saat ini, tak
payahlah awak saya lagi. Aku rasa tak biasa nak berbual dengan kau. Tapi kalau
depan mama dan papa, kau cakaplah elok-elok ye?” tiba-tiba Hadif Fayyadh
berkata begitu.
“Tak biasa?” entah
mengapa Qisha Delisa rasa sedih. Dia baru rasa macam disayangi.
“Ya. Kan selama kita
kenal, itu je panggilan yang kita guna...”
“Tak kisahlah!” geram
Qisha Delisa. “Kau nak ke mana ni?”
Giliran Hadif Fayyadh
pula tersentak. Itulah kau, Hadif. Buat keputusan mendadak. Kau juga yang
merana.
“Aku cuma nak keluar
jalan-jalan...” Dia sudah memakai topi keledar.
“Aku nak ikut...”
“Tak payahlah!”
“Nak juga!” Qisha
Delisa masuk naik motor itu.
“Ish, degillah! Pergi
ambik topi keledar tu?” tunjuk Hadif Fayyadh di satu sudut.
“Tak nak! Nanti aku
turun, Kau tinggalkan aku..” Qisha Delisa masih duduk atas motor tersebut.
“Ye lah!” terpaksa Hadif
Fayyadh yang turun dan mengambil topi keledar itu.
“Pakai!” hulur Hadif
Fayyadh.
“Pakaikanlah...”
Qisha Delisa tersengih. Nasib baik juga dia memakai seluar. Kalau tak, mesti
payah nak naik.
“Gedik!” marah Hadif
Fayyadh.
Motor mula bergerak. Kuat
Qisha Delisa memeluk pinggang suaminya. Dia tidak pernah menaiki motor sebesar
ini dan selaju ini.
“Hadif! Perlahan
sikit!” marah Qisha Delisa. Jantungnya mahu tercabut. Mujur jalan lurus je.
“Tak pernah dibuat
orang jalan lurus macam ni bawa perlahan.” Hadif Fayyadh sedikit geram. Pelukan
Qisha Delisa pun sudah mampu buat dia tidak bertenang. Apabila pelukan Qisha
Delisa diperketatkan akibat pecutan motor ini membuat dia rasa lebih seronok
walau berdebar.
“Ala, kau bawa la
perlahan.”
“Tak nak!” Hadif
Fayyadh pecutkan motornya lagi laju.
“Arrggghhh!” jerit
Qisha Delisa.
“Hadif! Kau ni
bermasalah ke? Bawa laju-laju!” marah Qisha Delisa masih bersisa.
“Suka hati aku la! Kau
yang nak ikut.” Hadif Fayyadh rasa bebas.
Qisha Delisa rasa
geram. Kau nak kena ye? Tak apa... Aku tahu apa nak buat.. Perlahan tangannya
masuk ke dalam baju Hadif Fayyadh.
“Wei! Kau buat apa
ni...” fokus Hadif Fayyadh sedikit terganggu apabila tangan nakal Qisha Delisa
masuk ke dalam bajunya.
“Nak bawa perlahan ke
atau aku cubit kau nanti.” Ugut Qisha Delisa.
“Yelah!” Hadif
Fayyadh perlahankan sedikit motornya.
Qisha Delisa rasa gembira sangat. Dia berjaya
tundukkan Hadif Fayyadh. Tetapi tangannya masih dalam baju Hadif Fayyadh. Tubuh
itu hangat. Tangannya yang sejuk dingin ni rasa selesa pula menyentuhnya.
“Qisha!” panggil Hadif
Fayyadh apabila Qisha Delisa tiada tanda-tanda mahu mengotakan janjinya.
“Sorry!” pantas Qisha
Delisa mengeluarkan tangannya dan memeluk pinggang itu.
“Kita pergi makan kat
satu tempat ni!” ajak Hadif Fayyadh.
“Okey set!”
Tiba-tiba Hadif
Fayyadh memecutkan motornya.
“Argghh! Hadif!”
jerit Qisha Delisa. Dipeluk erat tubuh suaminya.
Hadif Fayyadh
tersenyum. Dia rasa gembira isterinya peluk begitu. Dahlah susah nak dapat
pelukan kasih sayang macam ni. Sedikit sebanyak hatinya terubat.
“Okey dah sampai!”
terus Hadif Fayyadh hentikan motornya dengan menekan brek.
Kepala Qisha Delisa
sudah pening. Dia hanya pejamkan mata sahaja kerana tiba-tiba Hadif Fayyadh
bawa laju.
Laju gila si Hadif ni
bawa. Rasa nak pitam pula. Perlahan-lahan dia turun dari motor tersebut. Peningnya
masih terasa.
Pantas Hadif Fayyadh
memegang lengan Qisha Delisa. Tunggu gadis itu stabil untuk berdiri barulah dia
melepaskan pegangannya.
“Qisha okey?”
“Aku nampak okey ke?”
marah Qisha Delisa.
“Tanya pun tak
boleh...” geram Hadif Fayyadh.
“Saje je...”
“Jom!”
Mereka berdua masuk
ke dalam sebuah restoran. “Ini restoran kawan aku tau. Insya-Allah, masakannya
semua sedap-sedap...”
“Macam kenal...”
tiba-tiba Qisha Delisa bersuara.
“Kenapa Wan Firaz ada
kat sini?” Hadif Fayyadh mengeluh. Aku baru nak beromantika dengan isteri
tersayang ni.
“Hadif, kau kena
lindungi aku dari makhluk ni... Kau dah janji kan? Game love kita?” Qisha
Delisa mula gelabah. Dia menyorok belakang suaminya.
“Aku tahu la... Kau
tak payah nak takut sangat la...” pandangan mata Hadif Fayyadh masih pada Wan
Firaz yang tidak menyedari kehadiran mereka berdua.
“Macam mana aku tak
takut. Tengok muka di pun dah cukup menakutkan..”
Kalau muka aku, kau
takut tak?” sengaja Hadif Fayyadh bertanya begitu. Mana tahu muka aku yang
kacak ini penyebab Qisha sudi kahwin dengan aku. Hahaha...
“Muka kau? Aku rasa
kena fikir banyak kali sebelum bagitau jawapannya...” Qisha Delisa merenung
wajah Hadif Fayyadh dari arah sisi. Ketika itu lelak itu sedang memandang Wan
Fariz. Wajahnya penuh kelembutan. Rasa tenang sahaja hati ini.
“Qisha!” Hadif
Fayyadh memandang Qisha Delisa. Geramnya perlahan.
“Kalau kau tak kacak,
tak adalah aku kahwin dengan kau. Ada faham...”
“Ala, nak cakap aku
kacak, macam nak cari gaduh je...” Hadif Fayyadh mencapai tangan Qisha Delisa
dan melalui meja Wan Firaz yang sedang berbincang dengan seseorang.
Qisha Delisa hanya
membiarkan sahaja.
“Eh!” Wan Firaz
terkejut. Dia tidak menyangka akan berjumpa dengan Qisha Delisa di sini. Imej bertudung
gadis itu benar-benar menarik perhatiannya. Wajah itu makin ayu dengan
bertudung.
“Eh, Hadif!” Wan
Firaz menyebut nama lelaki yang buat dia rasa menyampah itu. Nanti kalau sebut
nama Qisha, Hadif syak pula.
“Wan Firaz... Apa
khabar? Maaf semalam majlis saya dalam gelap pula..” Hadif Fayyadh tersengih. Dahlah
pagi tadi bagi mesej mengarut kat bini aku. Sekarang kau boleh senyum-senyum
kambing depan aku pula.
“Tak apa... Mari join
sekali...”
“Tak apalah. Saya nak
makan bersama isteri saya. Maklumlah pengantin baru. Maaf ye..”
“Okey..”
Wan Firaz hanya melihat
Qisha Delisa di bawa pergi oleh Hadif Fayyadh.
“Senyum Qisha. Jangan
nak buat muka cuak. Dia tengah pandang kau tu...” bisik Hadif Fayyadh dengan
gerakan mulut yang masih tersenyum.
“Aku senyum la ni...”
Qisha Delisa juga bercakap dengan cara yang sama digunakan oleh Hadif Fayyadh.
“Macamtu la. Jangan nak
cari gaduh dengan aku. Tunjukkan pada dia, kitalah pasangan paling sweet..”
“Okey...”
P/S: semakin hari, semakin kurang ideanya.. doakan terbaik utk Game love...terima kasih pada yang sudi komen...sangat hargai...