Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 7 - Part 2

Hadif Fayyadh masih rasa mengantuk. Semalaman dia tidak tidur memikirkan perkara yang berkaitan dengan Qisha Delisa. Perasan lega selepas Qisha Delisa sudah boleh pulang ke rumah petang semalam.

“Hadif, bangun la! Qisha datang ni.” Datin Marissa menarik selimut anaknya itu.

“What? Qisha datang!” Hadif Fayyadh benar-benar terkejut. Dia terus bangun dan menuju ke pintu biliknya.

“Hadif!” geram Datin Marissa. “Jangan la memalukan mama. Pergi mandi dulu la!” Selepas berkata begitu, dia terus keluar dari bilik anak lelakinya itu.

“Ye tak Ye jugak!” Hadif Fayyadh baru perasan keadaan dirinya yang amat buruk ini. Seluar pendek dan tidak berbaju. Kalau Qisha nampak aku ni, pasti dia tak berani jumpa aku lagi.

Hadif Fayyadh terus menuju ke bilik air dan mandi secepat mungkin. Selepas lengkap berpakaian dia dengan terburu-buru keluar dari biliknya. Apabila Datin Marissa memberitahunya yang Qisha Delisa sedang menunggunya di ruang tamu, baginya setiap saat itu amat berharga.

“Cepatnya kau mandi.” Sindir Qisha Delisa. Kali ini dia lengkap berbaju kurung. Pinjam Qaseh punya. Sangat manis di pandangan mata Hadif Fayyadh. Kali pertama Qisha Delisa dilihatnya tidak mendedahkan badannya yang berkulit gebu itu.

“Aku mandi kerbau,” jawab Hadif Fayyadh ringkas.

“Patutlah aku nampak kerbau lalu tepi rumah kau tadi.” Qisha Delisa meloyar buruk. Dia tidak harus terus memikirkan perkara itu. Keputusan sudah di buat. Dia harus lakukannya.

“Pasti kerbau tu kacak kan?” Hadif Fayyadh tersenyum.

“Kerbau tu memang kacak tapi kau tak!” pedas Qisha Delisa. “Aku datang ni bukan nak jadi loyar tak bertauliah di pagi hari. Aku nak cakap pasal kita.”

“Pasal kita?” Hadif Fayyadh teruja.

“Ya... Aku.. Aku...” Qisha Delisa menarik nafas panjang lalu menghembuskannya. “Aku setuju dengan game love kau!”

“Setuju?! Betul ni? Baguslah!” Hadif Fayyadh gembira.

“Tapi ada satu syarat!”

“Apa dia?”

“Aku tak nak si Wan Firaz tu ganggu hidup aku bila kita kahwin.” Qisha Delisa berwajah serius. Dia teringat segala perbuatan Wan Firas padanya. Ia terlalu kejam! Kejam! Hatinya terasa sakit. Dia tidak mahu membalas dendam. Hidupnya akan bahagia tanpa lelaki itu. Cukuplah dia derita.

Betul kata Qaseh. Aku yang pilih sama ada mahu bahagia atau tidak. Dan aku memilih untuk bahagia. Semoga itu yang terjadi dalam perkahwinan aku walaupun aku masih susah mahu terima Hadif dalam hati ini.

Apabila khabar berita Qisha Delisa setuju berkahwin dengan Hadif Fayyadh, Datin Marissa yang paling gembira.

“Kalau boleh aku nak secepat mungkin. Kalau boleh minggu depan?” kata Qisha Delisa. Dia takut mahu tinggal seorang di rumah itu.

“Kenapa terburu-buru ni?” soal Hadif Fayyadh.

“Please Hadif. Jangan tanya. Kita buat yang wajib je. Kiranya macam kahwin koboi la...”

“Mama tak kisah. Tapi sempat ke nak uruskan semua itu, periksa kesihatan, tempah tok kadi dan sebagainya.” Datin Marissa rasa pelik dengan sikap Qisha Delisa yang terburu-buru nak kahwin. Macam menyembunyikan sesuatu.

“Periksa kesihatan, saya dah buat pagi tadi. Tunggu Hadif je mak cik...”

“Hadif akan buat kejap lagi. Qisha teman Hadif ye...” lembut butir bicara Hadif Fayyadh di pendengaran Qisha.

“Okey...”

Selepas selesai membuat pemeriksaan kesihatan, mereka berdua keluar makan.

“Aku masih tak percaya yang kau setuju nak kahwin dengan aku...” Hadif Fayyadh bersuara.

“Kau janji yang akan melindungi aku kan? Kau janji...”

“Ya aku janji...” pelik dengan desakkan Qisha Delisa.

“Terima kasih. Aku janji akan sayang kau. Muah!” Qisha Delisa buat flying kiss.

“Wei Qisha! Jangan nak goda-goda aku. Aku ni tak sah lagi untuk kau tau...” Wajah Hadif Fayyadh sedikit merah. Malu.

Qisha Delisa tergelak. Comel juga muka mamat ni. Hatinya senang.

“Assalamualaikum...” seseorang memberi salam.

“Waalaikumusalam...” Hadif Fayyadh menjawabnya.

Ketawa Qisha Delisa terhenti.

“Wan Firaz... Buat apa kat sini?” Hadif Fayyadh yang juga terkejut. Mereka bersalaman.

“Makan la. Boleh I join you all...?”

“Boleh je..” Hadif Fayyadh bersetuju.

Qisha Delisa benar-benar takut. Perlahan-lahan dia ambil tangan Hadif Fayyadh agar memeluk bahunya. Dia mahu rasa selamat berada di sisi lelaki itu. Dia tidak peduli apa yang orang nak kata. Yang penting dia rasa selamat.

“Qisha, kenapa ni?” soal Hadif Fayyadh.

“Pening...” Qisha Delisa pura-pura sakit. “Boleh kita balik tak?” pintanya.

“Sorry bro... Buah hati aku pening pula. Lain kali kita makan bersama...”

Hadif Fayyadh dan Qisha Delisa bangun.

Qisha Delisa rasa lega apabila melihat Wan Firaz makin jauh darinya.

“Kau rehat la. Nanti dah sampai rumah, aku kejut kau bangun...” Hadif Fayyadh terus memandu.

Qisha Delisa pula hanya menurut. Tiba-tiba dia teringat peristiwa lalu bersama Wan Firaz.

Kenapa malang sangat nasib aku. Kalau orang penat berlari sebab kena kejar oleh anjing. Aku pula penat press motor sebab kena kejar anjing. Jalan berbukit pula tu.

“Arrrghhh!” Qisha Delia terjerit melihat anjing yang berlari macam tak cukup tanah. Kalau seekor, aku rasa selamat lagi tapi ini tiga ekor! Duk main kuchi kuchi ho ta ai dengan aku! Mak ai! Nak gugur jantung aku macam ni.

Tiba-tiba seorang lelaki mencampak makanan ke arah anjing tersebut. Secara automatik tiga ekor anjing itu berhenti mengejarnya.

“Kalau la penyelamat aku. Terima kasih.” Qisha Delisa rasa selamat. Dia hentikan motornya. Hati aku dah berbunga tengok mamat tu tapi macam kenal...

“Abang Wan?” Hatinya terkejut. Kenapa dia sesat kat sini? Aku tak nak jumpa dia.

“Qisha Delisa!” suara garau itu mula kedengaran. “Miss Delicious ku...”

Alamak! mamat ni dah seru nama aku. Siap nama tambahan yang sedap-sedap dia letak. Kata dia sebab nama aku Delisa hampir bunyi macam delicious. Dia ingat aku ni makanan yang sedap ke?

“Miss Delicious...” serunya lagi.

Lari! Qisha Delisa press motor dengan tahap maksima. Lelaki ini lebih menakutkan berbanding anjing tu. Anjing tengok dia pun takut. Apatah lagi aku....

Pantas Wan Firaz memintas dengan motornya.

“Wei! Nak mati ke?” marah Qisha Delisa. Nasib baik dia sempat brek.

“Kalau Qisha yang langgar abang, abang tak kisah! Abang rela.”

“Gila ke?”

“Qisha, kenapa Qisha macam tak suka abang? Abang ada buat salah pada Qisha ke?” Wan Firaz ingin tahu sebab Qisha Delisa mengelak dirinya darinya.

“Sebab abang Wan ni menakutkan Qisha.”

“Takut macam mana?”

“Asyik panggil Qisha ni delicious je. Dah macam penjenayah muka abang tu...” jujur Qisha Delisa.

“Sampai hati Qisha kata muka abang yang kacak ni macam penjenayah.”

“Suka hati lah!”

“Miss Delicious....” Suara itu terngiang di telinganya berkali-kali.

“Tidak!” Qisha Tersedar dari ingatannya. Ingat pun dia sudah rasa takut.

“Qisha, kau okey ke ni?” TerkejutHadif Fayyadh apabila mendengar jeritan Qisha Delisa. Tiba-tiba sahaja menjerit.

“Aku okey. Sorry...”

Mereka berdua kembali sunyi. Pemanduan diteruskan.

P/s : mulanya nak buat Qisha ni nak balas dendam pada Wan Firaz tapi macam tak jadi...sebab ada kawan macam qaseh....last2 Wan Firaz yang menwujudkan perasaan dendam hatinya...tunggu bab seterusnya....

Previous: Bab 7 - Part 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.