BABAK 1
Hadif Fayyadh tetap mahu memaksa Qisha Delisa menemaninya ke
majlis perkahwinan itu. Hanya perempuan itu yang menepati ciri-ciri yang di
mahukan.
“Kau
cari orang lain. Aku malas la nak pergi majlis kahwin ni. Ramai yang kenal aku.
Aku tak nak ada gosip dengan kau.” Pangkah Qisha Delisa. Dia mencapai beg
tangannya lalu mengeluarkan gincu. Disuanya ke bibirnya yang sedia merah itu.
“Aku tak
peduli. Kalau kau tak nak teman aku. Aku akan masuk meminang kau. Kau nak tak
kahwin dengan aku?” ugut Hadif Fayyadh.
“Hadif,
ugutan apa ni? Kau tahu yang aku tak nak kahwin dan aku tak suka perkahwinan
ni.” Qisha Delisa menyimpan semula gincunya. Dia tidak suka pergi ke majlis
perkahwinan. Jika tidak dia akan teringat peristiwa yang ayahnya berkahwin
dengan perempuan lain ketiga dia berusia 17 tahun.
“Kalau
kau tak jawab ya sekarang, aku call my mom. Then I marry you!” tegas Hadif
Fayyadh.
“Eh, kau
ni kenapa? Kemaruk sangat nak kahwin ke? Kalau nak kahwin sangat, bukan dengan
aku. Cari orang lain!”marah Qisha Delisa. Dia mula berdiri. Lucnh mereka berdua
terbantut. “Aku nak balik.”
“Tunggu
Qisha! I call my mom. Kau tahu kan my mom boleh paksa kau jadi isteri aku kan?
My mom memang nak kau jadi menantu dia kan?” lancar Hadif Fayyadh berkata.
“Apa
masalah kau ni? Kau kan ramai perempuan lain. Tak kan playboy macam kau ni tak
ada perempuan lain?” soal Qisha Delisa yang duduk di kerusinya kembali. Aku
tahu sangat mak si Hadif ni. Gila sikit! Hampir-hampir aku nak dinikahnya
dengan si mamat play ni tapi nasib baik masa tu aku larikan diri.
“Memang
aku ada ramai perempuan. Tapi aku cari perempuan yang seksi macam kau tapi tak
gedik!” kata Hadif Fayyadh.
Dahi
Qisha Delisa berkerut. Apa kaitannya dengan keseksian aku dengan gedik? Aku
seksi sebab aku suka. Aku nak semua lelaki yang tengok aku tunduk pada aku
tetapi jangan harap aku akan tunduk pada mereka.
“Peliklah
kau! Okeylah. Aku teman kau tapi bila? Mana la tau aku sibuk.”
“Yes!”
Hadif Fayyadh gembira. “Malam esok. Aku dah siapkan pakaian khusus untuk kau
seorang. Datang rumah aku tau!”
“Gila ke
nak datang rumah kau. Sekali Datin
Marissa tengok aku, dia tak bagi lepas pula. Rimas tau!” adu Qisha Delisa.
“Biarlah!
Pakaian tu beliau yang pilih. Dia gembira aku cakap nak pergi majlis kahwin tu
dengan kau.”
“Yelah!”
Qisha Delisa mengalah.
P/S: okey ke enovel baru saya? agak-agak ada orang nak baca tak? kalau la boleh dapat 2ribu pembaca, insya allah saya tulislah cerita ini. jadi ada yang nak baca tak?