Qisha Delisa pulang
ke rumah yang sudah hampir empat hari ditinggalkannya. Perlahan-lahan dia
membuka pintu. Rindunya pada katil aku warna kuning itu.
Segera dia ke
biliknya dan terus melayankan tubuhnya atas katil yang empuk itu. Dia
memejamkan matanya. Sungguh selesa.
Tiba-tiba dia rasa
ada tangan yang melingkari pinggangnya. Dia terkejut.
“Hai Mrs.Delicious.
Buat abang geram je nak makan. Sedap sangat!” Wan Firaz ada di atas katil yang
sama.
“Apa kau buat kat
sini?” Qisha Delisa rasa dia tak perlu membahasakan diri Wan Firaz itu abang
lagi memandangkan mereka memang tak ada apa-apa lagi hubungan.
“Kasarnya sayang...”
Wan Firaz menarik Qisha Delisa dalam pelukannya.
“Macam mana kau masuk
rumah aku! Tak guna!” Qisha Delisa meronta-ronta.
“Masuk ikut pintu la.
Sayang ni tak berubah. Ada ke letak kunci rumah bawah pasu bunga. Mestilah
abang tahu...”
Mata Qisha Delisa
terbeliak. Dia memang nak ubah sikapnya itu tetapi tak dapat.
“Lepaslah!” marah
Qisha Delisa.
Disebabkan Qisha
Delisa banyak sangat meronta, Wan Firaz menukarkan posisi gadis itu dibawah dan
dia di atas.
Tangan gadis itu
dicengkam naik ke atas. Kini, sukar baginya untuk meronta.
“Gila! Kau gila!”
“Ya! Aku gilakan kau!
Tiga tahun aku cari kau! Tiga tahun sayangku!” geram Wan Firaz.
“Kau tak guna!
Lepaskan aku!”
Wan Firaz tersenyum
manis. Lantas dia benamkan wajahnya di leher Qisha Delisa.
Qisha Delisa
terkejut. Dia menjerit. “Lepaskan aku!”
“Sayang... Macam tak
biasa je. Dulu kan kita selalu buat. Itu yang buat abang rindukan sayang...”
“Itu dulu!”
“Dulu dan sekarang
sama sahaja. Mrs.Delicous abang ni tetap cantik dan makin menggoda.” Wan Firaz
terus berkata-kata.
Qisha Delisa tidak
tahu bagai mana cara untuk lepaskan diri. Dia benar-benar terperangkap di sini.
“Sayang ke mana?
Sejak semalam abang tunggu...” Wan Firaz membiarkan hidungnya bermain di pipi
Qisha Delisa.
“Kau tanyalah bini
kau tu! Dia dah buat apa kat aku!” geram Qisha Delisa. Menegak bulu romanya
dengan tindakan Wan Firaz yang tidak bertamadun itu.
“Farisya? Dia buat
apa?” Perbuatan Wan Firaz terhenti.
“Dia panggil geng dia
dan belasah aku!”
“Belasah!” Serentak
itu Wan Firaz mengoyakkan lengan bajunya. Ada kesan lebam di situ. Selamba juga
dia mengoyakkan kain yang dipakai oleh Qisha Delisa. Ada kesan luka dan lebam
di kaki dan paha.
“Tak guna punya
Farisya.” Wan Firaz bangun. Dia rasa ada benda hendak di selesaikan dengan
Farisya.
Pantas Qisha Delisa
membalutkan tubuhnya dengan selimut.
“Sayang jangan
takut... Abang keluar sekejap ye...” Wan Fariz mencium rambut Qisha Delisa dan
terus keluar dari rumahnya.
Dengan tenaga yang
masih bersisa, Qisha Delisa mengambil jaket labuh dan memakainya. Dia segera
memandu dan menuju ke rumah Qaseh. Kebetulan Qaseh pulang semalam dari Brunei.
“Qaseh! Qaseh!” Air
mata Qisha Delisa mengalir.
Shahril yang berada
di ruang tamu terkejut dengan jeritan Qisha Delisa.
“Kau tak payahlah nak
jerit-jerit depan rumah aku ni. Malam-malam buta macam ni...” geram Shahril.
Lantas dia membuka pintu.
“Qaseh...” panggil
Qisha Delisa lemah.
“Qisha!” Shahril
cemas melihat kain dan rambut Qisha Delisa yang tidak terurus. Tambahan pula
gadis itu rebah depan pintunya.
“Sayang! Sayang!”
jerit Shahril. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan.
“Apa dia abang...”
Qaseh sedang sibuk memasak di dapur. “Qisha!” tersentak dia melihat tubuh
kawannya bersandar di dinding rumah.
“Abang kenapa ni?”
“Tak tahu...”
“Abang angkat Qisha pergi
bilik tamu...”
“Tapi...” Shahril tak
pernah pegang perempuan lain selain isterinya.
“Angkat je. Ini kan
kecemasan. Tak kan la abang nak Qaseh yang angkat...” geram juga pada suaminya
yang malu tak kena tempat.
“Baiklah sayang...”
Shahril mengangkat tubuh Qisha Delisa dan menuju ke bilik tamu. Di letak
perlahan atas katil.
“Abang keluar dulu
ye....” arah Qaseh yang membawa segelas air.
“Baiklah!” Shahril
hanya mengikutnya.
“Qisha... Qisha...”
Panggil Qaseh perlahan.
“Qaseh!” pantas
tangan Qisha Delisa memeluk sahabat baiknya itu.
“Sabar Qisha. Kau
minum air ni dulu. Semoga kau tenang.” Pinta Qaseh. Qisha Delisa hanya mengikut
sahaja,
“Apa dah jadi ni
Qisha? Kau okey tak ni?” risau tengok keadaan sahabatnya ini.
“Abang Wan...”
“Kenapa dengan dia?”
“Dia nak rogol aku
Qaseh. Dia hampir nak menodai aku!” air mata Qisha Delisa mengalir.
“Kita kena report
polis ni...”
“Aku takut Qaseh. Aku
takut!”
“Dah! Jangan takut!
Aku ada...” Qaseh menepuk belakang Qisha Delisa. “Kau tidur dulu. Rehat ye.
Esok kita cerita lagi.”
“Terima kasih
Qaseh...”
“Sama-sama...”
Keesokkan harinya,
Qisha Delisa bangun dengan badan yang terasa sakit. Dia sedikit tenang.
“Qisha, minum air
ni....”
“Thank Qaseh....”
Qisha Delisa meneguk air tersebut.
“Qaseh, kalau dia
datang lagi kacau aku macam mana? Siapa nak selamatkan aku...” Qisha Delisa
keliru.
“Qisha...” Dia
sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
“Qaseh, aku tinggal
dengan kau je...”
“Tak boleh Qisha.
Shahril awal-awal dia dah cakap, dia tak suka orang luar datang duduk sekali dengan
dia...”
“Tapi kau
satu-satunya kawan yang aku ada...” Kecewa hatinya mendengar kata Qaseh. Dia
faham yang Qaseh sudah berkahwin. Mengikut kata suami adalah wajib.
“Shahril cadangkan
pada aku, kau kahwin la! Insya-Allah, suami kau akan lindungi kau...” nasihat
Qaseh.
“Kahwin? Dengan
siapa?”
“Kan kau ada beritahu
aku yang Hadif nak kahwin dengan kau.”
“Hadif?”
“Ya Hadif. Aku rasa
dia sesuai dengan kau. Walaupun dia seorang yang kuat memaksa tetapi aku tengok dia jaga kau
betul-betul berdasarkan cerita kau masa kau masuk hospital.”
Qisha Delisa terdiam.
Dia akui itu semua...
“Tapi...”
“Terserah pada kau
Qisha. Aku hanya mampu memberi cadangan. Kau yang akan buat keputusan tu. Sama
ada kau nak abang Wan terus ganggu kau atau terikat dengan seseorang yang akan
melindungi kau. Setahu aku, Datin Marissa pun suka kan kau. Jadi tak banyak
masalah jika kau kahwin dengan Hadif...”
“Aku...”
“Kau fikirlah Qisha.
Nanti keluar makan ye. Aku dah sediakan sarapan.”
“Terima kasih
Qaseh...”
P/s: janganlah amalkan tinggalkan kunci rumah dalam kasut ke? bawah pasu ke? kalau orang tahu tabiat kita ni...habis la....dulu keluarga saya suka amalkan tinggal kunci dalam kasut kat luar rumah hihihihi tapi sekarang tak la....bahaya tau...ingat tu...