Aku masih tak puas hati dengan cara si Hadif
mengenakan aku tadi di meja makan. Rasa mahu disekeh kepala mamat tak cukup
sifat tu. Geram sungguh... Qisha Delisa teringat peristiwa tersebut.
“Kenapa dengan rasanya?” Datin Marissa bertanya.
Pelik dengan sikap anaknya itu.
“Qisha, kau masukkan apa dalam gulai telur
ni?” soal Hadif Fayyadh dengan seriusnya.
“Masukkan telurlah...” jawab Qisha Delisa
selamba walaupun hatinya berdebar kencang. Aku dah lama tak memasak ni. Rasa tangan
ni keras sikit tapi resipi mak selalu aku ingat.
“Telur ayam ke telur itik?” soal Hadif
Fayyadh lagi.
“Telur ayam la. Rumah kau ni mana ada telur
itik...” Geram pula Qisha Delisa rasakan. Hadif Fayyadh seperti mahu mengenakannya.
“Hadif, kamu jangan nak menghina makanan. Mama
makan, rasanya sedap je...” Datin Marissa membela nasib Qisha Delisa.
Qisha Delisa rasa terharu. Inilah kali
pertama dia menyokong kata Datin Marissa.
“Mama, Hadif tak kata tak sedap. Cuma Hadif
nak tanya resipi je. Sedap sangat! Boleh jadi isteri Hadif dah si Qisha ni,
mama...”gedik Hadif Fayyadh.
“Betul ke ni? Mama lagi gembira jika Hadif
kahwin dengan Qisha.” Datin Marissa tersenyum sampai ke telinga.
Ini yang tak sedap didengar. Baru je aku nak
jadi penyokong tetap mak cik kecik ni tapi jadi macam ni pula.
Qisha Delisa diam dan teruskan makan. Lebih
baik makan daripada melayan dua beranak yang kadang-kadang tak betul.
“Qisha!” jerit Datin Marissa membuatkan
ingatannya pada makan tengah hari menghilang. Dia sudah lama bersiap.
“Ya, mak cik!”
“Dah siap ke? Hadif tunggu kat kereta tu.”
“Ya, mak cik! Saya datang ni...” Bergegas
Qisha Delisa keluar dari bilik dan menuju ke luar rumah. Pakaiannya sudah di
letak dalam beg kertas.
Sebaik sahaja Qisha Delisa tiba, mereka
berdua terus pergi selepas bersalaman dengan Datin Marissa.
Dari jauh Qisha Delisa sudah dapat mendengar
kemeriahan perkahwinan kawan Hadif Fayyadh yang dibuat di dewan sebuah hotel. Majlisnya
nampak mewah.
“Ada bawa kad jemputan?” soal perempuan yang
menjaga kaunter sebelah pintu masuk.
“Ada...” Hadif Fayyadh menghulurkan sekeping
kad.
“Nama tuan ada. Boleh tak beritahu nama
pasangan Tuan...” pinta perempuan itu lagi.
“Qisha Delisa Binti...” belum sempat Hadif
Fayyadh menyebut nama penuh Qisha Delisa, kata-katanya sudah dipotong.
“Tak payah Binti la. Adik, tulis jer Qisha
Delisa.” Pangkah Qisha Delisa. Dia benci pada ayahnya. Jadi tak perlulah nama
itu disebut.
“Baiklah! Tuan Puan boleh masuk ke dalam.”
Perempuan itu akur sahaja.
“Kau ni suka pangkah aku ye?” tanya Hadif
Fayyadh. Dia merenung tajam pada mata Qisha Delisa. Geram sungguh dengan minah
ini.
“Suka hati aku la. Kau yang ajak aku datang
sini tapi banyak songgeh pula. Aku cau, baru kau tau,” ugut Qisha Delisa. Geram
pula yang dirasainya.
“Eh, Qisha! Janganlah sayang. Kau teman aku
pun, aku dah bersyukur. Rasa nak buat sujud syukur sekali.” Manja Hadif
Fayyadh.
“Sujud Syukur? Kau sembahyang gak ye?
Ingatkan tau play je.” Sinis Qisha Delisa. Patutlah di rumah tadi aku nampak si
Hadif ni sembahyang dan aku juga tak pernah tengok dia pergi disko. Mungkin playboynya
takat belanja perempuan shopping dan makan je kot.
“Play pun ada Pause. So, masa pause la kita
buat ibadah.” Hadif Fayyadh tersengih. Pandai pula aku jawab. Insaf sekejap.
Sembahyang tak pernah lengkap. Tadi pun mama yang suruh. Kalau tak, aku tidur
tak ingat dunia! Aduh!
“Oh, macam tu pula.”
“Kau jangan mengata aku. Kau dan aku sama je.
Kau tu sembahyang ke? Seksi bukan main lagi ni. Syukur mak aku belikan jubah. Kalau
tak, mesti kau tak pernah pakai macam ni kan?” Giliran Hadif Fayyadh pula
sinis.
“Aku? Aku tak sembahyang pun...”Selamba Qisha
Delisa berkata. Dirinya terlalu banyak dosa yang di buat. Benarkan lelaki
sentuh tangannya, berpakaian seksi. Dia rasa dirinya tak layak untuk menerima
semua kebaikkan dari yang Maha Esa.
“Termenung pula! Dahlah! Aku nak perkenalkan
kau pada pengantin hari ni.” Hadif Fayyadh tarik tangan Qisha Delisa. Dia tidak
mahu merosakkan mood cerianya ini.
Mereka berdua masuk ke dalam dewan. Memang sah
minah ni kaya. Tak apa Qisha, aku akan buat kau merana sebab mainkan cinta aku.
Kau, Qisha yang aku cintai selama ini tapi kau tipu aku. Nama palsu yang kau
guna itu sangat menyakitkan hati aku. Tapi aku bersyukur kerana tidak berkahwin
dengan penipu macam kau!
“Aku dengar mak cik kata, ini perkahwinan
kekasih kau yang nama Qisha, betul ke?” soal Qisha Delisa. Merosakkan nama baik
gadis bernama Qisha je minah ni. Okey. Aku nak tengok sama ada aku atau dia
yang lebih cantik.
“Mama ni memang tak boleh simpan rahsia.” Hadif
Fayyadh sedikit marah. “Ya, dia kata namanya Qisha tapi rupa-rupanya nama
sebenarnya ialah Tengku Farisya Adilla. Anak Datuk Darwish. Eh baru aku ingat,
nama ayah kau pun Darwish juga kan?”
“Diamlah kau!”
p/s: marah pula si Qisha ni...lor kenapa marah? betul ke nama ayahnya darwish...tak lama lagi kisah keluarga qisha akan terbongkar...yeke? nantikan bab seterusnya....