Bab17
Qisha Delisa masih
tidak mengerti dengan air muka Hadif Fayyadh yang tiba-tiba serius. Baik aku
keluar dari bilik ni. Mengamuk tiba-tiba ni buat aku rasa seram sejuk. Mana
pergi senyuman yang sentiasa ikhlas tiap kali memandang aku tu?
Dia berdiri dan ingin
keluar dari bilik tersebut.
“Qisha, kau
jangan...” geram Hadif Fayyadh lantas menyambar lengan Qisha Delisa. Matanya
memandang tepat ke dalam mata isterinya. Hatinya berdebar hebat dengan apa yang
mengganggu fikirannya sebentar tadi.
“Jangan apa?” soal Qisha
Delisa. Bertambah keliru dibuatnya. Dia menarik lengannya yang dipegangg itu.
“Qisha!” marah Hadif
Fayyadh. Dia tidak akan sesekali lepaskan pegangan itu.
“Hadif!” Qisha Delisa
pun tak boleh sabar. Sesedap hati sahaja tinggikan suara. Lepas tu main
pegang-pegang pula.
“Qisha!” lawan Hadif
Fayyadh lagi.
“Hadif!” Qisha Delisa
pun tidak mahu mengalah.
Mata mereka saling
berpandangan. Merenung satu sama lain sehingga mereka puas.
“Kau dengar sini! Kau
jangan sesekali fikir yang kau boleh tinggalkan aku selepas kahwin dengan aku.”
Hadif Fayyadh geram. Dia masih merenung tajam.
“Apa?” Qisha Delisa terkesima.
Akhirnya dia menarik nafas lega. Ingatkan apa la tadi. Suka buat gempak la si
Hadif ni. Dia buat muka selamba.
“Qisha!” Kini suara Hadif
Fayyadh bertukar lembut. Dia benar-benar risau yang Qisha Delisa akan
meninggalkannya nanti. Dia sayang sangat pada isterinya. Dia nikahi Qisha
Delisa dengan rasa ikhlas dan cinta. Bukan semata-mata game love. Dia mahukan
isterinya menjadi isteri dalam kata erti sebenar.
“Hadif, dengar sini!”
Giliran Qisha Delisa pula berkata-kata. Dia mencengkam bahu Hadif Fayyadh
dengan dua tangannya.
Hadif Fayyadh terkaku
seketika. Tak pernah pula Qisha Delisa memperlakukannya seperti itu.
“Aku tak kan
tinggalkan kau. Kau kan dah janji akan lindungi aku sehingga hujung nyawa kau.
Tak kan aku nak tinggalkan penyelamat aku kan?” Qisha Delisa mengerakkan
keningnya. Turun naik. “Betul kan?” Dia tersenyum. Sebenarnya hatinya sedikit
tenang apabila mengetahui perkara sebenar.
“Betul ke ni?” Hadif
Fayyadh benar-benar terkejut. Betul ke yang Qisha Delisa tidak akan
tinggalkannya? Dia bersyukur.
“Betullah. Kau ingat
kahwin ni perkara buat main.” Qisha Delisa meleraikan pegangannya.
“Yelah! Inikan
perkahwinan pertama. Mesti kita akan cuba kekal kan?” Hadif Fayyadh rasa
tenang. Dia sebenarnya baru terfikir apabila lepak tepi kolam tadi. Bimbang
Qisha Delisa akan tinggalkan dia selepas dia berjaya singkirkan Wan Firaz dalam
hidup isterinya.
“Ya... Mestilah! Ini
perkahwinan pertama...” Qisha Delisa sedikit tergagap. Entah mengapa hatinya
jadi tidak sedap pula mendengar ayat Hadif Fayyadh.
“Baguslah macam tu!”
lantas Hadif Fayyadh memeluk isterinya.
“Eh, tak payahlah
peluk! Aku... Aku nak pergi minum air kejap. Kau tidur la dulu.” Qisha Delisa
menolak tubuh Hadif Fayyadh dan terus berlari ke dapur.
Nasib baik lepas.
Selepas minum, dia
lepak di tepi kolam. Tenang sahaja tengok kolam itu. Tiba-tiba ingatan lalu
mengganggu fikirannya.
“Lepaskan aku! Aku
tak nak kahwin dengan kau!” Qisha Delisa menolak Wan Firaz. Lelaki itu terlalu
memaksanya.
Memang dulu dia
menyukai Wan Firaz. Tetapi sejak mengetahui yang Wan Firaz ini sudah berkahwin.
Terus hilang hormatnya. Tambahan pula isterinya, Julia, memang tidak
menyukainya. Susahlah hidupnya selepas ini.
“Kenapa? Sebab aku
dah kahwin? Tak apa la. Kau jadi bini aku nombor dua!”
“Noway!” marah Qisha
Delisa. Sejak itu dia mula melarikan diri dari lelaki itu.
Kenapa aku boleh
terlibat dengan kehidupan Wan Firaz. Qisha Delisa merenung lagi air kolam itu.
Mujur ada Hadif. Kalaulah dia tak ajak aku kahwin, pasti setiap hari lelaki itu
akan ganggunya. Dahlah! Tidur lagi bagus!
Qisha Delisa menuju
ke biliknya.
“Eh, dah tidur si
Hadif ni?” Segera dia memadamkan lampu. Dia lebih selesa tidur dalam keadaan
gelap. Dia berbaring sebelah Hadif Fayyadh. Kepalanya penat. Sebelum matanya
hampir terlelap, dia sempat menatap wajah Hadif Fayyadh.
Rambut itu dibelai
dengan tangannya.
Ish, tak kan aku suka
pada Hadif? Tapi tak salah kalau aku suka pada Hadif. Lagi pun dia lebih baik
dari Wan Firaz. Nampak je muka suci tapi perangai macam apa. Kalau Hadif lain
la... Baik je dengan aku. Cuma bahasa tu kasar sangat.
Hati Qisha Delisa
terus berbicara.
Tanpa dia sedari, dia
semakin rapat dengan pembaringan Hadif Fayyadh.
Si Hadif ni ada bibir
yang cantik. Bila dia senyum tu. Hati mana-mana perempuan pasti tergoda.
Patutlah layak jadi playboy. Ada ciri-ciri menggoda rupanya.
Tangan Qisha Delisa
merayau tubuh Hadif Fayyadh.
Aku ni dah lebih ni?
Baik tidur...
Qisha Delisa
berpaling dari terusan menilik wajah suaminya. Baru sahaja mata terpejam, dia
terasa ada tangan memeluk pinggangnya.
Hadif? Dia belum
tidur lagi? Jadi, maknanya dia perasan apa yang aku buat tadi? Muka Qisha
Delisa mula terasa hangat. Dia malu.
Di sebabkan terlalu
malu. Dia hanya kaku dalam pelukan Hadif Fayyadh sehingga esok.
Pagi itu, dia bangun
terlebih dahulu dan sibuk memasak. Hari ini Dato Darwish nak datang. Dia tidak
sabar menanti ayahnya itu datang.
“Awal bangun...” sapa
Hadif Fayyadh. “Mesti lena gila sebab tidur dalam pelukan suami kan?” usiknya.
Qisha Delisa
tersenggih. Dia termalu.
“Eh, kenapa ayah tak
sampai lagi!” Dia tidak menyentuh apa-apa makanan pun. Dia mengharap ayahnya datang
makan bersama.
Jam menunjukkan pukul
10 pagi. Dato Darwish masih tidak muncul lagi. Sengaja Qisha Delisa menunggu di
pagar.
“Qisha, udahlah tu!
Ayah tak kan datang?” kata Hadif Fayyadh. Dia kasihan melihat Qisha Delisa
menunggu seperti itu. Dengan tidak makan apa-apa pun.
“Qisha tunggu ayah.
Qisha call ayah tapi tak dapat.” Qisha Delisa menjadi lemah. Harapannya terlalu
tinggi. Air matanya mengalir.
“Janganlah menangis.
Jom kita masuk dan makan ye...” pujuk Hadif Fayyadh.
Qisha Delisa
mengalah.
Tanpa mereka berdua
sedari, Dato Darwish ada berhampiran rumah itu. Dia menyorok di sebalik pokok.
Dia dapat mendengar dengan jelas perbualan anak perempuannya dengan menantu.
“Maafkan ayah
Qisha...”
******
Qisha Delisa masih
termenung. Selepas makan, dia duduk di tepi kolam sambil merendamkan kakinya.
Walaupun cuaca panas tetapi air itu masih kekal sejuk dan dingin. Selesa
sangat.
“Termenung!” sapa Hadif
Fayyadh. Dari jauh dia nampak wajah isterinya yang sedang memikirkan sesuatu.
“Tak la...” Qisha
Delisa memandang Hadif Fayyadh yang berdiri di sisinya. Kemudian, dia kembali
memandang air kolam.
“Jom kita pergi honeymoon.”
Spontan Hadif Fayyadh berkata. Dia memandang Qisha Delisa. Ingin sekali melihat
air muka isterinya.
Qisha Delisa sedikit
terkejut.
“Aku tahu kita kahwin
ni tak macam pasangan suami isteri yang lain tapi aku nak bawa kau jalan-jalan.
Nak tak?” pujuk Hadif Fayyadh lagi. Kalau boleh dia mahu isterinya setuju.
“Boleh juga...” Tanpa
berfikir panjang, Qisha Delisa bersetuju. Sudah lama aku tidak melancong.
“Kau nak ke mana?” Hadif
Fayyadh mula teruja. Persetujuan isterinya membuatkan hatinya gembira. Terima
kasih Qisha gembirakan aku.
“Aku? Aku tak kisah.
Asalkan tempat itu dapat tenangkan jiwa aku, aku tak kisah.” Qisha Delisa
tersenyum.
“Dalam Malaysia je
boleh tak? Memandangkan cuti aku pun tak banyak mana. Isnin depan dah nak kerja
semula.”
“Boleh je...”
“Kita ke Cameron nak
tak? Sebab sini yang paling dekat.” Cadang Hadif Fayyadh. Pasti Qisha Delisa
suka.
“Cameron?”
Qisha Delisa sedikit
terkejut. Cameron?
p/s: lor kenapa Qisha ni terkejut sangat... Kenapa Cameron? dia suka atau tak ni? blur di buatnya...tunggu sambungannya...