Sakit pula hati Hadif Fayyadh dengan tindakan
Qisha Delisa yang tiba-tiba lari. Aku baru rasa seronok tengok muka Farisya
yang sedang mengamuk itu. Baru tenang hatinya. Tapi...
“Siapa yang dah muncul?” Sejarah silam Qisha
Delisa sangat menarik perhatiannya. Hatinya terus rasa cemburu dengan lelaki
yang mengenali Qisha Delisa.
“Kau diam!” Qisha Delisa menundukkan
wajahnya. Semua kenangannya bersama Wan Firaz berputar hebat dalam fikirannya.
Cukup menyakitkan hati tetapi dia tidak mampu untuk membalas semua perbuatan
lelaki yang tidak menghargainya langsung.
Pantas Qisha Delisa mengelap air matanya. Aku
kena kuat!
“Aku tak kan diam! Kemunculan lelaki tu dah
rosakkan mood kau. Tambahan pula kau panggil dia ‘abang’. Dengn aku tak pernah
pula panggil begitu.” Nada Hadif Fayyadh penuh dengan rasa cemburu.
“Kau diam!” makin tinggi suara Qisha Delisa.
“Aku tak kan diam selagi kau tak cerita!”
geram Hadif Fayyadh. Dari tadi aku kena tengking. Sekarang giliran kau pula kena
tengking.
“Ikut aku sekarang ni!” Dia tarik lengan
Qisha Delisa supaya berdiri.
“Jangan sentuh aku!” geram Qisha Delisa.
“Aku nak sentuh kau ke? Nak cium kau ke? Aku peduli
apa. Janji aku tahu kisah kau dan dia!” Hadif Fayyadh tidak pedulikan semua
itu.
“Aku tak akan cerita... Kau faham tak!” Qisha
Delisa lebih suka kalau dia tidak naik kereta yang sama dengan Hadif Fayyadh. Dia
jalan terus sahaja.
Hati Hadif Fayyadh makin panas. Minah ni!
“Kau nak ke mana?”
“Baliklah!”
“Balik dengan aku!”
“Aku tak nak balik dengan kau!”
“Tak boleh! Kau pergi dengan aku, jadi balik
pun kena dengan aku!” lagi sekali lengan Qisha Delisa ditariknya dan masuk ke
dalam kereta.
Qisha Delisa tidak sempat mahu menarik
tangannya semula.
Sepanjang mereka di dalam kereta hanya
kesunyian sahaja yang menemani mereka. Tiada seorang pun bercakap.
Akhirnya kereta itu berhenti di sebuah
tempat. Rumah Hadif Fayyadh rupanya.
“Kenapa ni?” Datin Marissa keluar di halaman
rumah. Pelik kerana mereka berdua pulang awal sangat.
“Mama... Mama masuk dulu. Hadif ada benda nak
cakap dengan Qisha. Masuk dulu ya...” Wajah Hadif Fayyadh serius.
“Baiklah...” Datin marissa terus masuk
apabila melihat air muka anaknya. Tak pernah aku tengok anak aku serius macam
ni. Baik jangan campur.
“Kau duduk sini dan sekarang, ceritakan pasal
lelaki yang kau panggil ‘abang’ tu...” desak Hadif Fayyadh. Disebabkan panggilan
abang itu membuat dia gila mendesak seperti ini. Dia benar-benar cemburu.
“Aku cakap aku tak nak cerita.”
“Cerita gak!”
“Kau siapa sampai aku kena ikut arahan kau. Kau
tak ada kena mengena dengan aku...” Kasar Qisha Delisa.
Hadif Fayyadh tersentak. Rasa sakit pula hati
aku dengar kata-kata minah ni...
“Kalau kau tak cerita, aku sendiri akan paksa
kau kahwin dengan aku...” lancar kata-kaat Hadif Fayyadh. Dia sendiri tidak
menyangka yang dia akan mengeluarkan kata-kata yang begitu. Matanya merenung
tepat ke mata Qisha Delisa.
Sebentar tadi dia melihat air mata Qisha
Delisa mengalir. Yelah! Seumur hidup aku, aku tak pernah tengok minah ni
menangis. Dalam hidupnya shopping, lelaki, seksi dan makan. Itu sahaja. Kalau tak
ada kerja nak dibuat, dia akan pergi melawat butik kesayangannya itu.
Tanpa Hadif Fayyadh sedari, seluruh hidup dan
sikap Qisha Delisa dia sudah tahu. Dia tahu segala-galanya kecuali masa silam
gadis ini. Lagi sepanjang dia mengenali gadis itu, semua lelaki yang dia suka,
aku kenal. Cuma seorang je tak kenal...yang baru muncul tadi. Geram pula aku
rasa.
Qisha Delisa rasa pelik sebab Hadif Fayyadh
diam begitu lama dan merenung wajahnya. Dia benar-benar rasa tidak selesa.
“Oi, Hadif!” panggil Qisha Delisa.
“Hey! Aku tak pekak lagi!” marah Hadif
Fayyadh. Sakit telinganya.
“Aku tengok kau macam dah pergi dunia lain
je...” kata Qisha Delisa. Walaupun dia rasa sakit hati dengan kemunculan Wan
Firaz tetapi Hadif Fayyadh dan keluarganya banyak membantu semasa dia susah. Itu
menjadi punca mengapa dia selalu bersama mereka. Selagi mereka tidak memaksanya
melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Cuma satu perkara sahaja dipaksa iaitu
berkahwin dengan anak mereka.
Itu tak akan terjadi la. Walaupun dalam
mimpi...
“Dahlah Qisha. Jangan nak ubah topik. Aku tahu
lelaki tu pernah hancurkan hati kau kan?” Hadif Fayyadh meneka.
Qisha Delisa mengeluh. Dia menarik nafas
panjang. Perlukah dia memberitahu hal sebenar pada lelaki di hadapannya...?
“Qisha... Kau boleh percayakan aku...” pujuk Hadif
Fayyadh lagi.
“Baiklah! Betul! Lelaki tak guna tu dah
rosakkan hidup aku!” geram Qisha Delisa. Tiba-tiba rasa mahu marah apabila soal
Wan Firaz dibicarakan.
“Dia rogol kau ke!” tersentak hati Hadif
Fayyadh dengan andaian yang dibuatnya.
“Tak...”
“Dia bunuh mak kau?” tekanya lagi...
“Tak... Kau ni, jangan over sangat boleh tak?”
geram pula Qisha Delisa.
“Dah kau lambat sangat bagitau. Aku buat
kesimpulan sendiri la...” Hadif Fayyadh juga geram.
“Dia permainkan cinta aku, Hadif. Bagi aku
perhubungan cinta ini sangat suci. Dulu aku tak macam ni. Aku seorang gadis
yang ceria dan sopan santun orangnya. Macam mama kau. Hidup aku tenang sahaja
sebelum kehadirannya. Selepas dia muncul dalam kamus dairi aku, dia memusnahkan
segalanya. Dia buat aku jatuh cinta pada dia dan selepas itu, dia tinggalkan
aku seperti orang yang tak ada harga diri. Tak ada hati dan perasaan.” Air mata
Qisha Delisa mengalir. Dia meyentuh dadanya. Rasa sakit di dalamnya. Hati yang
terluka.
“Qisha...” Terdiam Hadif Fayyadh mendengar
kisah silam cinta Qisha Delisa.
“Sejak itu, aku nekad... Lelaki hanya tahu
ambil kesempatan. Melalui kecantikan aku... Keseksian aku... Aku boleh
melukakan hati mereka pula!” Itulah yang menjadikan dia seperti sekarang.
“Kau silap Qisha! Cara kau ni dah salah!” Hadif
Fayyadh rasa sedih tetapi dia rasa lebih sedih jika Qisha jadi begini disebabkan
seorang lelaki dan dia memusnahkan hati ramai lelaki.
“Kenapa pula?”
“Kau tak adil Qisha. Macam mana pula kalau
lelaki itu betul-betul nak jadikan kau isterinya.”
“Macam mana pula kau? Kau playboy. Mainkan perasaan
perempuan yang benar-benar sukakan kau dengan harapan kau jadi suaminya...”
Giliran Hadif Fayyadh pula terdiam. Baru dia
sedar. Diri sendiri pun lebih kurang sahaja.
“Kita ni sama sahaja...” Pergaduhan mereka
berlanjutan.
“Kalau kita sama, kita kahwin aje la...”
spontan Hadif Fayyadh berkata.
“Mama setuju...” sampuk Datin Marissa.
“Mak cik... Saya balik dulu ya...” pantas
Qisha Delisa bersalaman dengan Datin Marissa dan berlalu pergi ke kereta Hadif
Fayyadh.
Hadif Fayyadh terkedu.
“Cepatlah Hadif! Hantar aku balik!”
Nak pula minah ni naik kereta aku. Tadi bukan
main tak nak... Pantas dia berlari ke arah kereta dan menghidupkan enjin.
“Mama, Hadif pergi hantar Qisha kejap ye...”
“Okey...” Datin Marissa hanya melihat kereta
anaknya yang semakin menghilang.
P/s: harap kali ni
panjang....panjang la juga...semoga terhibur membacanya...kali ni macam
serius sikit....berkedut 14 muka cik penulis menaip babak gaduh dengan
muka serius hihihi apa dah jadi ni?? mama Hadif tak habis2 nak kahwinkan
mereka berdua..adakah mereka akan berkahwin??? hmmm....