Hadif Fayyadh terus
mencapai tangan Qisha Delisa sebaik sahaja mereka masuk dalam shopping Complex.
Digenggam erat tangan tersebut.
Qisha Delisa hanya
membiarkan sahaja. Itu salah satu dalam game love. Dia termenung. Sempat dai
menjeling Hadif Fayyadh yang asyik sekali berjalan memimpin tangannya.
Tiba-tiba fikirannya
melayan pada Wan Firaz.
Lelaki itu tidak
pernah pegang tangannya begini. Katanya malu. Tambahan pula kalau Julia ada
bersama. Lelaki itu akan bersifat dingin.
“Qisha, pegang untuk
aku!” Julia berkata.
“Baik puan.”
“Abang, kita nak
pergi mana ni?” Julia berkata manja.
Wan Firaz tersenyum.
Betapa sakitnya hati
melihat kemesraan lelaki yang dicintai bersama perempuan lain. Sedangkan dia
kini di anggap sebagai orang gaji di situ.
“Abang, saya nak ke
depan sana kejap!” kata Julia menuju ke satu sudut pakaian.
Wan Firaz berdiri di
sisi Qisha Delisa. Dia berbisik sesuatu.
“Cukuplah abang.
Abang dah ada perempuan abang. Jangan kacau saya, boleh tak? Kalau bukan kerana
papa, saya tak kan berada di sini atau di rumah abang.” Qisha Delisa cuba
mengelak.
“Kau tetap milik aku!”
“Saya ada perasaan,
abang. Jangan buat saya macam ni!”
“Aku tak peduli. Kau tetap
milik aku selamatnya.”
Rambut Qisha Delisa
dibelainya sebelum dia meninggalkannya di situ dan menuju ke arah Julia.
“Qisha!” panggil Hadif
Fayyadh.
Qisha Delisa
tersentak. Hilang terus ingatan tentang Wan Firaz.
“Kenapa?”
“Termenung jauh. Fikirkan
siapa?” soal Hadif Fayyadh.
“Tiada sesiapa pun.” Balas
Qisha Delisa.
“Okey...” Hadif
Fayyadh membiarkan sahaja. Dia menggenggam tangan Qisha Delisa lebih erat.
Qisha Delisa mula
rasa cemas dengan sentuhan Hadif Fayyadh.
“Kau memang cepat
geli bahagian leher dan pinggang kan?” soal Qisha Delisa.
“Bolehlah. Tambah-tambah
kalau tak sedia. Lagi cepat deria tu aku rasa.” Hadif Fayyadh menjawab. Dia pelik
kerana isterinya bertanya. “Kau tak geli ke?”
“Cuba test...”arah
Qisha Delisa.
“Okey...” serentak
itu Hadif Fayyadh mencuit pinggang Qisha Delisa tetapi gadis itu selamba. Dia mencuit
leher isterinya pula. Tetapi selamba.
“Tak geli pun...” Hadif
Fayyadh berkata.
“Kalau bersedia, tak
geli la.” Qisha Delisa berkata.
“Oh, macam tu. Eh,
Qisha! Kau tengok ni baju ni. Cantik tak?” Hadif Fayyadh tunjuk baju yang di
letakkan dalam sebuah kaca. Elok terletak di batang tubuh patung perempuan.
“Baju ni cantik.”
Qisha Delisa menghampiri butik tersebut. Baju itu di renung sedalamnya. Dia memang
suka kalau dapat melihat fesyen-fesyen baru dan cantik.
Qisha Delisa fokus
pada jahitan kain baju tersebut.
Serentak itu, Hadif
Fayyadh mencuit pinggang Qisha Delisa di saat gadis itu leka melihat pakaian
tersebut.
“Opocot!” terkejut
Qisha Delisa. Dia memandang Hadif Fayyadh. Geram! Rupanya suaminya ada
agendanya sendiri.
“Geli tu!” Hadif
Fayyadh tersenyum. Dia gembira dapat kenakan Qisha Delisa.
“Kadang-kadang je tak
geli. Tapi kawan saya ada ajar cara tak geli. Macam tadi. Saya tak geli pun
kan.”
“Macam mana tu?” Hadif
Fayyadh ingin tahu.
“Kita kena set dalam
fikiran yang ia tidak geli. So kita akan dapat bertahan lebih lama.” Ajar Qisha
Delisa.
“Ye ke? Boleh caya
ke?” Hadif Fayyadh tidak percaya. Tak kan semudah itu.
“Cuba kau try...”
pinta Qisha Delisa.
“Okey...” Hadif
Fayyadh cuba kosongkan fikiran dan fokus yang ia tidak geli.
Serentak itu Qisha
Delisa mencuit pinggang suaminya. Tiada tindakkan balas pun. Selepas itu dia
mencuit untuk kali kedua. Barulah Hadif Fayyadh rasa geli.
Hadif Fayyadh mula
mengelak. “Cukuplah tu!” Dia tersenyum kegelian.
“Tau pun...”
“Okey! Okey! Aku
percaya. Nanti aku biasakan.” Hadif Fayyadh berkata.
“Kita datang sini,
buat apa?” soal Qisha Delisa.
“Membeli-belah la...”
“Nak beli apa?”
“Baju pejabat yang
baru...”
“Bukan baju yang lama
masih boleh pakaikan?” soal Qisha Delisa lagi sekali.
“Biarlah saya nak
beli. Bukannya selalu.” Kata Hadif Fayyadh. Dia teruja melihat pakaian kerja
yang pelbagai gaya.
“Bosan la!”
“Eh, tadi teruja. Ini
bosan pula.” Pelik Hadif Fayyadh. Bukan ke perempuan suka bershopping. Ini macam
malas je.
“Bosan la sebab semua
pakaian lelaki.”
“Kau tunggu kat sofa
tu. Nanti dah siap, aku panggil kau.”
“Okey...”
Hadif Fayyadh menunggu
Qisha Delisa yang pergi ke tandas. Katanya sakit perut. Nasib baik
barang-barang yang hendak di belinya sudah penuh di tangan.
“Hey...” Tiba-tiba
seseorang menegurnya.
“Wan Firaz...”
terkejut Hadif Fayyadh dengan kehadiran lelaki itu.
“Kau ceraikan Qisha
sekarang!” Wan Firaz berkata. Dia menarik kolar baju Hadif Fayyadh dan menarik
ke satu sudut yang agak sunyi.
Barang-barang Hadif
Fayyadh ditinggalkan di situ.
“Aku dah lama tak
puas hati dengan kau. Aku tahan je tau!” geram Hadif Fayyadh pula. Sikap Wan
Firaz yang talam dua muka benar-benar menyakitkan hati.
“Jadi, kau dah tahu
aku siapa? Tunggu apa lagi! Lepaskan Qisha! Aku nak kahwin dengan dia!” jerit
Wan Firaz kasar.
“Dia isteri aku. Mana
mungkin aku ceraikan dia!” Balas Hadif Fayyadh. Sikit pun dia tidak takut
dengan ugutan Wan Firaz.
Tiba-tiba satu
tumbukan padu mengenai perut Hadif Fayyadh.
“Argghh!” Hadif
Fayyadh mengaduh kesakitan. Perutnya terasa senak.
“Hari ni aku tumbuk
perut kau. Esok lusa mungkin perut yang aku tumbuk tu berlubang pula.” Wan
Firaz mengeluarkan pisau.
“Firaz!” jerit Qisha
Delisa. Terkejut dia melihat kejadian itu.
Serentak itu Wan
Firaz menikam perut Hadif Fayyadh dengan pisau tersebut.
“Hadif!” jerit Qisha
Delisa.
p/s: tiba-tiba wan firaz jadi gila kan???hmmm kasihan...tunggu bab seterusnya..