Melihat Qisha Delisa
terjatuh dalam kolam membuatkan gadis itu tenggelam timbul membuatkan dada Hadif
Fayyadh bergetar hebat. Pantas dia terjun ke dalam kolam menyelamatkan si gadis.
Qisha Delisa pula
rasa ilmu yang dipelajari sebentar tadi hilang sekali mata. Dia mula hilang
kawalan apungan diri. Kakinya dan tangannya tidak bergerak dengan sebetulnya. Ketakutan
mula menguasai benak fikirannya.
Ya Allah. Aku berserah
kepada-Mu. Dia semakin tenggelam! Tangan terkapai-kapai. Berusaha mengapungkan
badannya ke permukaan tetapi tidak berjaya.
Tiba-tiba tangannya
di tarik seseorang dan dibawa ke tepian.
Qisha Delisa
terbatuk-batuk. Dia ternaring keletihan. Mujur tidak lemas tetapi makin lama,
makin berat matanya. Akhirnya dia pengsan.
“Qisha!” panggil Hadif
Fayyadh kerisauan.
Apabila Qisha Delisa
tersedar, dia memerhati sekeliling.
Syukur Hadif
selamatkan aku. Aku juga bersyukur pada Allah kerana masih memberi peluang
kepadanya untuk terus hidup di muka bumi ni.
“Hadif...” Dia
menyebut nama itu.
“Qisha, kau dah
selamat...” kata-kata Hadif Fayyadh terngiang-ngiang.
“Qisha...” Datin
Marissa menghampiri menantunya.
Qisha Delisa lelap. Dia
tidak sedarkan diri lagi.
Beberapa seketika,
dia tersedar dari lenanya. Kepalanya pening.
Baru hari kedua dia
menjadi isteri Hadif Fayyadh, macam-macam sudah berlaku. Tiba-tiba teringat
kali pertama berjumpa dengan Hadif Fayyadh beberapa tahun yang lalu.
*****
Qisha Delisa berlegar-legar di lobi hotel. Dia
sedang menunggu seseorang. Ini kali pertama dia masuk pertandingan fesyen ini.
Puas duduk di lobi, dia masuk ke dalam dewan besar. Ketika itu, dia dapat
melihat ramai orang sedang sibuk mengurus segala kelengkapan dewan besar itu
supaya cacat cela dalam majlis fesyen nanti tidak berlaku.
Pandangannya
berpindah ke satu pentas panjang di mana para peragawan dan peragawati akan
berjalan dan menunjukkan rekaan fesyen masing-masing. Terdapat 30 orang pereka
fesyen bertanding. Tema rekaan untuk pertandingan kali ini ialah pakaian lelaki
untuk ke majlis formal.
Dia semakin cemas.
Qisha Delisa menyekat
langkah seorang sahabatnya yang menjadi urussetia di situ. Dia memegang senarai
nama peserta.
“Lisa, semua peserta
dah ada ke?”
“Dah ada Qisha. Kau
seorang je. Mana model kau?” Lisa juga bimbang dengan sahabatnya ini. Walaupun dia
baru mengenali Qisha tetapi gadis itu ada bakat yang terpendam.
“Ini yang aku risau. Si
Kamal ni tak sampai lagi...” Qisha Delisa gelisah. Matanya meliar memandang
sekeliling. Mungkin Kamal sudah sampai.
“Baik kau cari
penganti. Mungkin Kamal tak dapat datang. Ada sejam lagi untuk kau bersiap.” Nasihat
Lisa.
“Lisa, tolong aku
Lisa. Kau ada kawan lelaki yang free tak sekarang ni?”
“Maaf, Qisha. Bukan aku
tak nak tolong kau. Hari ni semua sibuk. Kau usaha la cari ya. Sorry...” Lisa
meninggalkan Qisha Delisa sendirian. Dia benar-benar sibuk dan tidak dapat
membantu. Cuma dapat memberi nasihat.
“Last aku call kau,
Kamal!” Qisha Delisa memandang telefon bimbitnya. Dia mengedail nombor telefon
Kamal.
“Qisha...” Kamal
menjawab juga panggilan itu.
“Wei, Kamal! Kenapa kau
tak sampai lagi...”
“Qisha, aku sakit
perut. Dah 5 kali ulang alik masuk tandas ni. Rasa tak larat dah ni. Kau cari
orang lain la...” kata Kamal.
“Mudahnya kau cakap. Aku
nak cari siapa? Kau hantar wakil kau sekarang. Kalau tak, aku minta ganti rugi.”
“Okey! Nanti dia cari
kau! Aku tak tahan ni!”
Tut... Tut... Tut...
Talian terputus.
Qisha Delisa
mengeluh. Dia menanti dengan sabar lelaki yang akan mengantikan tempat Kamal.
“Qisha Delisa?” tegur
seorang lelaki.
“Ya...”
“Saya Hadif Fayyadh. Kawan
Kamal...”
Wajah Qisha Delisa
ceria kembali. Lelaki ini sangat sempurna baginya berbanding Kamal yang
kulitnya sedikit gelap. Ini putih sedikit.
“Bagus! Mari! Kita
dah lambat!” Selamba Qisha Delisa menarik tangan Hadif Fayyadh ke belakang
pentas.
“Kau pakai baju
ini...” Qisha Delisa mula cemas. “Cepat!” arahnya sambil tangannya ingin
membuka baju lelaki itu. Awat slow sangat mamat ni.
“Eh! Eh! Kalau kau
yang tolong bukakan baju aku, aku rasa jadi makin lambat...” kata Hadif Fayyadh
lantas menyentuh jemari Qisha Delisa.
Pantas Qisha Delisa
mengelak.
“Cepatlah!” Qisha
Delisa membelakangi Hadif Fayyadh.
Selepas lima minit, Hadif
Fayyadh siap memakai tuxedo berwarna hitam. Walaupun baju itu nampak biasa
tetapi rekaannya yang sangat unik.lebih-lebih lagi tuxedo itu. Ada satu
kelainan di situ.
“Okey. Aku mekap kau
sikit...”
“Lelaki pun kena
mekap ke?” Hadif Fayyadh bertanya.
“Mestilah. Wajah kau
kusam...” Lantas tangan Qisha Delisa mengambil bedak dan menyapu nipis di wajah
Hadif Fayyadh. Rambut itu di sikat rapi.
Dia mahu modelnya nampak kemas dan bergaya.
“Peserta terakhir
yang akan meragakan rekaannya. Dipersilakan Qisha Delisa bersama modelnya.”
“Kau dah ready ke?”
soal Qisha Delisa.
“Aku cuma perlu
berjalan dengan penuh gaya kan?” soal Hadif Fayyadh pula.
“Ya. Kau buat la
asalkan dapat menarik minat juri...” Qisha Delisa berserah seratus peratus
kepada lelaki itu.
Dia dan Hadif Fayyadh
beriringan berjalan keluar dari pentas. Tepukan gemuruh mula bergema. Hati Qisha
Delisa berdebar. Tangannya yang ada dalam genggam lelaki itu dibiarkan
seketika.
“Relaks je...” Hadif
Fayyadh memberi kata-kata semangat sambil haiakan sebuah senyuman yang manis.
“Okey...”
Qisha Delisa
meleraikan pegangan tangannya dan menghampiri pengacara majlis.
“Sila jelaskan
keistimewaan rekaan anda?” soal salah seorang juri perempuan yang bernama
Hafizah. Gadis itu asyik sekali melihat Hadif Fayyadh yang sedang berdiri
dengan penuh bergaya di pentas.
“Keistimewaan rekaan
saya ini ialah bertema kasanova. Lelaki yang memakainya pasti di copkan sebagai
kasanova atau playboy. Apa yang kita sedia maklum, kasanova terkenal dengan
sikap lelaki yang suka bergaya. Maka, tuxedo saya mampu memenuhi kehendak pelanggan.”
Jelas Qisha Delisa.
“Tak kan hanya lelaki
yang digelar playboy sahaja yang boleh memakainya.”
“Tidak! Apabila
tuxedo itu ditanggalkan...”
Lantas Hadif Fayyadh
menanggalkan tuxedo itu mengikut penerangan Qisha Delisa.
“Kameja putih itu
melambangkan lelaki itu sebagai lelaki yang sejati. Walaupun rekaannya ringkas
tetapi memberi keyakinan pada si pemakaian.” Sambung Qisha Delisa.
Qisha Delisa cuak. Dia
sebenarnya baru dikhabarkan yang dia perlu memberi ketenangan mengenai
rekaannya. Dia main cakap tanpa sebarang teks. Matilah aku...
“Model you ni
benar-benar nampak seperti Playboy...” Hafizah bersuara lagi.
Qisha Delisa terdiam
sambil tersenyum.
Hadif Fayyadh memakai
semula tuxedonya.
“Rekaan you ni simple
sangat. Seperti kebiasaan yang kita lihat.” Seorang lagi juri lelaki bersuara
bernama Haizat. Dia seorang juri yang suka memberi kritikan yang berbisa.
“Memang nampak simple
tetapi memberi kepuasaan kepada si pemakai...” Qisha Delisa buntu mahu menjawab
pertanyaan juri. Walaupun ini pertandingan tertutup tetapi dia benar-benar
tidak tahu mahu menjawabnya.
“Saya tidak
bersetuju. Rekaan ini tiada keistimewaannya. Walaupun temanya menarik tetapi
masih tidak mampu mendapat beli hati si pemakai.” Haizat terusan menghentam
rekaan tersebut.
“Saya juga tidak
bersetuju dengan pendapat encik.” Tiba-tiba Hadif Fayyadh bersuara. Dia
diberikan mikrofon. “Saya bersetuju dengan cik Qisha Delisa katakan. Yang paling
penting saya dapat rasakan saya adalah lelaki yang sejati. Setiap wanita yang
memandang saya pasti tergoda. Betulkan cik Hafizah...?
Wanita itu hanya
tersenyum manis sambil angguk kepala.
Suasana menjadi
semakin panas apabila seorang model berani memberi pendapatnya. Penonton yang
ada juga bersorak.
Flash kamera pula
tidak putus-putus mengambil gambar Hadif Fayyadh yang sudah menghampiri meja
juri.
Qisha Delisa mula
rasa tidak selesa. Pasti aku kalah ni. Model-model lain tak bersuara pun. Sampai
giliran aku, model aku pula bersuara. Naya! Naya!
Hadif Fayyadh
memandang Qisha Delisa pula. Dia sempat mengeyitkan matanya.
Ingin gugur jatung
Qisha Delisa melihat perangai Hadif Fayyadh. Dah macam playboy, miang pun ada. Tak
kan baju rekaan aku mempengaruhinya? Qisha Delisa blur.
p/s: bersambung pertemuan pertama mereka berdua....mesti semua nak tahu macam mana mereka boleh jadi rapat pula...hihihi nantikan bab next...