Hadif Fayyadh memeluk
pinggang Amira. Dia masuk di sebuah butik pakaian moden. Berkerut dahinya.
“I suka datang butik
ini. Banyak pakaian yang kena dengan jiwa I.” Kata Amira. Dia asyik melihat
pakaian di sini.
Yang kena dengan
jiwa? Jiwa kau tu nak seksi je. Tak ada kerja lain. Tapi aku ke sini dengan
misi. Aku akan pastikan misi aku berjaya. Hadif Fayyadh memerhati
sekelilingnya. Dia ternampak seseorang.
“Amira, you datang
lagi di butik I? So, maknanya you suka dengan rekaan pakaian I tu?” soal Qisha
Delisa.
“Pastila I suka! I
nak jadi cantik macam you.”
“I cantik?”Qisha
Delisa tersengih.
“Cantik sangat...”
tiba-tiba sahaja ada orang lain bersuara.
Qisha Delisa mencari
suara itu.
“Kau?” tersentak
Qisha Delisa. “Kau tak diundang dalam kedai aku. Keluar!” halaunya. Sejak
lelaki itu sebuat pasal kahwin tempoh hari, hidupnya tidak tenang. Memilih
untuk huru-harakan hidup sendiri dengan kehadiran Wan Firaz atau abdikan diri
seumur hidup dengan menjadi isteri Hadif Fayyadh.
“Qisha, ini kekasih
I!” Amira berkata.
“Kalau lelaki ini
kekasih you, I hanya mampu kata dua perkataan sahaja.”
“Apa dia Qisha?”
“MOHON CLASH!”
Terdiam Amira. Begitu
juga Hadif Fayyadh. Mulut minah ni memang nak kena cium dengan aku baru diam.
Tak apa, suatu hari nanti pasti mulut tu akan jadi milik aku.”
“You tak payah
susah-susah nak sebut. I akan cakap sendiri.” Kata Hadif Fayyadh.
“Apa you cakap ni.”
“Kita clash...”
Pang!
Pipi Hadif Fayyadh
kena tampar.
Amira terus berlari
meninggalkan butik tersebut.
“Lega!” kata Hadif
Fayyadh.
“Kenapa lega?” dahi
Qisha Delisa sedikit berkerut. Pelik! Kena tampar tapi lega.
“Lega sebab Amira tu
perempuan terakhir aku clash. Seminggu juga nak clearkan minah-minah yang
gilakan aku ni.” Hadif Fayyadh memandang Qisha Delisa. Gadis itu masih belum
beri jawapan selepas dia perkataan ‘kahwin’ keluar dari mulut aku tempoh hari.
Seminggu juga gadis ini membisu.
“Kenapa? Dah nak
berhenti jadi player ke?” sindir Qisha Delisa.
“Aku tak kan berhenti
jadi player tapi kali ni berbeza sikit. Aku nak jadi player untuk seorang
wanita je dalam Game Love...”
“Apa kau mengarut ni?
Aku tak faham...” Dahi Qisha Delisa makin berkerut. Suka benar mamat ni dengan
game love.
“Game love la...” Hadif
Fayyadh mengulangi perkataan itu.
“Aku tahu la game
love tu apa tapi dengan siapa?”
“Dengan Qisha Delisa.
Cepatlah kau setuju... Aku janji akan jaga kau. Perempuan yang pernah aku
kenal, semuanya aku dah campak tepi. Demi kau Qisha...”
“Aku tak nak dengar
apa-apa. Pergi kau dari sini!” Qisha Delisa terus masuk ke bilik kerjanya.
Hadif Fayyadh
terpaksa keluar dari situ. Misinya gagal!
Wan Firaz teringat
akan Qisha Delisa. Wanita itu pernah menjadi insan istimewa baginya dulu. Dia
sangat cantik dan lemah lembut. Selepas berpisah, aku cuba mencarinya semula
tetapi tak jumpa. Aku sendiri tak tahu nak cari dia di mana lagi.
Aku tahu, aku yang
melukai hatinya. Mana sanggup dia tahan lalu tinggalkan aku... Tak sangka
pertemuan tempoh hari benar-benar mengganggu fikirannya.
Dia ketawa sendirian.
Perkahwinan Wan Firaz dan Farisya hanyalah disebabkan urusan perniagaan. Mereka
hanya mengikut tanpa bantahan.
Bibirnya terukir senyuman.
“Qisha Delisa..
Mrs.Delicious aku... Wajahnya tanpa secalit mekap sudah cukup indah dipandangan
mata aku.” Wan Firaz benar-benar gila bayang.
“Dan kini aku dihadapan
butiknya.” Wan Firaz melangkah masuk ke dalam.
“Selamat datang...”
kedengaran suara Qisha Delisa.
“Hai...” Wan Firaz
tersenyum.
“Abang...” jelas
wajahnya terkejut.
“Qisha masih ingat
pada abang...?” Wan Firaz tersenyum.
Qisha Delisa cuba
stabilkan kembali perasaannya. Kenangan silam bagaikan berputar dalam
fikirannya. Aku tak boleh lemah! Tempoh hari aku tak bersedia lagi tapi hari ni
aku akan bersedia.
“Buat apa abang
datang sini?”
“Kembali untuk
memiliki Qisha semula.”
“Apa?”
Belum sempat Wan
Firaz berkata lagi, muncul Hadif Fayyadh.
“Wei Qisha! Kenapa kau
tak jawap call aku?” tanpa pembuka kata, Hadif Fayyadh terus menerkam Qisha
Delisa. Tetapi apabila dia perasan kehadiran Wan Firaz di situ, dia terkaku.
Mamat ni buat apa kat sini? Hatinya di pagut cemburu.
“Hari ni kedai aku
tutup untuk lelaki yang bernama Hadif Fayyadh dan Wan Firaz. Sila keluar dari
kedai aku!” arah Qisha Delisa sambil dia melangkah masuk ke bilik kerjanya dan
kunci pintu. Sempat dia berpesan pada pekerja lelakinya itu untuk menghalau dua
makhluk perosak hidupnya itu.
“Eh!” Hadif Fayyadh
tidak berpuas hati. Aku baru sampai dah kena halau?
“Kenapa dengan buah
hati kau tu?” soal Wan Fariz. Bertanya seperti ambil berat.
“Biasalah perempuan.
Merajuk. Itu pasal tak jawab call...” Nasib baik Hadif Fayyadh pandai
menjawabnya. Kalau tak mesti kantoi...
“Cuba encik Hadif pujuk
dengan bagi bunga roses. Jangan bagi yang plastik. Tak romantik la nanti. Lagi
satu, jangan bagi bunga roses merah sebab dia tak suka merah. Bagi bunga roses
kuning. Dia suka warna kuning. Good luck man...” Wan Firaz terus berlalu pergi.
Hadif Fayyadh mahu
mencuba. Betul ke si Qisha ni suka warna kuning ni? Tak pernah pula tengok dia
pakai baju kuning...
Qisha menarik nafas
lega apabila dua lelaki itu sudah meninggalkan butiknya.
“Cik Qisha, ada orang
bagi bunga.”
“Bunga? Letak atas
meja saya dulu...” Qisha tidak melihat bunga itu lagi.
“Hai...” tiba-tiba
muncul seorang lelaki.
“Helmi... Kan I kata
I dah tak ada mood nak layan lelaki lagi.” Qisha Delisa menolak layanan Helmi.
Playgirlnya dah hilang entah ke mana sejak kena basuh dengan Qaseh semalaman.
Memang power motivasinya. Hampir nak berubah aku dibuatnya.
“Sejak bila you
berubah ni. I ada bawa kan roses merah untuk you...” Helmi suakan pada Qisha
Delisa.
Ish, aku tak suka
roses merah la! Qisha Delisa mengambilnya juga tetapi tiada perasaan.
“Jangan cari aku
lagi...” Qisha Delisa sudah menukar nombor telefon supaya lelaki-lelaki yang
pernah bersamanya tidak menghubunginya lagi. Rasa menyampah pula.
“Assalamualaikum...”
Qaseh datang bersama Shahril.
“Waalaikumusalam. Kau
orang datang ni ada apa-apa ke?” usik Qisha Delisa.
“Macam ni Qisha. Aku
dan Shahril akan honeymoon di Brunei seminggu.”
“Bestnya!”
“Jadi, kalau ada
apa-apa, kau facebook aku je.” Qaseh berkata lagi.
“Ala, tinggal aku
seorang di Malaysia ni...” Wajah Qisha Delisa sedih.
“Itu pasal aku suuruh
kau kahwin cepat-cepat tak nak. Nanti bahagia macam aku...” Shahril pula yang
menyampuk.
Wajah Qisha Delisa
makin sedih.
“Kahwin tapi tetap
tak bahagia, apa cerita tu...” Ada sesuatu yang dikenang oleh Qisha Delisa.
“Eh, kau ni Qisha!
Cakap macam ada pernah kahwin je...” Shahril menegur Qisha Delisa.
“Abang, abang tunggu
di luar kejap. Ada hal sikit dengan Qisha sebelum kita bertolak.” Qaseh
cepat-cepat berkata sambil menolak lembut tubuh suaminya.
“Okey...” Shahril
mengikut sahaja arahan isterinya itu.
“Qisha, sorry. Mulut
Shahril memang macam tu tapi hati dia baik...” pujuk Qaseh.
“Tak apa Qaseh. Aku
faham. Aku tak ambil hati pun.” Qisha Delisa tersenyum tawar.
“Apa-apa di facebook
ye? Aku sayang kau...” Mereka berpelukan. Qisha Delisa hanya mampu melihat
pemergian Qaseh dalam pandangannya.
Sayu hatinya.
Dia masuk ke dalam
bilik kerjanya. Lupa pula ada bunga. Hatinya sedikit tersentak.
“Rose kuning? Tak
pernah orang bagi aku kecuali abang Wan... Entah-entah daripada dia! Baik buang
je. Bila tahu siapa pengirimnya membuat aku mual pula.” Bunga itu segera
dibuangnya tetapi hatinya terdetik untuk membaca kad tersebut.
P/S : Rsanya ramai boleh meneka siapa yang hantar bunga itu kan?