“Kau
teman aku ye, sayang?” pujuk Hadif Fayyadh lagi.
Qisha Delisa
tidak melayan pujuk rayu Hadif Fayyadh. Dia segera duduk di kerusi yang ada.
Berehat seketika. Lelah rasanya. Sudah lama dia tidak berlari seperti tadi.
“Aku
malas la nak pergi majlis kahwin ni. Ramai yang kenal aku. Aku tak nak ada
gosip dengan kau,” pangkah Qisha Delisa. Dia mencapai beg tangannya lalu
mengeluarkan gincu. Disuanya ke bibirnya yang sedia merah itu.
“Aku
tak peduli. Kalau kau tak nak teman aku. Aku akan masuk meminang kau. Kau nak
tak kahwin dengan aku?” ugut Hadif Fayyadh.
“Hadif,
ugutan apa ni? Kau tahu yang aku tak nak kahwin dan aku tak suka perkahwinan
ni.” Qisha Delisa menyimpan semula gincunya. Dia tidak suka pergi ke majlis
perkahwinan. Jika tidak dia akan teringat peristiwa yang ayahnya berkahwin
dengan perempuan lain ketiga dia berusia 17 tahun dan dia akan ingat lelaki
yang amat dibencinya. Sejarah hitamnya benar-benar menyakitkan hati. Penipuan itu
membuat dia jadi begini.
“Kalau
kau tak jawab ya sekarang, aku call my
mom. Then I marry you!” tegas Hadif Fayyadh. Kena buat kerja gila macam ni
baru kau nak ikut arahan aku kan? Dia rasakan yang Qisha Delisaakan terima
ugutannya ini.
“Eh,
kau ni kenapa? Kemaruk sangat nak kahwin ke? Kalau nak kahwin sangat, bukan
dengan aku. Cari orang lain!” marah Qisha Delisa. Dia mula berdiri. Shoppingnya
dah terbantut gara-gara lelaki ini mengejarnya. “Aku nak balik.” Dia bangun
dari kerusi.
“Tunggu
Qisha! I call my mom. Kau tahu kan my mom boleh paksa kau jadi isteri aku
kan? My mom memang nak kau jadi
menantu dia kan?” lancar Hadif Fayyadh berkata.
“Apa
masalah kau ni? Kau kan ramai perempuan lain. Tak kan playboymacam kau ni tak ada perempuan lain?” soal Qisha Delisa yang
duduk di kerusinya kembali. Aku tahu sangat mak si Hadif ni. Gila sikit!
Hampir-hampir aku nak dinikahnya dengan si mamat play ni tapi nasib baik masa
tu aku sempat larikan diri. Ini semua sebab dia tahu masa silam aku. Dia nak
aku kembali seperti dulu. Besar sungguh cita-cita Datin Marissa tu. Itu tidak
akan berlaku!
“Memang
aku ada ramai perempuan. Tapi aku cari perempuan yang seksi macam kau tapi tak
gedik!” kata Hadif Fayyadh. “Tambahan pula kau ni garang. Aku suka!”
“Citarasa
yang berbeza...” Qisha Delisa memandang Hadif Fayyadh dengan pandangan yang
pelik dengan dahinya sedikit berkerut.
Apa
kaitannya dengan keseksian aku dengan gedik? Aku seksi sebab aku suka. Aku tak gedik
sebab aku nak semua lelaki yang tengok aku tunduk pada aku tetapi jangan harap
aku akan tunduk pada mereka.
“Aku
nak juga kau teman. Citarasa aku berbeza. Itu aku punya pasal. Sekarang ni kau
nak teman atau tak?” Hadif Fayyadh sudah tidak boleh sabar dengan Qisha Delisa.
“Peliklah
kau! Okeylah. Aku teman kau tapi bila? Mana la tau aku sibuk.” Akhirnya Qisha Delisa
mengalah.
“Yes!” Hadif Fayyadh gembira. “Malam
esok. Aku dah siapkan pakaian khusus untuk kau seorang. Datang rumah aku tau!”
Senyum sampai ke telinga.
“Gila ke
nak datang rumah kau. Sekali Datin Marissa tengok aku, dia tak bagi lepas pula.
Rimas tau!” adu Qisha Delisa.
“Biarlah!
Pakaian tu beliau yang pilih. Dia gembira bila aku cakap nak pergi majlis
kahwin tu dengan kau.” Hadif Fayyadh masih tersenyum. Matanya merenung wajah
Qisha Delisa dengan penuh minat. Cantik la pula minah ni!
“Yelah!”
Qisha Delisa mengalah lagi.
“Mari
aku hantar kau balik...” ajak Hadif Fayyadh.
“Okey...”
setuju Qisha Delisa. Malas pula nak naik teksi. Kereta kesayangan masih di
bengkel. Sabar aje la dengan mamat ini. Dia mengikut langkah Hadif Fayyadh. Dia
teringat pertemuannya yang pertama dengan lelaki itu.
“Kau
Qisha kan?” sapa seorang lelaki.
“Memang
aku Qisha. Kau siapa pula?” soal Qisha Delisa yang sedang asyik memilih baju.
Shopping katakan!
“Kau
tak kenal aku ke Qisha? Aku ni, Hadif Fayyadh...” Bersungguh-sungguh Hadif
Fayyadh memperkenalkan diri.
“Tak
kenal!” Qisha Delisa tidak melayan lelaki itu lagi. Ketika itu dia sedang
memakai baju kurung. Al-maklumlah baru lepas majlis takhlil arwah maknya. Selesai sahaja majlis tersebut, dia terus keluar dari rumah emak
saudaranya, Aunty Far.
“Kalau
kau tak kenal aku, kita kawan. Nanti lepas dah kawan, mesti kenal?” Hadif
Fayyadh tersenyum.
Apalah
yang mamat ni mengarut? Ayat berbelit-belit. Belajar tatabahasa tak ni? Qisha
Delisa tidak mahu bercakap lagi.
“Hadif,
ini ke Qisha? Cantiknya!” Muncul seorang mak cik. Mak siapa pula ni?
“Bukanlah
mama. Ini Qisha lain. Kebetulan nama mereka sama la mama. So ini Qisha...” Hadif
Fayyadh memperkenalkan.
“Cantik.
Ayu. Qisha jadi menantu mama ye?” tiba-tiba Mama lelaki itu berkata begitu.
“Mama!”
Hadif Fayyadh tidak senang hati.
“Mak
cik oi!” Qisha Delisa bersuara.
Serentak
Qisha dan Hadif terkejut dengan kenyataan Mak cik yang diberi nama Datin
Marissa. Bercakap ikut sedap mulut je. Bukan saja aku yang terkejut, malah anak
dia pun terkejut. Tidakkah mak cik sedar itu semua sehingga aku terkeluar
perkataan ‘Mak cik oi’. Dah jatuh imej nak jadi menantu orang.
Sejak
itu, Hadif Fayyadh selalu mencarinya jika dia sedih atau marah. Nak minta
tolong jadi kekasih ganti pun, dia cari aku.
Kisah
hidup aku bertajuk ‘Kekasih ganti’. Akulah tu. Si Hadif ni memang segal tapi
boleh pula aku ikut arahan dia. Nasib badan.
“Wei,
Qisha! Lama termenung? Dah sampai rumah kau ni. Esok pagi datang rumah aku tau.
Aku tunggu.” Hadif Fayyadh masih tersenyum.
“Mengarut!
Aku takkan datanglah, Idiot!” Marah
Qisha Delisa. Dia tak kan datang rumah itu sendiri.
“Kenapa
pula?” Hadif Fayyadh tersentak.
“Kereta
aku tu masih kat ICU gara-gara kau langgar dia. Sekarang kau suruh aku datang
rumah kau. Jangan harap la!” rajuk Qisha Delisa.
“Pasal
kes aku langgar kereta kau tu, maaf. Okey. Esok aku jemput kau.” Hadif Fayyadh
baru teringat kereta Qisha Delisa.
“Okey...”
Hadif
Fayyadh melihat Qisha Delisa yang semakin menghilang masuk ke dalam rumahnya.
Memang aku senggal pagi tu.
Dia
ingat lagi. Pagi itu, dia ke rumah Qisha Delisa sebab mahu menghantar makanan.
Datin Marissa yang suruh. Perintah ibu jangan dilawan. Jadi dia gagahi juga ke
rumah Qisha Delisa pagi itu.
Sedang
dia memandu. Dia ternampak Qisha Delisa keluar dari rumah dengan pakaian tidur
yang seksi. Tidak pernah dia melihat minah tu pakai macam tu. Kerana terlalu
asyik memandang Qisha Delisa..
Bukkk!
Keretanya
terlanggar punggung kereta Qisha Delisa yang terletak elok di halaman rumah
itu.
“Hadif!!!”
jerit Qisha Delisa sekuat hati.
Hadif
Fayyadh terus keluar dari keretanya dan menghampiri Qisha Delisa.
Qisha Delisa
pula, apabila Hadif Fayyadh semakin hampir, dia terus berlari masuk ke dalam
rumah. Niatnya keluar mahu mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal dalam
kereta. Ingatkan tiada sesiapa nampak seawal pagi tapi rupanya makhluk ini yang
nampak.
“Awat
kau lari pula Qisha...?” soal Hadif Fayyadh di luar pintu.
“Kau
baliklah! Esok aku cari kau untuk buat penghitungan!” geram Qisha Delisa.
“Ala,
aku nak lepak dengan kau. Kau tak nak jemput aku masuk ke?” gila Hadif Fayyadh.
Niat dah terpesong.
“Aku
rasa aku ni waras lagi nak jemput lelaki masuk rumah aku. Kau balik la!” arah
Qisha Delisa lagi. Macam-macam yang dia rasa sekarang ni. Rasa nak tumbuk muka
Hadif pun ada.
“Ye la.
Ini makanan mama bagi kau. Aku letak kat luar ni.” Hadif Fayyadh terus pergi.
“Hish,
gila! Rasa nak gila bila teringat dia langgar kereta aku!” Qisha Delisa menggeleng
kepala. Peristiwa itu memang pelik dan gila.
Dia
terus menuju ke biliknya. Lebih baik aku rehat secukupnya. Esok nak pergi rumah
mak cik Marissa tu.
Selepas
mandi, dia termenung seketika mengingatkan seseorang.
“Pernah
tak abang rasa apa yang Qisha rasa? Pernah tak abang sedar yang apa abang
lakukan pada Qisha ini amat melukakan hati ini?”
P/S: tiba2 si qisha ni berdialog begini...dia cakapdengan siapa?? abang?? abang kandung dia ke?? hihi macam tak mungkin je...nantikan bab 2-part1...insya allah minggu depan....terus menyokong karya saya ye...terima kasih....