Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 14 - Part 1

Bab 14

Hadif Fayyadh termenung tepi kolam. Semalam melihat Qisha Delisa lemas, sudah mampu membuat dada pecah. Mujur tiada apa-apa yang berlaku.

Hari ini hari ke tiga perkahwinan aku dan Qisha. Tetapi masih tak ada apa-apa yang berlaku antara dirinya dan isteri. Apa yang perlu aku buat ye?

Dia turun ke dalam kolam. Membiarkan dirinya dibasahi. Cuti perkahwinan seminggu memang bosan jika si isteri lebih suka membuat halnya sendiri.

Aku nak ajak keluar, takut jumpa dengan Wan Firaz. Bila jumpa mamat tu, aku rasa menyampah. Merosakkan mood aku je. Geram hati Hadif Fayyadh.

Dia masuk ke dalam air. Menahan nafas dalam air sambil memejam mata. Untuk beberapa seketika, dia mencelikkan matanya semula. Dia terkejut melihat Qisha Delisa depannya yang sedang menahan nafas juga.

Disebabkan terkejut, dia hilang nafas. Pantas dia naik ke permukaan air untuk menarik nafas.

“Qisha!” marah Hadif Fayyadh. Boleh mati terkejut dia.

Qisha Delisa pula ketawa kecil. Seronok dapat kenakan Hadif Fayyadh.

Hadif Fayyadh terbatuk-batuk. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Sesak nafas dibuatnya.

Semalam hampir lemas tapi hari ni tahan nafas macam orang pandai berenang je. Geram Hadif Fayyadh.

“Sorry, Hadif!” Qisha Delisa meminta maaf. Dia ke tepi kolam lalu duduk di situ. Membiarkan kakinya sahaja di dalam air.

“Sorry, pergi lari la...” geram Hadif Fayyadh.

“Eh, bukan sorry naik lori ke?” Qisha Delisa masih ketawa kecil.

“Pantun aku sendiri la...” Hadif Fayyadh berkata. Dia menghampiri Qisha Delisa. Sengaja dia berada di depan isterinya lalu memeluk pinggang isterinya.

“Abang rindukan sayang...” bisik Hadif Fayyadh perlahan.

“Eh, apa ni?” Qisha Delisa tidak suka dipeluk begitu. Lagi pun dia tak dengar apa yang dikatakan oleh Hadif Fayyadh. Dia menolak tubuh suaminya.

Hadif Fayyadh mendonggak lalu meleraikan pelukkan.

“Kenapa? Kau tak suka aku ke?” soalnya.

“Hadif...” Qisha Delisa merenung wajah suaminya. Perlahan tangannya menyentuh pipi suaminya.

“Suka hati aku la!” Qisha Delisa mengusik rambut Hadif Fayyadh yang basah itu dengan kasar

“Ini aset aku ni, Qisha!” Hadif Fayyadh kecewa dengan tindak balas isterinya tetapi dia cuba ceria. Lantas dia menarik Qisha Delisa ke dalam kolam. Mereka bermain air bersama.

“Ya Allah! Pengantin baru ni! Pagi-pagi hari dah main kolam. Masuk sekarang sebelum mama tarik telinga kamu berdua.” Marah Datin Marissa yang baru muncul itu.

Hadif Fayyadh dan Qisha Delisa memandang antara satu sama lain. Akhirnya mereka berdua tersenyum.

Mereka ke tepi kolam. Hadif Fayyadh mengambil tuala. Tiba-tiba dia dapat satu idea nakal.

“Qisha, tolong lap aku!”

“Lap kau?” Qisha Delisa menggaru kepala. Nak lap macam mana? Keringkan rambut dia ke? Dia keliru.

“Ye lap aku!” Hadif Fayyadh menghampiri Qisha Delisa yang sedang duduk di kerusi. Dia pun duduk di lantai membelakangi Qisha Delisa.

“Apa ni?”

“Jangan banyak cakap. Cepat la!” Hadif Fayyadh memaksa.

“Ye lah!” Qisha Delisa mengalah. Dia biarkan sahaja Hadif Fayyadh duduk di depannya. Dikeringkan rambut Hadif Fayyadh dengan tuala.

Hadif Fayyadh pula sengaja meletakkan ke dua lengannya di atas paha Qisha Delisa.

“Jangan la!” Qisha Delisa menolak lengan Hadif Fayyadh. Dia tidak suka.

“Biarlah!” Hadif Fayyadh tidak mahu mengalah.

“Kau ni! Suka menggatal ye?” marah Qisha Delisa sambil mengeringkan rambut Hadif Fayyadh dengan kasar. Ditolak-tolak kepala itu.

“Aduh! Sakitlah! Perlahan sikit!” adu Hadif Fayyadh. “Aku kan playboy. Gatal tu tak pernah jauh dari aku. Cuma kali ini, aku nak menggatal dengan je...” Serentak itu dia berpaling dan memeluk gadis itu. Kepalanya di dada Qisha Delisa.

“Gila!” Qisha Delisa terus menolak kepala itu dan berdiri tegak.

Hadif Fayyadh ketawa. Dia berjaya membuat muka Qisha Delisa merah. Malulah tu. Dia gembira walaupun tolakkan kuat Qisha Delisa menyebabkan dia tercium lantai tetapi dia puas!

“Qisha, jangan lupa! Kita nak pergi nombor telefon baru!” jerit Hadif Fayyadh sebelum Qisha Delisa menghilang.

Selepas Hadif Fayyadh mengelap tubuhnya, dia menyidai seluar basahnya itu. Kini, dia hanya bertuala. Berjalan-jalan dalam rumah dengan keadaan yang lengkap berpakaian itu.

“Ya Allah, Hadif! Sejak bila perangai kamu macam ni...” Datin Marissa terkejut melihat keadaan anaknya itu. Tak malu sungguh!

“Kenapa mama?”

“Kamu ingat rumah kita ni apa? Tak malu ke orang gaji kita tengok. Kamu ni!” geram Datin Marissa.

“Ala mama... Saje Hadif nak tunjuk badan Hadif yang seksi ni... Sekali sekala. Bukannya selalu,” gurau Hadif Fayyadh. Suka benar melihat Datin Marissa membebel.

“Bertuah punya budak...”

“Mama, jangan la marah.” Pujuk Hadif Fayyadh. “ Mama, nanti Hadif dan Qisha nak keluar. Nak beli nombor telefon baru.” Dia terus berlalu selepas Datin Marissa angguk kepala.

Dia terus masuk ke dalam bilik. Qisha Delisa tiada di situ. Mungkin dalam bilik air. Dia menghampiri laci tepi meja. Laci itu dibuka. Dia mengambil telefon bimbit yang dibuat dalam mood senyap.

“Banyaknya mesej. Dari...” Hadif Fayyadh membuka peti mesej. “Wan Firaz...” Dia membaca satu mesej yang paling baru masuk.

Qisha, kau ni sombonglah! Kau ingat dengan perkahwinan kau ni, kau selamat dari aku? Tak mungkin! Aku akan pastikan kau bercerai dengan penyibuk tu! –Wan Firaz-

Mamat ni dah melampau. Sakit hatinya membacanya.

“Wan Firaz yang mesej ke?” Qisha Delisa keluar dari bilik air. Dia nampak Hadif Fayyadh sedang membaca sesuatu di telefon bimbitnya. Wajah suaminya sedih.

“Biasalah Qisha.” Cepat-cepat Hadif Fayyadh padam semua mesej. Dia takmahu Qisha Delisa rasa bersalah dengan kewujudan mesej-mesej ini.

“Bagi aku baca. Dia tulis apa...” pinta Qisha Delisa.

“Nah!” Hadif Fayyadh hulurka telefon bimbit itu dan berlalu ke bilik air.

“Eh...” Qisha Delisa mencari mesej, tetapi kosong. “Hadif!” geramnya.

Hadif Fayyadh menutup pintu bilik air. Dia tersenyum tetapi hanya seketika. Hatinya rasa sakit. Sakit dengan layanan Qisha Delisa. Sakit dengan mesej-mesej Wan Firaz yang boleh dikatakan sangat melampau. Sakit dengan Farisya yang mempermainkan kata cintanya.

Dia terus basai tubuhnya dengan air pancut yang membuatkan tubuhnya sedikit dingin. Tenang menyelubungi hatinya. Dia hanya mahu ketenangan.

Sebaik sahaja siap mandi, Hadif Fayyadh keluar dari bilik air. Dari jauh dia nampak Qisha Delisa sedang membaca dokumen game love.

Dia yakin yang Qisha Delisa masih tidak perasan dengan kehadirannya di situ kerana mata gadis itu terpejam.

Game love? Baru game yang pertama. Buatlah banyak game sikit. Barulah seronok. Sejak aku kahwin dengan Hadif ni, si Wan Firaz tu tak berjaya kacau aku. Tak sabar. Atau aku kena minta Hadif buat satu game untuk kenakan mamat tak guna tu? Okey ke macam tu? Aku ni dah bertudung, tapi hati macam tak bersih je. Nak balas dendam.... Ahh! Aku keliru... Kalau boleh aku nak dia terseksa macam aku terseksa dulu... Ingat dahulu mengamit fikiran Qisha Delisa.

“Mana Qisha ambil kucing ni?” soal Wan Firaz.

“Jumpa tepi jalan. Kasihan dia, abang. Qisha nak jaga dia.”

“Qisha, abang kan tak suka kucing. Kucing ni pengotor. Nanti bulunya lekat kat seluar abang. Abang tak suka!” marah Wan Firaz.

“Tapi abang, kasihan la kucing ni. Qisha janji, Qisha akan jaga elok-elok. Dia tak kacau abang. Cuma Qisha je yang berani kacau abang...” Qisha Delisa cuba bermanja dengan Wan Firaz agar lelaki itu membenarkan dia membela kucing itu.

“Pandai pujuk abang ye?” Wan Firaz merenung Qisha Delisa.

Qisha Delisa membalas renungan Wan Firaz yang penuh dengan nafsu serakahnya. Lagi sekali dia menjadi milik lelaki itu.

Dada Qisha Delisa rasa sakit. Sakit mengingati peristiwa yang tidak pernah menjadi kerelaan hatinya.

Chup!

Bunyi apa tu? Qisha Delisa pelik.

Chup!

Eh, lagi sekali bunyinya.

Akhirnya Qisha Delisa mencelikkan matanya.

“Hadif!” geramnya dengan mata terbeliak.

“Kau tu... Aku cium pipi kanan pun tak sedar. Jadi aku cium pipi kiri pula. Tapi kalau kau masih tak sedar juga, aku cium yang merah comel tu...” Hadif Fayyadh memandang bibir Hadif Fayyadh yang merah dengan gincu. Nampak menggoda.

“Kau ni!” makin geram Qisha Delisa di buatnya.

“Kenapa dengan aku? Kau pun nak cium aku ke? Boleh! Tak payah minta izin pun. Aku bagi kau cium dua puluh empat jam. Tanpa henti pun tak apa...” Hadif Fayyadh tersenggih.

“Buruk peil!” jerit Qisha Delisa.

Tiba-tiba wajah Hadif Fayyadh yang tersenyum kini serius.

Qisha Delisa terkaku.

“Qisha!” Tangan Hadif Fayyadh membelai pipi kanan isteirnya dengan lembut. “Tak payah fikir sangat pasal Wan Firaz tu. Tahulah aku nak buat apa dengan mamat tu. Kau akan selamat dengan aku. Sekarang ni, pergi pakai tudung, kita nak keluar...” arah Hadif Fayyadh lalu mencium rambut Qisha Delisa. Untuk beberapa seketika sahaja, dia terus berlalu.

Terdiam Qisha Delisa.


p/s: Huru hara hubungan mereka berdua ni....tapi apa-apa pun semoga terhibur membacanya...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.