Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 17 - Part 2

“Cameron?”

Qisha Delisa sedikit terkejut. Cameron?

“Kenapa Qisha? Dah pernah pergi ke?” soal Hadif Fayyadh.

“Tak la...” Qisha Delisa terdiam sekejap.

Cameron? Aku tak pernah pergi pun cum aku pernah minta pada Wan Firaz untuk ke sana tetapi sering kali aku ditipu olehnya. Pelbagai alasan diberinya dan aku masih di sini. Sehingga aku pernah bernekad tidak mahu pergi ke situ pun. Tetapi... Hadif... Qisha Delisa memandang wajah suaminya yang ceria itu.

Aku tak minta pun dia dah berikan. Dah tunaikan perasaan hati yang terpendam lama ini. Tetapi tiada daya untuk aku menerima permintaan ini.

“Jadi, Qisha nak ke mana?” soal Hadif Fayyadh lembut.

“Tak tahu. Aku dah lama tak pergi melancong.”

“Dah lama tak pergi melancong? Eh, tak kan playgirl macam kau, tak ada yang bawa kau pergi melancong?” pelik Hadif Fayyadh.

“Kalau aku ikut mamat-mamat yang suka ambil kesempatan tu, hilanglah maruah aku ni. Gerenti.” Jawab Qisha Delisa.

Memang aku playgirl tetapi aku jadi begitu kerana layanan dan sikap Wan Firaz pada aku. Tapi tak la sehingga nak beri maruah aku pada lelaki itu. Siapa dia nak ambil maruah aku?

“Lupa pulak aku! Yang dah halal ni pun masih tak dapat lagi maruah yang di jaga tu. Memang hebat pertahanan yang digunakan.” Hadif Fayyadh memandang Qisha Delisa.

Qisha Delisa terperangkap dengan kata-katanya sendiri.

“Bila kau nak bagi...?” soal Hadif Fayyadh lagi. Nadanya lembut tapi bahasanya kasar.

Qisha Delisa menelan liur.

“Ambik kau!” Serentak itu, tangan nakal Qisha Delisa mencelup dalam air lalu dihalakan pada Hadif Fayyadh.

“Oi!” marah Hadif Fayyadh. Dia baru sahaja mahu beromantik tetapi ini pula yang berlaku.

“Aku tak nak air ni. Aku nak kau, Qisha.” Marahnya lagi.

“Kalau nak aku, cubalah dapatkannya!” cabar Qisha Delisa.

“Kau tunggu! Kalau aku dapat, jangan harap kau boleh lari.” Cabaran yang diberikan oleh Qisha Delisa di sambut baik oleh Hadif Fayyadh. Dia mengejar isteri tercinta.

Qisha Delisa terperangkap. Dia tidak tahu mahu berlari arah mana. Belakangnya Hadif Fayyadh. Depannya kolam air yang terbentang luas.

“Nak terjun ke?”

Dari jauh Hadif Fayyadh tersenyum lebar. Dia yakin yang Qisha Delisa tidak akan terjun.

“Qisha!” panggil Hadif Fayyadh supaya Qisha Delisa berasa gerun.

Akhirnya Qisha Delisa terjun juga dalam kolam.

“Qisha!” panggil Hadif Fayyadh lagi sekali. Sanggup gadis itu terjun ke dalam kolam daripada menyerah maruahnya pada aku. Hatinya terkilan dengan sikap itu.

Hadif Fayyadh tersenyum hambar. Dia terus tinggalkan Qisha Delisa di situ juga. Dia tiada mood tiba-tiba.

Qisha Delisa yang menyedari yang Hadif Fayyadh tidak mengejarnya lagi terasa pelik.

“Kenapa dengan Hadif? Tak nak kejar aku lagi ke?” Dia rasa bersalah pula.

Dia duduk di tepi kolam dengan baju yang basah kuyup itu.

Pelbagai andaian yang muncul di benak fikirannya.

Betul ke cara aku ni? Wan Firaz dah ambil maruah aku dengan begitu mudah tetapi lelaki sebaik Hadif payah untuk mendapatkannya. Kenapa? Teruk sangat ke perangai Hadif sampai aku tak boleh terima?

Kebuntuan kian terasa. Lama dia di situ.

“Aucccukk!” Qisha Delisa bersin. Mungkin air kolam yang sejuk ini.

Dia segera ke bilik untuk menukar pakaian. Dia akan dapat demam jika tidak segera mandi dan tukar pakaian yang kering.

Selesai semua, dia mencari kelibat Hadif Fayyadh. Beberapa seketika, barulah dia perasan, motor berkuasa tinggi milik Hadif Fayyadh sudah tiada di tempat asal. Tahulah dia yang Hadif Fayyadh sudah keluar.

“Kenapa dia nak marah aku?”

Dia masih memikirkan soal itu. Apa yang seharusnya dia lakukan.

Waktu petang barulah Hadif Fayyadh pulang.

“Kenapa keluar tak ajak aku?” soal Qisha Delisa sebaik sahaja Hadif Fayyadh masuk ke dalam bilik.

Hadif Fayyadh membisu.

“Kau dengar tak?” geram Qisha Delisa.

“Kau diam!” jerkah Hadif Fayyadh tiba-tiba. Lelaki itu terus menuju ke bilik air.

Saat pintu bilik air tertutup, air mata Qisha Delisa mengalir. Dia tidak pernah rasa sedih seperti ini.

Dia mengambil telefon bimbitnya lalu ke halaman rumah. Hanya seorang sahaja yang sudi mendengar luahan hatinya. Qaseh.

“Aku sedih, Qaseh. Hidup aku tak habis-habis di duga. Suami aku tak macam suami kau. Kau bertuah Qaseh.” Itulah ayat pertama yang Qisha Delisa katakan sebaik sahaja mendengar suara Qaseh menjawab salam dan meluahkan tentang sikap Hadif Fayyadh dan perbuatan Wan Firaz.

“Sabar Qisha. Kan impian aku mahu duduk di rumah. Berkhidmat untuk keluar dengan izin Allah. Alhamdulillah. Insya-Allah, semua dugaan kau itu akan dibalas dengan kebahagiaan yang tak terhingga.”

“Tapi Qaseh. Sepanjang aku mengenali kau, kau sentiasa bernasib baik dan bertuah. Aku ni. Sering di uji. Sejak ibu aku meninggal. Aku serba kekurangan...”

“Alhamdulillah Qisha. Isnya-Allah. Allah bagi serba cukup. Walaupun ada rasa lompang, tapi Allah Maha baik. Jangan bersedih. Wan Firaz hanyalah salah satu ujian untuk menguji Qisha sahaja. Taat Qisha pada suami. Jangan terpedaya dengan tipu helah Syaitan yang sentiasa menyesatkan kita, Qisha.”

“Kau ni Qaseh, buat aku tersentuh. Dah nangis ni. Qaseh, aku sayang kau!” Qisha Delisa mengelap air matanya. Dia rasa bertuah memilik Qaseh sebagai sahabatnya.

“Allahumma sholli a'la sayyidina muhammad. Ketika tersentuh hati Qisha, Allah lah yang menyentuhnya dengan cinta. Allah yang Maha Baik dan sayang pada kau. Allah yang Maha Baik telah mengatur jodoh kau. Jangan bimbang tentang Wan Firaz tu. Minta pertolongan daripada Allah. Insya Allah... Allah akan tolong. Allah akan bagi pada hamba-Nya yang bersungguh-sungguh. Qisha, hikmah itu ada, cuma sama ada kita tidak melihat, atau belum melihatnya. Demi Allah, aku juga sangat menyayangimu.” Qaseh juga tersentuh. Dia kasihan melihat kehidupan Qisha. Sejak kecil dilanda pelbagai masalah dan dugaan.

“Sedihnya... Kita tersenyum setiap hari tapi hati kita, hanya Allah yang tahu...Tapi kita tetap kena teruskan hidup selagi diizin-Nya... Betul kata Qaseh, semua itu ada hikmahnya.” Sedikit sebanyak hati Qisha Delisa sedikit tenang.

“Qisha, kalau aku ada di sisi kau, pasti aku akan belai kau. Seperti biasa aku akan hadiahkan bahu buat kau bersandar. Qisha, kau menangislah tapi lepas nangis. Inshaa- Allah senyum dan bangkit semula ye?” pujuk Qaseh. Dia hanya mahu Qisha Delisa bahagia dengan Hadif Fayyadh. Dia yakin yang lelaki itu akan membentuk sahabatnya ke arah yang lebih baik.

“Qaseh... Rindunya aku kat kau... Qaseh yang selalu beri aku nasihat. Beri aku semangat. Rindunya...” Qisha Delisa tahu yang dia baru berjumpa dengan Qaseh. Di majlis akad nikahnya tetapi inilah di panggil sahabat sejati.

“Gedik ye kau ni, Qisha.” Qaseh tersenyum. “Aku minta maaf Qisha. Maaf sebab aku tak hadir di saat kau memerlukan aku di sisi. Kini, kau tinggal di rumah Hadif. Tak dapat aku nak jumpa kau selalu sebab jauh.” Qaseh juga rasa sedih. “Tapi Qisha... Allahu Robbi. Walaupun jauh, aku sering doakan kau, Qisha. Doakan kesejahteraan dan kebahagian kau. Amin Ya Allah.” Qaseh doakan untuk sahabatnya itu.

“Okey! Okey! Lupakan yang sedih. Kau bila nak ada baby ni? Aku tak sabar nak jadi mak cik ni...” Qisha Delisa tersenyum manis.

Kedengaran Qaseh ketawa kecil.

“Pandai kau tukar topik ya. Jika ada rezeki, ada la. Apa-apa aku bagitau kau. Tapi apa yang paling penting, kau kena ingat, sakit, sedih, rindu, susah payah itu semua nikmat. Nikmat sebelum kita menempah bahagia.” Nasihat itu juga pada dirinya sendiri. Qaseh juga ada masalah. Tetapi dia tidak sanggup menyusahkan Qisha Delisa dengan masalahnya. Dia harus tabah.

“Terima kasih Qaseh. Aku ingat!”

“Okeylah, Shahril dah balik tu. Dia nak makan ni. Apa-apa call je aku! Aku sayang kau, Qisha!” luah Qaseh. Entah mengapa kali ini dia rasa tersentuh sangat dengan nasib yang menimpa Qisha Delisa.

“Mestilah! Kau satu-satunya kawan yang aku ada. Janji! Jangan tinggalkan aku! Okeylah. Kau pergilah. Nanti suami kau marah pula.”

“Okey. Kirim salam pada Hadif. Assalamualaikum..”

“Insya-Allah. Waalaikumusalam.” Talian ditamatkan.

Aku harus kuat. Aku kena hadapi Wan Firaz. Aku tidak akan melutut pada dia walau apa pun terjadi.Dan... Aku harus memujuk Hadif Fayyadh. Aku rindukan kenakalan dan selalu usik aku. Hadif...

“Kenapa nangis ni?” soal Hadif Fayyadh yang tiba-tiba muncul depannya.

p/s: macam2 yg berlaku... mujur ada kawan sebaik qaseh...ada lagi ke kawan macam qaseh ni???cemburunya...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.