Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 18 - Part 1

Bab 18

Qisha Delisa tersedar dari tidurnya. Peristiwa semalam terus menterjah ke fikirannya. Apa lagi aku mahu lakukan. Game love ke 3 terlalu berat untuk aku lakukan walaupun aku tahu ia memberi kesan dan tamparan yang hebat pada Wan Firaz.

Dia tercari-cari Hadif Fayyadh.

Di manakah lelaki itu tidur ya?

Dia rasa bersalah. Apa yang berlaku bukan kehendaknya. Dia buntu. Perlahan dia turun dari katil dan mencari Hadif Fayyadh.

Di rumah tersebut mempunyai tiga bilik. Dia membuka pintu pertama tetapi tiada. Dia menuju ke pintu ke dua pula.

Pandangan Qisha Delisa terus sayu. Kasihan Hadif. Dia tersepit dalam kisah aku dan Wan Firaz. Tetapi dialah penyelamat aku. Pelindung aku yang paling baik.

Dia menghampiri Hadif Fayyadh yang sedang lena. Jam di dinding sempat dijeling. Dah pukul 6.30 pagi. Sudah bersolat ke dia? Perlukah aku mengejut dia bangun.

“Aku...”

Qisha Delisa teragak-agak. Tiba-tiba pandangan matanya ternampak telefon bimbit yang tidak jauh dari Hadif Fayyadh.

Dia terus keluar dan mengambil telefon bimbitnya.

Mendail nombor telefon bimbit Hadif Fayyadh.

Hadif Fayyadh terkejut. Dia terus menjawab telefon itu tanpa melihat nama di skrin.

“Hello...” serak-serak suara Hadif Fayyadh berkata.

Qisha Delisa diam lalu tamatkan panggilan. Dia mengintai dari jauh mana tahu suaminya bangun tapi nampaknya Hadif Fayyadh sambung semula tidurnya.

Kali kedua dia buat panggilan.

“Kau nak apa?” marah Hadif Fayyadh apabila tidurnya terganggu. Semalam dia tidur lewat memujuk Qisha Delisa. Dia sangat letih.

“Nak kau solat subuh...” Satu persatu perkataan itu di sebut oleh Qisha Delisa lantas menamatkan panggilan.

Hadif Fayyadh terpegun. Pantas dia melihat jam di dinding.

Dia terus keluar dari bilik dan menuju ke bilik air yang memang berada berhampiran dengan bilik tersebut. Dia mengambil wuduk lalu menunaikan solat subuh sendirian.

Qisha Delisa rasa lega. Dia kembali menatap kertas yang diberikn oleh Hadif Fayyadh yang berada di meja mekap berhampiran dia duduk.

Di renungnya dalam-dalam.

Game Love 3:

Proses untuk mendapatkan anak

Aku bukan tak nak anak tapi kenangan lalu cukup pahit untuk aku kenang. Aku rasa sakit. Aku rasa dilukai parah oleh Wan Firaz. Lelaki itu mengganggu hidupnya lagi.

Tanpa Qisha Delisa sedari, Hadif Fayyadh sudah berada di pintu bilik utama di mana isterinya duduk. Dia merenung wajah itu dalam cermin yang jelas sedang termenung.

“Kita pergi sarapan...” akhirnya Hadif Fayyadh bersuara.

“Okey...” balas Qisha Delisa. Dia meletakkan dahulu kertas tersebut di situ.

“Okey apa? Okey game love atau sarapan?” teruja Hadif Fayyadh. Nada suara Qisha Delisa seperti setuju dengan cadangannya itu.

“Sarapan la...” Qisha Delisa mahu marah tetapi hanya keluhan yang keluar. “Pasal Game love tu, nanti kita bincang lagi, okey?” Dia mendonggak dan memandang suaminya melalui cermin mekap itu. Merenung ke dasar mata Hadif Fayyadh agar hatinya sedikit tenang.

“Okey. Aku tak paksa kau... Tapi kau jangan buat macam malam tadi. Takut aku dibuatnya.” Hadif Fayyadh menghampiri Qisha Delisa.

Qisha Delisa berpaling dan menghadap Hadif Fayyadh. “Apa yang aku dah buat malam tadi?” soalnya. Samar-samar sahaja ingatannya mengenai semalam.

“Semalam kau....” kata-kata Hadif Fayyadh terhenti.

“Qisha ni, aku! Hadif Fayyadh! Suami kau!” jerkah Hadif Fayyadh lebih kuat.

Qisha Delisa tersedar.

Pantas tubuh isterinya di peluk oleh Hadif Fayyadh. Dia tidak mahu Qisha Delisa rasa takut padanya. Dia tidak akan apa-apakan Qisha Delisa.

“Lepaslah! Lepas!” Cara Hadif Fayyadh memeluk Qisha Delisa amat jelas seperti Wan Firaz. Dia kembali trauma.

“Lepaskan aku, Wan! Aku bukan milik kau lagi! Aku bukan milik kau lagi!” Terusan tangan Qisha Delisa menampar wajah Hadif Fayyadh. Sekali sekala dia menolak tubuh itu dari melekat di tubuhnya itu.

Hadif Fayyadh tidak sampai hati mahu menampar wajah Qisha Delisa bagi menyedarkan isterinya itu. Biarlah dirinya yang menjadi pukulan Qisha Delisa.

“Qisha, dengar ni sayang. Ini aku, Hadif. Kau ingat tak? Model lelaki paling kacak yang pernah kau ada. Ingat tak saat kita bertemu kali pertama.” Hadif Fayyadh berkata lembut. Dia jadi sedih melihat trauma Qisha Delisa. Dia akan menanyakan kisah silam Qisha Delisa apabila dia bertemu lagi dengan Wan Firaz. Itu yang perlu dia tahu.

Mahu harapkan Qisha Delisa menceritakannya, tak ada harapan la nak tahu. Tubuh Hadif Fayyadh terusan dipukul oleh isterinya.

“Model?”

“Qisha ingat tak? Aku yang jadi model ganti tu. Walaupun nombor tiga, tapi kau tetap dapat hadiah.” Pujuk Hadif Fayyadh lagi.

“Nombor tiga? Ya, aku ingat. Kau Hadif! Kau hadif!” pantas Qisha Delisa memeluk Hadif Fayyadh erat. Suaminya. Pelindungnya.

Dia menangis teresak-esak. Perasaan takut mula hilang apabila dia tahu yang Hadif Fayyadh ada bersamanya. Bukannya Wan Firaz yang suka mender hati dan perasaannya. Emosinya benar-benar terganggu.

“Sudahlah tu! Jangan nangis!” Hadif Fayyadh mengangkat tubuh Qisha Delisa dan letakkan ke atas katil.

“Kau tidurlah. Aku jaga kat depan pintu. Aku tak kan benar sesiapa ganggu kau ya?” sayu hati Hadif Fayyadh melihat air mata yang mengalir itu.

Selama dia mengenali Qisha Delisa, gadis ini seorang yang kuat semangat. Tidak pernah melihat dia menangis seperti ini.

“Janji! Kau akan lindungi aku?”

“Aku janji!” Hadif Fayyadh tersenyum. Dia selimutkan Qisha Delisa. Sempat bibirnya singgah di dahi Qisha Delisa apabila mata gadis itu terpejam.

“Janji tau...” Qisha masih bersuara.

“Aku janji...”

Hadif Fayyadh meninggalkan Qisha Delisa yang terbaring. Dia melihat kembali kertas game lovenya.

Betul ke tindakan aku ni? Entahlah. Aku berserah. Hanya cara ini yang akan membuat Qisha jadi milik aku dalam dan luar. Dia letak kembali kertas itu di meja mekap dan berlalu keluar dari bilik tersebut. Malam itu dia tidur di bilik tiga sahaja.

“Semalam aku...” suara Qisha Delisa memecahkan ingatan Hadif Fayyadh mengenai peristiwa semalam.

“Semalam kau sangat manja...” Hadif Fayyadh tersenyum. Dia berdiri. “Jom cari makan. Aku lapar. Separuh tenaga aku habis semalam.”

Hadif Fayyadh hulurkan tangannya pada Qisha Delisa.

“Apa yang aku dah buat?” dahi Qisha Delisa berkerut. Dia sambut dengan baik huluran tangan Qisha Delisa.

“Entah!” Hadif Fayyadh masih tidak menjawab.

Qisha Delisa yang hanya memakai tudung sarung terus mengikut langkah Hadif Fayyadh sehingga ke kereta.

“Bagitau la aku.” Geram Qisha Delisa.

Ketika Hadif Fayyadh sedang mengunci pintu rumah.

“Kalau kau tak nak bagitau aku, aku geletek kau.” Sebaik sahaja Qisha Delisa berkata begitu, dia terus mencuit pinggang Hadif Fayyadh.

“Eh!”

Qisha Delisa mencuit lagi.

“Eh, Qisha!” Hadif Fayyadh cuba mengelak.

“Ambik ni!” geram Qisha Delisa. Dia mencuit pinggang Hadif Fayyadh berkali-kali.

Hadif Fayyadh rasa geli. Demi mengelak dari cuitan Qisha Delisa pantas tangannya menangkap dua tangan Qisha Delisa dan melekatkannya di kereta Myvi yang berada berhampiran mereka.

Mereka berdua terdiam.

Mereka berdua membisu.

Mereka berdua saling merenung wajah masing-masing.

Mereka berdua semakin hampir ke arah cinta.

Tiba-tiba bunyi kereta yang kuat memecut. Kereta tersebut melalui kawasan rumah sewa mereka berdua.


p/s:mereka berdua ni...tak habis2 dgn krisis rumahtangga hihihihi

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.