Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 22 - Part 2

Game love is over.” Dia mengalah dan terus keluar dari bilik tersebut.

Qisha Delisa terkejut. Dia terduduk. Berakhir begitu sahaja? Kenapa? Kenapa Hadif? Air matanya mengalir. Hatinya kecewa. Tiada tempat untuk dia mengadu selain Allah dan sahabat baiknya.

Dia akan menunggu Hadif Fayyadh pulang. Lelaki itu perlu menjelaskan perkara sebenar. Dia merancang sesuatu.

Hadif Fayyadh masuk ke bilik mereka. Dia mahu mengambil beberapa helai pakaian sahaja. Nasib baik Datin Marissa tiada di rumah mengikut Dato Malik ke London atas urusan kerja seminggu.

“Hadif!” panggil Qisha Delisa.

Hadif Fayyadh memandang Qisha Delisa. Gadis yang dirindui setiap masa tetapi kata-kata Wan Firaz hadir ketika cinta itu datang. Hatinya kembali sakit. Dia berpaling ingin meninggalkan Qisha Delisa.

Pantas Qisha Delisa berlari ke arah pintu dan mendepakan tangannya.

“Aku tak kan benarkan kau keluar dari bilik ini selagi kau bagi alasan kau bersikap macam ni?” Wajah Qisha Delisa serius.

“Tiada alasan.”

“Jadi kau sanggup biarkan aku bersama Wan Firaz?” duga Qisha Delisa. Dia yakin yang Hadif Fayyadh akan melenting mendengar nama itu.

“Kalau kau mahu bersama dia, kau pergilah. Aku boleh lepaskan kau.” Lemah Hadif Fayyadh menyatakannya.

Hampir gugur air mata Qisha Delisa mendengar kata-kata suaminya. Suami yang dianggap penyelamat dirinya.

“Hadif...” Dia terkesima.

“Kalau kau tak ada apa-apa, aku keluar dulu.” Hadif Fayyadh rasa lemas berada di situ. Dia bukan benci pada Qisha Delisa tetapi selagi dia ingat mengenai kata-kata Wan Firaz, selagi itu dia tidak dapat menatap wajah Qisha Delisa. Dia rasa sakit hati. Aku rela hilang ingatan untuk rasa bahagia dengan Qisha tetapi itu tidak akan terjadi.

“Hadif! Ini yang terakhir...” Qisha Delisa cuba mencuit pinggang Hadif Fayyadh. Jika Hadif Fayyadh masih seperti dulu, dia rasa ada harapan dalam hubungannya. Jika tidak, mungkin dia akan berputus asa.

“Hey Qisha!” Marah Hadif Fayyadh. Dia tidak suka. Dia tiada mood untuk geli-geli.

Qisha Delisa tidak mempedulikan kata-kata amaran Hadif Fayyadh. Terusan dia mencuit Hadif Fayyadh.

“Qisha!” Tangan Hadif Fayyadh naik tinggi ke langit. Lelaki itu ingin menampar wajah Qisha Delisa.

Qisha Delisa terkejut. Tergamam lalu terduduk di lantai. Lemah sendi lututnya untuk berdiri. Tindakan Hadif Fayyadh yang ingin menamparnya benar-benar mengecewakan hatinya.

Hadif Fayyadh juga terkejut. Dia tiada niat mahu menampar wajah itu. Nasib baik tangan sahaja bergerak naik. Kalau saat ini dia menampar wajah Qisha Delisa, pasti dia akan pergi jauh dari hidup Qisha Delisa.

Apabila melihat Qisha Delisa terduduk merenung lantai, segera dia keluar dari rumah tersebut.

Perlahan Qisha Delisa bangun. Walaupun masih awal pagi, dia kena juga pergi jumpa Qaseh. Hanya Qaseh tempat dia meluahkan perasaan.

“Assalamualaikum...” Qisha Delisa memberi salam.

“Waalaikumusalam... Qisha... Kenapa ni?” soal Qaseh dengan cemas. Melihat wajah sembab sahabatnya itu, pasti ada masalah. Dia ingat suami yang pulang.

“Aku nangis la. Kau ni... Tanya lagi ye?” geram Qisha Delisa.

“Aku tahulah kau nangis, tapi kenapa?” Qaseh pula rasa geram.

“Sebab Hadif...” Tiba-tiba air mata Qisha Delisa mengalir. Sedih sangat! Dia memeluk Qaseh. Mengharap agar rasa luka di hati dapat dikurangkan. Dia menceritakan apa yang terjadi.

“Qisha, kau sabar la. Tapi satu aje aku tak faham. Kenapa game love korang ni nak ditamatkan? Kau kena cari punca dia, Qisha. Aku rasa ada kaitan dengan Wan Firaz.” Teka Qaseh. Dia menghidang air teh panas dan sepinggan biskut kosong.

Terliur pula Qisha Delisa melihatnya. Dia mengambil sekeping biskut lalu dimasukkan dalam air teh tersebut. Sedap!

“Aku pun rasa macam tu tapi aku tak pastilah. Tak pula Hadif cerita yang dia ada jumpa Wan Firaz. Selalunya dia ada beritahu aku.” Qisha Delisa bercakap sambil mulut terus mengunyah biskut.

Qaseh hanya melihat tingkah laku sahabatnya itu.

“Qisha, sebelum ni, sekeping pun payah kau nak habiskan. Ini dah tinggal dua keping je biskut.” Prihatin Qaseh.

“Entahlah Qaseh. Sejak aku balik dari Langkawi, selera makan aku besar betul.” Qisha Delisa pun rasa pelik.

“Bukan ke kau jenis jaga badan dan diet?”

“Memanglah tapi aku susah nak kawal diri kalau nampak makanan sedap. Aku pasti beli dan habiskan makanan tu.” Jelas Qisha Delisa.

Qaseh terkejut.

“Kau dan Hadif dah pernah bersama ke?” soalnya.

“Bersama?” Giliran Qisha Delisa pula yang terkejut. “Pernah. Sekali masa di Langkawi...” Dia sudah dapat meneka.

“Mengandung!” Serentak Qaseh dan Qisha Delisa berkata.

Qisah Delisa berdiri tegak. Dia mula cemas. “Apa yang aku kena buat ni? Tak sangka buat sekali dah lekat.”

“Qisha, bertenang. Macam ni. Kau pergi hospital dulu. Check. Aku boleh teman kau.”

“Kalau tak mengandung, tak apa la, Qaseh. Kalau mengandung? Macam mana ni? Nak ke Hadif bertanggungjawab pada aku?”

“Apa kau cakap ni Qisha? Mestilah Hadif akan bertanggungjawab pada kau. Kau kan isteri dia.” Qaseh cuba menyakinkan Qisha Delisa.

“Tapi dia nak bercakap dengan aku pun tak mahu...” Sedih wajah Qisha Delisa.

“Aku nak tanya kau satu soalan.” Qaseh memandang tepat ke wajah Qisha Delisa. Dia harap tekaannya tepat.

“Apa dia?”

“Kau cintakan Hadif?” suara Qaseh kedengaran serius.

Hati Qisha Delisa berdebar. Dia sendiri tidak yakin dengan cinta yang dirasai ini. Betul ke aku cintakan Hadif?

“Aku tak pasti, Qaseh.” Jujurnya.

“Kau rasa Hadif lebih baik berbanding Wan Firaz?”

“Ya...”

“Kau rasa Hadif lebih menghargai kau berbanding Wan Firaz?”

“Ya...” Terangguk-angguk kepala Qisha Delisa.

“Kau rasa kau nak hidup dengan Hadif berbanding Wan Firaz?”

“Ya, Qaseh. Dia pelindung aku. Dia penyelamat aku. Dengan Wan Firaz, aku tak pernah rasa bahagia tetapi dengan Hadif, rasa bahagia setiap kali aku pandang dia. Setiap kali dia mengusik aku. Tiap kali aku rasa sunyi. Tiap kali aku rasa sedih. Dia selalu ada, Qaseh.” Luah Qisha Delisa. Bersemangat pula aku rasa.

“Sah! Memang sah!” Qaseh tersenyum.

“Apa yang sah? Perkahwinan aku dengan Hadif memang dah sah, Qaseh.” Teruja Qisha Delisa.

“Sah! Kau cintakan Hadif.” Yakin Qaseh.

“Yakinnya kau...”

“Assalamualaikum...” Shahril baru sahaja pulang dari pasar. “Seriusnya muka sayang dan kau...” Dia terkejut juga melihat Qisha Delisa berada di rumahnya seawal pagi ini.

Qisha Delisa dan Qaseh saling pandang memandang. Mereka berdua rasa, Shahril boleh tolong mereka.

“Abang...” Qaseh mula bermanja.

Terkebil-kebil mata Qisha Delisa melihat sahabatnya itu bermanja. Ini kali pertama dia melihat.

“Sayang, manja sayang tu jangan tunjuk kat orang. Manja sayang itu untuk abang je.” Shahril mula tidak senang duduk.

“Nak minta tolong abang.”

“Tolong apa? Pasal sayang, semuanya boleh kecuali diluar kemampuan diri dan kudrat.” Shahril tersenyum.

“Tolong Qisha. Korek rahsia Hadif.”

Shahril mengeluh. “Ingatkan tolong untuk hubungan kita.”

“Bolehlah abang. Kalau abang berjaya pulihkan hubungan mereka, Qaseh bagi hadiah special untuk abang. Janji!” pujuk Qaseh lagi.

“Betul ni?”

“Ya!” Qaseh buat muka comel.

Hampir tergelak Qisha Delisa melihatnya.

“Baiklah.”

Qaseh tersenyum. Shahril memang lelaki yang baik dan memahami. Dia beruntung memiliki Shahril sebagai suaminya. Lelaki itu tidak banyak kerenah asalkan kena gaya melayan kehendak diri.

“So, apa plan kau sebenarnya Qaseh.” Barulah Qisha Delisa bercakap.

“Plan terbaik ni. Insya-Allah berjaya. Semoga dipermudahkan.” Qaseh senyum penuh makna.

“Kau tak payah senyum kambing macam tu. Cepat bagitau aku ni.” Marah manja Qisha Delisa.

“Macam ni. Aku nak kau mulakan game love tu. Kalau dulu kau mulakan game love untuk melarikan diri dari Wan Firaz. Apa kata game love kali ini kau tukar matlamat iaitu memikat suami kau?” Qaseh angkat keningnya berkali-kali. “Okey tak?”

“Aku tak tahu nak pikat suami? Pikat jantan tahu la. Aku kan bekas palygirl.” Jujur Qisha Delisa. Dia sendiri tidak faham dengan diri sendiri. Kalau lelaki lain, mudah sahaja di pikatnya, kalau Hadif ni, lain macam sahaja hatinya rasa.

“Maknanya Hadif tu memang istimewa bagi kau. Kalau kau nak tahu memikat suami macam mana. Ni! Tanya Qaseh! Terbaik!” Sampuk Shahril.

“Ye ke?” Qisha Delisa bagaikan tak percaya.

“Kalau kau tak tahu sangat, kau bacalah novel Projek memikat suami ke? Mana tahu dapat feelnya.” Cadang Qaseh yang ingin mengelak dari kenyataan suaminya. malulah.

“Kau buat lawak ye, Qaseh? Mana sempat aku nak baca novel ni. Cepatlah. Bagi game love memikat suami yang pertama.”

“Kita minta abang Shahril kita la yang bagi.” Kata Qaseh. Dia belum sempat memikirkan apa-apa.

“Abang ke sayang?”

“Abang la...”

“Abang ye... Memikat suami. Abang suka godaan di bilik tidur di malam hari.” Kata Shahril.

Serentak itu wajah Qaseh menjadi merah. Malu.

“Godaan?”

p/s: Sanggup ke si qisha ni nak buat...rasanya tak kot....aduhai...hmmm tunggu sambungannya nanti tau....terima kasih masih sudi menyokong karya saya...terima kasih...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.