Qisha Delisa makan
dengan begitu selera. Dia hampir lupa pada Hadif Fayyadh yang sedang
memandangnya.
“Kau ni makan macam
kau ni berbadan dua. Kau mengandung ke?” Hadif Fayyadh bertanya. Dia memanjangkan
badannya sedikit ke depan lalu berbisik.
“Aku tak sentuh kau lagi, tak kan mengandung pula...”
Pantas cubitan tangan
Qisha Delisa melekat di lengan Hadif Fayyadh.
“Aduh! Sakitnya!”
aduh Hadif Fayyadh. Dia mengosok-gosok bekas cubitan isterinya itu.
“Itu untuk orang yang
tak reti jaga mulut. Main lepas je cakap.” Geram Qisha Delisa. Aku makan banyak
pun salah ke? Dah makan ni sedap, aku makan la lebih sikit.
“Gurau je...”
akhirnya Hadif Fayyadh tersenyum.
Dari jauh sempat Wan
Firaz menjeling pasangan itu. Hatinya makin sakit melihat kemesraan Hadif
Fayyadh dan Qisha Delisa. Kadang-kadang mereka ketawa. Walaupun butir bicaranya
dia tidak dapat mendengar tetapi dari gerak mulut dan senyuman itu menandakan
mereka sedang bahagia.
Selepas makan makanan
utama, mereka berdua menunggu pencucui mulut pula.
“Aduh!” tiba-tiba
Qisha Delisa rasa mahu membuang air kecil.
“Kenapa ni Qisha?”
risau Hadif Fayyadh. Siapa tak sayang bini oi? Mesti sayang walaupun degil!
“Aku rasa mahu ke
tandas. Nak buat yang kecil ni...” Qisha Delisa tersenyum malu.
“Itulah! Air kau bedal
sampai dua gelas. Tangki kau dah penuh. Tandas kat sebelah sana tau.” Tunjuk Hadif
Fayyadh. Kasihan pula melihat wajah kerut Qisha Delisa.
“Thank..” Qisha
Delisa bangun.
“Nak aku teman ke?”
gedik Hadif Fayyadh.
“Gedik!” Qisha Delisa
berkata. Dia senang hati dengn gurauan Hadif Fayyadh.
Wan Firaz tersenyum
melihat Qisha Delisa bangun. Inilah peluang.
“Maaf, saya ke tandas
sekejap.” Dia berdiri. Dia yakin yang Hadif Fayyadh tidak perasan dengan
ketiadaannya di meja makan sebab lelaki itu leka menjawab panggilan.
Dia cukup bertuah
kerana restoran itu hanya menyediakan satu tandas sahaja. Lelaki dan perempuan boleh
menggunakan tandas tersebut.
Qisha Delisa menarik
nafas lega. Selepas menilik muka di cermin, dia membuka pintu tandas. Dia
terkejut dengan kehadiran seseorang.
“Kau...” hanya itu
yang meniti di bibirnya.
Wan Firaz mendekati
Qisha Delisa dan gadis itu mengudur ke belakang sehingga terduduk atas mangkuk
tandas. Dia menutup pintu tandas dan menguncinya.
“Kau buat apa ni!”
Qisha Delisa bertanya dengan beraninya. Walaupun dia rasa takut tetapi dia kena
berani. Dia tak boleh nampak lemah dia hadapan lelaki durjana ini.
“Aku buat apa? Sayang
ni, lawak la... Tanya soalan yang sayang dah tahu jawapannya.” Wan Firaz
menarik tangan Qisha Delisa agak tubuh itu bergerak dan rapat dengannya. Dia peluk
pinggang Qisha Delisa.
“Lepaskan la...”
Tangan Qisha Delisa meronta-ronta. Mereka bercakap dalam nada berbisik.
“Qisha, abang rindu
sangat pada sayang. Cantik sayang bertudung.” Puji Wan Firaz. Pipi gadis itu
menjadi mangsanya.
Ya Allah, siapa yang
akan selamatkan aku dari lelaki perosak ini? Doa Qisha Delisa dalam hati.
*****
Hadif Fayyadh
tersenyum mendengar bebelan Datin Marissa. Bebelan mengenai keluar rumah tanpa
memberitahunya.
“Mama, Hadif minta
maaf ye. Saja Hadif nak bawa Qisha naik motor kesayangan Hadif ni...” pinta Hadif
Fayyadh.
“Yelah! Mama faham. Nanti
malam balik tau...”
“Baiklah mama...”
“Okey. Mama pergi
dulu. Assalamualaikum...”
“Waalaikumusalam...”
jawab Hadif Fayyadh. Lantas telefon bimbitnya di letakkan atas meja.
“Mana Qisha? Lama betul
pergi tandas.” Risau Hadif Fayyadh.
Tiba-tiba
pandangannya jatuh pada tempat duduk Wan Firaz. Lelaki itu tiada. Macam-macam
andaian yang timbul di kepalanya. Pantas dia menuju ke tandas.
Ada dua tandas. Satu lagi
pintu tertutup. Mungkin yang ini.
“Qisha!” Panggil Hadif
Fayyadh.
“Ala, penyibuk ni dah
datang. Baru nak bermanja dengan sayang....” Wan Firaz berbisik perlahan.
“Kau jangan cakap
pada dia yang aku ada kat sini...”
“Qisha!” panggil Hadif
Fayyadh lagi.
“Hadif! Sorry, sakit
perut la pula.” Kata Qisha Delisa dari dalam tandas.
Pipinya dicium lagi
oleh Wan Firaz lalu dia dilepaskan. Lelaki itu berdiri belakang pintu.
Pantas Qisha Delisa
membuka pintu tersebut.
“Qisha, muka kau
pucat ni?” soal Hadif Fayyadh. Dia memeluk bagu Qisha Delisa.
Memang pucat! Jumpa makhluk
yang menakutkan tadi.
“Sakit perutlah.
Terima kasih datang jengguk...” Qisha Delisa rasa lega sebab Hadif Fayyadh
datang ke tandas itu mencarinya. Tangannya memeluk pinggang Hadif Fayyadh.
“Mestilah! Kau kan
isteri aku!” Hadif Fayyadh pelik dengan kata-kata Qisha Delisa. “Wan Firaz tak
kacau ke?” soalnya pula.
“Kenapa kau tanya
macam tu?”
“Sebab aku tengok dia
tak ada kat meja dia.”
“Ye ke? Tak ada la. Kan
Qisha kat dalam tandas je,” bohong Qisha Delisa.
“Okey la kalau macam
tu. Boleh makan lagi tak ni?”
“Dah buang semua. So,
perut ni dah kosong semula!” Qisha Delisa tersenyum tawar. Dia mahu makan dan
makan sahaja.
Tiba-tiba ada seorang
pelayan hadir membawa dua pinggan yang ada sepotong kek coklat.
“Maaf, rasanya saya
tak order kek ni?” Hadif Fayyadh rasa pelik.
“Pelanggan meja sana,
belanja encik makan.” Tunjuk pelayan tersebut.
Dari jauh Hadif
Fayyadh dan Qisha Delisa dapat melihat senyuman Wan Firaz.
Wan Firaz tahu. Jika Qisha
Delisa tertekan atau ada masalah, dia hanya akan makan. Jadi, dia mahu menambah
menu gadis itu sahaja.
“Terima kasih!” ucap Hadif
Fayyadh.
“Aku tak nak makan
yang dia bagi...” Qisha Delisa menolak. Semua berkaitan dengan Wan Firaz dia
tidak suka.
“Tapi kek ni sedap!”
jujur Hadif Fayyadh.
“Betul ke?” Qisha
Delisa menelan liur. Dia pun suka kek coklat.
“Jangan bimbang. Kek ni
selamat. Kau makan je.” Pujuk Hadif Fayyadh.
“Kalau macam tu, aku
nak makan yang dalam pinggang kau punya.” Qisha Delisa rasa, baik dia makan apa
yang dimakan oleh suaminya.
“Jadi, kau nak aku
suap la ni?”
Qisha Delisa angguk.
“Nah!” Hadif Fayyadh
suakan sudu ke mulut Qisha Delisa.
“Memang sedap!”
Mereka berdua tersenyum bahagia.
Makin sakit hati pula
Wan Firaz melihat adengan suapan itu. Menyesal dia belanja kek. Yang makan
hati, hanyalah dirinya.
Mereka berdua
terlebih dahulu keluar dari restoran tersebut.
“Kita nak ke mana
pula?” soal Qisha Delisa.
“Balik! Mama ada call
tadi. Dia minta kita balik awal.” Jelas Hadif Fayyadh.
“Okey je. Tapi kau
jangan la bawa motor ni laju-laju. Aku rasa aku boleh muntah semua yang aku
makan tadi.”pinta Qisha Delisa.
“Qisha, macam ni la.
Kau pejam je mata dan peluk aku. Aku yakin kau tak kan rasa takut atau pening.”
Hadif Fayyadh cuba menyakinkan Qisha Delisa.
“Okey. Aku try.”
Mereka hanya membisu
di sepanjang perjalanan.
Dalam diam, Qisha
Delisa teringat kata-kata Qaseh.
“Qisha, apabila
perubahan membawa kepada kebaikan, ketenangan menjadi teman. Dia penghapus
resah dan pengukuh keyakinan. Jadi, aku rasa Hadif boleh bantu kau untuk
mendapatkan ketenangan itu..”
“Hadif...” perlahan
Qisha Delisa menyebut nama suaminya. “Hadif...” panggilnya lagi lembut dan
perlahan.
Hadif Fayyadh pula
tidak dapat mendengarnya kerana bunyi angin yang kuat.
“Hadif...” Hati Qisha
Delisa makin tenang. Akhinya dia terlena di belakang suaminya.
“Qisha, kita dah
sampai. Bangun sayang...” kejut Hadif Fayyadh dengan penuh kelembutan.
Qisha Delisa
tersedar. “Nak tidur lagi!” lantas dia mengeratkan lagi pelukkannya di pinggang
Hadif Fayyadh. Dia rasa selesa begitu.
“Qisha, tidur atas
katil. Bukannya peluk aku!” Geram Hadif Fayyadh. Badannya mahu kejang di
buatnya.
“Biarlah!”
“Qisha... Hadif! Dah balik
pun!” Datin Marissa muncul.
Pantas Qisha Delisa
turun dari motor. Malu sebab Datin Marissa melihat mereka berdua.
“Mama....” Qisha
Delisa bersalaman dengan Datin Marissa.
“Pergi mana tadi? Mama
risau tau...”
“Pergi honeymoon...”
gurau Qisha Delisa.
“Qisha...” geram
Datin Marissa. “Sudahlah! Mari Qisha, mama nak ajak Qisha berenang...”
“Berenang?” Qisha
Delisa terkesima seketika.
p/s: awatlah datin ni ajak qisha berenang? apa dah jadi ni? mesti si hadif ni menyibuk nanti. apa yang jadi ye??? hihihi