Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 24 - part 1

Qisha Delisa rasa hidupnya lebih tenang selepas bercerai dengan Hadif Fayyadh. Kini, sudah masuk bulan ke tiga. Walau kadang-kadang dia rindukan bekas suaminya itu tetapi apakan daya jodoh mereka tidak panjang.

Fikirannya jauh ke peristiwa yang tidak akan dia lupa.

“Ceraikan aku sekarang juga!” Kata Qisha Delisa dengan nada yang kuat.

Dia tidak boleh bersabar lagi. Lelaki hanya tahu menghinanya tanpa usul periksa.

“Ya, aku memang tunggu kau minta cerai. Aku pun tak hingin bersama kau. Aku ingat, lepas aku halau kau minggu lepas, kau dah tak nak jejak kaki kat sini lagi.” Kata-kata Hadif Fayyadh bagaikan sebilah pisau yang menikam dadanya tanpa belas kasihan. Sakit sangat.

Qisha Delisa menahan air mata dari terus mengalir. Berat sekali kata-kata Hadif Fayyadh untuk dirinya terima.

Perasaan marah mengusai diri Hadif Fayyadh. Cinta yang dia berikan pada Qisha Delisa tidak pernah dihargai. Itulah penyebab dia menjadi marah.

“Aku ceraikan kau dengan talak satu...” kata Hadif Fayyadh.

Serentak itu Qisha Delisa pengsan.

“Qisha! Qisha!” Hadif Fayyadh terkejut. Dia tidak menyangka yang Qisha Delisa akan pengsan. Dia pun pelik kerana wajah perempuan itu pucat. Tak sihat kot. Demi rasa kemanusiaan, Hadif Fayyadh bawa Qisha Delisa ke hospital.

“Puan Qisha tiada apa-apa. Cuma dia tidak boleh tertekan sangat memandangkan dia baru sahaja keguguran.” Terang doktor Ain.

“Keguguran?” Hadif Fayyadh terkejut.

“Ya, encik Hadif. Mengikut rekod hospital, Puan Qisha keguguran seminggu yang lalu.” Jelas Doktor Ain.

“Berapa bulan usia kandungannya masa itu?” Hati Hadif Fayyadh berdebar. Dia menghitung hari dalam hatinya. Mengira masa dia ke Langkawi sehingga minggu lepas. Tekaannya seperti tepat.

“Dua minggu. Kandungannya masih terlalu awal. Keguguran disebabkan hentakkan yang kuat atau terjatuh.”

Hadif Fayyadh terus terbayang akan perbuatannya pada Qisha Delisa. Aku ke penyebab kandungannya gugur? Anak aku sendiri!

“Terima kasih doktor…” Hadif Fayyadh melangkah longlai menuju ke katil Qisha Delisa berbaring. Wajah itu sungguh pucat dan tidak bermaya.

“Qisha… Qisha…” Hadif Fayyadh mula rasa bersalah.

Qisha Delisa tersedar apabila namanya diseru seseorang. “Hadif? Lepaskan tangan aku!” pintanya. Mahu menarik tangan sendiri pun tidak berdaya.

“Kenapa kau mengandung, kau tak bagi tahu aku?” soal Hadif Fayyadh seperti Qisha Delisa yang bersalah. Macam mana aku nak tahu. Tanda-tanda mengandung seperti muntah, suka marah-marah dan suka makan pelik-pelik, tak ada pun. Cuma pemakanan je terlebih tetapi aku tak jangka itu adalah sikap orang mengandung.

“Perlu ke aku bagi tahu pembunuh macam kau!” marah Qisha Delisa. Makin mendalam perasan benci dalam hatinya. “Lepaskan aku! Kau dah ceraikan aku kan? Kau tak layak nak sentuh aku.” Marah Qisha Delisa bertambah.

“Lantak aku la! Lelaki yang datang rumah tempoh hari tu tak apa pegang kau. Tak apa!” geram Hadif Fayyadh.

“Aku dah cakap! Aku tak kenal diorang. Aku tak kenal! Aku ingat kau balik untuk selamatkan aku. Untuk pertahankan aku tapi…” Air mata Qisha Delisa mengalir. Betapa sakit hatinya dengan tindakan Hadif Fayyadh yang langsung tidak memikirkannya.

“Qisha, aku…”

“Sudahlah! Aku nak rehat. Kau tunggu sahaja surat cerai kat rumah kau tu.” Qisha Delisa pejamkan mata dan apabila dia mencelikkan semula matanya, dia kini berada di sebuah rumah sewa.

“Ah! Peristiwa tu sudah berlalu tiga bulan. Baik aku lupakan dia.”

“Assalamualaikum…” Ada seseorang memberi salam.

“Waalaikumusalam.”

Kelihatan Zaheerul sedang tersenyum lebar untuknya.

“Zaheerul, awalnya kau datang.” Qisha Delisa membalas senyuman itu.

“Awallah. Nak bantu buah hati aku ni…” Zaheerul melihat wajah Qisha Delisa penuh minat. Dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan rakan sekolahnya itu di pejabat peguamnya. Urusan penceraian Qisha Delisa, dia yang uruskan.

“Buah hati… Buah hati… Buah pinggang tak nak tanya ke?” gurau Qisha Delisa. Dia kenal Zaheerul, seorang lelaki yang baik. Dia senang lelaki itu sudi membantunya.

“Bukan sahaja buah pinggang aku nak tanya, buah-buahan tempatan buah jambu pun aku nak tanya gak.” Loyar buruk Zaheerul. Layak sangatlah jadi peguam tu.

Qisha Delisa ketawa kecil.

“Sudah! Sudahlah buat lawak. Tak larat aku nak gelak. Dah sarapan pagi?” Soal Qisha Delisa. Tangannya sibuk mengemas. Dia akan berniaga di pasar. Buat nasi lemak sahaja. Tiada menu lain pun.

“Belum. Aku kan suka makan nasi lemak yang kau masak.” Zaheerul membantu Qisha Delisa mengangkat bakul yang berisi nasi lemak. Hampir separuh siap dibungkus.

“Kau tu bukan suka makan tapi kau melantak. Kau bedal sampai 5 bungkus satu masa.” Qisha Delisa ketawa kecil.

“Itu tandanya nasi lemak kau masak sedap.”

“Yelah tu!”

Begitulah Qisha Delisa setiap hujung minggu dia akan berniaga nasi lemak. Bajetnya tak sampai seratus ringgit tetapi mampu menghasilkan 400 bungkus. Kebetulan hari minggu memang ramai orang. Tambahan pula, dia sudah ada pembeli setia.

“Akak, saya nak beli sepuluh bungkus.” Kata seorang pembeli setianya, Biebie.

“Baiklah. Banyak beli hari ini, Biebie?” Qisha Delisa peka terhadap setiap pembeliannya. Biebie nama panggilan manja gadis itu.

“Ada kawan nak datang. Tak sempat nak masak. Itu yang beli nasi lemak.”

“Okey…” Qisha Delisa tersenyum.

“Semalam saya ada tempah 100 bungkus nasi lemak kan?” Datang seorang lelaki menghampirinya pula.

“Ya, Encik Ali. Dah siap semuanya. Zaheerul, tolong ambil dua plastik tu. Qisha dah asingkan.” Arah Qisha Delisa.

“Yang ni ke, sayang?” Zaheerul bertanya.

Qisha Delisa terkejut. Sesedap hati dia je panggil aku sayang. Aku hempuk gak nanti! Geramnya sambil mengangguk kepala.

“Terima kasih.” Kata pembeli tersebut selepas membuat bayaran.

Dalam dua jam, semua nasi lemak habis dijual.

“Kak, ada nasi lemak lagi tak?” soal seorang pembeli.

“Maaf dik, dah habis.” Jawab Qisha Delisa. Kasihan pula pada yang bertanya.

“Marilah kita kemas. Tak sanggup tengok muka pelanggan yang kecewa.” Qisha Delisa mengajak Zaheerul.

“Okey…”

“Terima kasih sebab bantu aku. Tiap-tiap hujung minggu pula tu.” Qisha Delisa rasa bersalah. Dia renung wajah yang hitam manis itu. Walaupun tak sekacak Hadif Fayyadh tetapi wajah Zaheerul seperti seorang pelakon Melayu tu. Apa namanya ye? Lupa sudah.

“Sama-sama kasih. Aku tak kisah. Lagi pun aku tak buat apa pun. Lainlah aku dah kahwin. Tak ada la aku lekat kat sini. Lekat dengan bini aje la.” Zaheerul ketawa kecil.

“Manja juga kau ni. Nak lekat dengan bini je.” Entah mengapa Qisha Delisa merindui Hadif Fayyadh. Lelaki itu akan menjadi cintanya yang terakhir. Tak akan ada cinta yang seterusnya.

“Apa salahnya. Tambahan pula kalau kau yang jadi bini aku. Lagi aku tak keluar rumah.” Zaheerul menjeling ke arah Qisha Delisa. Mahu melihat reaksi gadis itu.

“Kau ni pandai betul bergurau.” Qisha Delisa tidak mahu melayan perasaan Zaheerul. Dia bukannya kayu yang tidak mengerti dengan pandangan lelaki itu tiap kali bercakap dengannya.

“Aku tak gurau, Qisha…” Tiba-tiba suara Zaheerul serius.

“Aku pun tak gurau, Zaheerul. Aku masih sayang bekas suami aku.” Jujur Qisha Delisa.

“Walau apa pun yang laki kau dah buat pada kau?” Zaheerul tidak berpuas hati dengan Qisha Delisa.

“Ya. Aku cintakan dia bukan kerana satu kesalahan yang telah dia lakukan pada aku. Aku tak boleh membenci dia. Kau kena faham?” Terbayang wajah Hadif Fayyadh ketika ini. Betapa dia rindukan lelaki itu.

Ya Allah, aku rindukan dia. Rindu sangat. Dapatkah aku bertemu dengannya lagi?

“Qisha, aku…”

“Cukup!” Qisha Delisa berlari meninggalkan kawasan pasar itu. Apabila dirinya tidak larat mahu berlari lagi, dia terduduk di satu sudut dengan keadaan mencangkung.

Dia meletakkan kedua lengannya atas lutut dan kepalanya atas lengan itu. Tunduk sambil menangis. Dia benar-benar rindukan Hadif Fayyadh.

“Kau tak apa-apa?” soal seorang lelaki. Di sentuh bahu wanita itu agar sedar dengan kehadirannya.

Bagi Qisha Delisa pula, dia menyangka yang lelaki itu adalah Zaheerul.

“Jangan sentuh aku!” marah Qisha Delisa.

“Maaf! Saya…”

Serentak itu, kepala Qisha Delisa dinaikkan. Terbeliak matanya melihat lelaki yang berada di depannya. Tidak berkelit matanya melihat wajah lelaki itu. Lelaki yang amat dirindunya.

“Hadif Fayyadh…” Hanya satu seruan nama yang istimewa di hatinya.

“Qisha Delisa. Kau ke Qisha?” Hadif Fayyadh terkejut melihat gadis itu di hadapannya. Lain benar cara pemakaian gadis itu. Adakah dia hidup miskin?

Qisha Delisa tidak menjawabnya. Dalam fikirannya hanya lari. Lari Qisha. Aku memang tak mampu membenci dirinya tetapi itu tidak bermaksud aku boleh menerimanya. Itu tidak mungkin.

“Tunggu Qisha!” panggil Hadif Fayyadh. Dia mahu merebut kembali hati Qisha Delisa. Dia dah salah sangka mengenai kata-kata Wan Firaz.

Tetapi malangnya, Qisha Delisa menghilang sekelip mata.

Hadif Fayyadh teringat peristiwa ayahnya merahinya.

“Kenapa kau ceraikan Qisha, Hadif?” soal Dato Malik dengan nada yang marah.

Hadif Fayyadh terdiam. Dia tundukkan wajahnya. Sedar kesalahannya itu.

“Kau tahu tak Qisha tu, anak yang baik.” Geram sungguh Dato Malik dengan sikap anak lelakinya ini. Kalau Datin Marissa tidak menceritakan kisah silam Qisha Delisa, pasti dia juga akan salah sangka seperti Hadif Fayyadh.

“Dia ada jantan lain, papa. Buat apa Hadif simpan perempuan macam tu!”

Pang!

Pipi Hadif Fayyadh di tampar oleh Dato Malik.

Baru sebentar tadi pipi Hadif Fayyadh di tampar oleh Datin Marissa. Kini pula, Dato Malik. Pipinya menjadi makin merah.

“Papa!”

“Abang!” Datin Marissa mendekati suaminya. Cuba menurunkan suhu marah suaminya. “Abang, bawa bertenang. Bukan begini kita nak ajar anak.”

“Kalau tak ajar macam ni, dia tidak akan sedar.” Dato Malik memandang Datin Marissa. Nasib baik isterinya ada, kalau tak, lebam juga mata tu aku tumbu!

“Memang betul dia ada lelaki lain. Wan Firaz kata. Dia pernah tidur dengan ramai lelaki. Semua lelaki mahu kan dia! Sakit hati Hadif dengar Wan Firaz kata. Dia kata macam Qisha tu pelacur!” Jerit Hadif Fayyadh. Dia juga geram.

“Bodoh! Kau memang bodoh!” marah benar Dato Malik. “Kau percaya kata Wan Firaz tu? Kau percaya?” soalnya banyak kali.

Hadif Fayyadh terdiam. Dia hanya memegang pipinya yang sakit itu.

“Qisha dah tak suci. Dia dah pernah tidur dengan lelaki lain. Bukti dah ada ayah…” Hadif Fayyadh masih berani mempertahankan apa yang telah dilakukannya.

“Kau tahu tak Qisha dan Wan Firaz dah pernah berkahwin. Jadi wajarlah dia tak ada dara. Dia janda Wan Firaz. Kau tahu atau tak tahu, Hadif!” geram Dato Malik.

“Kahwin?” Hadif Fayyadh terdiam lagi.

“Ya, dia pernah berkahwin dengan Wan Firaz lima tahun lalu. Wan Firaz selalu seksa dia membuatkan dia menuntut cerai dan melarikan diri dari lelaki yang akan mencari dia sehingga ke lubang cacing.”

“Patutlah Qisha tak suka Wan Firaz.” Hadif Fayyadh mula teringat peristiwa takutnya Qisha Delisa pada Wan Firaz tiap kali gadis itu bertemu dengan lelaki durjana itu.

“Hadif tak payah tunjuk muka macam tu pada papa. Mulai saat ini, papa nak kau pergi cari Qisha sampai jumpa dan pujuk dia kahwin dengan Hadif. Kalau tak berjaya, jangan jejak kaki Hadif kat rumah papa lagi!” Dato Malik mengeluarkan arahan yang drastik.

“Abang…” Datin Marissa terkejut. “Abang, jangan la macam ni…”

“Biar Hadif rasa, Mar. Dia ingat, dia boleh hidup tanpa Qisha? Tak mungkinlah!” jawab Dato Malik yang sememangnya kenal anaknya itu.

Aku sayangkan Qisha Delisa. Aku cintakan Qisha. Aku akan padamkan apa yang dikatakan oleh Wan Firaz itu. Betul kata papa. Aku tak seharunya percaya dengan kata-kata Wan Firaz.

Hadif Fayyadh mula bersemangat.

Masa lalu adalah renungan teledan untuk melayari kehidupan seterusnya.

“Betul tu!”

p/s:maaf lama tak update...laptop buat hal...ini baru je boleh menaipnya...harap masih ingat cerita ini...semoga terhibur membacanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.