Tiba-tiba bunyi
kereta yang kuat memecut. Kereta tersebut melalui kawasan rumah sewa mereka
berdua.
Mereka berdua
tersedar.
“Siapalah bawa kereta
macam tak belajar sivik?” kata Hadif Fayyadh sambil melepaskan pegangan
tangannya. Dia memberi lalu pada Qisha Delisa untuk duduk di bahagian
penumpang.
“Entahlah!” Qisha
Delisa pun tidak tahu. Tiba-tiba bawa kereta memecut seperti itu. Memang tak
belajar sivik ke?
“Okey, hari ini
banyak aktiviti kasih sayang.”
“Maksud kau?”
“Hari ni aku cadang
nak pergi naik kereta kabel, pergi tengok lautan, pergi borong coklat. Mama dah
kirim tu.” Jelas Hadif Fayyadh sambil meneruskan pemanduannya.
“Coklat? Mama pun
masih makan coklat?” Qisha Delisa sedikit tersentak.
“Mama, kalau coklat
Langkawi dia makan. Yang paling mama suka coklat....”
“Coklat apa?”
“Coklat..... Nanti
aku tunjuk.” Hadif Fayyadh ceria. Dia suka kalau berjaya mengusik isterinya
itu. Wajah itu pasti akan kemerahan menahan malu.
“Ish!” Hanya itu yang
keluar dari mulut Qisha Delisa.
Selepas makan mereka
pergi ke akurium. Di situ banyak ikan besar. Beberapa jenis penguin dan
sebelahnya tempat shopping coklat.
“Aku tengok sana
sekejap ye...” kata Qisha Delisa dan dia hilang sekelip mata.
Hadif Fayyadh hanya
mampu menggelengkan kepala. Dia menunggu sahaja di luar.
*****
Hadif Fayyadh
memegang kepalanya. Kisah silam Qisha Delisa membuat hatinya sakit. Tak sanggup
dia membayangkan bertapa terseksanya gadis itu apabila bersama Wan Firaz.
Lelaki ini memang mementingkan diri sendiri.
“Kau binatang!”
marahnya.
“Aku binatang? Kau patutnya
bertuah, dapat merasa bekas aku. Tapi sekarang ni aku nak bekas aku balik. Aku
sayang Qisha!” Wan Firaz mula gila.
Hatinya sakit melihat
adengan romantik mereka pagi tadi. Dia yang memecut kereta dengan laju di depan
rumah mereka tadi. Geram!
Makin geram apabila
melihat muka Hadif Fayyadh yang dapat
menyentuh segalanya milik Qisha Delisa.
“Qisha dah jadi milik
aku yang sah! Padam muka kau!”
Hadif Fayyadh berkata
begitu sambil mengepal tangannya kuat. Bila-bila masa sahaja penumbuknya akan
hinggap ke muka Wan Firaz.
Kau ingat muka geram
kau tu tak mampu aku tumbuk. Aku pun dah lama geram dengan kau! Ikut aku sampai
ke Langkawi! Kau ingat aku ni apa! Bisik hati Hadif Fayyadh.
“Kalau kau rasa dengan penumbuk kau tu dapat tewaskan
aku? Dalam mimpi je!” Bergema ketawa Wan Firaz. Dia melihat tangan Hadif
Fayyadh yang seperti ingin menumbuknya
tetapi dia yakin Hadif Fayyadh tak kan berani mahu menumbuknya.
Bukk!
Serentak itu Hadif
Fayyadh menumbuk di rahang Wan Firaz disusuli pula dengan lagi satu tumbukan di
perut.
Wan Firaz menyeringai
menahan sakit.
Geram dan marah pada
Wan Firaz begitu membara. Tergamak lelaki itu memperlakukan isterinya seperti
binatang. Mujur Qisha Delisa tiada di sini. Dia akan berbincang dengan Qisha
Delisa apabila pulang nanti.
Tumbukan pertama
membuat Wan Firaz tergamam. Tumbukan ke dua pula membuatkan lelaki itu seriau
tetapi ayunan ke tiga membuatkan Qisha Delisa harus bertindak pantas.
Mujur Qisha Delisa
lalu di situ dan ternampak adengan pergaduhan mereka. Apa dah jadi ni?
Kalau dibiarkan Hadif
Fayyadh terus menumbuk, boleh mati Wan Firaz dengan setiap pukulan itu.
“Hadif!” Qisha Delisa
memegang lengan suaminya. “Hentikan Hadif!” Mereka berdua saling merenung
antara satu sama lain. Hanya renungan mata sahaja yang berkata-kata.
Hadif Fayyadh
bertenang. Kalau Qisha Delisa tidak menghalangnya, pasti tumbukan ini masih
hinggap di mana-mana anggota badan Wan Firaz tanpa belas kasihan lagi.
“Kau jangan ganggu
isteri aku lagi! Jom balik!” Dia tarik tangan Qisha Delisa.
Qisha Delisa hanya
mengikut apabila Hadif Fayyadh mengheretnya pergi.
“Aku tak kan berhenti
selagi Qisha tak jadi milik aku semula!” jerit Wan Firaz memenuhi segenap
ruang.
Langkah Hadif Fayyadh
terhenti. Hatinya kembali sakit. Rasa mahu menyambung kembali menumbuk lelaki
itu.
“Sudahlah, Hadif!”
giliran Qisha Delisa pula mengheret tangan suaminya. Tangan itu diheret oleh
Qisha Delisa.
“Biar Qisha yang
pandu.” Sepatutnya mereka berdua akan pergi naik kereta kabel sekarang. Jadi
Qisha Delisa teruskan pemanduannya yang mengambil masa sejam.
Selepas membeli
tiket. Mereka berdua naik bersama. Hanya mereka berdua. Mujur pekerja di situ
memahami dengan pandangan Qisha Delisa.
Semasa kereta Kabel
itu bergerak, Qisha Delisa memeluk lengan Hadif Fayyadh. Gegaran permulaannya
agak kuat. Membuat hatinya berdebar. Selepas kereta kabel itu bergerak perlahan
barulah dia lepaskan lengan suami.
“Qisha!” panggil Hadif
Fayyadh.
“Ya...” Qisha Delisa
memandang Hadif Fayyadh. Lantas dahinya dicium oleh suaminya. Dia terkaku.
“Apa ni, Hadif?” Entah
mengapa perasaan gementar terasa dalam diri Qisha Delisa. Dia memandang ke
luar. Pemandangan yang cukup indah.
Tiba-tiba dia
teringat akan Wan Firaz. Dia masih tidak mengerti dan tidak tahu sebab apa
mereka berdua bergaduh.
“Kenapa kau tumbuk
Wan Firaz?” soal Qisha Delisa tiba-tiba.
“Kenapa? Tak boleh
ke? Kau masih sayangkan dia ke?” geram pula Hadif Fayyadh mendengar soalan
Qisha Delisa.
“Sayang apanya? Aku
tengok muka dia terus trauma. Kau agak-agak la nak cakap yang aku sayang
dia...” Qisha Delisa angin satu badan.
“Tapi dulu kau
sayangkan dia kan? Kau cintakan dia separuh mati kan? Sampai sanggup gadaikan
maruah kau pada yang tak pernah halal untuk dia sentuh kau kan?” Sayu hati Hadif
Fayyadh saat berkata begitu. Pandangan matanya juga ke luar. Melihat
pemandangan Langkawi supaya hatinya dapat bertenang tetapi ternyata tidak
menenangkan.
“Apa kau cakap ni?”
Tiba-tiba Qisha Delisa berdiri tegak.
Kebetulan ketika
Qisha Delisa berdiri, kereta kabel itu berada di pertengahan dan pergerakannya
agak kasar membuatkan badannya jadi tidak seimbang. Serentak itu dia jatuh atas
badan Hadif Fayyadh yang ingin selamatkan isterinya.
“Aduh!” Hadif Fayyadh
mengaduh. Sakit tubuh badannya. Mujur kereta kabel itu kuat untuk menampung
berat gegaran mereka.
“Hadif! Aku minta
maaf!” Qisha Delisa kasihan melihat wajah berkerut Hadif Fayyadh.
“Tak payahlah! Kau
memang suka tengok aku sakit kan? Tadi dahlah bertumbuk dengan bekas buah hati
kau. Ini pula kena penyek dengan kau. Patah tulang aku.” Hadif Fayyadh sengaja
kata begitu. Dia mahu melihat mimik muka Qisha Delisa.
“Berapa kali aku nak
cakap. Jangan cakap yang Wan Firaz tu ada kaitan dengan aku. Aku tak suka!”
marah Qisha Delisa. “Kalau betullah sangat aku ni salah. Okey Fine!”
“What Fine?” Hadif
Fayyadh tidak faham.
“Fine! Malam ni aku
urut kau! Puas hati!” Qisha Delisa berkata sambil memandang tempat lain. Tidak
sempat Hadif Fayyadh bersuara, mereka sudah sampai di puncak. Mereka berdua
diminta turun sekejap untuk menikmati pemandangan yang indah di situ.
“Ini tempat Shah Rukh
Khan berlakon tau...” kata Hadif Fayyadh. Sebenarnya hatinya benar-benar
gembira kalau Qisha Delisa sudi mahu mengurutnya tetapi...
“Cerita Done...”
“Done ke Dhoom?” Hadif
Fayyadh mengelirukan Qisha Delisa.
“Entah la. Aku pun
bukan minat sangat. Jom ambik gambar.” Ajak Qisha Delisa. Tiada satu pun gambar
sejak mereka sampai di sini. Asyik gaduh sahaja.
“Boleh peluklah ni?”
soal Hadif Fayyadh teragak-agak.
“Peluklah! Nanti mama
tengok gambar kita tak mesra, dia fikir apa pula...” Qisha Delisa tidak kisah.
Dia juga ingin rasa bahagia walaupun seketika.
Pantas Hadif Fayyadh
berdiri di belakang Qisha Delisa dan memeluk pinggang isterinya menggunakan
tangan kiri dan tangan kanannya menekan punat camera.
Qisha Delisa yang
tersentak dengan tindakan Hadif Fayyadh memandang tepat ke wajah lelaki itu.
Itulah rupa gambar
mereka.
“Sweetnya... Kau
asyik nak pandang aku je.” Hadif Fayyadh mula perasaan. Qisha Delisa pula malas
mahu melayan.
p/s: walaupun Hadif tersenyum depan Qisha tetapi hatinya penat dan sedih apabila terkenangkan kisah silam gadis itu...apa kisah silamnya??tunggu bab 20...