“Diamlah kau!”
“Betullah. Entah-entah kau orang ni adik
beradik tiri.” Teka Hadif Fayyadh lagi.
“Mana ada. Bapak aku dah lama mati...” kata
Qisha Delisa. Ayah dah lama mati dalam hati aku sejak khabar berita dia
menduakan mak tanpa sebab.
“Oh yeke? Maaf... jom kita pergi jengguk
bilik pengantin.”
“Okey!” Qisha Delisa ikut sahaja ke mana
sahaja Hadif Fayyadh menarik tangannya.
Hadif Fayyadh tersenyum apabila masuk ke
kamar pengantin. Tengku Farisya Adilla menantinya di situ. Pasti dia terkejut.
“Selamat pengantin baru!” sinis nada Hadif
Fayyadh.
“Datang juga kau. Tak rasa sakit hati ke?”
Tengku Farisya Adillla berkata. Dia sudah lengkap dengan gaun pengantin yang
terdedah bahunya.
“Aku datang bukan nak rasa sakit hati tapi
aku datang nak buat kau rasa sakit hati.”
“Maksud kau?”
“Kenalkan, bakal isteri aku. Qisha tapi nama
dia memang Qisha. Tak macam kau... Nama pun tak jujur dengan aku apatah lagi
cinta kau. Untuk pengetahuan kau, dia lebih cun, seksi dan meletup dari kau!
Kau menyesal tak tinggalkan aku yang cintakan kau sepenuh hati dulu...?” soal
Hadif Fayyadh dengan wajah yang ceria. Sengaja dia menyebut perkataan dulu
dengan nada yang panjang. Dia gembira dapat kenakan Tengku Farisya Adilla.
“Kalau kau cintakan aku sepenuh hati, kenapa
kau ada perempuan lain?” sakit hati Tengku Farisya Adilla. Dia tidak sengaja
memberitahu Hadif Fayyadh mengenai nama Qisha itu. Dia terpaksa memberi nama
palsu untuk menguji lelaki ini tetapi tak sangka berlarutan seperti ini. Sebab itu
dia hanya bersetuju berkahwin dengan pilihan papanya, Wan Fariz.
“Kan aku dah beritahu kau. Aku cinta kau
seorang tapi perempuan lain sekadar mengisi kekosongan masa aku bila kau tak
ada,” jelas Hadif Fayyadh.
Tengku Farisya Adilla rasa tertipu. Dia masih
sayangkan Hadif Fayyadh tetapi disebabkan perempuan sekeliling lelaki itu
membuat dirinya cemburu. Dia jadi marah pada Qisha Delisa yang nampak sopan
berjubah itu.
“Tak guna punya perempuan!” Tengku Farisya
Adilla menolak tubuh Qisha Delisa sekuat hati sehingga perempuan itu tercampak
ke belakang dan kena pada dinding.
“Kau gila ke, Sya!” marah Hadif Fayyadh. Dia
menghampiri Qisha Delisa. Mana mungkin dia biarkan gadis itu dibuli begitu
setelah membantunya untuk menyakitkan perempuan yang sudah curang dan menipu
padanya.
“Qisha, you okey tak?” cemas Hadif Fayyadh. “Sya,
kau dah melampau!” geram Hadif Fayyadh.
“Tak apa. I okey.” Qisha Delisa menjeling tajam
arah Farisya. Kau buat aku sakit ye? Aku lebih pakar buat hati perempuan macam
kau sakit hati.
Perlahan-lahan tangan Qisha Delisa melingkari
leher Hadif Fayyadh. Dia membuat muka sedih. Walaupun tolakan tadi membuat
badannya lemah tetapi semangat nak sakitkan hati perempuan gedik ini lebih
menguasai.
“Sayang, I rasa bersyukur you tinggalkan
perempuan ni.” Tiba-tiba Qisha Delisa bersuara sambill berdiri dengan bantuan Hadif
Fayyadh. Tubuhnya rasa sengal-sengal sedikit.
“Kenapa?” Hadif Fayyadh rasa hairan. Dia tidak
kisah jika Qisha Delisa ingin memeluknya begitu. Tangan Qisha Delisa lembut
sahaja.
“Sebab dia bukan sahaja gila di luar malah di
dalam pun gila juga!” geram Qisha Delisa sambil tersenyum sinis.
“Tak guna!” Farisya ingin menampar muka
perempuan itu tetapi tangannya di halang oleh Wan Firaz.
“Sayang, sabar. Siapa mere...ka...?” Wan
Firaz terkejut melihat Qisha Delisa di sini. Dia kenal gadis itu.
“Qisha?”
“Abang Wan?” tiba-tiba nada suara Qisha
Delisa berubah. Pantas dia keluar dari kamar itu dan diekori oleh Hadif
Fayyadh.
“Qisha!” panggil Hadif Fayyadh. Dia memanggil
Qisha Delisa berkali-kali.
Akhirnya langkah Qisha Delisa berhenti di
kereta Hadif Fayyadh. Dia bersandar di situ sambil memeluk lututnya. Sakitnya berkali
ganda dirasainya. Terutamanya di hatinya.
“Dia dah muncul...” perlahan suaranya tetapi Hadif
Fayyadh mampu mendengan dengan jelasnya.
p/s: maaf kali ni pendek sangat....kepenatan semalam masih terasa...pening2 kebukit freser pun masih terasa...maaf ye...lelaki yang menyakitkan hati itu dah muncul...saya janji bab 4 akan jadi panjang...doakan saya....