Bab 18
Qisha Delisa tersedar
dari tidurnya. Peristiwa semalam terus menterjah ke fikirannya. Apa lagi aku
mahu lakukan. Game love ke 3 terlalu berat untuk aku lakukan walaupun aku tahu
ia memberi kesan dan tamparan yang hebat pada Wan Firaz.
Dia tercari-cari Hadif
Fayyadh.
Di manakah lelaki itu
tidur ya?
Dia rasa bersalah. Apa
yang berlaku bukan kehendaknya. Dia buntu. Perlahan dia turun dari katil dan
mencari Hadif Fayyadh.
Di rumah tersebut
mempunyai tiga bilik. Dia membuka pintu pertama tetapi tiada. Dia menuju ke
pintu ke dua pula.
Pandangan Qisha
Delisa terus sayu. Kasihan Hadif. Dia tersepit dalam kisah aku dan Wan Firaz. Tetapi
dialah penyelamat aku. Pelindung aku yang paling baik.
Dia menghampiri Hadif
Fayyadh yang sedang lena. Jam di dinding sempat dijeling. Dah pukul 6.30 pagi. Sudah
bersolat ke dia? Perlukah aku mengejut dia bangun.
“Aku...”
Qisha Delisa
teragak-agak. Tiba-tiba pandangan matanya ternampak telefon bimbit yang tidak
jauh dari Hadif Fayyadh.
Dia terus keluar dan
mengambil telefon bimbitnya.
Mendail nombor
telefon bimbit Hadif Fayyadh.
Hadif Fayyadh
terkejut. Dia terus menjawab telefon itu tanpa melihat nama di skrin.
“Hello...”
serak-serak suara Hadif Fayyadh berkata.
Qisha Delisa diam
lalu tamatkan panggilan. Dia mengintai dari jauh mana tahu suaminya bangun tapi
nampaknya Hadif Fayyadh sambung semula tidurnya.
Kali kedua dia buat
panggilan.
“Kau nak apa?” marah Hadif
Fayyadh apabila tidurnya terganggu. Semalam dia tidur lewat memujuk Qisha
Delisa. Dia sangat letih.
“Nak kau solat
subuh...” Satu persatu perkataan itu di sebut oleh Qisha Delisa lantas
menamatkan panggilan.
Hadif Fayyadh
terpegun. Pantas dia melihat jam di dinding.
Dia terus keluar dari
bilik dan menuju ke bilik air yang memang berada berhampiran dengan bilik
tersebut. Dia mengambil wuduk lalu menunaikan solat subuh sendirian.
Qisha Delisa rasa
lega. Dia kembali menatap kertas yang diberikn oleh Hadif Fayyadh yang berada
di meja mekap berhampiran dia duduk.
Di renungnya
dalam-dalam.
Game Love 3:
Proses untuk
mendapatkan anak
Aku bukan tak nak
anak tapi kenangan lalu cukup pahit untuk aku kenang. Aku rasa sakit. Aku rasa
dilukai parah oleh Wan Firaz. Lelaki itu mengganggu hidupnya lagi.
Tanpa Qisha Delisa
sedari, Hadif Fayyadh sudah berada di pintu bilik utama di mana isterinya
duduk. Dia merenung wajah itu dalam cermin yang jelas sedang termenung.
“Kita pergi
sarapan...” akhirnya Hadif Fayyadh bersuara.
“Okey...” balas Qisha
Delisa. Dia meletakkan dahulu kertas tersebut di situ.
“Okey apa? Okey game
love atau sarapan?” teruja Hadif Fayyadh. Nada suara Qisha Delisa seperti
setuju dengan cadangannya itu.
“Sarapan la...” Qisha
Delisa mahu marah tetapi hanya keluhan yang keluar. “Pasal Game love tu, nanti
kita bincang lagi, okey?” Dia mendonggak dan memandang suaminya melalui cermin
mekap itu. Merenung ke dasar mata Hadif Fayyadh agar hatinya sedikit tenang.
“Okey. Aku tak paksa
kau... Tapi kau jangan buat macam malam tadi. Takut aku dibuatnya.” Hadif
Fayyadh menghampiri Qisha Delisa.
Qisha Delisa
berpaling dan menghadap Hadif Fayyadh. “Apa yang aku dah buat malam tadi?”
soalnya. Samar-samar sahaja ingatannya mengenai semalam.
“Semalam kau....”
kata-kata Hadif Fayyadh terhenti.
“Qisha ni, aku! Hadif
Fayyadh! Suami kau!” jerkah Hadif Fayyadh lebih kuat.
Qisha Delisa
tersedar.
Pantas tubuh
isterinya di peluk oleh Hadif Fayyadh. Dia tidak mahu Qisha Delisa rasa takut
padanya. Dia tidak akan apa-apakan Qisha Delisa.
“Lepaslah! Lepas!”
Cara Hadif Fayyadh memeluk Qisha Delisa amat jelas seperti Wan Firaz. Dia
kembali trauma.
“Lepaskan aku, Wan!
Aku bukan milik kau lagi! Aku bukan milik kau lagi!” Terusan tangan Qisha
Delisa menampar wajah Hadif Fayyadh. Sekali sekala dia menolak tubuh itu dari
melekat di tubuhnya itu.
Hadif Fayyadh tidak
sampai hati mahu menampar wajah Qisha Delisa bagi menyedarkan isterinya itu. Biarlah
dirinya yang menjadi pukulan Qisha Delisa.
“Qisha, dengar ni
sayang. Ini aku, Hadif. Kau ingat tak? Model lelaki paling kacak yang pernah
kau ada. Ingat tak saat kita bertemu kali pertama.” Hadif Fayyadh berkata
lembut. Dia jadi sedih melihat trauma Qisha Delisa. Dia akan menanyakan kisah
silam Qisha Delisa apabila dia bertemu
lagi dengan Wan Firaz. Itu yang perlu dia tahu.
Mahu harapkan Qisha
Delisa menceritakannya, tak ada harapan la nak tahu. Tubuh Hadif Fayyadh
terusan dipukul oleh isterinya.
“Model?”
“Qisha ingat tak? Aku
yang jadi model ganti tu. Walaupun nombor tiga, tapi kau tetap dapat hadiah.” Pujuk
Hadif Fayyadh lagi.
“Nombor tiga? Ya, aku
ingat. Kau Hadif! Kau hadif!” pantas Qisha Delisa memeluk Hadif Fayyadh erat.
Suaminya. Pelindungnya.
Dia menangis
teresak-esak. Perasaan takut mula hilang apabila dia tahu yang Hadif Fayyadh
ada bersamanya. Bukannya Wan Firaz yang suka mender hati dan perasaannya. Emosinya
benar-benar terganggu.
“Sudahlah tu! Jangan
nangis!” Hadif Fayyadh mengangkat tubuh Qisha Delisa dan letakkan ke atas
katil.
“Kau tidurlah. Aku jaga
kat depan pintu. Aku tak kan benar sesiapa ganggu kau ya?” sayu hati Hadif
Fayyadh melihat air mata yang mengalir itu.
Selama dia mengenali
Qisha Delisa, gadis ini seorang yang kuat semangat. Tidak pernah melihat dia
menangis seperti ini.
“Janji! Kau akan
lindungi aku?”
“Aku janji!” Hadif
Fayyadh tersenyum. Dia selimutkan Qisha Delisa. Sempat bibirnya singgah di dahi
Qisha Delisa apabila mata gadis itu terpejam.
“Janji tau...” Qisha
masih bersuara.
“Aku janji...”
Hadif Fayyadh
meninggalkan Qisha Delisa yang terbaring. Dia melihat kembali kertas game
lovenya.
Betul ke tindakan aku
ni? Entahlah. Aku berserah. Hanya cara ini yang akan membuat Qisha jadi milik
aku dalam dan luar. Dia letak kembali kertas itu di meja mekap dan berlalu
keluar dari bilik tersebut. Malam itu dia tidur di bilik tiga sahaja.
“Semalam aku...”
suara Qisha Delisa memecahkan ingatan Hadif Fayyadh mengenai peristiwa semalam.
“Semalam kau sangat
manja...” Hadif Fayyadh tersenyum. Dia berdiri. “Jom cari makan. Aku lapar. Separuh
tenaga aku habis semalam.”
Hadif Fayyadh
hulurkan tangannya pada Qisha Delisa.
“Apa yang aku dah
buat?” dahi Qisha Delisa berkerut. Dia sambut dengan baik huluran tangan Qisha
Delisa.
“Entah!” Hadif
Fayyadh masih tidak menjawab.
Qisha Delisa yang
hanya memakai tudung sarung terus mengikut langkah Hadif Fayyadh sehingga ke
kereta.
“Bagitau la aku.” Geram
Qisha Delisa.
Ketika Hadif Fayyadh
sedang mengunci pintu rumah.
“Kalau kau tak nak
bagitau aku, aku geletek kau.” Sebaik sahaja Qisha Delisa berkata begitu, dia
terus mencuit pinggang Hadif Fayyadh.
“Eh!”
Qisha Delisa mencuit
lagi.
“Eh, Qisha!” Hadif
Fayyadh cuba mengelak.
“Ambik ni!” geram
Qisha Delisa. Dia mencuit pinggang Hadif Fayyadh berkali-kali.
Hadif Fayyadh rasa
geli. Demi mengelak dari cuitan Qisha Delisa pantas tangannya menangkap dua
tangan Qisha Delisa dan melekatkannya di kereta Myvi yang berada berhampiran
mereka.
Mereka berdua
terdiam.
Mereka berdua
membisu.
Mereka berdua saling
merenung wajah masing-masing.
Mereka berdua semakin
hampir ke arah cinta.
Tiba-tiba bunyi
kereta yang kuat memecut. Kereta tersebut melalui kawasan rumah sewa mereka
berdua.
p/s:mereka berdua ni...tak habis2 dgn krisis rumahtangga hihihihi