Home Buku Fantasi The New King
Bab 56
Hotel Misteri



Setelah di pujuk oleh pengikut-pengikut nya, Badar pun setuju untuk tinggal semalam di hotel itu untuk berhibur. Apa yang mereka tidak tahu itu semua adalah perangkap. Hotel Misteri itu berada di dalam hutan, Negeri Gerhana. Badar, Zafar dan Man tinggal di bilik yang sama. Tama, Ozen dan Heigo di bilik berlainan. Sedangkan para gadis itu memilih bilik mewah untuk mereka.


Badar : wah walaupun biasa tapi cantik juga. Single bed aku punya!


Badar terus melompat ke katil itu. Tinggal lah katil yang untuk dua orang tidur.


Zafar : cis.. kenapa lah dia orang tak pisahkan je katil ni..

Man : tu laa.. tapi cantik juga bilik biasa ni.. hmm.. 

Badar : hoi ada air panas lah.. siap ada bathtub lagi.

Man : haha kau mandi lah situ. Aku nak pergi kolam renang!!


Man terus ambil tualanya dan turun ke bawah.


Zafar : tak sabar-sabar... Aku pun nak berenang lah..


Mereka bertiga berada di bilik tingkat 3. Dan yang lain berada di tingkat 2. Sedangkan Crisa, Gelana, dan Delima berada di tingkat 5 iaitu tingkat yang paling mewah sekali. Sejurus mereka masuk, terdapat karpet bulu yang lembut sehinggakan selipar di kaki mereka tidak kelihatan. Ada banyak pasu bunga yang besar-besar menghiasi ruangan tersebut.


Delima : lembut karpet ni.. hehehe..

Gelana : nasib ada Crisa.. kan?

Crisa : tak kan lah nak bilik biasa. Dah berapa lama kita tidur guna alas je..

Gelana : betul tu.. tak banyak bilik kat tingkat lima.

Crisa : mungkin cuma ada 10 ke 15 bilik je . Hahaha..

Delima : bilik kita nombor berapa?

Crisa : aku mintak bilik yang ada pemandangan.


Mereka melihat nombor kunci itu.


Delima : 5-15 .. wah paling hujung...


Mereka pun pergi memasuki ke bilik itu. Apabila mereka membuka pintu itu, pandangan mereka terpegun! Bilik yang luas. Single bed nya juga luas. Tema nya berwarna merah dan putih. Di dinding juga terdapat pelbagai lukisan seperti batik yang di lukis dengan warna hitam.


Delima : akhirnya!!! Bilik idaman.. hahaha..

Gelana : katil pun ada 3.. 


Crisa pun baring di katil pilihan nya.


Gelana : hei aku nak pergi mandi kolam ..

Delima : nak ikut...

Gelana : haa jom lah. Crisa?

Crisa : haammm.. aku nak baring sini dulu lah..


Mereka pun pergi meninggalkan Crisa sendiri di dalam bilik itu. Sebenarnya, ada bathtub besar di dalam bilik mandi.


Crisa : boleh lah aku mandi puas-puas .. air panas.. hahaha..


Akhirnya, pada malam itu mereka buat kegiatan masing-masing.. ada yang mandi di kolam, ada yang dalam bilik dan ada juga yang makan. Tama yang baru turun di panggil oleh Man.


Man : Tama! Jom lah mandi.

Tama : tak nak lah. Aku baru mandi air panas tadi.. best berbuih buih..

Ozen : cehh... Macam perempuan..

Tama : apa kau cakap ?

Gelana : kenapa kau bawa pedang ni? Kita nak berhibur..

Heigo : betul tu..

Tama : aku sentiasa berjaga-jaga.. Badar mana ?

Delima : tu kat restoran. Tengah makan...


Tama pun pergi ke restoran...


Tama : tempat latihan tu kena bayar pula.. sejam 30 perak.

Badar : lah bayar je lah.

Tama : aku tak ada duit..

Badar : ohh.. lain kali kita cari duit pula ... Duit simpanan kita pun dah nak habis.. makan lah.

Tama : siapa bayar ni?

Badar : aku lah. Aku belanja.. 

Tama : ya ke?

Badar : percuma .

Tama : pelayan, steak dua ya. Air jus epal.

Badar : amboi..

Tama : berapa duit tinggal?

Badar : aku dapat uncang emas dari kota tempil.. aku dah guna 1 emas dekat kota lahar, 4 emas dekat desa bahtera... Kota malam pula dalam 2 emas je.

Tama : mak ai banyak tu ..

Badar : kau kena tahu dalam grup kita siapa paling kuat makan.. itu tak termasuk dengan beli pakaian kita yang koyak masa pertarungan.. apa lagi, kain untuk khemah. Makanan kuda lagi.. kena bayar tu.. hotel ni lagi 

Tama : oh begitu. Tinggal berapa?

Badar : boleh la untuk 3-4 kali perjalanan. Dalam 5 emas baki nya kot.

Tama : fuh masih banyak.

Badar : ya.. makanan pun murah ..


Badar memanggil pelayan itu.


Badar : kuda saya dah bagi makan belum?

Pelayan : sudah tuan, hari ini dua kali dia makan. Dah di mandikan.

Badar : bagus. Tambah steak satu ya. Ayam goreng mentega semangkuk.

Tama : servis yang sangat bagus. Saya pun nak ayam tu ya.  Udang tempura sepinggan. Sayur campur.

Badar : hahaha. Ya makan banyak-banyak. Baru bertenaga. Aku pun tak boleh kalah.

Pelayan : ooooo k ? Tuan nak pesan apa lagi ?

Badar : jus epal hijau satu. Steak, lobster, ketam raja, ikan bawal dan desert.

Pelayan : kami banyak jenis desert.. tuan nak yang mana?

Badar : haa bagi yang paling sedap dan satu lagi puding...

Tama : lagi banyak..

Badar : aku tak makan udang ...


Begitulah mereka. Ada berhibur dengan kolam renang, ada yang tengok wayang dan ada yang berhibur dengan cara makan. Keesokan hari nya, keanehan pun terjadi....


Man yang bangun dari bilik nya melihat sekeliling....


Man : Badar ? Zafar ?


Mereka berdua tidak ada di dalam bilik itu... Man pun kehairanan..  dia keluar dari bilik dan melihat lorong hotel itu tidak ada pintu..


Man : aik. Aku salah tidur bilik orang ke?


Man berjalan menuju ke lif.


Man : kenapa cuma ada satu pintu bilik dengan lif je ?


Man pun turun ke tingkat 2 untuk mencari yang lain. Di tingkat 2, lorong nya tiada pintu..


Man : eh biar betul ni..


Namun dia tetap berjalan ke lorong untuk mencari salah satu dari mereka.. dan terjumpa la Tama.


Man : Tama!


Tama yang dari jauh itu berhenti dan melihat ke arah Man.


Tama : siapa kau?

Man : aku lah.. Man...


Tama mengeluarkan dua pedang nya dan menyerang Man dengan teknik angin nya Wind Slider!!


Man : apa kau buat Tama?! Cover Rush!


Untunglah Man sempat membuat pelindung untuk diri nya kerana di serang oleh Tama.


Tama : oh kau ada Core ya..


Man apa lagi, terus berlari dari Tama.. sewaktu berlari ada lorong lain pula tiba-tiba muncul. Dia pun masuk ke lorong itu sambil berlari. Tama hilang dari pandangan nya.


Heigo : kau siapa?!!


Heigo baling barang-barang yang ada di situ.


Man : berhenti heigo! Ni aku lah Man.. tak kan kau tak ingat aku?!


Man berlari ke lift dan turun ke tingkat paling bawah.


Man : mana jalan keluar...


Dia merasa sesuatu yang aneh. Tiada pintu keluar dalam hotel itu. Kolam renang, restoran dan yang lain semuanya dah tak ada.


Man : apa dah jadi ni?


Di ruangan paling bawah itu cuma tinggal halaman yang luas dan tiang-tiang besar. Man pun berlari ke arah dalam lagi. Di situ di terjumpa Zafar..


Zafar : kau siapa?

Man : aku Man.. 

Zafar : aku tak pernah kenal orang yang bernama Man.

Man : Badar kau kenal tak?

Zafar : tak.. jangan-jangan kau musuh yang menculik aku..

Man : bukan!

Zafar : First Chance!


Zafar dengan laju nya menumbuk Man sehingga terpelanting jauh..


Man : aaaarggggghhh...


Man kesakitan. Tetapi fikiran nya masih cuba untuk mencari tahu apa yang telah terjadi... Kenapa orang yang di jumpa tidak mengenali nya?


Man : baik aku cari Crisa!


Man terus naik ke tangga dan kebetulan Crisa ada di situ sedang duduk ketakutan.


Man : Crisa ?

Crisa : kau siapa? Jangan ganggu aku.

Man : aku kawan kau lah.. tak kan kau tak ingat..

Crisa : kawan?

Man : kau kenal tak Badar?

Crisa : tak.

Man : Zafar?

Crisa : tak.


Man menyebut semua nama-nama kelompok Badarien...


Crisa : tak. Semua nya kau sebut aku tak kenal. Aku nak balik!!

Man : sabar Crisa.. bukan ke kau orang yang bijak. Banyak ilmu.

Crisa : mana kau tahu?

Man : aku dah cakap.. kita jumpa dekat maze book. Lepas tu kita jadi pengikut Badar.

Crisa : tak mungkin.. kau tipu!

Man : dengar dulu. Apa perkara terakhir yang kau ingat?

Crisa : malam tadi aku tengah baca sebuah buku di Maze Book. Adakah ini tingkat misteri Maze Book?

Man : bukan. Kita dah lama keluar dari sana... Kita sekarang...


Man jadi sedar apa yang berlaku...


Man : ya.. kita di Hotel Misteri...


Bersambung......



Previous: Bab 55
Next: Bab 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy