Home Buku Fantasi The New King
Bab 43
Kota Harimau



Kapal yang akan membawa mereka menuju ke Benua Bawasa itu telah berlabuh di tepi pantai. Ketika Badar ingin meminta izin untuk menaiki nya agar di bawa ke Benua Bawasa, Kapten kapal tidak membenarkan.


Yug : tak boleh!

Badar : kenapa? 

Yug : kami baru sampai.. nak berehat sekejap ..

Badar : kami lama menunggu...

Yug : nanti boleh? Seorang 50 Perak.

Badar : saya setuju.. tapi bila berangkat?

Yug : esok...


Yug kelihatan nya seperti orang yang sombong dan tidak suka orang asing.


Man : heiii Yug! Lama tak jumpa?

Yug : man! Kau yang lama tak nampak?

Man : biasa lah. Aku sekarang mengembara. Dengan dia orang ni.. tapi kami nak cepat lah.

Yug : haish.. ya lah.. bagi aku masa 2 jam. 

Man : terbaiklah Yug. Aku masuk dulu ya.

Yug : haa masuk dulu. Yang lain bayar 50 perak ... Man je free of charge..

Tama : cis.. kenapa Man senang akrab dengan orang?

Heigo : bukan tu saja... Orang tu kenal dengan Man.

Crisa : jangan-jangan dia pernah mengembara satu dunia...

Gelana : mungkin ..


Yug dan kru nya terus pergi mencari bahan makanan untuk di simpan dalam kapal. Sementara Kelompok Badarien menyimpan barang-barang mereka di dalam kapal.


Zafar : kuda ni macam mana?

Tama : biar aku buat..


Tama mengeluarkan dua pedang nya lalu menghentak tanah.


Tama : Stair !


Tanah yang di hentak Tama dengan pedang itu membentuk tangga ke arah kapal. Mereka terpegun melihat itu.


Ozen : mak ai! Aku tak tahu kau boleh buat macam ni?

Tama : huh!

Ozen : bila kali pertama kau dapat Core kau?

Tama : masa dalam penjara...

Ozen : ohh macam tu. Siapa yang penjara kan kau?

Tama : kau lah siapa lagi!!


Badar terus menarik kuda nya ke atas kapal lalu menambat di sebuah tempat.. setelah dua jam berlalu..


Yug : baiklah kita bergerak. Di harap semua duduk di tempat masing-masing...


Mereka pun bergerak dan berlayar di atas lautan. Semua orang terpana melihat keindahan laut ..


Gelana : eh ikan apa tu lompat-lompat?

Crisa : ikan lumba-lumba.. comel kan?

Gelana : ya comel..

Delima : comel macam saya.. hahaha..

Man : huh comel lagi Crisa.

Heigo : luas nya laut. Rasa macam kita kecil pula.


Sedang mereka mengagumi keindahan laut yang luas itu , ada beberapa orang yang diam melihat laut dengan berwaspada. Bahaya yang menanti!


Man : Hei Badar! Jangan serius sangat. Nikmati lah perjalanan anda .

Yug : ya betul tu.. Benua bawasa tempat orang yang beradab dan ramah...

Badar : ya ke? Macamana dengan Raja Benua?


Yug langsung terdiam. Tak mampu dia meneruskan kata-katanya.

Mereka berlayar sehingga dua hari untuk menuju ke Benua Bawasa.


Yug : dah sampai!! Siap sedia semua!!

Man : kau nak pergi mana lepas ni?

Yug : mana-mana je. Tempat aku di laut..


Setelah melabuh, mereka semua turun dan mengucapkan terima kasih kepada Yug dan kru kapal nya. Kelompok Badarien terus berjalan hingga di suatu kota..


Zafar : kota apa ni?

Badar : Crisa, mana peta...

Crisa : ada ni...



Crisa : kita sekarang di negeri Rawi.. kota yang kita pijak sekarang Kota Harimau..

Heigo : hei ada gerai makanan la situ..

Badar : yeah. Jom makan. Lapar ni..


Mereka pun masuk ke gerai tersebut dan mengambil pesanan...


Abu Sadad : ya tuan hamba semua nak makan apa?

Tama : hamba? Dia cakap kita hamba?

Crisa : hamba abdi ke?

Abu Sadad : kami semua salah faham. Di sini tuan hamba tu maksud nya anda...

Badar : ohh mati-mati aku ingat kita jumpa tempat macam desa bahtera.

Abu Sadad : hahaha.. sini bahasa nya agak dalam.. hamba perkataan yang baik .. bukan budak yang jual beli tu... Lagi pun raja negeri ni tak suka kepada perjualan hamba sahaya.

Badar : ohh siapa nama Raja dekat sini?

Abu Sadad : nama dia kalau tak silap . Hmmm Raja Muliadi Shahbar ...

Puteri : ye. Dah ini adik ipar dia.


Terkejut mereka bila mendengar itu. Ternyata orang yang mengambik pesanan mereka adik ipar Raja.


Badar : apa yang kamu berdua buat di sini? Bukan kah keluarga kerajaan tak boleh sembarangan berada di tempat selain istana?

Puteri : siapa cakap ?

Abu Sadad : eh eh.. sebenarnya, hamba cuma orang biasa..

Tama : eh mengaku hamba pula?

Puteri : hamba tu saya lah...

Crisa : kau ni.. biasa lah. Kejutan budaya..

Abu Sadad : haaa ye.. hamba mengawini puteri, adik kepada Raja Muliadi Shahbar..

Puteri : ya betul. Beta juga kadang-kadang singgah di sini...

Abu Sadad : ya. Tak sangka ada orang luar datang sini...

Badar : haa ye. Aku datang nak jumpa Raja.. tapi perut lapar pula..

Abu Sadad : haa cepat lah cakap.. bila nak makan kalau sembang terus. Hahaha..

Heigo : apa yang istimewa di sini?

Ozen : ya. Kami nak cuba..

Abu Sadad : mi ayam turun termurun..

Badar : boleh lah. 


Mereka semua ingin mencuba makanan itu..


Abu Sadad : ok. Salwa menangis di tepi paya, tunggu kejap ya.. hahaha.

Tama : aduh, salwa mana pula ni?


Mereka semua merasa tidak selesa dan cuba untuk membiasakan diri dengan suasana baru..


Crisa : kalau dalam buku aku.. negeri Rawi tempat khas di mana salah satu kampung menggunakan pantun dalam seharian mereka.

Zafar : pantun? Apa tu?

Crisa : dia macam permainan kata.. ayat..


Mereka pun mengangguk faham... Setelah makan mereka sampai, mereka terus makan..


Badar : mak ai, sedap nya.. tambah lagi .

Man : ya aku pun..

Zafar : jangan suka-suka tambah. Berapa harga ni?

Abu Sadad : 5 Perak.. siap air tu..

Gelana : fuh, nasib baik murah... Memang sedap lah.

Badar : Gelaaaanaaa~~ hehehe.. ni haa..

Gelana : baiklah.. wahai abu sadad! Ajarkan aku masak mi ayam!

Abu Sadad : boleh... Aku boleh ajar..

Crisa : baiklah sifu!

Gelana : eh.. kau pun..

Crisa : aku suka belajar.. hahaha..

Puteri : hmm jangan cuba-cuba menggatal ya. Beta pancung nanti..

Gelana : baiklah..

Man : aku pun akan teman mereka.


Badar menanyakan tentang istana Raja.... Abu sadad memberi tahu mereka arah nya... Kemudian mereka berjalan menuju istana kecuali Man, Crisa dan Gelana.


Delima : aku seorang je .. huhuhu..

Heigo : tak apa lah. Aku ada..

Badar : dari jauh dah boleh nampak istana nya. Memang besar betul..

Zafar : ya.. orangnya pun ramah. Dan tak ada masalah macam sebelum ni.

Tama : cepat lah kita bergerak ke tempat lain nanti.

Ozen : tapi kenapa kau nak jumpa Raja? Dia bukan Raja benua ?

Badar : saja .. mana tahu dia ada info fasal Reinland.. kan?

Ozen : ohhh.. macam tu.. tapi tempat ni memang kejutan budaya. Baik dari bahasa nya dan gaya mereka.

Zafar : ya .. pantun.. kau tahu Badar ?

Badar : tengok orang lah.. aku ni Raja..

Zafar : Bakal Raja.. jangan perasan dulu..


Sambil mereka berjalan, mereka melihat ke langit ..


Heigo : tak sangka, bintang nya terang dan tak hilang..

Zafar : restu raja memang menarik..

Delima : kan itu tuah...


Saat mereka hampir ke istana, tiba-tiba ada seseorang mengajak mereka masuk di kedai buku..


Yunus : makan nasi dalam talam, silalah masuk ke dalam .

Badar : malam-malam ada burung hantu, ada apa kat dalam tu?

Yunus : wah.  Boleh tahan.. dalam ni kami jual buku. Boleh kalau nak sewa. Sini juga perpustakaan.. ada macam-macam ilmu dalam buku ni..


Kemudian, ada 4 orang budak-budak bermain di kaki Yunus..


Yunus : apa ni lari-lari..

Badar : anak kau ke?

Yunus : dua ni anak aku. Seorang lelaki dan perempuan. Dua orang lagi, anak Abu Sadad..

Tama : hah? Dia kami jumpa tadi.

Yunus : kamu semua kenal dia? Dia memang terkenal dengan gerai mi ayam nya...

Salwa : ya, kami tolong jadi dua orang anak mereka berdua..

Heigo : alamak.. cantik nya..

Yunus : ehem.. isteri aku ni.. kalau tak nak kena pancung.. hati-hati..

Heigo : oh maafkan aku..

Badar : maafkan dia. Kami orang luar.. memang kurang pengetahuan.. heigo, pergi panggil crisa..

Heigo : kalau dia tak nak?

Badar : kau sebut je perpustakaan. Pasti dia datang...


Heigo dan Delima pun pergi untuk mencari Crisa... Sedangkan Badar dan yang lain masuk ke dalam perpustakaan Yunus.


Yunus : sila kan. Buat macam rumah sendiri!!!

Badar : kalau ada makan-makan baru kami buat macam rumah sendiri..

Zafar : kau baru je makan tadi.. 

Badar : eh ye ke? Hahaha.

Yunus : hahahaa.  Kelakar juga kamu.. siapa nama kamu?

Badar : Bunyamin Badar, bakal Raja baru..

Yunus : Raja Baru?!!!


Bersambung



Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy