Home Buku Fantasi The New King
Bab 96

Pertarungan Dua Raja 



Zafar tidak sedarkan diri kerana di serang bertalu-talu oleh Qan yang mengamuk. Untungnya Tama datang menyelamatkan keadaan Qan yang sedang dalam kepedasan. Namun peperangan masih belum berakhir! Masih ada sisa-sisa tentera yang masih berjuang.


Werza : apa dah jadi Badar?


Badar : Zafar mengkhianati kita. Dia serang aku.


Tama : tak mungkin. Dia orang yang setia antara kita.


Badar bangun dan merenggangkan jari-jarinya.


Badar : mungkin kami sudah tidak bersependapat.


Man : jadi kau nak biarkan saja?


Badar : apa boleh buat... Kita kena teruskan perjalanan. Sebelum itu kita kena selesaikan ini.


Kem tentera Daye


Daud datang menemui ayahanda nya di tenda. Dia membawa Nurin yang baru sahaja diselamatkannya.


Darul : Daud?! Kamu tidak ikut berperang?


Daud : ada rusuhan tadi. Mereka diterbangkan dengan kekuatan tatapan mata Zafar.


Darul : ini....?


Daud : anakanda ter...selamat kan musuh. Maafkan anakanda.


Darul : siapa nama kamu?


Nurin : Nurin...


Raja Darul terkejut kecil mendengar nama itu.


Daud : kau...? Anak...


Darul : Bahrin. Beritahu beta, kamu musuh atau teman?


Nurin : saya mengikuti Badar, tuanku.


Raja Darul tersenyum kemudian dia keluar dari tenda itu lalu menuju ke arah medan perperangan.


Dayendra : ayahanda!! Raja Bahrin sudah mula bergerak.


Mendengar itu, Raja Darul terus berlari ke tengah-tengah pertempuran dan menyerang Raja Bahrin.


Bahrin : Fast Ice!


Dia membuat perisai besar untuk menahan dari serangan pedang Raja Darul.


Darul : cis! Hentikan peperangan ini.


Bahrin : aku tak akan berhenti!!


Dia menghentam Raja Darul dengan ais besar. Raja Darul hampir terkena serangan itu.


Darul : Ice Blok!!


Ais berbentuk segi empat turun seperti hujan menyerang ke arah Raja Bahrin saja. Mereka terus bertarung sehingga Badar datang masuk campur dalam pertarungan itu.


Badar : hentikan!! Semua orang tengah cedera!!


Bahrin : hahaha aku ada Kairin.


Badar menoleh ke arah Kairin. Raja Darul menggeleng kan kepalanya menandakan jangan datang.


Dayendra : kita kena tolong ayah!


Daud : jangan. Ini pertarungan antara mereka.


Nurin : wah. Nampaknya lelaki ini berfikiran matang.


Kata Nurin di dalam hati.


Daud : jangan di ganggu mereka yang cuba menebus kesalahan mereka di masa lampau.


Nurin : kata-katanya sungguh berpengalaman.


Nurin tidak berhenti melirik ke arah Daud.


Nurin : boleh tahan juga.


Badar menahan kedua-dua serangan Raja Darul dan Raja Bahrin agar mereka berdua berhenti.


Badar : peperangan ini sudah tamat!


Bahrin : kairin. Sini!!


Kairn bergerak menuju ke arah mereka.


Bahrin : sembuhkan ayahanda..


Badar : jangan Kairin!


Kairin : hahahahah... Siapa cakap aku nak sembuhkan dia?


Badar : hah?


Kairin menusuk pisau ke perut Raja Bahrin itu.


Badar melepaskan tangan mereka berdua. Dia menyambut Raja Bahrin yang jatuh kesakitan.


Badar : Kairin. Apa kau buat?


Delirin terkejut besar melihat itu. Apa yang adik lakukan? Dia cuba membunuh ayahnya sendiri!


Delirin : kairin!!!


Kairin : Counter Heal!


Dia menghalakan serangan itu pada Delirin yang berlari ke arahnya. Tiba-tiba tubuh Delirin banyak luka. Delirin rebah.


Heigo : delirin!


Delima : !!!!!


Dahlia : abang deli!!


Delima panik melihat itu. Dia cepat-cepat menekan luka Delirin.


Badar : kau?!


Kairin : diam!!


Darul : anak bahrin ni memang ikut perangai ayah dia. Terima ni! Ice Block.


Raja Darul di tusuk dari belakang. Pedang itu tertusuk sampai tembus pada tubuhnya.


Badar : siapa pula ni?!!


Crisa : Rioma?!


Darul : ka kaaa kau .. Ri.. oma.


Rioma : hehehe hahaha.. macamana? Sandiwara aku? Ok tak.


Dayendra : ayahanda!!!


Daud : tidak!!


Mereka berdua menuju ke arah Raja Darul tetapi Rioma menghalang mereka berdua.


Rioma : oh jangan dekat. Ribut Salji!


Ribut itu membuatkan mereka berdua terlempar jauh.


Man : pak cik rioma.. kenapa? Saya ingatkan...


Rioma : kami berdua sudah lama merancang semua ini. Akan lebih baik jika ada satu raja sahaja di negeri ini.


Badar : tapi bukan ini caranya..


Tama : kairin.. kenapa kau buat macam ni?


Kairin : kaauuu. Duduk diam-diam je. Setelah bertahun-tahun menghilangkan diri, lepas itu kau muncul balik. Kau ingat kau layak ke jadi keluarga aku. Semuanya tak layak.


Adik beradik keluarga Rin terpukul dengan perkataan Kairin.


Patarin : padahal kami layan kau baik-baik.


Kairin : baik apa nya?!!! Kau tak tahu apa yang aku rasa. Selama aku hidup, aku tak pernah rasa aku sebahagian dari keluarga.


Darin : habis tu apa?


Kairin : hamba!!!! Hamba pada si Bahlol ini. Setiap kali perang, aku terpaksa menyerap luka-luka dan cedera pada orang lain. Aku yang menanggung kesakitan nya!!


Harin : maaf.. kami tak tahu.


Kairin : bukan tak tahu!! Tapi tak pernah ambil tahu..


Delima yang merasa takut dengan suasana seram yang tiba-tiba terjadi itu mula bertingkah aneh.


Delima : berhenti...


Heigo : hah?


Delima : berhenti..


Rioma pula menusuk pedangnya ke tubuh Badar. Badar tidak sempat menghindari nya kerana fikirannya bercelaru.


Badar : ahhhh!


Badar memegang bilah pedang yang berdarah itu dengan tangan.


Delima : berhenti...


Dahlia : kenapa dengan kawan kau ni?


Dahlia menutupi telinganya.


Heigo : hei delima. Kau dengar tak? Kau ok tak?


Delima : berhenti!!!!


Keluar satu ledakan aura yang besar berwarna putih memenuhi ruangan perang itu.. seketika semua orang yang terluka menjadi sembuh dengan sekelip mata.


Tama : nyaman nya rasa.. apa benda ni?


Badar : luka aku.. dah baik.


Kairin : hah? Tak guna!!! Kau merosak rancangan aku!!


Rioma : kita kena bunuh si penyembuh tu dulu.


Rioma terus lompat dan menghayunkan pedang ke arah Delima. Heigo melindungi Delima.


Delima : jangan heigo!!!


Heigo : inilah akhirnya. Hehe..


Ting!!!!


Tama : apa?!


Heigo : eh?


Rioma : tak aku sangka badan kau keras macam besi.


Heigo : wah... 


Heigo menumbuk wajah Rioma hingga tercampak jauh.


Kairin : tak guna!!! Counter heal!


Kairin menyerang dengan mengeluarkan kesakitan yang dia serap selama peperangan tadi.


Man : jangan harap! Cover rush...


Serangan itu di patahkan oleh Man.


Badar : fuh nasib baik.


Farurin bangun dari pengsan.


Farurin : budak Badar itu... Benar-benar menjengkelkan. Di saat kesukaran dia tidak menolong pengikutnya.


Baru sahaja dia hendak berlari ke arah Badar, dia di serang oleh Rioma.


Rioma : hehehe.. padan muka.


Badar :  haish macamana aku nak jernihkan keadaan ni ? Kalau aku kalahkan Kairin, aku akan jadi contoh yang buruk pada keluarga Rin. Kalau aku kalahkan Rioma, apa pula yang akan terjadi. Ya Khaliq. Apa yag harus aku lakukan?


Dayendra dan Daud mengepung Rioma.


Dayendra : kenapa Rioma ? Sedangkan kami memberi layanan baik kepada kau. Ayah kami menjaga makan minum dan memberi rumah kepada kau.


Rioma : kau ingat cukup ke? Hakikatnya mereka berdualah yang membunuh Rinda! Kau tak tau betapa seksa nya aku... Kau tak tahu rasa kehilangan.


Sementara itu, Badar memutuskan untuk melawan Rioma.


Tama : biar aku lawan dengan Rioma. Kau tunggu sini?


Badar : Raja seperti apa aku jika aku hanya tengok .. kau pergi selesaikan dengan kakak tiri kau tu..


Tama : tapi...


Badar : tolong mereka. Man, Ozen, dan Tama. Selesai kan Kairin. Aku tak tahu caranya. Tapi aku tahu kau akan dapat jawapan nya.


Badar terus meluru ke arah Rioma.


Badar : kehilangan?


Dayendra : Badar? Apa kau nak selamatkan dia.


Badar hanya terdiam. Dia melihat suasana di medan perperangan itu. Hampir semuanya kelelahan. Ada yang pengsan. Raja Darul dan Bahrin juga tidak sedarkan diri. Zafar juga.


Rioma : kau tak akan dapat kalahkan aku. Aku mahir dalam ilmu pedang. Pedang ini juga bukan pedang biasa. Ini pedang Ancore yang akan melumpuhkan pengguna Core.


Badar : itu tak akan berguna buat aku.


Rioma : tapi masih boleh buat kan berdarah. Core... Ribut salji!


Suasana menjadi ribut salji. Itu membuatkan pandangan mereka terbatas.

Perut Badar dilibas oleh Rioma.


Badar : ahh dia memanfaatkan cuaca ribut salji ni. Pedang Raja.


Muncul lah beberapa pedang sekitar Badar. Badar mengambil pedang hitam lalu melompat dengan tinggi.


Badar : aku nampak kau!! Yahhhh!!!


Dia menghayunkan pedang itu di bahu Rioma. Serangan itu berkesan.


Rioma : ahhhh!!


Suasana menjadi seperti biasa semula.


Rioma : bedebah!


Rioma ingin menusuk Badar tetapi Badar cepat-cepat menendang pedang itu dengan kaki.


Rioma : kau tak tahu rasa kehilangan orang yang di cintai.


Darul : aku tahu.. aku tahu Rioma...


Ternyata Raja Darul sudah sedarkan diri. Badar kali ini benar-benar tidak melepaskan musuhnya. 


Rioma : kau tak tahu!


Darul : isteri aku.. sudah lama meninggal dunia. Aku benar-benar mencintai nya. Aku sudah lama sedar Rioma.


Rioma : kau sedar selepas Rinda mati!!


Badar : kalau Rinda tahu kau buat begini mesti dia akan sedih.


Rioma : kau diam! Bunuh saja aku.


Badar : cuba ingat balik. Macam mana sifat Rinda itu?!


Rioma : dia akan faham!


Bahrin : dia orang yang ceria..


Darul : Bahrin...


Bahrin : dia selalu tersenyum.


Darul : dia bencikan kekerasan.


Bahrin : aku baru sedar... Kenapa aku buat begini? Aku dah melukai banyak orang.


Badar : jadi, apakah dia akan terima semua ni?


Bahrin : aku menghabiskan hayat hidup aku dengan perkara sia-sia. Aku berkahwin, ada anak, ada keluarga tapi... Apa aku buat? Aku membuang masa untuk menolak rasa cinta. Apakah keluarga aku akan harmoni jika aku mengalah dari dulu.


Daud : benar. Kami bahagia.


Badar : Kau dengar tak Rioma?!


Rioma : hahahaha..


Rioma menumbuk perut Badar dan mengambil pedang nya semula. Mereka semua berjaga-jaga.


Rioma : aku akan sampaikan salam kamu semua.


Rioma terus menusuk dirinya sendiri dengan pedang.


Badar : tidak!!!


Bahrin & Darul : Rioma!!!


Bahrin dan Darul terus merangkul tubuh rioma yang rebah.


Darul : kenapa kau buat begini?


Rioma : aku sudah rancang seperti ini.


Bahrin : tapi bukan seperti ini.


Rioma : kita bertiga sudah tua..


Rioma batuk berdarah..


Rioma : kalau kita dapat undurkan masa.. kita semua tak akan jadi seperti ini..


Darul : tidak... Kami akan sembuhkan engkau. Maafkan kami Rioma. Kami bersalah.


Bahrin : aku yang bersalah . Aku yang mulakan semua ini.. maafkan aku.


Rioma : aku maafkan kamu bertiga sahabat... Bahrin, Darul.. dan Rinda....


Rioma menghembuskan nafas nya di pangkuan kawan baik Rinda.


Badar menangis melihat mereka bertiga. Hanya kerana ego meminta maaf antara satu sama lain, perperangan ini tidak lain tidak bukan, ianya untuk menutupi rasa bersalah..


Bersambung....



Previous: Bab 95
Next: Bab 97

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy