Home Buku Fantasi The New King
Bab 60
Tiada Kerjasama



Untuk ke tingkat 3, Zafar memilih pasangan nya iaitu Zanjiil. Walaupun Zanjiil menolaknya, tetapi setelah di paksa dia pun mahu ikut. Mereka sekarang sudah berada di tingkat 3. Dinding-dinding di situ sentiasa berubah-ubah. Sebab itulah mereka harus sentiasa bersama. Jika jauh sedikit sahaja, dinding itu akan berubah dan memisahkan mereka. Akan lebih sukar untuk berhadapan dengan patung merah yang kuat.


Mereka berdua berjalan-jalan di setiap lorong di situ namun tiada apa-apa yang mereka temui.


Zafar : pelik, tak ada apa-apa pun...


Zanjiil hanya diam tidak berkata-kata apa-apa. Dia hanya mengikut Zafar dari belakang.


Tiba-tiba tubuh Zafar seolah-olah di angkat oleh sesuatu dan terlempar di dinding. Zafar menjerit!


Zafar : arrrrggh!!


Zanjiil hanya melihat itu.


Zafar : kenapa kau tak tolong aku? Sambut aku ke apa? Kau biar aku terlempar kat dinding ni..

Zanjiil: eh bukan aku yang nak ikut.. kau yang paksa aku...


Kali ini tubuh Zafar di tendang oleh sesuatu..


Zafar : aduh! Mana benda tu?

Zanjiil : entah. Tak nampak...


Zafar mula berjaga-jaga... Mana tahu dia terlepas pandang. Dia melihat setiap sudut dengan tajam. Terkejutlah dia melihat patung merah kecil yang sebesar jari manis...


Zafar : kecik nya...


Zafar pun menumbuk patung itu tetapi patung merah itu bergerak terlalu pantas sehingga sukar untuk di serang.


Zanjiil : cepat hancurkan dia.

Zafar : jangan main arah je..


Zafar di tendang oleh patung merah kecil sehingga tersungkur di lantai... Zafar menendang patung itu semula...

Dia pun bangun..


Zafar : kenapa kau tak tolong aku?!

Zanjiil  : tugas seorang pengikut tu kena melindungi Raja..

Zafar : kau bukan Raja!


Patung merah itu memanfaatkan pergaduhan mereka lalu menendang kedua-duanya. Dinding berubah... Mereka terpisah....


Zafar : bagus... Lebih baik aku seorang...


Akhirnya, Zafar memilih untuk bersendirian.. Zanjiil pula melarikan diri dari situ mencari tempat persembunyian...


Werza : aduh semua terpisah. Aku nak ikut siapa ni?


Patung merah itu mencari Zafar dan menyerang nya. Zafar mengelak.


Zafar : kau ni buat aku marah! First Chance..


Zafar menumbuk patung merah kecil itu bertubi-tubi ke lantai tetapi patung itu tetap sahaja boleh mengelak.


Zafar : hebat juga ya kau walaupun kecil..


Patung merah itu melompat ke arah wajah Zafar dan menendang muka nya. Zafar terlempar sedikit.


Zafar : cis.. aku nak buat macamana ni?


Zafar terus mengelak serangan patung merah itu sambil berfikir. Walaupun kecil, patung merah itu memiliki kekuatan yang besar. Setiap kali dia tendang atau tumbuk hancur dinding dan lantai di situ. Dia hanya bernasib naik kerana dapat menghindari serangan itu. Werza pula mengikuti Zafar.


Werza : Zafar, aku cari Zanjiil dulu...

Zafar : haa ya..


Baru sahaja Werza mahu pergi, Zafar terfikir sesuatu...


Zafar : eh kejap! Panggil kan Crisa...

Werza : oh ok...


Werza pun pergi menuju ke ruangan pusat hotel itu.


Man : kenapa ?

Werza : Zafar panggil Crisa..

Ozen : macamana dengan musuh kali ni?

Werza : badan kecil je.. macam patung laa..

Tama : memang dari tadi patung..

Werza : maksud aku patung kecil...

Crisa : kenapa dia panggil aku? Aku tak pandai bertarung.. Core aku pun bukan khas untuk bertarung...

Tama : pergi je la.. Zafar tengah ada masalah lah tu..


Werza juga terfikirkan sesuatu...


Werza : mungkin lebih elok aku bawa Fad ...

Fad : ehhh aku pula?

Gelana : Crisa ni perempuan... Jangan paksa dia bertarung...

Delima : betul tu...

Heigo : ikut je lah cakap dia.

Fad : ya lah..

Crisa : habis aku?

Werza : tak apa lah. Nanti kalau tak ok, aku datang lagi...


Werza pun membawa Fad ke tempat Zafar...


Werza : Zafar!

Zafar : hati-hati!!


Patung merah itu menyerang Werza. Werza pengsan di situ.


Fad : apa ni?!

Zafar : kenapa kau pula yang datang?

Fad : tak tahu.. Werza suruh aku..

Zafar : jap.. Core kau kan halimunan?

Fad : yaa kenapa?

Zafar : hehehe aku ada idea...


Patung merah kecil itu menyerang mereka berdua... Mereka sempat mengelak!


Zafar : hilang kan aku sekali!

Fad : ok .. Invisible guest!!


Core halimunan milik Fad membuatkan mereka berdua tidak di lihat oleh mata. Patung merah itu berhenti. Dia mencari-cari Zafar dan Fad.


Fad : hihihi dia tak nampak kita..

Zafar : terbaiklah Core ni..


Zafar pun bergerak menuju ke arah patung kecil itu. Seketika tubuh nya di lihat oleh Patung Merah itu lalu di tendang nya Zafar..


Zafar : arrrgghh!!


Zafar terlempar di dinding hotel itu. Fad menghampiri Zafar..


Zafar : apa ni? Macamana dia boleh nampak aku?

Fad : Core ni jarak nya sangat minimum.. kalau kau jauh dari aku, kesan dari core ni akan hilang..

Zafar : kenapa kau tak cakap awal-awal? Aku kena dekat dengan kau lah ni.. aduh...

Fad : yaa..


Sekali lagi mereka berdua menjadi halimunan..


Zafar : macamana aku nak serang dia?

Fad : guna kepantasan kau..

Zafar : ye betul juga..


Patung merah kecil itu mendekati Werza kerana hanya dia yang boleh di lihat oleh nya...


Zafar : berhenti!!


Zafar dengan pantas menyerang patung itu dan masuk semula di dalam lingkungan had core itu... Patung merah itu terlempar di tiang..


Fad : ya! Berjaya...

Zafar : aku akan serang lagi.. First Chance!


Patung merah kecil itu kelihatan bingung. Tiba-tiba ada Zafar di depan matanya. Zafar terus menumbuk dengan segala kekuatan yang tinggal.


Baaammmmm!!!


Hancurlah tubuh patung merah tadi...


Fad : kuatnya kau....


Fad terpana melihat itu ...


Zafar : Werza?

Fad : ahh lupa .. werza!! Bangun!!


Fad menepuk pipi Werza agar sedar dari pengsan nya..


Fad : lembut pipi dia..

Zafar : haish kau ni.. dengan lelaki pun.. heiii..

Fad : eh sorry sorry ...


Werza pun bangun...


Werza : dah selesai ke?

Zafar : yaa..


Mereka pun kembali ke ruangan itu. 


Zafar : tinggal dua tingkat...

Ozen : ya kali ni biar aku yang pergi...

Juli : kalau tak silap aku.. patung merah tingkat 4 dia guna pistol..

Fifi : betul juga.

Zafar : ok. Ozen kau pergi... Err dengan siapa ya...

Man : eh jap.. Badar mana?

Werza : alamak!!! Zanjiil aku lupa lah...

Man : pergi cari dia..

Zafar : tunggu.. dia langsung tak berguna... Dia tinggal kan aku tadi..

Werza : betul juga.. dia tak bertarung pun tadi..

Tama : cis! Budak tu memang nak kena tebas..

Man : tak boleh! Kena cari dia juga.. kau orang tak ingat apa yang terjadi..


Tiada seorang pun menyokong Man untuk membawa balik Zanjiil...


Zafar : kita teruskan... Ozen akan pergi dengan Man...

Man : kenapa aku?

Zafar : kau boleh melindungi Ozen..

Man : aku tak akan pergi selagi Zanjiil tak ada di sini..

Tama : kau nak kami paksa kau ke?

Man : huh.. cuba lah.. Cover rush..


Muncul lah pelindung bulat yang mengelilingi Man. Tama terhantuk kepala nya di dinding pelindung itu. Dia menyentuh nya.


Tama : Cis! Keluar lah ! Penakut.

Man : hahaha.. masuk lah. Penakut ..

Heigo : sabar Tama ..


Tama yang marah itu cuba memecahkan pelindung itu.


Crisa : pelindung yang kuat ya.

Man : ya.. tak akan ada sesiapa yang mampu pecahkan pelindung aku...

Dew : ya ke? Sekali pun itu bom roket?

Man : yaa.. 

Zafar : tak apa. Kita cari yang lain. Ozen kau pergi dengan Tama. Aku nak rehat pula.

Man : ok kalau macam tu... Aku pun berehat.. syuh syuh.. pergi lah...


Bersambung....



Previous: Bab 59
Next: Info#6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy