Home Buku Fantasi The New King
Info#1

Assalamualaikum kepada pembaca yang membaca cerita terbaru den "The New King" ini.. pertama sekali den ucapkan terima kasih sebab baca.. tk kan tengok pulak kan... 😂

Nampaknya cerita den kali ini agak cukup berat walaupun tema full nya adventure. Kali ini den akan mengeluarkan semua imaginasi pelik den ke dalam cerita ini. Ye la, tema adventure ni boleh di besar-besar atau di panjangkan cerita nya.. Akan terjadi byk cerita2 apatah lagi di main character kita iaitu Bunyamin Badar.

Ok Bunyamin ni den ambil dari nama saudara kembar nabi Yusuf... Kalau di English kan Benjamin.. tp rasa tak kena. Baik guna nama dari perkataan asal nya saja. Badar pula den amek sebab dua... Pertama sebab den rasa kena nama ni di satukan dgn bunyamin badar.. dan yg kedua.. nama peperangan badar.. jadi di situ den dapat kaitkan lah Badar ni mcmana wataknya.. dia membantu rakyat negeri lain walaupun itu bukan rakyatnya....

Untuk Arc .. cehh ada arc 🤣🤣... Anggap je la arc sbb badar di kota Lahar terlalu lama dalam cerita... Yang menariknya, ini kali pertama den buat watak itu berada di tempat sama, dgn masalah2 di kota itu dgn LAMA .. mmg agak lama la.. sbb bina atau build up cerita dengan sedemikian rupa..

Den sampai terfikir-fikir cara mcmana nak buat konklusi nya... Biar dapat feel nya gitu.. mcm yg den ckp , cerita den kali ini akan di buat sebanyak 100bab.. kalau lebih tkpe, kita teruskan je.. sama ada tambah dlm book lain atau sambung dlm book yg sama...

Penentuan nama plk.. sejujurnya den tak sangka den akan buat watak yg ada nama.. walaupun watak tu sekejap je muncul.. tp den takut akan terasa hambar klau den cuma tambah kan... Orang kota, orang kampung, isteri 1, isteri 2.. kawan 1 , kawan 2, tentera, askar, polis..
Paham2 la mcmana rasa nya.. mcm rasa karakter itu tiada apa2 hubungan dgn watak yg den tulis begitu. Sebab tu den terpaksa memikirkan nama... Masa cerita ni di buat . Den hanya dapat memikirkan hanya satu nama.. iaitu badar... Yang lain den hentam je.. agak susah nak cari nama yg kena....

Nanti kedepannya den akan cuba bagi nama yang bagus... Dan unik seuniknya.. untuk yg sekarang ni, otak den dah tersimpan cerita untuk arc kedepannya... Dah banyak idea dah ni.. kalau korang bijak, agak2 apa jenis pengikut yang badar nak cari lepas ni?

Penasihat dah, pendekar dah, pedang dah.. lepas ni agak2 siapa plk ya yg akan jadi pengikut badar dalam perjalanan nya menjadi Tanah Rienland..

Buat masa ni bagi den rehat kan otak.. susah cari idea... 😬😬😬 Mungkin ada yg tertanya-tanya.. kenapa permasalahan pasal jin tak di bahas lagi... Biar den jawab skrg..  sebab belum masa nya dan kebetulan jin dalam tubuh raja Tadaka itu jin yg level lemah lah.. kan... Nanti akan di bahas lg...

Tengah fikir.. arc seterusnya nak singgung pasal apa ya...

Arc Kota Tempil - pasal ritual sihir magic
Arc Kota lahar - penyelewengan/tidak amanah..
Arc ??? - haaa apa?

Jadi disini ada dua persoalan den kepada pembaca 🤣...

1. Pengikut seterusnya seperti apakah yang Badar nak?
2. Apa isu yang kita nak singgung di arc seterusnya?

Komen2 😬

Sekian...

Previous: Bab 10
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy