Home Buku Fantasi The New King
Bab 83

Gergasi Laut 


Badar sedar. Namun dia perlahan-lahan membuka mata nya. Dada nya seperti sedang di tekan oleh seseorang. Penglihatannya samar-samar namun dia tahu itu siapa. Dia bangun dan memuntahkan air laut.


Badar : werkkk... Haaa... 


Dia mengambil nafas.


Zyara : kau ok?

Badar : haaaa ok.. kita kat mana ni?


Mereka berdua melihat sekeliling. Tempat mereka berpijak itu seolah-olah menara yang berada di tengah-tengah laut. Semua nya terbuat dari batu.


Zyara : tempat ni macam ada orang yang susun semua batu ni..

Badar : ya. Tapi siapa?


Batu di depan mereka bergerak. Terkejut lah mereka melihat itu. Zyara terus mengambil batu-batu yang mampu di capai dengan tangan nya.


Zyara : gergasi laut!!! Selamatkan diri kau.


Zyara baling batu ke arah gergasi laut itu. Badar pula bergerak ke depan.


Zyara : apa kau buat? Kau nak mati ke?

Badar : hahaha.. aku tak takut mati. Lagipun aku kuat.


Gergasi laut itu menampakkan bentuk tubuh badan nya. Lekuk tubuh gergasi itu seperti manusia, cuma seluruh badannya adalah batu yang besar dan keras.


Zyara : lari bongok! Dia tu kuat. Kau tu kecil. Kalau dia hempap kau. Lenyek!

Badar : tak ada yang lebih kuat dari Al-Aziz ...


Gergasi laut itu memandang Badar.


G. L : hah? Kau kenal?

Badar : ya.. kenapa?

Zyara : haa dia boleh bercakap? Kau tak terkejut ke?

Badar : oh zyara. Kau tak tahu apa yang aku jumpa dalam pengembaraan aku.. hahaha. Macam-macam benda pelik aku jumpa.

Zyara : .....

Badar : kau siapa?

G. L : aku cuma makhluk seperti kamu. Dahulu kaum ku selalu melakukan kerosakkan. Banyak dosa.. jadi kami di binasa kan menjadi batu.

Badar : kaum apa?

G. L : Godum ..


Badar sedar akan hal itu. Mereka juga manusia seperti kita tetapi bertubuh besar dan tinggi. Kini mereka di tukarkan menjadi batu.



*gambar sekadar hiasan. Perlu di ingatkan bahawa babak ini, setting nya di lautan. Dah gergasi laut ini lebih besar dari yg ada dalam gambar. 


Badar : nama kau siapa?

Gale : Gale .. itu saja nama yang aku ingat setelah ribuan tahun.

Zyara : ribuan tahun?!!

Gale : ya. Banyak manusia yang aku jumpa. Ada yang baik dan ada yang jahat.


Mereka berdua jadi ingin tahu kisah Gale, Kaum Godum ini.


Zyara : siapa yang buat pulau batu yg nampak macam menara ni?

Gale : aku lah. Telah ribuan tahun... Aku merayau-rayau di lautan.

Badar : kenapa?

Gale : dahulu, sebelum dunia di tutupi oleh air... Bumi ini banyak daratan nya. Kami tinggal di salah satu daratan yang sekarang sudah menjadi lautan. Jadi aku tak tahu di mana tempat tinggal aku.

Badar : ohhh.. 

Zyara : soalan aku tak di jawab.

Gale : oh.. aku kumpul batu-batu yang ada di laut dan jadi la pulau ini. Sebagai tanda kawasan aku. Itu pun idea ni datang dari seorang pelaut yang sangat baik. Dia berlayar satu dunia di zaman air itu dulu.

Zyara : ahhh.. dia.. lagenda pelaut tu.

Badar : ohh jadi kisah dia betul lah.

Zyara : kau ingat aku tipu kau ke?


Kata Zyara yang teruja mendengar tentang pelaut lagenda itu.


Zyara : jadi ini semua idea dia lah ya.

Gale : ya. Kerana aku terlalu sunyi. Setiap kali aku terserempak dengan kapal di lautan, mereka lari ketakutan.

Badar : ya memang lah.. kau gergasi laut. Oh ya, nama aku Bunyamin Badar.

Zyara : aku zyara. Salam kenal ya Gale. Ini kisah yang menarik. Sampai je negeri rawi nanti, aku akan tulis buku.

Gale : bunyamin ?!

Badar : kenapa? Kau kenal ke?

Gale : tak pasti. Tapi dulu ada seorang Bunyamin berkawan dengan aku. Kalau tak silap aku..

Badar : Bunyamin Umar?

Gale : bukan. Bunyamin Nuh rasa nya..

Badar : hish itu moyang aku tu. Lama juga kau hidup.


Gale tiba-tiba bersedih... Dia menyentuh dadanya.


Zyara : tengok apa kau buat..

Badar : err maaf lah. Aku bergurau.

Gale : tidak . Betul apa yang kau cakap tu. Kaum kami cuma tinggal beberapa orang saja. Yang lain tak tahu di mana. Aku sudah lama berharap aku akan mati.

Zyara : jangan lah cakap macam tu..

Gale : sudah terlalu lama aku hidup.


Sementara itu, di kapal.... Mereka sudah melalui tempat dimana Badar dan Zyara tenggelam. Namun tiada apa-apa tanda.


Zafar : tak ada apa-apa.


Ozen yang menyelam itu juga berkata seperti itu ..


Kapten : kita kena ke sana juga..


Mereka terus berlayar laju ke arah tempat gergasi laut itu. Beberapa jam kemudian, mereka melihat Gergasi laut itu ingin memakan Badar.


Zafar : Tama!

Tama : Fire Smash!!


Tama menggunakan teknik dua pedang untuk mengaktifkan elemen api nya.. serang itu terkena pada tangan Gale.


Badar : hah? Itu..

Zyara : abang! Jangan serang!!!

Gale : tak apa. Inilah yang aku ingin kan.


Mereka yang berada di kapal itu terus menyerang Gale dengan pelbagai serangan. Meriam, bom dan serangan dari core juga ada.

Badar terus melompat untuk menangkis serangan itu. Dia cuba melindungi Gale.


Zafar : berhenti!!!

Werza : kenapa Badar melindungi dia?

Heigo : mungkin dia takut serangan kita kena pada Zyara?

Tama : boleh jadi...


Mereka pun berhenti serang.... Badar pula mendarat di tubuh Gale sekitar bahunya.


Gale : ada satu cara untuk mengalahkan aku. Serang jantung aku .

Badar : tidak.. aku tak akan serang kau.


Kapal itu sudah mendekati mereka bertiga.


Kapten : kenapa kau tak bagi kami serang?

Zyara : jangan. Dia gergasi laut yang baik.

Man : kalau baik kenapa dia serang kita tadi ?

Badar : jangan bimbang pengikut ku. Dia cuma mencari batu dari laut.. kita yang mengganggu dia sebenarnya...

Zyara : ya, dia cuba bagi kita peringatan untuk lalu tempat lain!

Gale : tak apa.


Semuanya terkedu. Malah terkesima melihat sekujur tubuh Gergasi Laut itu.


Awak 20 : dia boleh cakap lah..

Kapten : hahhh betul la!!

Ozen : kita dah banyak tengok benda pelik.

Crisa : ya lah. Jadi tak hairan langsung..

Delima : betul juga tu.


Akhirnya, mereka pun berhenti dan menyimpan semula peralatan perang.


Kapten : maafkan kami.

Gale : tak apa. Padahal aku ingin mati.

Badar : apa benar kau mahu mati?

Gale : ya.

Badar : tak.. aku nak kau jadi pengawal benua aku nanti.


Gale merasa terharu akan ajakan itu. Kali pertama dia di ajak.


Gale : bila?

Badar : kau nampak bintang tu ?

Gale : ya. Bintang tu tak pernah hilang. Terang sungguh.

Badar : itulah bintang raja. Bila bintang itu berkumpul 6, kau datang lah cari aku.

Gale : aku akan laksanakan. Ini bermakna aku sudah menjadi pengikut kau Badar. Raja Bunyamin Badar..

Zyara : hah ? Raja?!

Kapten : apa ?


Semua pelaut itu tersentak mendengar itu ..


Kapten : kalau begitu. Kami akan jadi salah satu perikatan Raja Badar. Panggil saja kami, kami akan datang bersama-sama pelaut lain..

Badar : wah, kawan kita bertambah banyak.

Zafar : ya. Ada pakatan raja di kota lahar, desa bahtera, dan kota batu..

Badar : betul... HA baiklah. Kita nak berangkat...


Mereka semua pun mengucapkan selamat tinggal kepada gergasi laut itu dan berangkat semula menuju ke Benua Oasis.


Gale : hati-hati semua. Kat sana cuaca sejuk !!


Jerit Gale dari jauh .. kelompok Badarien tidak faham dengan apa yang dimaksudkan Gale. Beberapa hari kemudian....


Kapten : kita semua sudah berada di wilayah Benua Oasis.

Zafar : tapi kita belum sampai...

Kapten : ya.. tunggu ...

Zafar : kenapa kamu semua memakai baju yang tebal?


Tanya Zafar setelah melihat kapten, Zyara dan awak kapal memakai baju tebal.


Zyara : kau tak tahu?


Kelompok Badarien menggeleng-gelengkan kepala.


Zyara : aduh ..... Benua Oasis adalah benua yang sejuk dan dingin. Banyak salji dan ais .

Badar : apa?!!!

Crisa : wah salji!!

Werza : ada salji lah...


Salji mula turun di sekitar mereka ...


Tama : alamak.. se sese se juk...

Heigo : macamana ni Badar? Kita tak ada baju sejuk...

Delima : aku masuk bilik dulu. Sejuk kat luar ni.


Badar melihat Crisa dan menyuruh dia mengeluarkan peta.


Badar : ada tak tempat untuk kita beli baju sejuk .

Crisa : kejap.. 



Crisa : ada tapi jauh dari sini.. kita baru nak menuju ke pantai...

Man : alamak , macamana ni? Kita tak ada persiapan.

Heigo : Badar lah ni..

Badar : aku pun tak tahu benua ni sejuk...


Kapten datang untuk memberikan baju sejuk..


Kapten : nah pakai lah ni.. ini saja yang ada baju sejuk lebihan kami. Tak tahu lah muat ke tidak..

Tama : apa? Semua putih? Aku tak suka putih.

Delima : tak suka sudah..


Delima terus mengambil baju itu dan pergi menukar pakaian bersama Crisa dan Werza.


Tama : Cih..

Zafar : tak apa lah. Nanti sampai kota kita tukar lah..

Ozen : betul tu.. 

Man : silap hari bulan orang ingat kita beruang kutub.


Akhirnya, mereka pun sampai.


Kapten : baiklah. Kami cuma boleh hantar sampai sini saja. Kami nak meneruskan perjalanan.

Badar : ya. Terima kasih atas bantuan nya kapten.

Heigo : selamat tinggal semua!!! Jumpa lagi!!

Awak 3 : man , nanti kita main kad lagi ya...


Mereka pun terus pergi berlayar dan tinggal lah kelompok Badarien di tepi pantai itu.


Badar : sejuk nya.. berapa lama kita tahan ni ?

Zafar : entahlah. Tempat aku tak ada salji.

Tama : nak ke kerajaan Daye pun jauh lagi.

Crisa : kenapa daye ? Eh jap. Negeri ni macam terbahagi dua lah.

Tama : ya betul..

Werza : ohh itu sebab dalam negeri itu ada dua raja.. mereka tak mahu mengalah agar mempunyai satu raja dalam satu negeri... Sebab itu negeri Frexe terbahagi kepada dua..

Badar : hmm menarik... Macam desa R dan S dulu.

Tama : aku cadangkan kita ke kerajaan Daye.. senang kita ke kota Bluetal terus nanti.

Badar : tapi aku nak mengembara. Kita pergi ke kerajaan Rin dulu.

Zafar : ada info tak tentang kerajaan Rin tu?

Crisa : ada sedikit. Salah satu kerajaan salji di negeri Frexe. Mereka memiliki banyak kerabat.

Werza : ya betul. Itu sebab Raja Rin berbini empat.

Badar : ehem.. empat ya .

Werza : ya . Baginda memiliki anak seramai 10 orang..

Zafar : wah ramai nya.

Werza : ya. Sekarang tinggal 9.

Delima : eh kenapa?

Werza : sebab salah satu dari anak nya di katakan meninggal dunia masa kecil.

Man : sedih juga.. menarik kerajaan ni. Kita boleh pergi tengok...

Heigo : banyak ya kau tahu.

Werza : biasa lah. Aku kan dari benua oasis.. hahahahaha....


Bersambung.... 



Previous: Bab 82
Next: Bab 84

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy