Badar dan dua pengikutnya telah masuk ke ruangan bawah tanah di tengah gunung itu. Ruangan yang dipanggil mistik oleh penduduk desa setempat adalah Maze Book. Tempat di mana semua pengetahuan dari zaman awal, zaman kuno, zaman banjir besar, dan pengetahuan sehingga sekarang. Maze Book juga berupa tempat seperti pagar sesat yang boleh membuat sesiapa yang memasuki nya akan sesat dan tak dapat mencari jalan keluar.
Didalam nya terdapat buku yang mengikut warna di lantai itu. Jika rak buku di tingkat tersebut berwarna jingga, maka semua buku kulitnya berwarna jingga. Ianya menunjukkan ilmu apa yang di bahas di dalam suatu tingkat. Badar dan pengikutnya telah mengikuti tiga tingkat tersebut yang berwarna jingga, biru dan terakhir merah. Tujuan mereka adalah mencari seseorang yang berilmu pengetahuan di sana. Dan mereka bertemu dengan seorang perempuan berumur 18 tahun yang telah menghabiskan masa 10 tahun berada di dalam sana. Perempuan itu bernama Crisa. Dia menjelaskan bahawa tiada siapa yang dapat keluar setelah memasuki maze book. Malah ada yang mati di sini. Dia dapat bertahan hidup kerana di tingkat hijau ada kebun kecil yang menumbuhkan tanaman sehingga dia dapat makan tumbuhan itu agar dapat bertahan hidup.
Walaupun Crisa menegaskan bahawa tiada jalan keluar namun zafar ingin mencari jalan keluarnya. Dia tidak ingin menghabiskan masa hidupnya di dalam sana.
Crisa : hahaha tak kan dapat..
Tama : bererti kita di tipu dengan budak tu!
Badar : ya Clara !!!
Crisa : apa? Clara?
Badar : kau kenal ke?
Crisa : macam pernah dengar .. jadi macamana kau nak keluar?
Zafar : apa kata aku hancurkan saja tempat ini.
Crisa : tak boleh!! Aku tak benarkan. Tempat ini mengandungi barang bersejarah dan ilmu zaman dulu-dulu.. mereka penat mengabdikan karya mereka, kau senang-senang nak hancurkan?
Marah Crisa. Badar pergi ke rak buku.
Badar : buku merah ini pasal apa?
Crisa : pengetahuan sejarah dan bahasa kuno.
Badar mengambil salah satu buku di rak merah tersebut.
Badar : bahasa apa ni?
Crisa : ini bahasa terbalik. Boleh di jadikan kod dalam kehidupan.
Badar koyak kertas dari lembar buku itu dan memakannya..
Crisa : kenapa kau makan?!
Badar : dulu masa aku kecil, ada mitos bahwa kalau makan buku jadi pandai.
Crisa : eh tak, makin bodoh.. mana ada mitos macam tu..
Tama : jadi macamana kita nak keluar ni? Heigo ada kat atas tu?
Crisa : Heigo? Nama ke apa tu?
Badar : kat dunia ni masih banyak nama pelik-pelik. Kau je tak tahu.
Crisa : oh ya, aku belum tahu nama kau orang bertiga. Nama aku Crisa. Haa kau orang pulak.
Badar : uhh cantik nama. Secantik orang nya.. hehehe..
Crisa : eh biasa je.. maksud aku eh biasa lah. Hahaha..
Zafar : haish.. nama aku zafar. Aku dari kota tempil. Aku sekarang ikut Badar untuk tolong dia ni jadi Raja.
Crisa : ok tadi dah cakap kan pasal nak jadi Raja baru. Jadi kau dari mana?
Badar : aku Badar. Dari.... Selat.. errr..
Crisa : kita memang dekat selat.. tapi dekat mana?
Badar : hmm entah lah. Aku sendiri tak ambil tahu.. hahaha..
Crisa : haish mengecewakan.
Zafar : kan? Aku pun rasa apa kau rasa.
Crisa : ni pula. Yang bawa dua pedang. Siapa?
Tama tersenyum sinis namun hanya membisu.
Zafar : err dia memang pendiam sikit. Dia cuma cakap bila dia nak cakap.. dia ni Tama dari Kota Lahar. Ada yang lain dari kota lahar, namanya Heigo, Gelana dan Delima.
Crisa : ohhh.. jadi kamu semua pengembara yang acah-acah nak jadi Raja la ni.
Badar : kau ingat aku budak-budak ke?
Crisa : apa tujuan kau?
Badar : mencari tanah subur di Reinland.
Wajah Crisa berubah menjadi teruja.
Crisa : wah Reinland?! Tempat itu dah hilang selama 300 tahun.
Zafar : bermakna tempat tu wujud lah ya.
Crisa : entah. Buku tentang Reinland ada dalam maze book ni. Tapi sayangnya lembaran buku itu dah di curi. Jadi cuma yang tinggal beberapa lembar je yang menceritakan tentang Reinland tanah yang subur. Itu je.. yang hilang beberapa ratus tahun dulu.
Zafar : tak sangka ada. Aku ingatkan mitos.
Crisa : habis tu buat apa kau ikut Badar kalau kau rasa itu mitos.
Zafar : sebab aku cuma nak berpandangan jauh dengan mengembara.
Badar dan Tama hanya mendiamkan diri seketika melihat dua orang yang berpengetahuan bersembang.
Crisa : tapi nak cari Reinland tu harus memiliki kekuatan yang besar. Sebab Raja dari 4 benua melarang penyelidikan tentang Reinland tu. Tak tahu lah kenapa mereka melarangnya..
Badar : sebab dulu ada Raja yang kuat menguasai 4 benua itu. Raja itu tinggal di Reinland.
Zafar : ... Badar! Macamana kau tahu?
Badar : tau apa?
Zafar : itu, Raja yang tinggal di Reinland tu..
Badar : aku terbaca kat kampung aku dulu.
Crisa : hah lupa kan.. jadi sebagai orang yang ingin menakluki Reinland, kau mesti kumpul orang-orang yang kuat.
Badar : tengah mencari lah ni..
Crisa : berapa orang yang ada Core dalam grup kau?
Badar : campur aku, baru tiga orang..
Crisa : masih jauh perjalanan kau. Jadi apa Core kau..?
Sekali lagi Badar hanya membisu..
Zafar : tak payah lah kau tanya dia fasal Core dia.. penat dah aku tanya.. yang pasti kami semua Strong type.
Crisa : wo kau salah.. Tama bukan Strong type...
Zafar : hah? Merepek lah kau ni..
Crisa pergi ke meja nya dan mencari sesuatu di situ. Kemudian dia mengambil satu buku yang berwarna emas merah.
Crisa : dengar sini .
Crisa membuka buku itu. Buku itu bercerita tentang Core.
Crisa : Core itu adalah bakat terpendam atau kuasa mistik yang terpendam dalam diri seseorang. Jadi Core itu memproses beberapa genetik kita hingga menjadikannya sesuatu kekuatan yang sesuai dengan kita.
Badar : ohh macam tu. Terbaiklah Crisa. Aku nak kau jelaskan tentang Core sekarang sebab aku nak tahu juga.
Zafar : sama lah.
Crisa : yeah kalau kau dah minta tak kan aku nak tolak. Dah lama tak ada orang nak sembang dengan aku pasal ilmu aku. Hahaha.
Tama : cepat jelaskan kenapa Core aku bukan Strong type.
Crisa : oh baru nak cakap ya sekarang.. ok, Core terbahagi kepada 4 jenis atau type. Pertama, Dark Type..
Badar : ada dark ya? Mesti bahaya.
Crisa : ya. Dark type merupakan Core yang berbahaya dan penggunanya memiliki sifat-sifat kejam dan jahat. Ianya bersifat kegelapan tetapi jangan risau. Dalam sejuta orang cuma ada 1 je pengguna yang di anugerahkan core Dark Type.
Zafar : tapi tidak menutup kemungkinan jika kita bertemu dengan orangnya suatu hari nanti.
Badar : kau buat bulu roma aku naik.
Crisa sambung menjelaskan tentang jenis Core.
Crisa : Core type Raja. Ianya bersifat penguasa pelbagai jenis kuasa mistik. Contoh Raja haiwan, Raja Bumi dan lain-lain. Sebab tu aku tanya Core badar jenis apa. Aku ingatkan Core Raja.
Badar : ya lah. Core aku Jenis Raja.. tapi apa core nya, aku tak nak bagi tahu.
Terkejutlah Zafar mendengar kata-kata Badar. Kerana selama ini dia fikirkan Core badar strong type.
Zafar : tak sangka betul. Kau tak bagi tahu pun.
Badar : syuhh jangan bagi tahu sesiapa pun sebab aku dah berjanji dengan seseorang dulu.
Tama : aku juga terkejut bila tahu jenis Core. ada lagi tak?
Crisa : Core raja hanya di dapati untuk orang yang berketurunan Raja. Orang biasa tak mungkin mendapat Core Raja.
Sekali lagi Zafar tersentak mendengar info itu! Cuma kali ini, Tama juga terkejut.
Zafar : aku ingatkan kau orang biasa yang memiliki jenis strong type yang luar biasa!!!!
Tama : haaaa aku menghormati kau, jadi aku tak akan tanya.. maknanya, secara tidak langsung Badar adalah Raja sebenar jika berjaya memegang tahta.
Badar hanya berdiam diri. Dia takut jika membuka mulut dia akan terlepas cakap. Dia ingin menepati janji nya dengan Yusyak untuk memberitahu hal sebenar apabila dia benar-benar yakin dan percaya dengan seseorang.
Crisa : ya betul orang yang memiliki Core jenis raja boleh memilih sama ada ingin menjadi penguasa di suatu tempat atau tidak.
Badar : Yang pasti Reinland. Hahaha..
Crisa : strong type pula, orang biasa yang memiliki kekuatan tekad dalam diri nya sehingga Core jenis Strong itu ada dalam tubuhnya. Namun seseorang yang memiliki core strong type boleh memilih untuk menjadi Raja kerana dia cukup kuat untuk mentadbir negeri atau kota.
Tama : ok seterusnya. Apa jenis Core aku?
Crisa : aku tahu kau tunggu bab ni.. dan yang terakhir Core Weak type.
Badar : pertama kali aku dengar.
Crisa : core jenis ini agak rumit. Dia kuat tetapi ada kelemahan.
Zafar : maksud kau?
Crisa : pengguna weak type harus ada wadah untuk mengaktifkan core itu.
Zafar terus memandang Tama, kemudian melihat pedang.
Zafar : patut lah kau tak dapat nak keluar dari penjara masa tu. Kau perlukan sesuatu untuk aktifkan Core kau.
Tama : bising ah!
Crisa : selain itu, weak type memiliki kuasa yang random tetapi kuat hingga melampaui batas.
Badar dan Zafar memandang Tama.
Zafar : patut lah boleh guna lima elemen dalam satu masa
Badar : ya dalam satu Core pula tu..
Tama : jangan pandang aku seolah-olah aku buat dosa pula..!
Crisa : sabar ada lagi.. pengguna weak type selalunya akan sakit dalaman sebelum muncul Core Jenis Weak type.
Tama : patut lah aku demam sampai sebulan. Aku ingat dah nak mati masa tu.
Badar : tapi walaupun weak type tapi kekuatan core nya terlalu melampaui batas fikiran manusia. Entah macam mana nanti orang yang akan kita jumpa.
Crisa : baiklah. Jadi anda semua faham dengan Core masing-masing. Kalau faham baguslah biar mengenali lebih tentang Core tu
Zafar : faham tu faham. Tapi aku masih terkejut Badar dengan Core Raja. Aku tertanya-tanya apa Core dia. Raja apa agaknya?
Badar : raja makan. Hahaha.. nanti kau tahu lah.. suatu hari nanti, aku janji aku akan bagitahu ...
Crisa : jadi, Zafar. Apa Core kau?
Zafar : first Chance. Kenapa?
Crisa : hmm unik.. Tama aku dah tahu. Five Element. Harap kau orang boleh berkembang dengan Core masing-masing. Tapi aku rasa Core kau bukan Chance.
Zafar : errrr baik kita fikir macamana nak keluar dari sini?
Badar sudah mula menangkap sesuatu yang aneh pada Zafar. Hakikatnya, tidak semua orang yang mengikuti akan jujur antara satu sama lain. Dia sendiri juga menyembunyikan beberapa hal tentang dirinya. Mungkin kerana itu, Zafar mula merasa ragu. Tama juga perasan dengan pandangan Badar terhadap Zafar. Zafar terus berjalan ke depan mencari tangga untuk ke tingkat selanjutnya.
Tama : aku tak akan meragukan kau. Aku percayakan kau sepenuhnya.
Badar tersenyum.
Badar : aik seorang bandit percaya dengan orang yang baru dia temui? Hahaha..
Tama : cakap lah apa pun.. aku akan melindungi kau dan tolong kau sampai ke Reinland. Aku juga ada alasan tersendiri kenapa aku percaya..
Crisa menyiapkan beg nya lalu ke tingkat selanjutnya bersama pengikut Badar.
Bersambung.....