Home Buku Fantasi The New King
Bab 84

Kerajaan Rin 


Kelompok Badarien sudah pun berada di Benua Oasis. Benua itu memiliki iklim yang sejuk dan dingin. Mereka terpaksa memakai baju yang tebal dan mengharungi jalan yang bersalji. Itu membuatkan mereka agak sukar untuk bergerak.


Bukan itu saja, kerana agak lambat, mereka terpaksa berteduh dan bermalam di hutan salji itu.


Badar : mak ai, malam lagi sejuk .


Beberapa orang tidak memiliki daya tahan dengan cuaca sejuk itu. Ada yang menggigil kesejukan.


Tama : aku cari kayu kering. Kita perlu kan api.


Untung ada Tama yang memiliki Core Five element. Salah satu dari elemen itu adalah api. Jadi mereka mudah membuat api walau dalam keadaan basah begitu.


Crisa : kita kena buat tenda yang besar.


Mereka pun buat apa yang di suruh. Tenda besar itu hanyalah sekadar untuk menghangatkan mereka dan api pun boleh bertahan di dalam sana.


Ozen : kita kena korek salji ni..

Heigo : yaa.

Badar : aku macam tengah hisap rokok. Banyak asap keluar dari mulut aku.

Crisa : oh itu sebab badan kita menghasilkan haba.

Man : kalau kau sejuk, peluk lah aku Crisa.

Crisa : jangan merepek. Kau ni gila betul..

Man : eh kenapa?

Crisa : jangan lah bergurau macam tu..

Badar : Crisa...


Badar menatap Crisa sambil menggeleng kan kepala.

Tenda besar itu pun siap. Ada unggun api di tengah-tengah tenda itu.


Zafar : di sebab kan kita tak ada tenda yang cukup untuk asingkan kita semua, jadi malam ini kita kena tidur sekali dalam tenda ini.

Werza : aku faham.

Tama : aku akan jaga api.

Ozen : Tama, aku teman kau cari kayu nanti.

Badar : semenjak Gelana tak ada. Kita tak tahu nak masak apa. Hari-hari ikan bakar. Kalau bernasib baik jumpa kota atau desa.. kita dapat lah makan masakan yang lain.

Delima : betul tu. Rasanya Gelana akan masak sup kalau cuaca sejuk macam ni.

Zafar : kenapa kau tak cari tukang masak yang baru masa kat kota batu?

Badar : eh.. ya la. Tak terfikir pula. Hahaha..

Heigo : ingat makan je, memang lah.

Man : hari pun dah larut malam. Kita kena menahan lapar sampai esok pagi.

Ozen : ya betul. Jalan salji macam ni bahaya. Dah la licin.

Crisa : itu belum kalau datang ribut salji.

Badar : kalau itu terjadi, kami harapkan kau Man.

Man : baiklah.


Mereka pun terus tidur dengan lena malam itu. Esok pagi, masing-masing perut sudah mulai lapar.


Heigo : aduh cuaca sejuk macam ni buat perut aku cepat lapar lah.

Badar : kalau dapat makan Mi ayam sedap ni..

Man : jangan lah cerita fasal makanan.

Zafar : Crisa. Tengok peta kejap.



Crisa : kita masih di Jalur hutan salji.

Werza : ya jauh lagi. Itu sebab kita berjalan lambat.

Delima : awak pernah ke jalan ikut salji ni?

Werza : kami ada teknologi yang buat kan kami tak perlu berjalan di atas salji.

Badar & Crisa : wah.. bluetal!!! Bluetal!!

Man : robot!!

Heigo : mana ada.

Werza : sebenarnya ada..

Man : haaa kan.. apa nak cakap ?

Heigo : ya la.


Tenda itu telah siap di kemas. Kini mereka harus bergerak selaju yang boleh. Badar menaiki kuda nya dan bergerak dengan pantas.


Man : mana aci. Badar bagi aku naik.

Badar : mana boleh. Ni kan kuda raja!

Man : bagi je la. Aku duduk belakang kau.

Badar : aku kata tak boleh, maka tak boleh lah. Hahaha..

Werza : kalau kuda tu ada dua. Boleh lah kita buat kereta kuda. 

Heigo : tak boleh ke kau buka pintu demensi kau tu?

Werza : tak boleh. Jangkauan aku sangat terhad. Kalau aku guna pun, aku cuma akan muncul di depan kau orang je.


Akhirnya mereka tiba di perbatasan negeri Frexe. Kini mereka hanya perlu masuk dalam kerajaan Rin.


Heigo : akhirnya ada jalan yang tak bersalji!!!


Heigo berlari ke jalan itu. Kemudian dia melihat tembok besar yang di jaga oleh beberapa pengawal yang siap memanah target. Dan target nya ialah Heigo.


Heigo : alamak.

Badar : nanti. Kami orang biasa.


Salah seorang pengawal itu bergerak menaiki kuda menuju ke tempat Badar.


Pengawal : siapa kamu dan dari mana?

Badar : kami cuma pengembara yang sesat jalan di benua oasis ini.

Pengawal : sesat?

Badar : ya, kami bukan orang dari benua ini. Kami semua berasal dari rempat yang berbeza.

Pengawal : apa tujuan kamu ke mari?

Badar : sekadar ingin berehat dan mencari makanan.

Pengawal : baiklah. Ikut aku.


Pengawal itu memusingkan kuda nya dan kembali ke pondok pengawal. Dia juga memberi isyarat kepada pengawal yang lain untuk tetap berjaga-jaga....


Pengawal : ini, isi borang kemasukan dan tanda tangan di sini.

Zafar : apa ni?

Pengawal : ini permit kamu semua. Ingat, jangan ada pemberontakan.


Mereka semua mendiam kan diri tanpa bertanya apa-apa. Badar di suruh untuk menambat kuda berdekatan dengan pondok pengawal itu. Kemudian mereka terus masuk ke dalam kota itu. Agak ramai orang dalam cuaca sejuk begitu. Mungkin mereka sudah terbiasa. semakin dalam mereka masuk, semakin kelihatan indah dan besar kerajaan Rin itu.


Delima : rajin betul mereka korek salji.

Zafar : ya. Ada banyak gerai air panas.

Man : ada air coklat lah ..

Badar : jom pergi sana.


Man pergi ke gerai air itu dan memesan 9 cawan coklat.


Penjual : minum sini atau bawa pulang?

Man : haa bawa. Eh ambil ni. Mana boleh aku nak bawa semua.


Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan sambil membawa cawan masing-masing...


Badar : fuh segar minum air panas masa tengah cuaca sejuk macam ni.


Badar menghirup air coklat panas itu sedikit demi sedikit.


Heigo : aku lapar lah. Jom kita cari restoran.

Badar : bagus juga.


Kerana mereka belum makan apa-apa, semua orang turut bersetuju dari mencari tempat penginapan dahulu.


Tama : aku tahu dekat mana ada makanan sedap.

Badar : bagus Tama. Jom kita ikut Tama.


Tama bergerak kedepan untuk menunjukkan jalan. Restoran itu berada di lorong-lorong kecil.


Werza : tempat apa ni?

Ozen : tempat macam ni bagus dari keramaian. Kita mesti tak mahu di ganggu.


Benarlah, tiada ramai orang di dalam restoran itu. Suasana juga tidak terlalu bising. Mereka semua terus memilih meja yang besar dan duduk di situ.


Man : Tama, buka lah selendang yang kau pakai tu.


Tama sebenarnya memakai selendang untuk menutup wajah nya.


Tama : sejuk lah..

Zafar : kita dah sampai. Buka je la.

Tama : ya lah.


Tama pun membuka selendang itu.


Heigo : lagipun tak ada orang yang kenal kita...

Badar : betul juga.

Orang 1 : ya cik semua. Nak pesan apa? Kejap.. kamu semua ni pengembara ke?

Zafar : ya. Kami baru sampai 

O. 1 : wah, kami ada makanan istimewa untuk para pengembara.

Badar : ya ke?

O. 1 : ya, kami juga akan memberikan potongan harga sekirangnya kamu order banyak.

Badar : ok, aku nak sup daging. Mi ayam dan ayam goreng.


Seperti biasa, Badar terus membuat pesanan yang banyak. Yang lain juga membuat pesanan makanan.

Setelah beberapa lama menunggu, makanan pun sampai.


Man : akhirnya kita dapat makanan yang sedap.. hangat lagi.. fuh..

Werza : yeahh...

Crisa : kau makan roti je?

Werza : inilah makanan biasa orang benua oasis. Roti yang hangat campur dengan kuah daging yang sedap.. fuh.

Badar : encik, saya nak yang macam tu juga.

O. 1 : ok tunggu ya.


Setelah mereka makan, mereka berehat-rehat seketika. Pintu restoran terbuka. Ada seseorang yang masuk ke dalam. Dia memakai penutup muka juga.


Zafar : tengok perempuan tu. Dia seorang je kat sini.

Man : ya lah, baguslah kota ni tempat yang aman.

Tama : biasa tempat macam ni banyak orang gasar.

Ozen : ya. Tempat ini aman. Fokus kita sekarang nak cari Raja benua.

Crisa : tetapi kita kena ikut cakap Badar.

Badar : wah terima kasih. Aku nak mengembara melihat keindahan semua negeri di setiap benua.

Tama : ya, lagi pun kita semua sudah membazirkan masa dua tahun tak buat apa-apa.

Zafar : Tama! Jangan di ungkit kisah lama.


Perempuan tadi terus memandang tempat ke arah Tama.


Perempuan 1 : Tama?


Dia meluru ke arah meja mereka semua.


Badar : wah!! Cantik nya mata.

Man : betul lah badar.

Badar : mata mu bak mutiara yang berkilat. Sudikah kamu menemani saya?

Crisa : Badar...


Perempuan itu tidak menunjukkan sebarang reaksi melain kan hanya menatap tajam wajah Tama. Tama membesarkan matanya sambil menggeleng kecil. Perempuan itu seperti faham dan.....


Perempuan : maafkan saya, salah faham.


Perempuan itu terus duduk di tempatnya tadi..


Zafar : kau kenal ke?

Tama : eh tak lah. Mana lah aku kenal. Aku kan dari kota Lahar.

Ozen : tapi sebelum tu kau bukan dari sana kan? Kau ikut bandit. Kan?

Tama : eh eh.. bandit kota lahar lah..

Crisa : cuaca sejuk macam ni. Kenapa kau berpeluh ni?

Tama : biasa lah. Core five elemen. Ada api. Ingat tak?


.....


Perempuan : Core ? Tama ada Core?


Setelah itu mereka semua bergerak mencari penginapan.


Crisa : aku nak bilik besar.

Ozen : fobia aku bilik besar. Teringat dengan Hotel tu dulu.

Delima : ahh tak ada apa lah awak. Kali ni mesti betul punya.

Ozen : ya Cik adik.

Heigo : ehem...

Man : eh cemburu ke tu? Hahaha..


Mereka berjalan-jalan mencari penginapan.


Zafar : tumpang tanya bang.. penginapan yang bagus dekat mana?

Bang : nak murah ke nak mahal?

Zafar : tak kisah lah. Tapi yang bagus ja.

Bang : ohh .. kamu jalan terus belok kanan. Nanti jumpa penginapan tepi tasik.

Werza : Wah ada tasik..


Mereka pun terus pergi untuk mendaftar. Selesai membuat bayaran mereka semua di bawa ke sebuah rumah besar oleh pekerja itu.


Badar : mak ai. Berapa bilik ni?

Pekerja : rumah ini ada 10 bilik. Termasuk bilik air.

Ozen : berapa kau bayar tadi?

Zafar : 1 emas je.

Tama : murah juga.


Ternyata rumah itu berbentuk petak dan di tengah-tengah nya ada kolam ikan. Rumah itu besar dan cantik dari pembuatan nya sangat teliti. Penuh dengan kesenian.


Badar : aku nak bilik sendiri. Aku cop dulu. Hahaha..

Zafar : sama lah. Aku yang bayar.

Werza : rasanya semua seorang satu ni bilik. Bezanya saiz bilik tu ja. 


Kemudian, mereka pun pergi ke bilik masing-masing. Ada yang bersiar-siar di dalam rumah itu. Walaupun satu tingkat saja memang besar.


Mereka berkumpul di bilik yang kosong dan besar. Ada meja kecil di tengah itu.


Badar : hmmmmm..

Tama : .........

Man : kenapa aku rasa tempat ni bosan ya?

Tama : berani kau cakap macam tu?

Ozen : apa?

Tama : eh maksud aku, betul .. bosan lah.

Crisa : sebenarnya kita bosan sebab tak ada tujuan apa yang perlu kita buat.

Badar : betul. Tapi aku akan bertemu Raja lah. Nak ziarah kan. Lepas tu kita akan ke kerajaan Daye.

Man : jadi hari ni kita buat hal masing-masing lah ya.

Badar : nampak nya begitu lah.

Zafar : bila kau nak pergi ke istana?

Badar : tengah hari nanti. Kau dengan Tama akan...

Tama : uhuk! Batuk pula tekak aku. Kena rehat ni..

Delima : awak sakit ke?

Badar : hmm kalau macam tu, zafar dan Ozen akan ikut aku.

Ozen : baiklah... 


Bersambung....



Previous: Bab 83
Next: Bab 85

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy