Home Buku Fantasi The New King
Bab 13

Berehat


Keesokan pagi nya, Badar dan Zafar bersiap-siap untuk pergi dari Kota Lahar itu. Ramai penduduk kota itu memberikan buah tangan kepada mereka untuk di gunakan di perjalanan. Ada yang bagi buah dan selimut. Mereka semua gembira kerana telah di selamatkan...
Penduduk kota itu menghantar mereka ke pintu keluar kota itu.

Soy : hati-hati ya di jalan.
Sara : abang nanti jadi Raja apa?
Badar : Raja makan! Hahaha..
Sera : hahaha... Jangan lah kamu tanya sara...
Badar : Gibar, suatu hari nanti pastikan Kota Lahar ni berkembang maju.
Gibar : semestinya. Tama ada dengan aku.
Zafar : haa Tama. Buat baik dengan orang. Belajar sikit cara komunikasi dengan orang..
Tama : apa kau cakap?! Nak gaduh ke?
Soy : sabar sabar. Kita nak menghantar mereka pergi..

Badar tiba mengangkat tangan kirinya...

Badar : ada sesiapa yang nak jadi pengikut aku?!!

Semua terdiam memandang Badar..

Badar : aku akan jadi Raja baru dan akan cipta satu negara yang damai dan bebas!
Zafar : ada sesiapa nak ikut tak? Kita akan mengembara mengikut Raja ni haaa..

Ada 3 orang kota itu menuju ke depan.

1 : izinkan aku ikut! Aku teringin nak tengok permandangan di luar sana.
2 : ya .. izin kan aku ikut juga..
3 : kami akan bantu apa yang boleh...
Badar : apa core kamu?

Mereka menjawab tiada

Badar : baiklah.. kalau kamu bertiga nak ikut, ada beberapa benda yang harus kamu tahu. Pertama, kita mungkin akan lihat permandangan di luar sana. Tapi kita juga akan melihat sesuatu yang lain mungkin sama macam kota ini. Tidak semestinya indah. Dengan itu, adakah kamu bertiga berjanji tidak melarikan diri..

Mereka agak ragu menjawab nya...

1 : ya kami berjanji..
Badar : sebab kita mencari sebuah negara yang kosong. Tanah untuk aku menjadi raja. Kedua, maafkan kami jika tak dapat melindungi kamu bertiga sekiranya kami di serang.
2 : ahh kami tak peduli. Asalkan dapat apa yang kami mahu, kalau kami mati .. kami tak akan menyesal.

Berlaku lah suai kenal antara mereka.

Zafar : macam mana ?
Badar : baiklah. Kamu bertiga boleh ikut aku.

Mereka bertiga memancarkan wajah yang gembira.

Zafar : hahaha..
Gibar : aku dah agak..
Zafar : engkau semua benda dah agak..
Gibar : sukati aku lah..
Badar : siapa nama kamu?
Gelana : nama saya gelana..
Heigo : nama aku heigo..
Delima : nama saya delima tuanku..
Zafar : ceh tuanku..

Badar ketawa dengan bangganya..

Badar : huahahauaha.. baiklah dua perempuan, satu lelaki.. ada beberapa perkara lagi.. jangan berkahwin dulunya. Sebab kita dalam perjalanan.. susah nanti.
Heigo : tak apa.. kami ok je.
Badar : jangan panggil aku tuanku selagi belum ada pemerintahan dalan kekuasaan aku ya.
Delima : maafkan saya ..
Zafar : kalau macam tu.. jom la kita berangkat..

Baru sahaja melangkah...

Tama : tunggu, aku juga nak ikut...

Tama sampai harus melutut di hadapan Badar..

Badar : ..... Ye lah. Ikut lah.. kena setia dengan aku ya..
Tama : aku akan melindungi kau sampai titisan darah aku.
Gibar : kenapa Tama? Tiba-tiba ja?
Tama : sebab kali ini aku nak bertarung untuk melindungi seseorang... Aku tak mahu jadi diri aku yang dulu . Bila cita-cita Badar tercapai.. aku akan singgah di sini nanti..
Gibar : oh macam tu. Tak apa lah.. kalah boleh bawa la anak bini nanti. Hahaha..
Tama : huh..
Badar : baiklah.. kita semua berangkat.. selamat tinggal semua!!

Akhirnya mereka pun berangkat pergi. Penduduk kota lahar melambai-lambai kan tangan ke arah mereka... Mereka akhirnya sudah jauh berjalan.. waktu pun sudah petang...

Zafar : kita berehat di sini dulu ya.
Badar : ya lah.. sekarang masa untuk masak makanan malam!
Gelana : jangan risau, kami akan masakan masakan khas dari kota lahar!!
Delima : ya betul..
Badar : wahhh... Menarik..
Gelana : kau pergi cari kayu sekarang..
Hugo : eh aku ke?
Zafar : kau nak kena campak ke kota lahar balik ke?
Heigo : eh tak nak.. hahah gurau je..
Gelana : kau pun sama! Pergi cari kayu api..
Zafar : baik chef!

Zafar dengan spontan terus bergerak mencari kayu api..

Delima : kak gelana itu kalau tengah masak, hilang ayunya.. hahaha..
Badar : ternyata kamu bertiga menarik.. hahaaha..
Tama : aku kena buat apa ?
Badar : jangan kaku sangat lah. Kita sekarang dah jadi kawan.. biasa je lah.
Tama : ok kita kena buat apa?
Badar : kita buat khemah!! Yeah. Lama tak kempen..

Selesai buat khemah dan memasak, mereka pun menjamu makanan malam yang disediakan oleh Gelana dan Delima.

Tama : kita nak kemana lepas ni..ada 3 jalan ni.. mesti banyak kota..
Zafar : betul tu.. nah tengok peta ni..

Tama melihat peta itu kemudian dia berikan kepada Heigo. Heigo pun memberikan kepada Gelana dan terus saling menagih sehinggalah peta itu berada di tangan Badar.

Badar : aku serius tak reti baca peta ni.
Delima : saya pun tak reti. Itu sebab peta itu terlalu lama.
Gelana : ya. Sekarang peta dah berwarna..
Badar : apa?!! Berwarna?!!
Heigo : ya.. kau tak tau ke?
Zafar : entah kau.. ni dah zaman bila punya peta kau kutip ni.
Badar : tak guna .. yusyak bagi aku peta lama..

Mereka kehairanan...

Tama : sini aku tengok dengan teliti. Seorang pun tak boleh pakai. Apa daa..

Badar memberi peta itu kepada Tama.

Tama : kalau ikut peta ni.. jalan tengah dan jalan kiri ni menuju ke suatu kota. Sedangkan jalan ke kanan ni macam desa perkampungan.
Zafar : ohh macam tu. Kenapa desa ni kat gunung?
Badar : hah? Kat gunung? Menarik ni.
Heigo : kita pilih jalan ke kota lah. Banyak kemudahan nanti..
Badar : jangan. Kamu berempat tak tahu sebelum ini.. tak tau kenapa, setiap kali aku pergi, mesti kota tu ada masalah.. apa lah..
Zafar : kata raja..
Badar : tapi raja pun manusia. Perlukan rehatkan fikiran juga.
Gelana : jadi kita akan ke desa pergunungan?
Zafar : nampaknya macam tu lah.
Badar : ya, sebab gunung tu banyak udara yang segar.. bagus tu..
Delima : wahhh ye ke? Nak pergilah..
Heigo : aku dah tak sabar ni. Jadi aku tidur dulu.. selamat malam..
Zafar : ya aku pun mengantuk..

Akhirnya semua orang tidur di dalam khemah mereka. Ada yang berehat dalam khemah... Tinggal Tama dan Badar...

Badar : kau tak tidur ke?
Tama : tak aku berjaga..
Badar : aduh tidur je.. tak ada apa lah.. aku perlukan kau untuk waktu siang nanti..
Tama : ya lah ... Lagi pun tak ada yang lalu lalang waktu macam ni .

Keesokan harinya, mereka terus bergerak ke desa pergunungan itu. Beberapa jam kemudian, mereka sudah melihat papan tanda di jalan itu.

"Selamat datang ke Desa Bahtera"

Delima : akhirnya!! Kita dah nak sampai..
Zafar : eh kejap . Ada tulisan lah bawah ni.. selamat datang ke desa bahtera. 2 marhalah...

Mereka terkejut mendengar itu..

Heigo : mak ai!! Jauhnya.. ini macam lagi 5 jam perjalanan ni.. dah la jalan kaki.
Badar : sabar Heigo. Aku faham perasaan kau .

Badar menoleh kebelakang sambil mengusapkan airmata kesedihan .

Zafar : engkau pun sama!!!
Tama : tak apa. Setiap satu jam. Kita akan berhenti..
Zafar : kalau macam ni.. esok baru kita sampai..
Badar : berkhemah lagi lah kita jawabnya.
Gelana : apa? Berkhemah? Bermakna ada masakan? Hehehe..

Gelana berubah jadi seseorang yang menakutkan..

Gelana : sediakan kayu api!!!

Bersambung....


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy