Home Buku Fantasi The New King
Bab 69

Raja Malek 


Di dunia yang gelap itu. Hanya ada cahaya berwarna biru tua menjadi bintang di langit dan menerangi sela-sela ruang di dunia itu. Ya, anda sekarang di dunia mimpi dalam mimpi. Tiada istana di situ. Cuma yang ada tahta, tempat Raja duduk. Adapun tahta itu tinggi dan memiliki banyak anak tangga.


Di tahta itu ada seseorang yang meletakkan pipinya di tangan kiri dan memejam mata. Dialah Raja Benua Bawasa, Raja Malek. Juga di kenali sebagai dunia mimpi. Orangnya masih kelihatan muda dan memiliki kulit yang putih pucat. Berambut pendek dan mengena kan mahkota emas di kepalanya. 


"Budak menyusahkan orang tua! Berambus kau dari sini!"


"Kerja asyik tidur saja, pemalas"


"Apa kau buat? Kenapa semua orang tertidur? Aku rasa mengantuk "


"Malek!!! Halau dia"


Dia di halau oleh keluarga nya sendiri. Malek bukan lah seorang raja atau keturunan Raja tetapi dia lahir dari keluarga bangsawan.


*Sekadar mengingatkan semula. Orang yang boleh memiliki Core type Raja hanya orang yang berketurunan Raja dan Bangsawan.


Namun semenjak dia kecil, Malek di anugerahi Core mimpi yang membuatkannya lebih terbiasa dengan dunia mimpi sehingga lupa akan dunia sebenar. Dia banyak menghabiskan masa membesar di dunia mimpi dari dunia nyata. Orang-orang fikir dia hanya tidur tetapi tidak sebenarnya. Malek mendapat tenaga yang luar biasa ketika tidur. Dia menjadi kuat tetapi tidak ada satu orang mengetahui itu. Tiada orang yang ingin meminta tolong kepada nya akan sesebuah tugas.


Sehingga dia dewasa, masih tetap bermain-main dalam dunia mimpi. Kemudian orang-orang termasuk keluarga nya menghalau dirinya dari negeri itu. Dia sudah cuba untuk bergaul dengan orang namun orang-orang mengelak dari mendekati nya. Apa salah dia ? Kenapa orang menjadi begitu benci kepada nya?


Raja Malek : malah aku yang membuat impian mereka jadi kenyataan!!!!!


Di suatu tempat,....


Badar : apa cara nya?

Farin : caranya agak sukar untuk di lakukan..

Badar : asal kan dapat tidur dan berjumpa dengan Raja mimpi.. saya akan buat...

Farin : baik lah..


Farin mendekati Badar dan menumbuk wajah Badar dengan sekuat tenaga. Tumbukan itu membuatkan Badar hilang dari dunia mimpi itu.


Crisa : apa pak cik buat?

Tama : kenapa ?!


Tama mengeluarkan pedangnya.


Zafar : Sabar Tama... Boleh saya tahu kenapa?

Farin : jangan banyak tanya.. sekarang kau, tumbuk aku pula...

Zafar : baiklah..

Farin : dia tidur di mana?

Man : dewan kosong ...

Farin : ohhh.. 


Zafar terus menumbuk lelaki tua itu.


Zafar : maafkan saya..


Badar menjadi bangun dari tidur nya.


Badar : ah sudah. Kalau dah bangun ni makin susah nak tidur..


Terdengar pekikan suara yang memanggil namanya.


Badar : siapa tu?

Farin : Badar??!

Badar : saya kat sini...


Badar pun menemui Farin.


Farin : wah. Teruk sungguh kota ni.. dah berlumut.. tengok akar pokok sampai menjalar kat jalan.

Badar : ya betul tu. Jadi kenapa pak cik bangunkan saya?

Farin : kata nak tidur...

Badar : tapi dah bangun macam ni makin susah nak tidur...

Farin : lari 30 pusingan bandar ni.

Badar : apa?

Farin : buat sajalah. Jangan banyak tanya...

Badar : ohh saya faham.. pak cik nak buat saya penat.. kan?

Farin : ya. Lari cepat!!


Badar pun terus berlari mengelilingi kota tidur itu. Untung kota itu tidak terlalu besar. 1 pusingan itu cukup mengambil masa 15 minit saja jika berlari dengan laju.


Badar : hai pak cik!

Farin : terus lari !!!


Badar pun berlari tanpa menyapa Farin. Kemudian cukuplah 30 pusingan.


Badar : penatnya.

Farin : aik? Tak mengantuk ke?

Badar : tak. Rasa lapar lah..

Farin : aduhhhh..


Perut Farin juga berbunyi ketika dia mengeluh...


Farin : aku tiba-tiba rasa lapar...

Badar : pak cik tidur lama sangat ni..


Farin pun pergi ke rumah nya mencari makanan yang boleh di makan...


Farin : ada roti.

Badar : tak kenyang ni ...

Farin : memilih ya..


Farin pun pergi ke kedai daging. Kedai itu sebenarnya sudah tutup tetapi pintu tak berkunci.. dia pun masuk dan mengambil beberapa daging. Dia meletakkan duit di meja kedai itu.


Badar : yeahh daging...


Mereka membakar daging itu di tengah-tengah kota.


Badar : tak apa ke bakar daging kat sini..

Farin : bukan ada orang pun.


Malam akhirnya tiba. Daging sedang di bakar. Farin meletakkan dua buku roti yang besar tak jauh dari api itu. Tujuan nya untuk menghangatkan roti itu..


Badar : mana pak cik dapat duit?

Farin : rampasan perang. Kadangkala ada bandit yang datang sini tertidur.. pak cik pun ambil lah duit mereka.

Badar : ohh macam tu.. 


Di atas menara kota itu, kelihatan seseorang melihat tajam ke arah mereka berdua. Badar langsung menoleh setelah menyedari kehadiran orang itu.


Badar : .............


Badar mendiamkan diri sambil melihat orang itu. Kemudian orang itu hilang setelah awan lalu di kawasan itu dan menjadi gelap.


Badar : siapa tu?

Farin : Raja Malek.

Badar : apa? Kenapa tak cakap dari tadi?! Kita boleh bertemu dengan dia...

Farin : sia-sia.. dia muncul sebab nak tengok mana tau ada pencerobohan dalam kota ini.. kemudian dia hilang.

Badar : hilang kemana?

Farin : kamu akan merasa hairan..

Badar : tak lah.. cakaplah..

Farin : kita bila tidur, hanya kesedaran kita saja masuk ke dunia mimpi. Tapi dia.. tak perlu tidur. Dia boleh keluar masuk dunia mimpi sesuka hati.

Badar : apa?!! Jadi jasad dia juga berada dalam dunia mimpi?

Farin : sudah aku katakan.. kamu mesti rasa hairan...

Badar : ya..

Farin : ok. Daging dah masak... Makan lah..

Badar : wah!!


Badar terus makan daging itu bersama dengan roti. Sejurus selepas dia kenyang.. mereka berdua pun tertidur dengan mengiring ke kanan.


Tama : kau pergi mana? Lama betul..

Badar : makan... Hahaha...

Zafar : bila di fikirkan.. kita belum makan...

Crisa : gelana masih bermimpi. Siapa yang akan masakan untuk kita kalau kita bangun?

Ozen : makan biasa-biasa saja lah.. bakar pun jadi..

Tama : betul tu...

Man : tapi nanti lah. Aku nak tengok apa yang jadi lepas Badar tidur...


Farin pun akhirnya datang ke situ..


Badar : pak cik. Haa macamana nak tidur dalam mimpi?

Farin : kamu nampak pokok tu?


Tunjuk Farin kepada Badar pokok yang sejauh 60 meter itu.


Badar : nampak,..

Farin : kami lari 30 kali ulang alik ..

Badar : jauh tu...


Badar pun menanggalkan bajunya, melepaskan selendang nya dan terus berlari selaju yang boleh..


Farin : jangan guna Core!!

Badar : mana ada... Lari biasa ni..

Zafar : lari biasa dah selaju itu..


Kata Zafar yang terpegun melihat kelajuan larian Badar.


Ozen : yaa. Aku pernah alami nya dulu.. tapi masa tu dia guna Core..


Setelah sekian lama, Badar akhir dapat 30 kali lari ulang alik. Dia terus rebah setelah sampai di tepat mereka.


Farin : sekarang.. pejam kan mata kau..


Badar terus tertidur...


Farin : aku tak habis cakap lagi!!!

Crisa : penat sangat tu...


Badar tersedar di suatu tempat yang gelap. Langitnya berbintang biru tua. Ada seseorang yang duduk di tahta yang tinggi itu. Lelaki itu sedang tidur lalu terjaga.


Malek : siapa kau?!! Berani ganggu tidur aku..!!


Bersambung... 



Previous: Bab 68
Next: Bab 70

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy