Patung Merah : First Floor
Setelah menemui 7 orang kelompok Badarien yang lain, Man ingin mencari Badar tetapi hari sudah pun hampir malam. Salah seorang dari mereka mengatakan bahawa dia menemui seseorang dari pagi tadi menyorok di bawah meja.
Man : Badar ?
Zanjil : bukan .. aaa-ku Zanjiil...
Terperanjat lah Man.
Man : eh kau orang tak terkejut ke? Oh lupa. Tak ingat.
Zanjiil : err Reinland sudah selamat ke?
Semua orang terkejut kecuali Man.
Man : eh terkejut pula ...
Zafar : apa maksud kau ?
Man : tak apa. Biar aku jelas kan. Dia orang Reinland...
Crisa : tak mungkin.. Reinland sudah lama hilang 300 tahun dulu.
Man : panjang cerita nya...
Tama : apa-apa pun .. mengikut perjanjian kita.. buat masa sekarang.. kita akan bekerjasama...
Ozen : betul.. aku nak keluar dari sini.. jadi...ada cara nya tak ?
Werza : ..........
Juli : ................
Dew : kami tak tahu cara nya.
Heigo : apa ? Kau tak tahu? Kau tahu tak aku tengah cuci lantai rumah aku tadi. Baru kelip mata, tiba-tiba aku kat sini.
Gelana : betul tu.. dengan orang-orang yang pelik aku tak pernah kenal.
Heigo, Gelana dan Delima masih ingat mereka bertiga adalah sahabat dari kecil.
Man : ohhh.. jadi kenapa Badar ingatan nya di kembali ke 300 tahun dulu.
Zanjiil : Yusyak mana? Panggil dia sekarang!
Tama : berani kau mengarah kami.
Tama mengacukan pedangnya ke arah Badar yang beringatan Zanjiil.
Man : woo sabar.. kita tak boleh ada pembunuhan di sini...
Zafar : betul apa kata kau.. mari berkongsi maklumat untuk keluar dari sini.
Crisa : ya, aku setuju dengan budak pendek ni.
Zafar : first Chance...
Man : ehhh sabar . Jangan terpancing emosi... Kalau nak gaduh, nanti lah. Kat luar. Kita kena berkerjasama untuk keluar dari sini.
Semua orang pun jadi tenang. Kemudian mereka terdengar bunyi jeritan dari atas...
Delima : apa tu?
Fifi : mereka dah mula bergerak!
Juli : yaa.. patung merah itu sudah mula memburu orang-orang yang terperangkap dalam hotel ni..
Gelana : tak nak selamatkan mereka ke?
Dew : macamana? Patung merah itu kebal.. kuat .
Fad : ya.. aku yang sebesar ini hampir mati melawan mereka. Nasib jumpa dengan Werza masa tu.
Werza : hehehe..
Zafar : ok.. mari kita berbincang. Werza kan?
Werza : ya..
Zafar : ada beberapa tingkat hotel ni?
Werza : ada lima tingkat...
Fad : setiap tingkat ada patung merah yang memburu manusia..
Crisa : itu waktu malam kan?
Juli : ya. Mereka hanya bergerak pada waktu malam.. siang pula mereka berhenti.
Fifi : sebab tu kami keluar waktu siang.
Man : kejap, kalau kamu berlima keluar, bukan ke nanti akan terpisah sebab hotel yang boleh berubah bentuk ni?
Dew : haaa itu senang ..
Werza : aku cuma perlu tanda mereka. Jadi aku senang nak cari mereka.
Man : oh begitu...
Zanjiil : tolong selamat kan aku .
Tama : kau diam boleh tak?!
Tama menarik baju Zanjiil itu. Zanjiil pun ketakutan...
Zafar : lepas kan dia..
Tama : huh!
Mereka teruskan perbincangan...
Zafar : jadi waktu malam.. adakah hotel ini berubah haluan?
Dew : ya.. tetap berubah... Tapi dalam pada masa yang sama. Sepanjang malam kita akan terus berlari dari patung merah itu.
Zafar : setiap tingkat ada patung merah. Bermakna ada 5 patung merah tu.
Werza : betul!
Zafar : kamu semua berasal dari mana?
Man : kelompok kita, semua dari benua Ulala.
Werza : aku benua Oasis. Dari kota Bluetal..
Crisa : wahh.. tempat yang banyak teknologi canggih!
Werza : ya. Dulu di benua Ulala.. tapi raja kami pindahkan kota itu ke Benua Oasis.
Dew : aku dari benua aralana..
Fad : aku dari Benua bawasa.
Fifi : seingat saya pun dari benua Bawasa.
Juli : ya. Rasa nya sama pun sama.
Zafar : ohh berlainan tempat. Bermakna tak ada kaitan.
Zanjiil : bila nak habis ni?
Ozen : haish... Syuhh.. duduk jauh-jauh..
Ozen halau Zanjiil untuk tidak mengganggu mereka.
Man : baru aku tahu kenapa Yusyak tak suka Zanjiil ni..
Zanjiil : kau kenal Yusyak ?! Mana dia?
Man : dah mati! Tersedak kentut Shakinah di alam bunian....
Man mereka-reka cerita agar si Zanjiil diam.
Gelana : eh? Kau kata tadi kami semua jadi pengikut dia? Tapi kenapa dia tak macam raja pun.
Crisa : betul . Malah Zafar yang lebih matang dan ada sifat kepimpinan. Dia patut jadi Raja .
Gelana : ya, kalau aku nak ikut pun, aku akan ikut si Zafar ni berbanding dia.
Man : aduh.. kau orang semua hilang ingatan... Kau tak faham.. lagi pun masa kau orang jumpa Badar, mana ada aku kat sana. Kita semua berkenalan dekat desa bahtera.
Mereka tak habis fikir bagaimana boleh menjadi pengikut lelaki itu. Pun begitu mereka abaikan kerana keluar dari sini lebih penting...
Zafar : Fad, kau cakap tadi kau pernah lawan dengan patung merah tu..
Fad : ya. Tapi masa itu aku nak selamatkan diri aku..
Zafar : pernah tak kamu fikir kalau kita kalahkan patung merah tu.. jalan keluar akan terbuka?
Mereka semua terpana mendengar itu.
Tama : ya betul juga.
Heigo : tapi macamana nak kalahkan mereka? Aku bukan ada Core..
Zafar : tapi boleh lawan kan ?
Heigo : boleh lah.. tapi tak hebat sangat.
Zafar : siapa tak ada Core? Berdiri di kanan saya.. dan yang ada core di belah kiri..
Berdiri lah mereka seperti yang di suruh oleh Zafar... Di sebelah kanan ada Heigo, Delima, Gelana, Fifi, Juli dan Dew. Sedangkan di sebelah kiri ada Zanjiil, Tama, Ozen, Crisa, Man, werza, dan Fad.
Zafar : bermakna, ada 8 orang yang mempunyai Core dan 6 orang yang tak ada core.. dengar sini semua, kita akan kalahkan patung merah itu malam ini juga.
"Yeahhhhh"
Tingkat pertama akan di serahkan pada Zafar dan Heigo. Tingkat kedua pula, Man dan Tama. Tingkat ke tiga, Fad dan Zanjiil. Tingkat ke empat, Crisa dan Gelana. Tingkat ke lima,......
Ozen : macam tak bagus je strategi ni?
Fad : betul. Tak semua orang boleh melawan.
Zafar : kalau begitu.. aku ada rancangan.. tapi lambat lah.
Man : apa dia?
Zafar : kita akan buat macam ni . Dua orang akan pergi ke tingkat pertama.. kemudian selepas mereka kalah kan patung merah tu.. mereka akan kembali semula kesini.. lepas tu kita akan nilai semula siapa yang akan pergi tingkat kedua.. macam mana?
Dew : bagus juga. Dengan cara itu.. kita boleh mengurangkan orang-orang yang cedera.
Tama : betul tu. Siapa yang masih sanggup bertarung, akan pergi lagi.. tapi dengan pasangan yang lain...
Strategi itu di setujui oleh semua orang.
Zafar : Werza, tugas kau dekat sini penting. Jika kami menang atau kalah, Kau kena siap-siap untuk menjemput kami bila-bila masa.
Werza : baiklah.. kalau macam tu.. biar aku tanda kamu semua dulu..
Werza pun menanda semua orang dengan tapak tangan nya .
Man : untung lah...
Crisa : untung apa?
Semuanya sudah di tanda.
Zafar : siapa yang nak pergi dulu?
Dew mengangkat tangan nya.
Dew : aku mahir dengan pisau.. dan peledak .
Tama : kalau macam tu, aku ikut kau.
Zafar : ok... Werza . Hantar mereka ke tingkat pertama....
Werza pun menepuk dinding dan muncul jalan ke tingkat pertama.
Tama : jangan lupa jemput kami.
Zafar : Werza patut ikut mereka berdua..
Werza : aku juga pikir macam tu.. aku akan bersembunyi masa mereka lawan.
Dew : betul tu...
Tama dan Dew pun masuk ke dalam lubang itu dan tembus ke tingkat pertama. Keadaan di situ senyap sunyi. Lampu di hotel itu terang.
Dew : Werza, pergi sembunyi...
Werza pun pergi bersembunyi. Tama mengeluarkan dua pedang nya.
Tama : senyap je ni?
Dew : jaga-jaga je.
Mereka berdua pun berjalan ke dalam lorong yang ada kolam renang. Pintu di lorong itu terbuka..
Tama : siapa tu?!!
Keluarlah orang yang melemah dan berdarah sekujur tubuhnya ...
"LARI!!!"
Orang itu di tusuk dari belakang.. Muncullah patung merah yang besar dan tinggi itu di depan mereka berdua dengan memegang pedang.
Dew : orang itu mati kena tusuk...
Tama : aku pun nampak...
Patung merah itu berlari ke arah mereka sambil menghayun kan pedang.
Dew : elak!!
Tama mengelak serangan itu. Dew pun membaling pisau yang ada bom di belakang tubuh patung merah itu.
Boooommm!!!
Patung merah itu tumbang .
Tama : berjaya ke ?
Dew : entah...
Patung merah itu bangun semula dan menyerang mereka berdua secara membabi buta...
Tama : smash earth!!
Tama menggunakan teknik dua pedang iaitu Tanah dengan cara memukul tanah. Tanah-tanah itu bertubi-tubi menyerang Patung Merah itu..
Dew : alamak dia masih bertahan..
Tama : cis , patung apa ni?
Dew pun cuba menyusur ke lantai untuk menendang kaki patung itu.
Dew : sekarang Tama!!
Tama : Water smooth!!
Tama menggunakan teknik satu pedang air yang di hayunkan seperti alunan air...dan menyerang patung merah itu dengan pantas...
Tama : cis... Cuma calar je...
Dew : Tama, dalam tubuh patung itu kosong.. ada orang menggerakkan patung ni...
Tama : ya, kita kena hancurkan patung ni...
Patung itu bangun dan menatap dengan tatapan yang menyeramkan...
Tama : haish... elemen apa lagi aku ada?
Tama tidak ingat dia sudah ada elemen Angin... Apa yang dia ingat Corenya Five Element dimana ada api, air dan tanah.
Tama : Dew! Berapa banyak bom lagi kau ada?
Dew : tak banyak. Ada 5 je tinggal.
Tama : kenapa kau tak bawa banyak ?
Dew : kau nak aku simpan dekat mana? Dalam mulut kau ? Haaa?
Mereka jadi bergaduh pula. Patung merah itu mula bergerak dan menghayun kan tepat di depan mereka sehingga lantai itu hancur sedikit..
Dew : nasib baik tak kena...
Tama : hacimm!! Debu woi!
Patung merah itu cuba menyerang mereka lagi tetapi sempat di hindari.
Tama : dengar! Aku akan cuba lubang kan badan patung ni.. kau baling pisau kau dalam lubang tu
Dew : ok..
Tama pun menyerang patung itu dengan teknik 2 pedang dengan elemen api. Dia melagakan pedang nya dan muncul lah percikan api yang membuatkan api itu menjadi besar. Dia pun menyerang patung itu secara brutal!!
Tama : fire smash!!! Yahhhh...!!!
Dew : wah.. hebat gaya berpedang kau...
Patung itu diserang bertalu-talu sehingga terdapat lubang hasil dari serangan Tama dengan pedang.
Tama : sekarang!! Dew!!
Dew pun apa lagi, dia terus melompat ke arah patung itu dan memasukkan semua pisau peledak di dalam patung itu. Dew lompat lagi untuk menyelamatkan diri dari jadi mangsa serangan nya sendiri.
BOOOMMMMMM!!
Ledakan yang besar terjadi. Patung itu hancur berkecai. Hanya tersisa kaki nya. Werza yang melihat itu menjerit kegembiraan!
Werza : yeahhh berjaya...
Dew : tengok lah siapa yang kalahkan.. hahaha..
Tama : bagus kerja kau.. walaupun tak ada core..
Werza pun menepuk dinding dan muncul jalan ke arah ruangan yang tidak terkena core itu .
Zafar : macamana?
Werza : 1-0 .. hahaha..
Gelana : wah terbaik lah kau!! Hebat lah kau..
Man : bagus Tama.
Zanjiil : aku akan cadangkan kau jadi pengawal aku nanti.. hahaa..
Tama : tak ingin...
Crisa : Tama hero kita!!
Delima : nanti aku tolong urutkan kau.
Man : apa?!!
Dew : hei, aku yang kalahkan tau...
Juli : yeay .. dew...
Fifi : yey.
Dew : sorak lah semangat sikit!!
Mereka gembira dengan kemenangan pertama mereka.
Zafar : baiklah. Tingkat satu kita dah berjaya.. tingkat kedua, siapa nak pergi?
Bersambung .....