Home Buku Fantasi The New King
Info#8
Assalamualaikum semua para pembaca. Untuk kali ni den nk refreshing dgn teori2 dlm cter ni. Takut den lupa . Jadi den nk tulis satu2 atau senaraikan info2 nya. Tapi sebelum tu den nk jawab sikit soalan, ada yg tanya kenapa bahan makanan mentah tak basi ke lama2..


Den sebenarnya ambil perdekatan zaman nabi musa. Sebelum2 nabi musa juga.. dimana pada zaman itu makan mentah tk pernah busuk, tak pernah basi. Kenapa skrg jadi mcm tu? Sebab bani Israel dulu nya mengingkari peringatan malaikat.. den lupa nama malaikatnya . ceritanya macam ni.. dalam perjalananan pun den lupa ke mana. Puak bani Israel ni, lapar dan meminta nabi musa berdoa agar diturunkan makanan . Kemudian datang malaikat bawa makanan dari syurga. Tapi jangan simpan makanan tu. Malangnya, ada beberapa org ambil makanan itu. Dan semenjak itu makanan mentah jadi busuk dan basi.

Dalil ? Kalau tanya den, den sendiri kurang periksa. Nanti korang tanya ustaz atau search google . Den cuma ceritakan apa yg masih ingat di kepala ni 😥.


Ok den nak list kan. 

.............................................


Teori sistem raja 


*Raja benua ada 6. Raja benua berhak memilih raja-raja kecil di setiap kota sekiranya orang itu ingin menjadi raja.

*Untuk menjadi raja kecil pula syarsrnya harus memiliki Core type raja dan Strong type.


Jenis Core


1. Core Type Raja - di miliki oleh orang yang berketurunan Raja atau bangsawan. Core ini boleh melawan semua jenis Core.

2. Strong type - Core ini di miliki oleh orang biasa yang kuat tekadnya. Boleh juga dtg melalui perasaan seseorang itu. Tidak pernah sakit dalaman seperti demam dan lain2.

3. Weak type - Core ini akan muncul pada orang yg terkena penyakit terlalu lama. Namun dampak kekuatan nya besar sehingga memerlukan wadah untuk mengawal core nya itu.

4. Dark Core - di miliki oleh orang yang memiliki masa kelam dalam hidup nya. Mungkin itu trauma, stress, atau dendam. Bergantung pada pengguna nya bagaimana cara mengatasi nya.


Restu Raja


* Restu raja perlu di minta pada semua Raja benua. Ianya boleh di minta secara halus atau dengan cara paksa. 

* Setiap kali seseorang yang mahu menjadi raja benua yang baru, orang itu harus meminta nya. Jika dapat, akan muncul bintang Raja yang berkelip terang dan tidak akan hilang sekalipun waktu siang.


Watak utama cerita


Badar - memiliki Core Raja, All of Us. Core ini mampu memberi kan pengguna nya apa saja jenis kekuatan yang di inginkan oleh pengguna nya. Badar sebenarnya adalah Zanjiil di masa lalu yang telah pun di reset semula ingatan nya agar menjadi raja yang berjiwa rakyat. Badar berasal dari Reinland. Tetapi dia di besarkan di negeri nolko, Benua ulala oleh ayah angkat nya yang bernama balyaa. Badar juga mencari kebenaran dimana ayah angkat nya berada setelah lama menghilang.


Zafar - juga berasal dari Reinland. Namun cara nya  berbeza dari Badar. Zafar selama 300 tahun itu tidak pernah membesar sehinggalah orang yg menjaganya terbunuh. Zafar adalah anak kepada Zakaria iaitu seorang Raja kecil di benua Reinland pada masa itu. Core Raja Masa. Dia mampu mengawal masa. Bijak nya Zafar, dia mampu menyusun satu2 menjadi sebuah teknik. First chance adalah teknik di mana dia mampu mempercepatkan masa. Second chance pula, dia mampu memutarkan masa.


Tama - seorang bandit yang cedera tinggal bersama Tok Gama. Tok gama mengajarinya cara bermain pedang. Kerana kebaikan Tama, dia berubah menjadi orang yang baik. Core nya weak type, Five elemen. Iaitu Api, Tanah, Air, Angin dan lagi satu belum di ketahui. Setiap elemen teknik berpedang nya juga berbeza. Contoh, ketika menggunakan api, tama menggunakan dua pedang. Air pula, satu pedang. Dia mengimbangi kekuatan itu dengan pedang nya. Weak type memerlukan wadah.


Ozen - seorang bandit upahan Raja Naff. Tetapi dia tertarik dengan keperibadian Badar dan menjadi pengikut Badar. Dia memiliki Core Angin, Strong Type. Dia juga mahir memanah.


Heigo - mengikuti Badar kerana ingin mengembara ke luar kota. Dia seorang yang natural. Bila marah, dia marah, bila sedih dia sedih. Heigo juga seorang yang menceriakan kelompok Badar. Dia biasa nya membantu Badar membuat, mencari atau melakukan sesuatu. Dia bertubuh tegap. Heigo tidak memiliki Core.


Delima - Seorang yang sopan dan naif sedikit. Dia menggunakan kan bahasa yang baik2. Dia selalu bersaya-awak walaupun sudah lama kenal. Pekerjaan nya membantu merawat cedera kelompok Badarien.


Crisa - Seorang ilmuwan. Oh tidak. Dia seorang yang kuat membaca . Dia amat sukakan ilmu. Bukan itu sahaja, di maze book, semua buku sudah dia baca. Adakah dia boleh terlupa? Tidak kerana dia memiliki Core Space, Strong type yang membolehkan dia menyimpan semua maklumat. Dia ada seorang adik kembar yang bernama Clara.


Gelana ❌ - bekas pengikut Badar. Dia selalu memasak untuk kelompok badar. Namun dia meninggal kan mereka kerana ingin berkahwin dengan teman sepermainan nya masa kecil dulu.


Cerita ringkas Reinland


Reinland adalah sebuah benua yang makmur dan kaya dengan sumber alam. Di reinland semua orang memiliki Core kerana benua itu di anggap sebuah tanah yang berkah bagi penduduk nya. Namun suatu hari, Raja-raja benua menyerang benua itu dan membunuh semua penduduk reindland sehingga Reinland hilang keberadaan nya sehingga 300 tahun kemudian. Tetapi masih ada beberapa orang yg masih terselamat. Ada yang di buru dan ada yg berjaya menyembunyikan diri. Alasan kenapa Raja-raja benua menyerang Reinland masih belum di ketahu. Namun mengikut dari pendapat Zakaria adalah kerana sistem raja berperlembagaan yg lemah.. 


Dahulu ada 7 benua , namun Reinland Hilang. Menjadi  6 benua...


Fuh banyak jgk den taip. Mungkin ada yg den lupa nak tulis tu.. tapi nanti la...


Selamat membaca dan semoga terhibur...



Previous: Bab 80
Next: Bab 81

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy